Monthly Archives: July 2009

benci dan belajar

tipulah kalau kita tak pernah benci seseorang.kita benci orang tu pasti sebab sikap dia kan.cuba kita bayang berapa ramai yang benci kita pulak.sebab pasti ada sikap kita yang orang tak senang kan

[tapi ada juga benci sekadar benci.takda motif pun.saja rasa nak benci.eh itu cerita lain..]

sebenarnya secara tak langsung kita boleh belajar daripada orang yang kita benci.belajar macam mana?belajar untuk tidak ada sikap dia yang kita benci dalam diri kita.hmm.katalah kita benci dia sebab dia pemarah.ok.dia tak sempurna.dia pemarah.kita ni bagus sangat ke sampai nak benci orang sebab itu.paling kurang kita boleh buat adalah dengan cuba untuk tidak jadi pemarah sebab nanti orang benci kita pulak

masih bersama saya? ;p

maknanya,lagi ramai kita benci,lagi banyak kita belajar?alamak ini sudah jadi lain.ahh kamu faham kan 😉 kita cuba untuk convert kan benci itu kepada belajar.oo memang susah.sebab saya pernah cuba buat.nampak sangatkan suka perati dan benci orang.oops.kadang2 rasa macam nak berterima kasih dengan orang yang kita benci belajar tu ;p

cubalah sendiri!

🙂

p/s : sebab tu juga kadang2 kita tengok perlakuan atau kejadian yang tak elok,kita akan cakap  “nauzubillahiminzaalik” yang bermaksud “semoga ALLAH menjauhkan kita daripada perkara(atau sikap) itu“. sama lah tu.kan

takut apa

saya ni penakut

walau tahun lepas hampir setahun saya tinggal di hotel seorang diri, tapi sampai sekarang jika saya outstation, saya masih  tidur dengan tv dan lampu terpasang.pernah cuba atas paksaan galakan seseorang,tapi akhirnya tetap tv dan lampu itu di on.kalau tak,alamatnya sampai ke pagi saya tak tidur.huhu.memang penakut..

sekarang saya di ruang tamu rumah.seorang diri, berfikir2 macamana nak masuk tidur.off tv dan masuk bilik tutup lampu?biar tv terpasang dan masuk bilik dan tidur?tidur atas sofa dengan tv terpasang?bawak tv masuk bilik?bawak katil ke ruang tamu?

aduh runsingnya

haih esok baru jumaat ke……………. 😐

sendiri

adalah pelik sebenarnya

saya di miri dari selasa-khamis.suami pula di port dickson dari khamis-sabtu.pagi tadi suami ke ofis,park kereta di tempat biasa dan terus ke PD.petang ni saya pulang dari miri, ke ofis dan ambil kereta bawa pulang rumah.tak berjumpa pun.jadi masing2 pegang sorang satu kunci rumah dan kunci kereta

tak ke pelik ;p

tadi dalam kapalterbang dah plan.tak jadi nak balik shah alam.sebab selasa lepas tinggalkan rumah dalam keadaan tunggang langgang.maklumlah,baru balik dari kampung, sempat basuh baju semua dan sidai.hujung minggu pun tiada di rumah nak kemas rumah dsbg.jadi,ingat nak kemas rumah dan lipat baju yang menggunung kat rumah tu

balik2 tadi,bukak pintu,terkejut.rumah kemas dari biasa.semua tersusun termasuk koleksi transformers atas meja tv yang selalu tergolek2.masuk bilik,baju ada beberapa helai je belum dibasuh,baju lain semua dah siap lipat,tersusun atas katil.ke dapur,sampah semua takda.siap dibuang dah..timekaseh sayang..hu hu

suamisteri adalah melengkapi,bukan?

teringat masa pertama kali masuk rumah ni.fyi, suami tinggal rumah ni 2 minggu sebelum bergelar suami hehe.jadi saya join dia 2 hari lepas kenduri kat shah alam.masuk2 je saya perasan sesuatu.kemas sungguh.suami susun barang terletak.kemas,saya pun segan sebab saya ni takde la pengemas sangat.matilah mengaku satu dunia kan.beberapa minggu pertama tu memang kekok.jadi perfectionist kejap.sebab takut tak tercapai akalmu meet expectation.tapi lama kelamaan jadual sendiri pun tak menentu.balik lewat,masak malam,outstation tiap minggu dsbg.kerja mengemas dan laundry pun hujung minggu baru nak buat full swing

tiba2 jadi macamni saya tercuit kejap.betapa saya masih banyak kena belajar.saya akan cuba jadi lebih baik.ni baru tinggal berdua.nanti dah bertiga berempat ber13?wah anak sebelas.silalah menjawab kan ada masa ke tak huhu

semoga kita semua terus sukses ye isteri2/ibu2 yang bekerja! 🙂

p/s : cepatla sabtu 😐

keeyeasoo

“aku nak bagitau kau sesuatu ni”

“err ape”

“sebab aku suka kat kau,aku nak kau swing dulu nanti”

“erk.tak faham.kenapa?”

“sebab aku nak kau first girl naik pc4”

“oh.ok.thats kool”

and guess what.the first girl i am.he he.talking about kiasu huh;p

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

bot itu

there were 15 of us.3 of em are girls.departed at 7am from pulau melayu,located 15mins away from miri city .the 3-hours-journey was ohmygawd.the boat was going against the current hence the wave of almost 2.5m high!it was raining heavily.i had few experiences being on a crew boat but this is by far, the worst.imagine, most of the jump took about 3secs to fall.all i did was closing my eyes and pray hard.mulut tak berhenti berzikir esp lepas terhentak tu.takut woo.i didnt manage to take my nap.based from those who always been on the boat, the wave was ‘moderately high’.means that, thats not the worst?whoaa~ lucky that we didnt opt for chopper,it could’ve been worse,no?worst,we have to apply our HUET practical knowledge.huhuuu nauzubillah..

kecik je sebenanye ;p

we arrived at around 10am, had some food and off to work.the purpose of the visit was mainly for start up audit.the start up tentatively in few weeks time,inshaallah

at around 2pm, we were ready to go back to shore.the ride was okay since we were following the current flow.alhamdulillah.siap diorang ni layan movie.but i still cant stand the wave.so i chose to sleep instead 🙂

hope i can join the 3rd mob which targeted in mid august,inshaallah.they’ll be using a bigger boat which can accomodate up to 190pax.and few rooms for ladies.cool,huh?semoga dipermudahkan.bulan puasa tu ye.hmm

p/s : dialog kat atas tu antara saya dan a hookup guy masa kat jeti.rasa macam comel je dia suruh saya swing (from boat to platform using rope)dulu ha ha

HUET : Helicopter Underwater Escape Training

kampung girl

utara hi-way

jumaat

“kg mak ni kg betul.akak mesti tak biasa.kg n9 tu mesti dah bandar kan” mak mertua

“eh kg lagi mak” suami

saya senyap saja.mengiya tidak.menidak pun tidak.malam hitam pekat.sambil kereta persona hitam kami melusuri jalan sempit di kg ayah dan mak mertua saya.di baling,kedah.nama kg saya tak sempat khatam.he hee

dalam hati “ala.kg mcm kat tampin kot.tak byk beza”

tapi sebetulnya mak mertua dah ingatkan yang rumah tok besar dan kurang terjaga.maklumlah,orang tua tinggal berdua tak daya nak buat semua kerja

rumah tok abah dan tok mak hanya 15minit je jauhnya.sepelaung.kami pulang ke kg tok belah mak dulu..

sampai kurang lebih jam 10pm.memang rumahnya paling hujung.lepas2 tu dah takda rumah.masuk kami disambut makwa dan tok.dan ada beberapa lagi saudara mara.tokwan dan pakdin belum pulang dari rumah saudara yang kematian anak.itu kisah lain

sememangnya rumah tok besar.macam mak ckp.kemudian bilik tak banyak lebih byk ruang lapang dari bilik.betul la kg…aktiviti permulaan adalah melantak durian dan rambutan.yum2..

dari dapur saya dengar air dlm bilik air tidak berhenti mengalir.beberapa kali jugak saya terdetik kenapa mereka biar saja air mengalir.tup tup

“air rumah tok ni free.dari bukit.tok byr rm10 setahun utk kos selenggara”

saya masuk bilik air tu,rasa taknak keluar.bes ok.air sejuk macam air sungai.tapi dah lewat saya tak mandi pun.siap2 untuk makan,makan,kemas2 dan kemudian tido.lambak.takla berapa lambak.tapi sebab tido tanpa bilik saya kata lambak lah kan.he he

———————–

sabtu

pagi2 subuh2 saya siap nak mandi.tak sabar weh nak rasa mandi air sungai tapi dalam toilet.ha ha.so mandi lah lalala.best sgt.keluar2 je mak n tok terkejut sebab saya mandi.sebenarnya tak tahan sebab tak mandi semalam.tu yang balas dendam tu.sejuk2 mcm tu mandi air bukit yang sejuk memang menambah rasa segar.terbeliak mata i ;p

lepas solat subuh,ke dapur.tengok apa yang boleh di makan tolong.makwa dah buat laksa kedah.saya n mak buat nasi goreng dan pulut cicah santan+durian.kemudian sarapan besarrrr!dan secara rasminya jumlah kenaikan berat kumulatif : 2kg.tahniah kpd saye

usai sarapan,teman mak+abah ke rumah saudara yang kematian anak dlm 5minit dari rumah tok.saya punyalah bagus tak bawak baju kurung.pakaila jeans dan blouse.dengan harapan ada orang yang akan pakai attire seperti saya.tekaan saya meleset(wah mcm karangan sekolah rendah).semua berbaju kurung.aduh.segan yaamat.dahlah mak introduce saya sebagai menantu yada yada.ahh rasa macam nak balik kl amik baju kurung time tu jugak.huuu.pengajaran yg saya dapat,kalau balik kg,pastikan bawa sekurang2nya sepasang baju kurung.untuk masa kecederaan.huhu.nsb baik mak kool je.ala suami pun pakai t-shirt dan jeans.ye,sebab saya yg packingkan baju T_T..apapun takziah buat keluarga arwah syafiq.moga arwah tenang di sana.al-fatihah

pulang sambung memasak lagi.eh lupa.sebelum tu makan laksa pg td lagi 3 round dgn ‘bantuan’ suami saya.menu tghari adalah ulam2an,sambal tempoyak,ikan goreng,pekasam goreng,tomyam,gulai ikan tongkol.wahhh..saya makan bertambah.takleh tahan ok makanan kampung ni.dan secara rasminya jumlah kenaikan berat kumulatif : 5kg.tahniah lg kpd saye

sebelah petang tu kami bersiap2 untuk ke rumah tok belah abah pula.ala 15minit je.kalau jalan kaki sejam pun tak sampai.ok exagerrate.maknanya dekat la.he he.sampai2 ada tok,tokwan,maksu dan paksu.kecewa sebab pakteh dan family takda.sebab hari sebelum tu dah beriye plan nak pi berkelah kat sungai belakang.ye,dekat ngan rumah tok ada sungai.suami kata selalu mandi berkelah kat situ.saya yang dah lama tak mandi sungai ni teruja bagai kan.sekali plan dibatalkan sebab orang kuat takda.hampa sungguh.takpa la.lainkali inshaallah 🙂

oh,rumah tok abah ni pun besar.halaman nya penuh dengan pokok2 bunga dan pokok2 buah.memang terjaga.kira tak de lah lalang menganggu sepanjang pencarian/penjolokan rambutan etc.ada pokok rambutan, dokong, kedondong, cili api, serai, bunga kantan, daun kunyit, limau, serai, dan banyak sangat lagi.kira kalau nak masak tak perlu pergi pasar.reban ayam pun ada.memang mana2 kg pun macam tu kot kan.senang duduk kg.he he

malam tu masak2 dan makan2.tapi malam ni tak tidur lambak.kami yang pnantin baru ni(perasan :P) tok bg bilik.mekasih tok!haha

—————————

ahad

bilik air kat rumah tok ni separa open.makanya, perlu pastikan line clear dan at least ‘mandi secara tertutup’. yelah,masuk kandang kambing mengembek kan.eh tak,saya tak masuk kandang kambeng.aduh.kamu faham,kan;p tapi best la.pengalaman baru menjadi budak kampung.hik2

selesai sarapan, kami memulakan operasi mengait buah2an.saya tak mengait lah.tengok dari bawah je.eh lupa,saya cuba jugak mengait.tapi bila yang jatuh 2-3 je saya tarik diri.hehe.yang lelaki pergi dusun tok kat dangau mengait manggis.dusun tu belakang rumah.dlm jln kaki 5minit gitu.saya pulak pegi explore mini dusun kat halaman rumah tok.byk juga lah penemuan.antaranya saya cilok cili api.yang amat memalukan adalah,saya telah memotong tangkai pokok cili api tu dengan agak banyak dan petik cili dari tangkai tersebut.tok dan mak telah menjerit dan gelak2 seperti berikut

“eh awat potong lagu tu” tok

“ni baru cucu sulung tok oi..” mak

dengan slang utagha nya.ha ha.malunya saya.maaf,sila beri tunjuk ajar.peace!;p kalau cucu kedua ketiga etc dpt yg bandar macam saya ni memang togel lah pokok tok.lalala

sebelah petang kami penuhkan boot kereta dengan buah2an termasuk durian.yes,tell me about the smell.wuhuu.kami pulang ‘melalui’ alor setar.melawat keluarga paklang di sana.ye,maklang telah memasak sambal udang,ikan lemak cili api,sambal tempoyak,petai,ayam goreng rempah,kuih cara etc.dan secara rasminya jumlah kenaikan berat kumulatif : 7kg.tahniah lg dan lg untuk saya T_T

pulang lepas asar dan tiba di taiping jam 10pm.kemudian uruskan buah2 dan kereta yang berbau buah.ha ha

————————

isnin

pulang ke kl.sempat singgah shah alam untuk transfer bau durian ke rumah mak ;p.tiba di rumah dalam keadaan hepi dengan sangat wp kena buat laundry yg banyaks dan pack utk ke miri pula esoknya.huhu

all in all,saya sangat suka suasana kampung.i’m officially a kampung girl…ceh dan dan

p/s : takda gambar ye.sy segan nk amik2 gmbr he he

nangis itu ok

another group by ahmad dhani.after The Rock, presenting…Lucky Laki 🙂

(aaahhh..comel bangat sih)

well its ok to cry
coz you’re not a superman

🙂

how cute is that

dulu kini

masa saya kecil2 dahulu.mana ada komputer.siapa ada komputer kat rumah kira hebat.mula berjinak2 dengan komputer pun masa di tingkatan 2.tu pun takut2 pegang keyboard..

zaman sekolah rendah lebih banyak bermain batu seremban.boleh tau lagi mak siapa yang pandai buat batu seremban yang bes.main getah.kat sekolah ada ranking siapa pemain getah terhebat.baling selipar,main gasing,main ting ting,dan pergi ke padang permainan tiap petang memang aktiviti wajib.kalau tak pergi tu kira tak in lah.he he.kemudian main kejar2,main basikal.menjurus kepada aktiviti bersosial..

petang hujung minggu abah akan bawa kami ke pusat sukan.jogging sambil piknik.kadang2 di bukit cerakah.segala2nya outdoor.maklumlah dulu pencemaran kurang..

pernah satu ketika,permainan lego antara yang terhebat dan kool.kami adik beradik pujuk abah untuk beli lego seperti iklan dlm tv.abah pun beli.sekotak sederhana.kami duduk dlm bulatan,dan abah bagi kami sorang 5-10 ketul lego pelbagai bentuk.abah suruh kami buat sesuatu dengan ketulan yang ada.dan nak elak dari berebut haha.kami rasa kool sangat main lego ;p dan lagi bila ada masa lapang,main board game ie saidina/sahibba/dam/chess..permainan lebih kepada membina minda..

beberapa tahun lepas tu, era gameboy.tak lama lepas tu,micro genius.bermulalah episod kanak2 tak keluar dari rumah dan ‘bersosial’ dengan teknologi.abah balik dari jepun dan belikan kami set micro genius.sekali dengan beberapa cartridge game.main mario,tetris,circus,pacman dan sbg.mak dan abah pun join main juga.kira siapa tak tahu tv game tak in la.masa raya pun bawa set game ke rumah atok dan main dengan sepupu sepapat.seronok gila..

zaman sekarang.mana ada main board game.jauh sekali nak main kat playground.main kejar2 dan polisentri tu apa?main getah dah tak wujud kot.batu seremban lagi lah.darjah 1 dah pandai berYM.darjah 4 dah ada blog.facebook dan friendster siapa yang takde kira alien la.permainan juga sekitar playstation,PSP and anything related to technology.aktiviti luar dah kurang.aktiviti menambah kawan di padang permainan juga berkurangan.berlawan basikal dengan anak2 jiran sudah tidak kelihatan.masa lebih banyak tertumpu di depan pc atau di depan tv..

kesimpulan.saya rasa kanak2 di zaman saya lebih adventurous dan mempunyai pendedahan lebih intelektual berbanding kanak2 zaman sekarang.alangkah bagusnya kalau mereka dapat rasa keseronokan yang kami alami dulu.he he.siapa tahu aktiviti ketika zaman saya kanak2 akan jadi trend semula di zaman anak2 saya nanti.kan.ehem

buat entri ni rasa diri tua la pulak.ha ha

start small

megamall = minisurau

masuk beratur,wudu’ beratur,solat beratur,nak tengok cermin beratur,nak keluar beratur

dan saya mengambil masa setengah jam untuk melengkapkan kesemua yang di atas.’menarik’,bukan?dan bukan di sini sahaja.mana-mana mall pun.tak sesuai dengan saiz dan jumlah pengunjung, start small and nowadays even smaller?mungkin dah tiba masa pihak pengurusan berbuat sesuatu

hmm

tapi dalam bersesak2 tu,sejuk hati tengok ada saudari ni wp pakai skirt paras lutut berusaha jugak untuk menunaikan solat biarpun ‘lautan bara api’ perlu di’renangi’.alhamdulillah:)

takpelah,start small ;p

2nd half

saje je

wahh dah masuk julai.tandanya dah masuk separuh masa kedua.kalau bola ada la juga masa kecemasan.tapi kes tahun ke tahun ni takat masa kedua la.kalau terlepas,akan masuk tahun yang baru.reset balik azam tu.adoi

semenjak dua ni rasa masa berlalu cepat sangat.kejap je dah hujung minggu.sedar2 dah masuk bulan baru.bulan depan dah puasa.rasa macam baru je sambut raya tahun lepas.sibuk persiapan nak bertunang dsbg.cepatnya masa berlalu.tak terkejar.beberapa bulan mendatang kena pergi assessment lagi.macam baru sangat tersenyum lega dah habis assessment.ni lagi seround.wah

azam pulak dah tercapai takat mana.eh chop.saya ada wat azam ke eh awal tahun.hik3.tengok,itu pun tak pasti.adoila.oh bercakap tentang azam,beberapa bulan ni tah kenapa wishlist saya bertambah mencanak2.nak melancong ke sana sini la.nak target saving banyak ni la.nak buat ni.nak buat itu.nak beli macam2.kalau nak senarai tu,memang tak akan habis.tiap minggu ada je tambahan.tu pun boleh jadi senarai azam.tapi azam-yang-hanya-Dia-tahu-bila-boleh-tercapai.huhuh

saya dalam usaha menjadi orang yang lebih baik dari tahun lepas.siapa tidak kan.sememangnya hidup selepas berkahwin banyak menjadikan saya matang secara tidak lansung.sikap kanak2 kena buang jauh2.walau takde dalam azam.merajuk pun bila perlu.selalu sangat nanti diri sendiri pun jadi menyampah.haha.kemudian belajar untuk terima dan telan.walau pahit.buat dan sabar.walaupun penat.senyum dan gembira.walaupun terkadang terpendam sedih.terpaksa rajin.walaupun malas.sebab memang tanggungjawab.dan seterusnya.bila difikir balik,7 bulan lepas saya bukan seperti saya sekarang.saya dahulu lebih suka emosi.err sekarang ade juga emosi tapi sedang belajar untuk kurangkan.emosi tu perlu sekali sekala untuk trigger sensitiviti pasangan kita.tetibe.haha

apapun.saya doakan yang terbaik untuk kita semua di separuh masa kedua ini.semoga kita enam bulan mendatang lebih baik daripada kita sekarang.dan semoga apa yang kita impikan sekarang dapat dicapai enam bulan mendatang(walau mungkin tidak semua) inshaallah.kita merancang,Dia merancang.perancangan Dia yang terbaik.kita harus usaha.ayuh!