Monthly Archives: August 2009

si comels

td rasa mcm boring kat ofis.jadi aktiviti apabila bosan adalah menelefon anak2 abg saya yang dua orang itu yakni athif si abglong dan faqeeh si adik.sejak kahwin,dlm seminggu sekurang2nya 3x call utk borak dengan budak berdua ni πŸ˜‰Β  ada tu hari2 telefon sebab bosan rindu.sampai ibu diorang pun dah naik penat agaknya πŸ˜›

selama ni sebutir ditanya,sebutir dijawab.tp td buat pertama kali athif bertanyakan soalan kepada saya…suka yang amat maklang!ngeh..

saya : athif kat mana tu
athif : umah nyang
saya : ooo bila nak blk umah wan
athif : gu abah kje
saya : bila nak g umah maklang
athif : maklang kat mana ni
(saya gelak teruja)
saya : maklang keje (sambil sengih2)
athif : apa?haih maklang kat mana ni
(dan soalan-jawapan yg sama berulang untuk beberapa kali sebab dia tak fhm jwpn saya.comel.tanya orang pastu sendiri blur hehe)

borak2,lepastu bercakap dgn si adiknya pulak.adik yang makin hari makin bijak.si faqeeh ni tak tau byk perkataan lg.jd dia byk bebel bahasa baby dia dan gelak sorang2…

hmm.kalau kat rumah mak, nampak si adik lebih diberi perhatian sebab aksi2nya yang menghiburkan dan superhyperactive.kadang kesian tengok si abang sebab dia ni lebih reserve maka perhatian yang diberi semua orang tak seperti perhatian kepada si adik.huhu.hakikatnya,semua orang sayang dua2 sama rata je πŸ™‚

rindu lah pulak ngan budak2 ni.ehe

laut oh laut

minggu lepas buat pertama kali nya dalam hidup saya tinggal di laut.selama ni daytrip je.pernah beberapa kaliΒ  berhajat untuk tinggal di laut tapi tiap kali mesti disuruh pulang ie cuaca buruk,tiada bilik kosong dsbg.iye,memang bagi orang lain sesyarikat kira tak heran sebab offshore adalah ofis kedua mereka πŸ˜›

mari kita lihat apa yang telah saya alami dan pelajari sepanjang berada di sana.not technically or electrically la of course kan heh

putra andika II - the crew boat

putra andika II adalah bot yang membawa saya dan team ke platform.perjalanan dari shin yang wharf di miri ke platform mengambil masa kurang lebih 3 jam.laut dan ombak sangat baik kali ini.tapi saya tetap menutupkan mata.takut2 termuntah kepeningan T_T

the room

did i tell you that i was the only girl out of hundreds on board?sepatutnya ada lagi 2 orang dari pejabat miri.akan tetapi(pergh) mereka ada urusan lain.saya pun dah buat arrangement maka nak kensel pun tak boleh.redah saja.sorang pun sorang lah.ada 4 dorm dan setiap dorm ada lorong kecil untuk ke bilik2.malangnya bilik saya terletak di dorm yang berlainan dengan teammate lelaki saya.tapi,redah saja ye kawan2.jadi ini adalah bilik untuk saya.he he.alhamdulillah ada LOCK.ye LOCK adalah sangat penting agar bilik tidak diterjah malam2 nauzubillah.dalam tu ada katil double decker,sinki,almari,ruang kecil untuk solat dan…

shared toilet

ye,toilet yang dikongsi dengan orang bilik sebelah sana.ada 2 pintu lah kira.merasalah kongsi tandas dan bilik mandi dengan kaum adam ye kawan2.tiap kali saya masuk saya seboleh mungkin tidak bersuara walaupun berdehem sebab khuatir orang sebelah tau mereka berkongsi tandas dengan perempuan.bahaya.ngeh.tapi ada satu pagi tu saya baru masuk lepastu tak sempat kunci pntu sebelah bilik lelaki,orang tu dia bukak ok pintu tu.saya menggelabah dan cakap “opps..” sambil mengnolak pintu dan kunci dari dalam.tapi saya terlupa untuk membuat suara seperti lelaki T_T.tapi jangan risau.wp mereka tau saya tengah mandi mereka tak kacau saya.he he[masa tu Allah saja yang tau betapa berderau darah saya]

the workover barge - view from my dorm

haaa.ini lah workover barge.namanya Ocean 6.ala2 adik kepada Ocean 11 dan Ocean 13.heh.workover barge ini adalah di bawah kontrak drilling team untuk menjalankan aktiviti fishing.sila google untuk mendapatkan maksud fishing dalam arena drilling.saya adalah takut untuk mengexplain kerana khuatir akan memberi ajaran sesat kepada kawan2 πŸ˜› ada satu pagi cuaca buruk/hujan lebat dari jam 4pagi.saya terus terbangun dari tidur kerana bilik bergoyang2.pening oh.mandi dan solat pun kena sambil2 seimbangkan badan kerana takut terjatuh.hu hu.cuaca kembali reda jam 9pagi alhamdulillah πŸ™‚

barge-gangway-platform

nampak tak ala2 jambatan pastu ada gap sikit tu.haa jambatan tu dinamakan gangway.untuk cross dari barge ke platform.masa air pasang oke.sebab jambatan tu bersambung.tapi bila air surut,satu akan ada kat bawah,satu lagi kat atas.makanya,kena swing menggunakan rope.swing baby swing katanya.bawah tu pulak ada jaring kot2 masa swing tu anda tergelincir dan jatuh jadi tidaklah anda terus jatuh ke laut.cara nak menaikkan orang yang jatuh di jaring naik kembali ke barge tidak pulak saya pelajari.nauzubillah.oh dan lagi satu,kalau nak melintas,kena pakai lifejacket sebagai langkah berhati2.dah sampai platform,lifejacket itu bolehla ditanggal dan buatlah kerja seperti biasa πŸ™‚

see the workover barge? :)

ni pandangan dari jauh.sebelah kiri adalah workover barge.dan kanan adalah platform minyak yang inshaallah akan berhasil lepas raya.sekarang adalah kerja2 hook up sebelum minyak dapat diflow dari telaga minyak dan seterusnya di proses dan diexport dan syarikat untung dan kami pun gembira.amiiiin πŸ™‚

sekian coretan kali ini.pengalaman yang tidak dapat dilupakan,oh jangan risau kalau anda seorang perempuan.in this industry,guys dont bite(not sure of other scenario tho).malah mereka lebih hormat dan akan jaga anda.terutama kalau mereka tahu anda disana berseorangan.percayalah πŸ™‚

tulang dah empuk kot.kena sambung memasak.ha ha

selamat berbuka puasa semua!

pra-ramadhan

1. last round bowling

2. nasi kukus ayam dara taman melati

3. cari baju raya – 1st week ramadhan

4. malinja – takut kempunan bulan puasa.tak penting pun sebenarnya heh πŸ˜›

5. apartment key handover – 1st week ramadhan

6. offshore 3rd hookup visit – minggu depan,inshaAllah πŸ™‚

7. housewarming untuk org jalan kelubi – buat time raya la noooo

8. ambil album kahwin kat candidsyndrome – sayang tolong ambil next week bulih ?:)

…..dan banyak lagi

semua tu plan sebelum ramadhan menjelang.cewah.sendiri buat checklist.tak banyak pun yang berjaya buat.itulah,kita merancang…tup2 pagi ni baru tau esok perlu ke bintulu hingga sabtu.dan kemudian ahad ke jumaat ke miri untuk offshore,inshaAllah.balik kl,lansung bersiap untuk terawikh (kalau 1 ramadhan jatuh hari sabtu)..

jadinya, tadi juga buat 2 yang distrike kat list tu.heh πŸ˜›

bebel bebel

he he.takpelah.habiskan semua yang pening penting yakni memerlukan travel(fuh) sebelum puasa.ramadhan ana yang punya.mau balik jam 4 tiap hari berramadhan sehabis baik πŸ™‚

jika tidak berkesempatan nak ber’online’ lagi,saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua keluarga jauh dekat dan rerakan yang membaca blog ini.semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua.amiiin! πŸ™‚

p/s : pertama kali bulan puasa kena masak untuk sahur.haaa now u know…T_TΒ  *i love u mak.so muchh*

and…sync!

ini adalah istilah baru yang saya belajar semalam.dan saya akan kerap menggunakan istilah ini…

dari vaio ke iPod 32GB

….adalah kaedah mentransfer file atau application dari iTunes di pc/laptop ke dalam iPod Touch saya πŸ™‚ ya,betul. bukan iPhone..

kenapa?
1. sebab lambat sangat nak tunggu iPhone yang boleh support videocall
2. gambar takat megapixel rendah.ape kelas
3. saya lebih gemar hp jenama SE

tambahan pula hp sony ericsson k500i yang bluetooth pun takda saya masih tiptop.sayang pulak nak ganti baru huhu..pastu lagi 3GS tu mahal dan tak berbaloibaloi sebab tak ada 2 ciri yang pertama seperti di atas πŸ˜› ala cakap je la overbudget T_T

sebenarnya iPod tu pemberian suami.he he.oh tiada apa sambutan pun.cuma meng’qada’ hantaran kahwin.baru sekarang ada idea.patut bagi masa hantaran.tapi dua2 tak tau nak beri apa.jadi masing2 setuju untuk beri off-dulangΒ  lepas kahwin…he he

so saya balas hantaran(aci kan pakai term ni lalala) dengan ini…

dah macam barang rampasan kastam pulak ghopenye

masing2 senyum sampai telinga tak tidur malam ok. 5 bulan kot tunggu πŸ˜›

p/s : saya letak entri ini bawah tag ‘Pre-Wed’

“i’m pregnant”

drama sebabak di klinik idzham(bukan nama klinik sebenar) sebentar tadi…

saya ni suka perati orang.looking for real life drama katanya

jadi mata terpaku kat satu pasangan ni.duduk tak sampai 2 meter daripada kami.main cubit2 mesra gitu.yang perempuannya pakai babyT dengan seluar ketat dan pasangannya berambut panjang,berikat.saya takdelah kisah pun.macam saja je suka perati orang.heh:P

oh kemudian nama yang perempuan dipanggil untuk masuk ke bilik doktor.dia masuk sorang.2 minit kemudian dia keluar membawa sebekas kosong untuk ujian air kencing.dia berkata sesuatu dengan pasangannya dan berlalu ke bilik air.setelah menyerahkan hasil air kencing kepada pembantu klinik, dia duduk kembali ke tempat asal.

3 minit kemudian,namanya dipanggil lagi masuk ke bilik doktor.beberapa minit dia keluar dengan muka mencuka dan pergi ke arah pasangannya dan duduk.berikut adalah perbualan mereka (saya baca gerak bibir),

“kenapa”

“macam mana ni.positif.mengandung.macam mana ni”

saya adalah membuntangkan mata.terkejut sangat..:|

lelaki tu memang cuak tak boleh nak describe.ya allah,pertama kali dalam hidup saya tengok adegan tu depan mata.perempuan tu menangis tak henti.tak pandang sikit pun pada pasangan dia.dah tak kisah apa orang sekeliling fikir apa tentang mereka.yang lelaki pulak duk geleng kepala.sambil tu cuba tenangkan yang si perempuan.hu hu.kadang2 mereka berdua senyap dan mungkin berfikir2 lepas ni apa nak buat.

beberapa minit aksi yang sama.dan kemudian saya nampak lelaki tu sebut “macam mana kalau kita GUGURKAN”.saya adalah membuntangkan mata kali kedua.oh tapi laju je perempuan tu geleng kepala….

kemudian mereka ambil ubat dan berlalu keluar dari klinik dan saya pun tak pasti apa tindakan mereka seterusnya.

saya tak rasa mereka pasangan suami isteri.mengapa?

1. melihat reaksi mereka berdua tadi memang cuak tahap dewa.kalau dah kahwin kenapa perlu cuak,kan?
2. yang lelaki tak ikut masuk bilik doktor pun
3. nak gugur ape jadah?

hmm.sampai sekarang saya shock.kepada pasangan tersebut,semoga mereka belajar daripada tragedi ini dan ini mungkin kifarah untuk mereka di dunia.ya allah jauhkan la semua ini dari keluarga,keturunan dan teman terdekat saya.amiiin

p/s : btw ke klinik tadi sebab suami kurang sihat.demam.penangan team building melampau di PD ;(