alkisah pindah rumah

alhamdulillah barang-barang pindahan sudah hampir 80% selesai dikemaskan.semua perabot penting pun sudah dipasang dan disusun.cuma ada la beberapa kotak yang masih belum dikeluarkan isi nya sebab beberapa faktor iaitu granit utk kabinet dapur belum dipasang,barang belum nak dipakai,tak sempat mengemas dan juga kepenatan.pindah rumah memang menyedut semua tenaga yang ada.ni baru dekat.kalau yang berpindah ke negeri berbeza pasti penatnya berkali2 ganda.atau keluarga yang mempunyai anak2…fuh respekla
 
pagi tu seawal jam 8.15pg lori dah sampai.ada seorang ketua dan 3 pekerja.oke lah.awal2 ketua dia tu tengok barang kami, terus je ckp “tak muat ni..”.tapi lepas dah angkat2 tu muat je alhamdulillah.cuma ada beberapa barang kami angkat pakai kereta sebab risaukan keselamatan seperti tv,komp,speaker2,cpu2 suami,baju bajan,barang dalam peti ais,astro dish etc etc.dalam 2 trip jugak angkut barang dalam kereta huhu
 
dalam kul 11pg urusan pindah2 barang selesai.kami pun keluar cari makanan.lapa sungguh sebab tak brekfast kan,hehe.elok sudah tu patah balik ke rumah lama utk cuci2 mana yang patut sebab dah cadang untuk handover kunci kepada tuan rumah semula sebelum tahun baru.balik rumah mengemas rumah sampai ke malam.pasang2 perabot,lap semula lantai rumah,cuci sarung sofa,cadar,susun baju dalam almari semula etc etc.orang langsir pun datang pasang masa nak dekat maghrib.cun2 je timing alhamdulillah.tidur malam tu dalam keadaan yang kepenatan yang amat sangat.satu badan sakit2..
 
pagi ahad kami sangat teruja sebab baru lah faham pengertian morning sun.bukak2 tingkap je nampak sunrise:)wp baru jam 7+ pagi.rumah sebelum ni sunrise n sunset kat tepi rumah(paham ke?).jadi rumah redup je.hehe
 
siap2 sarapan kat keramat(port biasa,gerai roti bom kesukaan suami :P) dan terus ke ikea.tolong bukak ikea kot sebab baru pukul 10am haha.tujuannya nak beli beberapa barang.kemudian ke jusco.dan ke carrefour.ye penuh satu kereta beli barang lagi.macam tak cukup2kan barang yang tak berkemas kat rumah tu haha.jadi balik sambung mengemas lagi dan lagi dan lagi.sampai tak larat nak keluar jadi megi menjadi santapan makan malam.pakai air termos je macam zaman kat uni dulu heheh
 
begitulah sedikit sebanyak pengalaman pertama kami pindah rumah.hari ni dah sambung bekerja semula.fuhh penat pun tak hilang lagi ni.malam ni tengokla kalau larat nak sambung lagi(eh eh boleh pulak ‘kalau larat’ tu :P)
 
jadi dilampirkan dengan entri ini, tips pindah rumah berdasarkan pengalaman kami(random);
 
1. masukkan barang dalam kotak ikut kawasan rumah dan label tiap kotak.jadi nak cari barang nanti pun mudah.contoh : tupperwares – dapur
2. kalau ada barangan kaca atau mudah pecah,sila tambah label “MUDAH PECAH” sebagai langkah berjaga2 baik untuk kita atau yang tukang angkat
3. beberapa minggu sebelum pindah,elakkan daripada memenuhkan peti sejuk dengan barang2,terutamanya freezer.macam kami,sebulan sebelum stock up byk2,lagi seminggu nak pindah barang pun dah susut,masak apa yang ada sahaja.bila hari pindah tu tak la banyak sangat barang2 sejuk dan rosak
4. kalau pindah pagi,pagi2 tu baru keluarkan barang dari dalam peti sejuk dan alih dalam plastik.peti sejuk tu cuci la sikit sebab takut berbau huhu.bila dah sampai,first thing masukkan semula barang2 peti ais sebelum kemas barang lain.inshaallah barang2 takkan rosak 🙂
5. pastikan frame2,barang2 yang perlu extra care, barang2 yang disayangi dan tak boleh diletak dalam kotak kita bawak sendiri sebab khuatir akan pecah,rosak dsbg.sedih sebab ada satu frame hadiah kahwin kami pecah,meja komp suami roboh dan beberapa barang lain calar/terkopek huhu.almari kasut pun separa roboh.our bad
6. kalau almari yg ada pintu dan tidak didismantle tu,pastikan pintu2 di seal untuk elak daripada terbukak ketika proses mengangkat2
7. kalau boleh,biarlah kotak dari kalangan kecik2 tetapi banyak.elakkan dari menggunakan kotak yang besar dan sikit sebab nanti susah semasa proses mengangkat dan kebarangkalian untuk kotak2 bocor sangat tinggi
8. untuk bantal2,bantal2 sofa seelok2nya diletakkan di dalam plastik2 eg plastik hitam untuk preservation.even tilam pun kalau dibalut dengan cadar supaya kalaupun kotor,boleh dibasuh
9. selagi boleh didismantle,dismantle lah ye,untuk kemudahan sejagat 🙂 skru2/washer2 yang terlibat,disimpan di dalam plastik kecil khas,label juga eg skru meja makan,skru almari baju etc etc
10. tikar dan karpet pun digulung dan diikat rapi dengan tali rapia
11. bila semua barang telah dimasukkan ke dalam lori, pastikan barang2 diikat kepada lori dengan betul nak elak daripada barang terjatuh semasa perjalanan ke destinasi
12. bila dah sampai destinasi,terus pasang peti ais/mesin basuh dan pastikan alat2 elektrik masih ok,sebelum bayar orang lori.takut kang dah bayar tengok2 barang rosak tak ke merana u
 
semoga tips ini berguna utk mereka2 yang ingin berpindah randah juga 🙂
 
selamat mencuba! ;P

3 thoughts on “alkisah pindah rumah

  1. zue

    baju bajan??kata ganda ape ko pakai ni..hahahha..btw, kate tadek line internet..ni post kt mane?opis?haha..thanx for d tips..berguna utk pindah rumah sebelah.. ;p

  2. Mr. k

    update entry berbagai2, kalah time ada tenet kat umah ;p
    nway lagi satu tips: sila breakfast before start pindah, haha! 🙂

    nway great compilation of tips, yayang. harap membantu rerakan taulan, ceywah! 🙂

  3. musaf

    “pagi ahad kami sangat teruja sebab baru lah faham pengertian morning sun.bukak2 tingkap je nampak sunrise:)wp baru jam 7+ pagi.rumah sebelum ni sunrise n sunset kat tepi rumah(paham ke?).jadi rumah redup je.hehe”

    xpaham….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge