Monthly Archives: March 2010

HK Trip – Day 2

tix

hari kedua di HK kami ke Disneyland!tiket kami beli online dan redeem kat the peak.ada kaunter ticket redemption kat situ.harga tiket adalah HK350/pax.sama je beli online atau kat kaunter jadi lebih senang beli online.less hassle

sunny bay

utk kesana kami naik MTR dari Prince Edward, terus ke stesen Sunny Bay dimana dari situ kami akan naik tren yg berkonsepkan Disney!dari gerabaknya sampai la ke interior.ada miniature Disney character lagi kat dlm tren tuh.tren ni membawa kami terus ke Disneyland 🙂

tren

cuaca agak terik masa kami sampai.tapi anginnya sejuk,alhamdulillah.beza Disneyland Paris dan Disneyland HK adalah saiz nya.di HK tiket ni semata2 park.takde Universal Studios macam kat Paris.jadi memang terasa lah keciknya huhu

entrance

jadi berikut adalah aktiviti kami di sana…

pjg nye queue

miki mini

bergambar dengan mickey dan minnie!panjang sungguh q nya.tgk first pix.mau dekat sejam beratur.tapi dah alang2 beratur saja sampai habis.yang bestnya tiap area kartun disney ada, akan ada jurufoto standby.lepas amik gambar,dia akan bagi kupon dan kita boleh beli gambar kita kat kedai gambar dia ikut saiz yang kita nak.tapi nak pakai kamera sendiri pun boleh.gambar yang diorang amik memang sgt cantik sampai kami terpedaya dan beli juga lah sbg kenangan.harga lebih kurang HK100/pix saiz kecik sikit dari A4..

lepas tu pi main rides kat Tomorrowland,Fantasyland dan Adventureland.sini takda Discoveryland.rides pun tak banyak.by 2pm dah setel semua rides kami naik.atau mungkin juga sistem beratur yang efisien jadi tempoh menunggu tak lama utk setiap ride 🙂

orbitron

orbitron

bump2 car

bumping2 car

buzzz

ada ride buzz jugak.like help buzz save the world!kinda thing.cool sgt.suka sbb leh kumpul point.takleh amik gmbr kat dlm coz sgt gelapp

space mountain

space mountain – i prefer the one at paris.yang kat HK ni mcm pening je n tak byk sgt lampu2 kt dalam

banner

golden mickey show kat theatre – show every 2 hours.ni pun kebetulan dah nak start.kami pun masuk lak.dalam dewan tu dah ramai dah he he

mickey n the gang

show ni dalam bahasa cina.tapi ada skrin subtitle in english.haha lawak mickey etc ckp cina.tak feel lansung.tapi lagu2 suma menten la lagu ori.ada tarzan,mulan,beauty n the beast, lilo n stitch…etc etc

its a small world

its a small world ride.comel dan cute ada byk kanak2 all over the world.hee

pooh

pooh ride!stail buku cerita.selak page by page

merry go round

merry go round mcm x biasa haha

goofy!

goofy

rakit

rakit ni nak bawak pergi tarzan land – bohreeeng~

and so much more!

dah penat berjalan tuh,lepak jap la makan bekal yakni tuna-sandwich-apa-lg-kan disebabkan tak jumpa restoran yang diyakini utk mkn.huhu.rehat2 kejap..pastu berjalan lagi….tgk high school musical..mcm parade sikit.i like!

high school musical

lepas tu usha tempat nak solat pulak.nak dijadikan cerita, suami saya ternampak beberapa org yg mcm muslim pergi ke arah satu tempat.so kitorang pun folo lah.pastu nampak pakcik ni mcm malaysian duk sinsing lengan pergi ke arah toilet.ala2 nak amik wudhu’.tetiba nampak pakcik ni kuar dari toilet dan pergi ke arah bilik orang buat persembahan (staff and crew only).haa saya pun report la kat hasben suh dia ikut solat ngan pakcik tuh.nak dipendekkan cerita, pakcik ni and family (wife ngan sorang anak pempuan belasan tahun) mmg dari malaysia.sek 27 shah alam lak tu.haha!punyalah kecik dunia.jadi jumpa lah port solat yakni di kwsn terperuk jauh dari pandangan orang.pakcik tu cerita dia dah biasa jalan2 tempat org ni.tips dia kalau nak solat,amik wudhu’, cari tempat tersorok,bentang lapik ikut arah kiblat dan solat cam biasa.tak mkn masa pun.yg penting pakaian bersih dan tutup aurat.cara dia ckp mmg simple.yelah,tak seharusnya kita susah2 fikir benda yg blh buat tak sampai 10minit pun hmm.tiang agama kan.inshaallah.kaklong pnh bg tips tmpt yg snang nak solat adalah di dalam fitting room hehe.tp i takpnh try pulak.tp kalau area tu ada bilik solat takyah la susah2 nak cari tempat tersorok ye he he

lepas solat tu jam pun nak dekat kul 6pm.jadi kami pun jalan2 lagi kemudian teringat kupon2 yg kami kumpul masa amik gambar ngan cartoon characters tadi.ada la dekat 10 kupon.jadi kami pun singgah kat kedai gambar yang terletak kat MainStreet USA.dah usha semua gambar, boleh tak SEMUA GAMBAR CANTIK???dahla mahal.saya duk cuit suami.suami cuit saya.nak beli ke tak.org tu elok kita ckp taknak je dia delete.siap kitorang tny lg boleh tak kalau nak sofkopi hahahahaha KONFIRM LA TAK BOLEH KAN.hehe.maka akhirnya kami beli 2 keping gambar.satu gmbr ngan miki n mini.lg satu gmbr kat depan its a small world castle.sukaaaaaaa sgttt 🙂 oh dan kami juga beli sorang sepasang t-shirt Disneyland HK utk didondonkan bila pergi Ocean Park esoknya.t-shirt berharga HK150/pc.

nak dekat senja tu orang dah ramai depan snow white castle.tunggu FIREWORKS!kami pun cari la port.dapat port baik punya.duduk je atas jalan tuh.ramai gak orang bawak tripod+DSLR.tepat jam 7.30pm dah penuh dah depan castle tuh.fireworks pun stat.BEST SGTTT.ada main dekat 5 lagu kot.dekat kul 8pm baru habis.antaranya lagu Beauty n the Beast, A Whole New World, When You Wish Upon A Star etc etc…sgt disney moviesss 🙂 pulak tu bunga api dia ikut rentak lagu.kool gile.ni saya letak satu je lah gambar fireworks dari kamera suami sebab boleh pulak masa tu kamera saya hbs memory.hu hu

fireworks

ada video lam hp nak try aplod tapi takleh sbb besaq sgt.ada suara orang jakun jugak dlm tuh T_T

kul 10+ baru sampai hotel.punyaaalah lapar.maka melantakla nasi bersama brahim…esoknya jalan2 lagi!zzzzzzzzz

a tribute :)

baru-baru ni, masa dah nak hampir hari ulangtahun perkahwinan, saya terfikir nak senaraikan hadiah2 kahwin yg setakat setahun ni sangat berguna dan digunakan secara optimum…

haaaaa ni senarai nya,

1. periuk nasi – 1 saiz S dan 2 saiz L : ok yg ni mmg tak ingat siapa yang bagi.yang saiz S tu adalah pemakaian kami sehari2.max nasi yg blh dimasak adalah 3 cwn.just nice utk mkn 2org.haaa ricecooker ni lah yang kami bawak ke HK aritu.jauh dia bjalan hehe.yang saiz L tu pulak sangat berguna kalau orang datang.boleh menjamu hingga 10 org dewasa.kool!

2. blender – alhamdulillah dpt 1 je ha ha.seminggu dekat 3x jugak pakai.mainly utk blend cili la of kos kan.tp penah je buat apple juice dan air tembikai kat dlm tu.heh.belasah je ;p (drp Bal PIPE n suami)

pinggan

3. set pinggan mangkuk utk 2 orang – mmg pgunaan paling kerap.ada 2 pinggan, 2 piring dan 2 mangkuk.nice (drp auntie kedai letrik tmpt kami beli mesin basuh,astro dan kipas he he)

4. set sarapan utk 2 org – ada 2 mug, 2 piring dan 2 mangkuk.ni jadi mangkuk lauk dan cawan tiap hari (kat kenduri taiping – drp kawan suami)

5. periuk dua handle saiz M – paling mantopp.pemanasan sekata,ewah.tiap hari masak main dish pakai periuk ni.sayang gila kottt.suka sgtt (tp x ingat sapa bagi huhu)

6. set tupperware ada 6 bekas semuanya.ada 2 saiz, kaler kuning dan hijau.mmg sangat diguna pakai ie letak cili giling, asam jawa, bawang goreng, lebihan2 lauk..(daripada Edi PIPE)

termos

7. electric thermos – mavelesss.ni la sumber air bersih dan air panas dan air minum kami.kami takde cerek atas api.water filter pun xde. (kawan suami rasanya sebab masa kat shahalam takde org bg thermos.frust sbb kalau tak silap kaklong dpt sampai 2 hehe.pastu bsyukur kat taiping dpt jugak.sgt tidak senonoh)

8. set cadar dan comforter (we got 2 sets) – dua2 digunakan extensively.(dari Koy SMIH dan officemate suami)

kipas

9. kipas siling beremote control : sekarang selamat dipasang di bilik beradu kami.menyejukkan malam2 kami.alhamdulillah (dari Rozaina SMIH)

10. dapur ada 2 burner : ni pun best.sgt berjasa esp masa musim raya aritu.tapi sekarang ada kat yard je sebab tak boleh fit kat dapur rumah baru.sob (dari PakDin bapa saudara suami)

11. tudung saji dan bekas tisu : hasil sentuhan tangan tok kat baling.menghiasi meja makan eheh

12. dekat 10 set cadar 🙂 so far kami baru pakai 4 kot…yang lain tu tunggu kang rasa nak tukar selera dan tukar angin heheh

13. oven : oh bjasa sungguh.walaupun dapur kecik dan tak boleh letak secara permanent, tapi sempat la masak mcm2 ie biskut raya, lasagna, mac n cheese,ayam golek(abah rasmikan penggolek hehe), apple crumble etc etc (drp maklong)

14. of course all the jusco vouchers and cash.total of almost 2k.esp daripada office and families and bosses.sweeeet.duit ni kami pakai utk beli barang2 rumah awal2 dulu.very useful!

15. vacuum cleaner – rumah baru ni menangkap habuk.kalau guna penyapu, konfirm habuk terbang dan jatuh balik.maka baru ni kami guna vacuum utk ‘sapu’ satu rumah.wp agak leceh kne cabut plag pasang cabut pasang cabut tapi sgt sukaaaaa! (drp the UM hot gurlss)

16. jam meja – ada 2 satu letak kat tepi katil dalam bilik dan satu lagi sebelah tv.rumah kami takde jam dinding (yet) jadi jam2 ni sangat berguna.besar masing2 pun macam jam dinding.so fit for purpose.love it (drp adikku Sulafa’ dan Bibah+husben)

alhamdulillah.hadiah lain kami dah pakai test.ada yang belum berkesempatan spt deepfryer.hmm.oh oh tapi antara semua tuh ada satuuuuuuuuuuuuuuuuu je hadiah yang kami tak boleh test…………………

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

BAJU BABY!

ye, ada orang bagi hadiah baju baby.hehe.kalau tak silap dulu angah kawen pun ada org bg hadiah ni.takpa,inshaallah doakan kami.wat masa sekarang kena ikut nasihat doktor.tunggu dan lihat shj ye…doakan 🙂

jadi begitulah adanya.sekarang saya lebih senang nak beli hadiah kahwin sebab dah ada pengalaman mengguna hadiah2 kawen.mungkin senarai kat atas ni boleh dijadikan panduan utk kamu2 yang nak buat wedding register(fuh) atau nak beli hadiah kahwin teman2..

dan lepas setahun lamanya, thanks again to all for the presents!!baik yang disebut mahupun tidak.sayang semua.muahhhhhhhhhhh

salin kulit

orang lain setahun mau 2-3 kali tukar skin

saya ni dah dkt setahun stgh pakai skin yang sama lol

boring dgn blog sendiri pun ada

hmm

jadi tadi saje la usha bbrp theme

hmm tgkla bila rajin eh silap.i rephrase.bila suami ada masa.sebab dia la tmpt i bergantung harap bab2 script ni hohoh

nite2! 🙂

tentang laparoskopi

syukur ke hadrat ilahi surgery yang dijadualkan pada 16mac lepas berjalan lancar.berikut adalah fakta rawak berkenaan surgery tersebut ;

1. elok dapat bilik je, lepas sorang2 nurse datang bilik.amik blood press, suhu badan, hantar baju hospital, amik darah 4 botol, hantar foods, bagi borang questionnaire etc etc…

2. malam tu elok lepas makan malam, dalam 8pm, sorang nurse ni masuk bagi sebotol julap.kaler jernih macam air masak je.ada dalam 100ml kot.dia suh minum sampai habis.kul 10pm dia kata dia nak bagi lagi seround.rasa dia ya allah sangatla tak sedap.rasa mcm minum racun.eh tak saya tapenah rasa racun haha.tapi rasa dia sgtttt tak sedappp.botol pertama tu saya bancuh dgn secwn air mineral dan amik masa dkt stgh jam nak habiskan.huhu

julap

hai nama saya laxative.saya tidak sedap

dkt kul 9.45pm tu saya dah terduduk kat toilet bowl mengeluarkan isik perut.it lasted for almost half an hour.10+ lg sebotol datang.my husband siap sip a bit just to give me moral support.haha lepastu kebetulan adik saya yang juga seorang doktor call tanya camane and everything.pastu cerita la pasal julap tuh.dia kata knp kne minum sampai 2 botol pastuh kne puasa lagik.dia cakap tak payah.haaa the moment dia ckp tak payah tu, saya terus je hepi dan sorok botol tu blkg laptop – takut nurse nmpk.dan efek yg sebotol tadi tuh saya rasakan sampai kul 1pg pun masih nak gi toilet ok.esok paginya pun ada lg sisa2.huhu.adekah hosp ni membuat prosedur yg salah?hmm i wonder.last time when i was on pre op at sjmc, they only inject a bottle of i-dunno-fluid into my *** and after 15mins or so i headed to the toilet.piece a cake!kan?

3. mak mertua dan adik2 suami datang dari taiping beberapa hari sebelum hari pembedahan dan saya sempat ‘mengorientasi’ mak mertua saya di dapur dan di rumah.mana bawang, cili kering, minyak,beras etc;p.sebab mereka bercadang untuk tinggal hingga saya discaj dari hospital.how sweet! 🙂

4. di pagi pembedahan, mak, abah,adik2 saya, mak mertua saya, suami saya semua ada di sisi.mereka adalah kekuatan saya.love u all!

baju ot

baju OT yang kool

5. dlm 8am gitu lepas dah pakai jubah OT dan shower cap biru [huhu], nurse bagi saya satu pil ni.nak bagi ngantuk katanya.saya pun telan dan baring kemudian katil ditolak menuju ke OT.husben je yang dibenarkan ikut.tapi takdelah sampai masuk lam OT.hehe

6. elok dah sampai tu, dia parking katil saya dgn sekumpulan pesakit yang tak sedar atas katil masing2.masa tu dah mamai2 dah saya.ala2 tunggu turn pun ade heh

7. sedar2 sy kat tempat yg sama,terasa katil ditolak ke bilik dan saya sempat jeling jam dinding masa tu pukul 11+ pg.rupanya dah pun selesai pembedahan.tak sedar pun hehhee

8. dr tan telah menebuk 3 lubang yang masing2 sebesar 1cm  (1 jahitan) utk prosedur laparoskopi-boleh-gugel ini.saya kurang selesa nak menceritakan post-op results.maka cukuplah setakat itu ye 🙂

9.  ekceli malam tu jugak saya dah bgn sendiri.dan jalan2 sekitar bilik.sweet sangat family saya teman saya sampai saya leh bangun sendiri.

drip

lepas dah leh minum milo tak muntah,drip pun dicabut dari tgn saya.tapi mendalah ni masih di tangan kutla tetiba jadi pape takyah diorang cucuk balik carik line bagai he he

10. esoknya jalan2 lagi.tak larat pulak baring saja.lenguh belakang.penangan bius tu terasa sampai hari ke4 ke5.i rasa dia bg i epidural lah.back pain mcm org yg pnh dpt epidural describe.sakittt…baring je sesak nafas.sakit kesan daripada bius tu lagi lama daripada kawasan op tu sendiri hmm

bilik

room 6D-09. antara barang penting yang dipack adalah laptop dan ipod.wifi sini lajuuuuu.sempat download dekat 10 episod pelbagai tv series he he.n that keep my husband busy.sempat gak dia usha email ofis dia.hmm 😉

11. hari ke3 tu saya dpt tau kawan pipe saya,alia pun kne admit.kat wat 4G kalau tak silap.ptg tu saya ajak suami saya jalan2 kat luar bilik.jalan2.pastu pi lawat alia.orang sakit lawat orang sakit hehehhe

12. disebabkan berjalan dengan banyaknya, saya bleeding macam period.banyak.dun weri,nurse kata normal 🙂 it lasts few days jugak.nurse ckp mmg kalau lepas op akan ade bleeding.so ok fine 🙂

13. ofismate saya datang, ofismate suami pun datang!sweet sgt.siap bagi kad lagi.dan kepada semua yang datang lawat azwa,alan,aliaa,nizar,wang,kak shida,kak anna etc etc mekaseh datang lawat.dan kepada semua kawan n family yang call,msg,fb,etc thanks sooo muchh

buah

ni ofismate suami bagi.siap dlm kad tu ada cash RM lagi.huhu

14. suami korbankan 3 hari cuti tahunan dia untuk jaga saya kat hospital huhu..kesian dia tidur atas carpet.nasib baik lepas op tu nurse bagi 2 selimut lebih.ada la lapiknya.kalau nak bukak sofabed tu kena rm80/mlm.adeh

15. mak suami bertahan duduk kat rumah kami dengan adik2 tanpa kami berdua.suami akan datang ambil dan hantar mereka hosp-rumah tiap hari untuk tgk saya.lepas saya discaj tu mak yg masakkan lauk,kemas rumah,basuh baju,lipat baju.haih terharu betul…thanks mak!

16. mak ngan abah pun datang all the way dari shah alam tiap hari.abah siap carikan ubat house of healing gamat tu kat seluruh pelosok shah alam untuk saya.abah memang dari dulu camtu.masa athif dan stoma nye dulu pun abah carik beg tu merata…tersentuh sangat hati

17. pagi sabtu lepas mak mertua dan adik2 suami pulang ke taiping dan petang tu juga, family saya buat seprais datang rumah bawak makanan lunch,pinggan,cawan,air semua.alalala sweetnya.semua ada kecuali suhaib dan raiyan.kaklong bwk briyani gam,abah bawak nasi eropah,stew daging dan ayam golek!pastu buat doa selamat sikit sempena pembedahan saya dan harijadi anak buah faqeeh yang ke-2 tahun..thanks korang!!!you are my strength!!!

rumah

penuh atas meja tu ada mcm2.terubat rindu jugak nak jumpa anak buah yg comel lote 🙂

thats about it.sekarang saya tengah nak menghabiskan sisa2 mc yang selama 2 minggu ni.selasa depan kembali ke ofis!dengarnya tak first gas first gas lagi huaaargh!!

haha

HK Trip – Day 1 (Part 2)

baiklah bersambung…rasanya letak gambar je lah banyak2 he he senang nak bercerita ewah 🙂

dsc07274

ohoh sebelum apa2 alas perut dulu ye…takut tak terjumpa mknn halal hehe

Kowloon Mosque
ada kesah la pasal kompas ni.kami mmg tersangatla yakin boleh cari arah kiblat nanti.maka hanya bawak kompas sahaja.sudahnya sampai2 hotel, nak solat jama’ gugel punye gugel koordinat HK tak terjumpa.siap nak tgk map ni tgk arah tapi masalahnya hotel yang kami tinggal tu tak appear dlm map.jadi keputusannya adalah pergi solat kat masjid Kowloon dengan membawa kompas dan tentukan koordinat dari situ.hehe fhm ke?fhm kot eh.yang besnye masjid ni terletak betul betullllll sebelah dgn stesen Tsim Sha Tsui, exit A1 kalau tak silap.exit2 ni mmg payah nak hafal he he.kne tgk signboard…maka kami pun bergerakla ke sana… 🙂

dsc07298

ni rupa depan masjid tuh.ramai indonesian and pak2 mak2 dik2 arab kat sini.tade pulak nmpk local ppl hmm


dsc07297

semua signage dwibahasa.baguss…

masjid ni besar jugaklah dan terletak betul2 kat centre, yakni Kowloon.mcm biasa, msjd ni ada sekali dengan islamic centre.mana2 negara pun kalau kita nak cari muslim nak tanya psl halal food ke apa, carilah msjd dan islamic centre nye.okeh?dan kalau nak cari restoran2 arab carilah area masjid ni.dan juga daging2 roti2 halalan toyyibann…. 😉

dsc07301

lokasinya di sepanjang nathan road yang sangaaaaaaaaaaaaat panjang.kat sepanjang jln ini juga ada banyak designer boutiques 🙂

okeh, setel misi solat jama’ dan juga mencari arah kiblat (hik hik) maka kami pun meneruskan la perjalanan ke puncak HK!


The Peak dan Madame Tussauds

tempat ni terletak di Hong Kong Island.maknanya boleh naik MTR atau naik feri.kali ni kami nak naik MTR je sebab takut tersesat karang tak sempat nak naik sebelum gelap.maka kami pun merentasi lautan dari Kowloon island(centre) ke HK island (selatan).

central station

dari Tsim Sha Tsui ke Central!macam biasa, ambil exit YG BETUL ke arah Peak Tram Terminus

going to peak tram!

oh tak sampai lagi ke?jalan lagi ye… 🙂


fuh sampai pun

fuh sampai pun.dkt 15mins jugak le jalan dari stesen tadi hu hu.ni apehal penyek lak gambo ni ha ha.ok i malas nak ekjas kira boleh la ye hoho

combo tixx

we got this combo tix for HK180/pax – for Peak Tram Ride and Madame Tussauds..utk Sky Terrace orang tu tak galakkan sebab masa kitorang naik tu foggy sangat.tak nampak apa2..so dia kata dah sampai atas nanti pun boleh beli jugak tiket utk ke Sky Terrace…

kami pun naikla tram tersebut.ala2 naik bukit bendera.teringat masa kecik2 dulu hu hu.kat sini, ramai orang naik malam sebab nak tengok night view dari puncak.masa kami naik tu pun dah nak dekat senja.maka cun cun je lah…kat puncak tu pulak ada wax house, yang ada patung lilin hero heroin holiwud dan HK dan ‘ramai’ lagi.dan sapa2 yang suka kumpul barang2 Hard Rock Cafe pun kat sini lah tempatnya.ada shoping kompleks dsbg.bayangkan tinggi2 tuh diorang leh buat mcm2 bangunan lagi kat atas tuh.shoping kompleks tu saje dekat 10 tingkat tingginya.wahhh..

dlm tram

dalam tram.kalau tak silap tram ni beroperasi semenjak tahun 1800.maseh tip top.mebi pernah buat refurbish kowts..hmm

shopping kompleks

haaaaaaa tinggi kannn…macam pavilion pun ada ho ho


madame

ok jom masuk madame tussauds!

dalam ni ada banyak patung2 lilin.kadang tengok mcm seram jugak sebab real sungguh.dan ada jugak video di sebalik penghasilan patung2 ni.alkisahnya dia akan amik gambar artis ni pada setiap angle.warna rambut,warna mata,saiz bebola mata(!),kedut sana sini,struktur tulang dsbg semua diambil kira untuk buat patung lilin ni.mmg komplikated la i ckp u ;p

winter sonata

pelakon winter sonata.haha apetah nama dia yg pasti adik i minat pelakon2 korea nihh.eh ke jepun.errr ;P

dan juga yang lain2 yang femes…….

diana

the late princess diana..real oh

white house

eheeeeeee..i rasa obama belah kanan tu dia baru letak taw.ikut peredaran semasa gitew

pavarotti

luciano pavarotti…pnyanyi soprano yang tersohor

tiger woods

tiger woods sebelum zaman kejatuhan.uhuk uhuk

maikel

maikel jeksen.masa zaman muda mudi tak putih lg ye fuan2

buat tgn lilin

haaa…pastu buat souvenir.handwax yg berharga HK60.yang sudahpun cair lps tak sampai sebulan blk T_T

ye begitulah.biasa sahaja.tak teruja pun.agaknya yg kat london etc tuh sama je macam ni kot.tapi mungkin besar lagi dan takde pelakon2 HK.sini byk juga patung pelakon HK yg tak dikenali pung.hoho

maka setelah itu kami pun sambung berjalan dan berdating.tak pergi pun sky terrace sebab sangat2 berkabus.naik tram dan turun dari The Peak…jalan2 kat luar pastu nampak org beratur panjang nak naik bas.iye,mereka kat sini sgt berhemah.takde nye men tolak2.beratur eloook je.mungkin sebab sistem nye yg efisien dan frequent..

rupanya bas tu utk pergi ke Star Ferry Pier, utk naik feri ke Kowloon.kami pun apa lagi.ikut la beratur juga..try naik feri pulak he he

naik bas

naik bas la pulak ye.harga kalau tak silap hk4/head.blh pakai octopus card! 🙂 bas nye bersih sgtt

hk nite

waaaaaaaaaa teruja tgk bandar HK di waktu mlm.mmg meriah.mmg tak lokek letrik.suma lampu dipasangnye heh

harga feri

cuma HK2.50 (equiv RM1) shj utk naik feri ini.ye,blh pakai octopus card juge.mungkin murah kerana feri merupakan antara pengangkutan yang kerap digunakan oleh msyrkt HK.utk seberang ke pulau2..

atas feri

atas feriiiii

sampai2 kowloon,jalan2, amik2 gambar suasana malam dan pulang ke hotel bila kaki sudah sakit dan perut sudah lapar dan badan sudah busuk.pakai baju tu dari kat malaysia kot ha ha

alhamdulillah..pulang,masak nasi dan brahim,

masak

ye,bawak la periuk nasi utk penjimatan sejagat he he

mandi2 dan kemas2….zzzzzzz

HK Trip – Day 1

it all happen when i had this travel bug few months back.apparently there was mas low fares happening so being me, the budget minister of the house,i drafted out iteneraries and the expenses and voila!flight tix pun booked.hehe.where to?we agreed and chose orient country this time, hong kong – considering the relatively cheap fare, no time diff, no jetlag, shortflight and roller coasters!he he.btw we get 2 return tix KLIA-HKG RM1508 nett.quite a bargain,huh?initially i proposed for the anniv weekends itself but my husband said that’ll be school holiday and byk kenduri kahwen maka we settle for the week before the anniv.wah melompat i sebab bajet i diluluskan oleh incik PM ;p

then we closed the topic we didnt talked about the trip AT ALL until a week before the trip which was end of last month!weirdo kan?

so we did all the booking and reservation a week before ie disneyland,ocean park, hotel.oh also tukar duit and leave application hoho..alhamdulillah everything went well except that the hotel was a bit far from the town since all famous (cheap) hotel already fully booked T.T

i also bought this travel guide c/w map and MTR (mcm lrt) route inside.maka menstadilah kami agar perjalanan lebih bermakna dan tidak sesat.hoh, mau nye tak sesat,sangat tipu haha.ade la sesat eh nanti i cite

buku rujukan

parking@KLIA
our flight was on the 4th, 9.15 am.woke up as early as 5am and get ready.by 7am we already at KLIA, checked in.

chcked in

btw we parked our car at long term parking area that costs us RM144 for 4 days.the parking area is only applicable for duration of more than 3 days only.note that.we find it cheaper coz taking cab will costs us rm100/trip -> not good.tu tak tambah surcaj sebelum jam 6pg.terkoyak poket..huhu

MAS satellite lounge
ok so we headed to the lounge which is the one located at international departure building.

redeemed

the lounge is basically for first class and business class traveler only but i got the 2 pass using my enrich miles.it costs me 16,000 miles for the vouchers.

the ambiance

there was a drama behind this.i actually redeemed 2 vouchers back in dec.apparently the vouchers posted to my mom’s at shah alam and those vouchers hilang ok!that costs me 16,750 miles, 750 tu for postage.initially i redeemed to use my miles thats about to expired.end up i have to use another 16k to get new vouchers.kali ni saya pi redeem kat enrich ofis saje.fuh,geram.memang sayang la miles tuh tapi nak wat camno takdak rejeki huhuh.and we just want to kill the time before boarding..so we had breakfast,

nasi lemak klia

camwhoring,wifiing,newspapering and phonecalling….

lepak lepak

the journey
4 hours.it was my first mas international economy flight experience.the aircraft was slightly bigger from the domestic aircraft.tak sebesar yang pi london la ie ada double decker etc.and…yay ada inflight entertainment 🙂 wp sebenarnya takdelah tgk sgt pun.tgk one muvie ni halfway.pastu tgk one tv series halfway jgk

hik2

pastu tido.while my husband played game the whole time.he he.they served brunch in the middle

mine!heavy gila food dia..tak habess

his - nasi lemak dll

HKIA – tickets

dwi language - u wont get lost!

touched down at almost 1pm.get our bags and off to buy train tix to hotel.we bought 2 tix ie airport express (HKIA – Tsing Yi, HK90 for 2pax) and octopus card(HK150 each)

octopus & airport express

oh we loove the octopus card.the function is similar to our touch n go but way better.why?bcoz when u use octopus, the MTR fare is reduced by 5-10%.and, very convenient as we can use the card to ride bus, ferry and even utk main tikam2 kat themepark.LOL.from the HK150, HK100 is the topup, and HK50 is the card.u can get back the HK50 and all remaining balance inside the card with only HK7 charge, cool huh?touch n go mana de wat gini he he

same kan mcm LRT hehhee.skrin tu akan tnjk besar2 brp balance kad

oh and the MTR – ada approx 8 looong coaches

in the MTR...

panjang sangat.dan sentiasa ada penumpang.the public transports in HK are VERY reliable!

Oriental Lander Hotel
located only 5mins walking distance from Prince Edward MTR station

entrance

kami adalah sesat sebab kami baru perasan MTR station ni byk exit!!one station has almost 10 exits.so if you go to the wrong exit then you have to go all the way inside and find the correct one.yeah that was what happened to us..

cam ni la rupa papan tanda exit.tgk betul2 :)

not cool coz we were carrying our luggage and some of the exit doesnt come with escalator.fuh bepeluh2 angkut beg huhu.plus, it was raining a bit sabarjelah.ok the hotel,

nk amik gmbr pun susah nak cari angle heheh

costs us RM780 for 3 nights.not bad huh.the room rates are around that so terima je lah seadanya.the room is around 15′ x 8′.aha that small.dah la ada 2 katil single lak tuh haha!we requested to change the room to double bed but no room available.so layan~ kemas2 barang and siap2 untuk berjalan2 ke puncak HK! 🙂

bersambung…
————————————————————————————
[semoga saya rajen sambung~ lol]
DAY 1
Kowloon Mosque
Peak Tram and Victoria Peak
Madame Tussauds
Star Ferry Pier
DAY 2
Disneyland HK
DAY 3
Ocean Park
Ziafat Restaurant
Avenue of Stars
Symphony of Lights
Ladies Market
DAY 4
Hong Kong International Airport

penantian berakhir

alhamdulillah setelah sebulan menanti…

kertas ujian

ekceli memula takde perasaan.tapi bila dah dibawa ke bilik tu macam berdebar.sebab dah dikategorikan dan dilayan sebagai pesakit huhu

berdoa agar dipermudahkan….

amin!

countdown : 14 hours

seribu tahun lagi

we were sitting along the victoria harbor to witness the symphony of light (masa kat HK) when my husband suddenly said… 

“dgn bsaksikan lampu2 ni,saya nak ucap happy anniversary…..(sambung lagi ucapan)”

*yes, he can be sgt buku bila time jiwang*

 

i giggled and said..

”belum lagi lah.minggu depan”

but u know what, from that moment, he kept on wishing me ‘happy anniversary’ dan saya pun layankan je.so everyday for the past one week we wish each other like 10times a day.and at times sounds like make fun je haha!

 

so the day has come and yeah, “happy REAL anniversary dear!”.the he heee..

 

well its been a wonderful one-year-journey and am so looking fwd for more years to come,inshaallah…we might not be perfect but we complement each other with our differences, inshaallah J

 

i love u and will always do

 

p/s : tgk font entri ni pun spesel padahal i pun taktau apekene tetibe font berubah.blog ni merajukkah