Monthly Archives: May 2010

‘back’ to skool

mungkin ramai dah tahu.tapi saja nak cerita..

saya bersekolah rendah di hira’ dan sekolah menengah juga di hira’, di batu belah,klang.11 tahun menuntut di institusi yang sama.agak menarik kerana sekolah ini bukan seperti sekolah2 biasa.ditubuhkan pada 1985, bukan top school pun.bukan SBP.kalau dulu siap ada nasyid “sekolah kami sekolah kampung..sekolah kami terapung2”.he he.mana tak nya tiap kali hujan becak tu penuh kat kain uniform sekolah.memang terapunglah πŸ˜›

masa kecik2 dulu,kalau jiran tanya sekolah mana.bila cakap sekolah kat klang,semua ckp jauhnyaaa.memang jauh.kul 6.45pg bas muthu dah datang hon hon kat hujung jalan.sempat tidur lagi dalam bas (kalau dapat tempat duduk la) sambil mendengar alunan lagu tamil (janggejaccecacececajengjagecaccecca..sapa ingat lagu ni geng bas muthu??haha) dan berita televittar (berita tamil)..

7.45pg bunyi loceng.kalau isnin ada perhimpunan.kalau hari biasa ada kelas mukaddam(masa tu takde iqra’) pagi2.lepas tu baru kelas2 biasa.akademik dan deeniyah eg aqidah fiqh akhlaq seerah.makan kul 10 camtu kot.ibu masak.ibu ni nama glemer tukang masak kat sekolah tu.makan dalam dulang.satu dulang ada 5org.dah ditetapkan kumpulan makan.takleh tukar nama.tiap tahun nama tukar lah tapi.saya hafal lagi menu dia sampai sekarang nasi lemak(isnin), bihun goreng(selasa), mee goreng(rabu), nasi goreng(khamis)-ni feverett, kue teow(jumaat) hehe.itulah menu tak tukar sampai la saya darjah enam.hue hue menu makan je yang kau hafal cis.pastu sambung kelas lagi,solat zohor dan kul 2pm camtu naik bas muthu balik rumah πŸ™‚

sekolah menengah pun lebih kurang macam tu jugak cuma makan je tak dalam talam.kelas tilawah pulak tiap hari jumaat (masa yg lelaki ke masjid).subjek deeniyah masih ada.bezanya sekolah menengah ada solat zohor berjemaah dan pulang jam 4ptg:) pastu tiap hari jumaat kena tidur sekolah sebab ada kem qiadi (ada usrah,qiamullail,hirasah etc) dan sabtu ada syabab&fatayat (pemuda&pemudi dlm bahasa arab.belajar ilmu pengakap) πŸ™‚ oo dan salah satu aktiviti fofuler masa kem qiadi dulu adalah ‘night activity’ di mana dalam kul 2-3pg, kami kena jalan sorang2 kat belakang bgnn hanya berlampukan bulan.ada route dia lah.jalan dari hujung ke hujung about 100m.dlm penakut2 tu buat le jugak.sapa yang berjaya buat tu kira kebal lah sebab sekolah tu terkenal dgn hantu la qorin la histeria la.sekarang ni kalau disuruh jalan macamtu tak berani kot.huhu

batch saya (batch 5) adalah batch terakhir bersekolah menengah di batu belah klang.batch bawah kami dan seterusnya berpindah ke bangunan baru yang terletak di jeram, kuala selangor.asrama penuh.sekarang adik2 saya masih ada 4org lagi di sana.ye,istimewanya adalah kami sebelas adik beradik semua bersekolah di situ.dari darjah satu sampai la tingkatan 5 πŸ™‚ alhamdulillah πŸ™‚

3 april lalu saya berpeluang membawa suami ke majlis sambutan 25 tahun hira’, 1985 – 2010 di salah sebuah hotel di klang, bagi kutipan dana utk pembangunan sekolah kat jeram tu.dan juga utk mengenang jasa guru.disebabkan hanya 60 meja disediakan utk tetamu yang terdiri dari muallim2/muallimah2(guru2), ibubapa2, alumni2, keluarga2, maka tak ramai bekas kawan sekelas yang saya dapat jumpa.tapi ramai muka2 familiar,alhamdulillah πŸ™‚

mlm1

paling terharu dapat jumpa balik guru2 yang mengajar saya sejak sekolah rendah.menitis air mata saya ketika bertanya khabar.tanpa mereka,saya tak mungkin dapat melanjutkan pljrn ke tempat lebih tinggi dan berada dimana saya berada sekarang.dan juga guru disiplin yg mengenali kenakalan saya (oh saya mmg nakal masa sekolah menengah T_T).sempat juga memperkenalkan suami saya kepada para muallim2 πŸ™‚

mlm2

pix source : musaf’s

terima kasih muallimun muallimat atas jasa yang tak terhingga.juga kepada mak abah yang kadang2 sampai ‘korek tabung’ nak pastikan kami tetap disekolah ini…moga hira’ terus cemerlang di mata dunia inshaallah

sempena ulangtahun ke15 batch sekolah menengah suami, hujung minggu ni giliran suami pula membawa saya ke sekolahnya – sbg salah satu aktiviti sempena gathering 3hari2mlm dengan kawan2 sebatch beliau…teruja pulak nak tengok tempat suami menimba ilmu.ceh ceh

penang, here we come! πŸ™‚

giu & bill

siapa suka tengok siri giuliana and bill angkat tangan!

giubill

mula2 saya kenal bill rancic masa dia dalam the apprentice 1.oh masa tu saya masih kat UM dan geng2 bilik tv saya (geng veteran??) mmg head over heels lah dgn bill.sebab dia adalah salah satu contoh terbaik untuk seseorang yang ‘beauty with brain’.lepas tu dia menang pulak, maka jadi anak majikan donald trump maka ditambah lagi menjadi beauty with brain with monayy hoho

dalam masa yang sama kadang2 ada lah tengok giuliana de pandi dan ryan seacrest mengacarakan e! news kat 712.ala2 melodi versi hollywood.macam biasa2 je sebab tgk pun sebab tgk ryan dlm american idol

beberapa tahun lepas berakhirnya the apprentice yang bill menang tuh,dapat tau yang bill nak kahwin.saya memang bajet dia kahwin dengan one of beauty with brain jugak.boy was i wrong.dia kahwin dengan giuliana minah kepochi ala2 melodi yang saya panggil bimbo(masa tu).saya macam apakah??patut bill yang digelumangi ahli2 perniagaan ofkos akan berjumpa dengan wanita2 bijak dan cantik contohnya ivanka trump (ya allah sure kamu panggil saya shallow).biasalah masa tu zaman remaja.suka je nak pasangkan bill dgn ivanka sbb sgt cocok.haha.tapi akhirnya kenapakah hanya dgn giu (kata saya).maka selepas itu memang tak minat dah mengikuti perkembangan bill rancic lebih2 lagi bila tgk e! news nama ‘de pandi’ dah bertukar menjadi ‘rancic’.fanatik tak i haha

maka berkurun lama tak ambil tahu kesah mereka ni tiba2 tahun lepas masa tgh channel hopping, terpress 712,ada rancangan realiti mereka berdua sebagai pasangan suami isteri, Giuliana & Bill.yang kelakarnya masa ni pun dah mind set ‘ala saja je tgk.takdelah best pun…’(in denial)

haha

ok

pastu

ye.i terfolow dan sekarang dah habis pun season 2.semalam episod terakhir dan saya amat berharap ada season baru lepas ni.kenapa?baca sehingga ke akhir entri πŸ™‚

apa yang best??

tahu tak giuliana tu adalah sangat best dan kelakar dan comel dan penyayang dan cool dan TAK PERNAH MERAJUK dan TAK GEDIK dan bijak dan pandai dan lulusan universiti dan cantikkk dan memanggg beauty with brain.she can multitasks.she always pretend like she’s a bimbo but the truth is she’s NOT.sekarang saya lebih minat giu dari bill pulak hehe
betullah kata pepatah dont judge a book by its cover ;P (ye,saya lah tu huhu)

bill pulak saya memang dah tgk karakter2 dia dalam apprentice.jadi sekarang saya boleh tambah lagi ciri dia iaitu penyayang dan sangat bersifat kekeluargaan.dan dia memang sangat sayangkan giuliana!!

perfect PERFECT couple πŸ™‚

saya kalau tengok cerita ni tiap 5 minit ke mcmtu mesti separa menjerit “ahh sweet!!” atau “aaaa comel gilaaa” atau “kiutnya giuliana!!“…haha!exagerrate,kan.tak caya tanya suami haha.sampai dgn dia2 saya ajak tgk sekali he he

pendapat peribadi saya,banyak moral story yang ditonjolkan secara tak lansung – how they support each other’s career/life regardless, love each other despite differences, do activities together, respect their inlaws etc

saya tahu adalah agak pelik untuk menjadikan mat salleh sebagai contoh.tapi tak salah kalau ada nilai2 murni yang boleh kita ambil sebagai pengajaran (alasan tak boleh blah).tak macam kesah si jessica simpson dan suaminya yang saya rasa banyak melalut dan ..ok saya mengaku saya pernah tgk beberapa episod tapi terasa sangat geli,maaf..

antara episod kegemaran saya adalah -> masa bill belajar ckp itali sebelum balik rumah keluarga giu(lawakkk), masa mereka join larian utk kidney sempena memperingati ayah bill(supercute! dan touching huhu), masa mereka remarried atas kapal(oh superdupersweet!aritu balik shah alam siap bincang ngan mak lagi episod ni sebab mak pun tgk jugak he he), jacobi quits(sedih le pulak) dan juga kisah2 mereka dgn gynae:)

oh dan salah satu highlight dalam season 2 ini adalah bagaimana mereka berusaha untuk mendapatkan anak yang saya rasa sangat sweet dan touching.terasa kisah mereka sangat dekat dengan kisah saya dan suami.terutama episod terakhir.ini juga antara sebab saya semakin suka dengan siri ini.hmm.saya harap hubungan mereka berkekalan(tidak spt pasangan hollywood lain) dan dikurniakan anak yang ‘beauty with brain’sss juga πŸ™‚

babydusts to all~~
motif ending entry dgn babydust??

πŸ™‚

bowling = memangkuk [??]

tahun lepas [klik]

tahun ni pun join jugak acara tahunan itu.eh bukan yang corningware tuh.yg lagi satu tu heh

DSC004652

yang tak best,
1. prestasi menurun.letih menyalahkan lane dan juga tempat yang tak sebest tahun lepas.hee blaming culture.mcm tak biasa.terus verangan nak hire coach.ngade ok nak bercoach bagai ;p
2. sebab peserta ramai tapi tempat kecik, maka cuma diberi main 3 game saje.tahun lepas 6 game huuu.anyway,alhamdulillah πŸ™‚
NOTA YG ANDA TAK PERLU BACA : ekceli sapa yang top 10 tu boleh main 6 game tapi ahkak redha ahkak tak masuk carta T_T

yang best,
1. elaun meningkat kpd rm30 dan juga dpt tumbler comel.so yay!

alhamdulillah!

tahun depan cuba lagi,inshaallah πŸ™‚

sayang mak!

after notso much of ‘what’s and ‘where’s between us 4 siblings (yang dah keja nih) on mothers day celebration so we decided to dine out and bowl

called home but she’s out.so i called her mobile,

“mak, mak ada rumah tak malam ni.ingat nak ajak semua makan luar”
“mak balik tghari jap lg.haaa tu la mak pun ingat nak ajak sebab besday raiyan tak celebrate lg.kesian dia.esok dia dah nak balik usim.cuma kakcik la takde tapi takpe nanti mak slow talk ngan dia”

teary eyes.quickly finished up the conversation coz afraid that mak will notice my ‘teary’ voice…

little did she know that we want to celebrate her.well she always think about her children before herself…enuff said T_T

mothers-day

mothers’ day @ carls jr sunway pyramid

selamat hari mak buat mak tercinta.you’re always my no 1.sayang mak sangat!!!sangat2!

situ sana sini

| rabu | kulim |Β aizat’s konvo |

DSC08128

tahniah!awal minggu ni aizat dah lapor diri kat TM.sekarang tgh induksi 3 minggu

| rabu| kulim | abang e capati |

DSC08176

lawok pulak nama kdai ni he he

DSC08163

ramai2

DSC08167

roti jala dgn kuah sardin, kari ayam dan kari daging.superb!

DSC081741

roti arab.super superb.first time rasa.macam nak pengsan sedap sgt.rangup di luar lembut didalam fuhh

| khamis | penang | visiting anam |

DSC08193

the journey – our first trip to penang πŸ™‚

DSC08200

the hospital

anam adalah rakan seprojek saya yang juga teman sebantal suami saya di utp dulu.anam masih tak menunjukkan tanda untuk pulih wp dah hampir 5bulan di hospital.semoga Allah permudahkan segalanya bagi dia dan kurniakan ketabahan dan kekuatan amiin!

| jumaat | taiping | nasi lemak korporat |

DSC08216

ada lauk daging,sotong,ayam,udang,biasa

mil = “ikan bilis takde ke”

owner = “ikan bilis kalau mkn nasi lemak kat rumah ade la”

amboi x agak2 jwpn;p saya ada tanya jugak ada tak telur mata.dia kata kedai ni telur rebus je ada.wah gitu

| sabtu | bt kurau | picnic/bday FIL/lawat bengkel

DSC08233

penuh bonet

DSC08242

tempat bakar maseh bau kedai

DSC08253

seprais!!

masa tgh syok2 membakar,angin tiup kuat.langit dah gelap.apelagi semua makan dgn pantas.xsmpi sepuluh minit,hbs seperiuk nasi.cepat2 kemas dan hujan turun lebat.tak sempat mandi sungai pun.sebelum naik tu main air amik syarat hu hu.takpe la lainkali mungkin πŸ™‚

DSC08282

baru nak bertolak balik, keta suami jammed.ada wayar sangkut dan putus masa nak u-turn.maka masuk wekshop.nsb baik ada bengkel yg bukak wp cuti hari pekerja.sejam dah siap,alhamdulillah πŸ™‚

|sabtu| taiping | yongtaufoo’ing

DSC083001

kecik je gerai nya.tapi banyak pilihan tak macam yongtaufoo biasa.kira yongtaufoo luar biasa la ni.bole?

DSC082971

kami order 3 pinggan besar ni.makan ramai2.yamseng!

DSC082981

and thats our dinner.kenyang woh!

sekian percutian yang hepi! πŸ™‚ alhamdulillah πŸ™‚

mobile dating

dulu pernah la sekali
kat baling
time raya
tapi kejap sangat tak sampai 5 minit
dengan baju raya nya
duduk pun kaki searah
tak feel lansung

eh eh org buat hari2 takde kecoh pun

hehe

tapi wiken baru ni best
petang2 lepas hujan
sejuk je

“sayang gi mandi pastu nanti saya bawak jalan2 NAIK MOTO”
“eh ni dah kul berapa ni”
“kul 6.30.kita jalan2 setengah jam dekat nak maghrib kita balik la”
“yeayyyy NAIK MOTO!!”

dating

memori dating naik moto keliling taman desa jana,tempat-jatuh-lagi-dikenang-suami

“sekolah sayang yang mana”
“oh.tu part 2 nanti eh”
“yay ada part 2!”

haha

persimpangan dilema

saya menawarkan diri untuk C tapi saya diberi A dan B
jadi saya terima sahaja A dan B, alhamdulillah πŸ˜‰

(sambil masih meleleh ayaq lioq tgk C)

mungkinkah dengan menerima A dan B saya akan dapat C juga?

kita tunggu dan lihat

*ketap bibir*