Monthly Archives: February 2012

birth story : the birth-day

ok mari sambung cerita

lepas setel sesi cek bukaan itu, misi bagi ubat utk memgosongkan isi perut yakni dia masukkan fluid dlm tuut (Kira cam paksa rela pi toilet la).dia suh tunggu 5minit baru pegi.tapi tak sampai seminit dah berkejar turun dari katil ke toilet.duduk kat toilet bowl lebih kurang 20min spt diarahkan misi (ok tak perlu kot eh cite haha).tp ni antara part yg sgt tak suka.ooo tp better yg ni la drp masa laparoskopi tahun 2010 dulu yg dia bagi 2 botol fluid suh minum tu.sgt yuckkkks ok…

lepas dah setel toilet business, misi pasang balik ctg n heartbeat monitor tu.suh baring elok2 sbb kalu tak reading dia tak tepat.tp imagine la kan masa contraction tu mana boleh tahan weh.dari kul 1 til 5am inilah ringkasan nya,

• contraction makin rapat2.subhanallah mmg sakit ok.wp bagi seseorang yg tiap bulan period pain sampai baring2 (yours truly), it’s far far more painful than 10x of that.am not exaggerating coz my pain threshold is very low huhu
• suami teman tepi katil.mmg genggam tangan dia the whole time.dia tidur sedap je.bila sakit tu peak je i pun sedap gak genggam tangan dia.kuattttt sgt huhu
• masa sakit peak, baca laailaahaillaanta tu few times, selawat, tahmid, tasbih, takbir…bila sakit sgt2 tu smpi suara tu dah separuh menjerit
• kadang2 suami jeling2 ctg monitor tu.sbb boleh tau level high ke tak.sakit tu between 50-120 kot kalau tak silap.so ada time tu suami cakap,”haa dah nak 100 dah”.tau apa i buat?pandang mata dia tajam2 pastu buat isyarat suh senyap.i dun want to listen to anything, even my own voice!teruk kan huhu
• kadang2 bila jarak tu lama sikit saje la jeling kat ctg monitor tu nak tgk nombo tu naik time contraction dtg kan.sekali time patut nombo increase, boleh pulak nombo tu takat 10, 15…tandanya wayar yg misi sambung ke perut tu dah lari.cehs
• kalau tak silap dlm pukul 2pg tu i mintak pethidine(ala painkiller yg injek kat peha tu) sbb nak kena tidur sgt2 sbb takut takde energy nak push..
• in between 4hrs tu misi kadang2 jenguk tanya nak epidural ke tak(agaknya sbb i sakit mcm org gila kot haha).since we both agreed not to take the epidural so last2 tu misi dah tak tanya dah
• btw painkiller tu takde efek pun.sakit tu rasa jgk.tp smpt la mamai2.cukup la kot nak restore energy huu

elok kul 5am tu, misi masuk nak cek bukaan.taktau kenapa terasa sgt teruja sebab was hoping for good number ie 8cm or 9cm.nan ado.misi tu ckp,”hmm..masih 3cm ye”….APA!???!mak tertekan ok.sebab sakit mcm dah nak crowning dah tapi menten 3cm.

lepas drp tu mmg terasa stres.dah mula pk macam2 kenapa lmbt bukak.takut baby lemas.taknak kena emerg csec.kalau terdeliver masa suami solat jumaat camane(ni plg sayu).sbb jauh lg 3cm nak ke 10cm huhu

stress punya pasal, misi baru(tukar shif) yg masuk tu i jeling je.tak layan.mmg moody sgt.huhu.ok misi tu adalah rupanya midwife bertugas.so suami je yg layan soal jawab.termasukla decision nak pilih cryocord atau stemlife tuh.

bila hari dah terang, midwife bgtau yg dr seri akan dtg japg.dlm kul 9am tu dr seri datang dgn cerianya(mcm biasa).pastu dr seri kata nak cek bukaan lg.yes!berdebar ok sbb penuh harapan yg bukan lg ‘masih 3cm’.the verdict?its 5cm yaw.hepi la jugak sbb ada progress.tp bila kira lg 5jam baru leh fully dilated(ikut teori), rasa risau.sbb kalau kul 2pm suami mesti kat masjid lg sob2

sebelum dr seri wat ve tu dia ckp i looked stress and dehydrated.mayb sbb i didn’t smile much(err daaa?) and my bibir and skin kering.so she asked the midwife to put me on drip.she also said that the baby’s head already in the position cuma nak kena kona sikit supaya senang nak keluar.so she asked me to lay on my left and she’ll give me something(masuk dlm my iv) to increase the contractions so that lg cepat crowning/10cm dan position kepala baby tu seperti yg dia nak…she’ll come back to see the progress..

then she said something like “pukul 10 ye…” kat midwife tu.maybe time utk give me the extra contractions kot ;(

so bersambungla sesi menahan sakit.tp alhamdulillah lepas tambah ubat to increase the contractions tu i didn’t feel so much different sbb mmg dah sakit gila nak mati dah time tu.dalam hati berharap sgt cepat sikit la bukaan ni progress.ada satu time tu sakit tak terbendung, i grabbed my husband’s collar(tshirt).mmg saiko…

kul 11am tu midwife tu datang nak buat selukan.sila teka.dah 9cm!alhamdulillah syukur sgt2 masa tu!!!dalam hati mmg nekad nak deliver sebelum solat jumaat.of all things kan itu yg aku pikir hihi.btw midwife tu masukkan antibiotik to my IV sbb am already 12hrs in labour.takut baby kena infection…

within almost half an hour, cek lg bukaan,midwife kata sikittttt lg.belum crowning lg.sikittttt je lg…rambut nampak dah.jgn push lg tunggu lg sikittttt…pastu midwife tu blah..

mak letih dah ok..

tiba2….i feel the urge to push!!!i told hubby,

“awak mana semua orang ni!saya rasa nak push sgt ni.mana nurse.panggil la nurse.mana doktor!kenapa tiba2 takde oranggg!!”

sbb mmg ada kitorg berdua je masa tu.suami taktau nak buat apa tgk isteri yg mcm nak mkn org.he tried to calm me down.he said.”diorang dah prepare semua.jgn risau.jap lg diorang sampai”

tapi rasa lamaa sgt huhu

bayangkan rasa nak berak sgt tp disuruh jangan berak dulu.isk

the waiting game was very bad.seminit rasa sejam.dgn nak menahan sakit.nak menahan dr terpush.huhu.sampai suami ckp,”awk,saya taktau nak tolong camane”….huuu

few minutes(kot) later midwife masuk.cek2, “ok lg sikit lg nak crowning.buat lg breathing technique.u’re doing great…” huh lum crowning lg ke tp kenapa rasa nak push sesangat.so i said “tapi kenapa saya dah rasa nak push sgt ni…”.tp dia suh sabar dan sabar sbb sikit je lg…

rasa mcm aktiviti ni tak sudah2..so nak taknak ikut je la ckp midwife…

at last!around 11.40am gitu dr seri datang dgn cerianya sambil pakai glove…

“ok let me see………….alrite u can start to push now.remember to count…”

masa tu terus lepaskan tangan suami dan pegang handle tepi katil tu.suami n midwife jadi ketua cheer.siyes tak ingat berapa ramai ada dlm bilik masa tu.i can only see dr seri,suami&midwife.then ada beberapa nurses (kot)…

midwife : ok tarik nafas lepas tarik nafas lepas.push sampai habis nafas ok (selingan : my bro, Dr Suhaib pernah remind.kalau nak push tu push habis2 jgn tarik balik sbb kalau tak kepala baby dah kuar sikit, nnt masuk balik.rugi energy.plus nnt kepala baby jd a bit lonjong.so mmg ingat sgt tips dia bg ni masa time push)
me : (contraction dtg) (tarik nafas dalam2)
husband&crowd : ok, now PUSH! (count 1-15)

macam tu la berulang2 for 3x

then i feel the episiotomi cut (damn kena jugak ingat takyah sbb i’ve tried my best utk x angkat bonts masa push…)

then another set of push…

(11.51am) then all of sudden rasa seketul sesuatu keluar dari my v and a gush of water.dan rasa perut kempis tiba2.i can still remember how relieved i was and was very3 tired!dr seri ngan midwife puji kata pandai push even 1st baby.alhamdulillah,rezeki huhu

dr seri put my baby on my chest.masa tu baby still basah2 warm2 dan kulit merah sgt.baby mcm tgh nangis tp tak keluar suara.tau tak apa aku ckp masa tgk baby tu?i said, “ya Allah baby aku!!”…tahpape kan.i didn’t cry at all btw.mmg weirdo kah3

kejap je letak tu.after few secs a nurse took the baby then jolok something dlm hidung nak keluarkan cecair lepastu baru dgr baby nangis.subhanallah what an amazing feeling!

lepastu adalah sesi potong uri, keluarkan plasenta, jahit episiotomi (got 4 stitches.dr seri kata sikit sgt.pdhal dlm hati kalau boleh xnak xpelah redha),azan/iqamat by hubby, timbang, ukur, etc

oh btw org kan sibuk duk kata time jahit bwh tu tak rasa sbb happy tgk baby mengatasi segalanya kan???itu semua dusta!i can feel the needle in and out my skin.menjerit ok!sampai nurse bg i gas(ke o2 ek) supaya calm down.menjerit dlm gas tu huhu.dun think doc bius before that.sobs

lepas tu semua staff keluar dari bilik.tinggal me, hubby and the baby(letak bwh warmer).baby masa tu mata bukak luas.senyap je tak nangis.suami happy sgt2 asik duk belek anak bujang dia.me on the other hand mamai2 tgk dari jauh (jarak warmer n katil mak lebey kurang 2 meter gitu)…

masa tu dkt kul 12noon.suami ckp “mcmane nak pi solat jumaat ni….” coz happy sgt taknak tinggalkan baby.so sweet…

around 12.30 tu nursery amik baby nak buat apa yg patut…

then i was left alone in the room til after solat jumaat.masa tu la nak tgk iPod n tab.tapi serius mamai dek kesan painkiller xhabis lagi…

gitu la alkisAh.babak push nye sikit je.the agony of waiting tu yg panjang dan sakit.my only inspiration to deal with the contractions is my mom.she delivered us 11 siblings without drugs painkiller.so tiap kontraksi mmg terbayang my mom lah.she’s my strength.alhamdulillah Allah permudahkan urusan kelahiran putera pertama kami.moga urusan mendidik dan membesarkan si kecil ini juga bakal dipermudahkan jua…Amin!

p/s : abaikan la bahasa tunggang langgang ye….macih!

birth story : the day/night before

hari tu berkobar2 nak tulis entri.lepastu balik pantang kat rumah tak datang pulak mood nya huhu

so sekarang ada mood suam2 kuku ni think better i write something before i forget everything hihi

pagi khamis 19 Jan 2012 (sehari sebelum hari kelahiran) memang takde tanda.in fact pergi ofis macam biasa, siap breakfast nasi lemak kedai mesra 2 bungkus.hehe.lepastu buat lah kerja macam biasa.disebabkan keesokannya dah plan nak mintak mc dari Dr Seri (appointment at 38wks), jadi hari ni jugak hari 2nd last kerja lah.kononnya.so setelkan kerja ie drawing vendor, handover notes etc2

menjelang tengahari tu tah kenapa rasa letihhh yang amat.elok kul 12 tu masuk filing room(aka surau) pi tidur.lebih kurang sejam lepastu mamai2 bangun sebab kena jugak lunch.haaaa masa ni dah mula start sakit badan.especially kat area pelvic.tp tak bajet pape la sbb duk bayang ‘ni mesti baby dah selamat masuk laluan ni’.so rasa happy gitu…

turun beli lunch kat kedai mesra.pastu join officemates lunch kt office.tgh lunch tu borak2 pasal my due date la.pasal beranak la.haha

masa solat zohor dah mula rasa badan berat gila.lain macam.tapi buat mcm biasa sbb dlm hati kata ‘mcm ni la kot kalau baby dah engaged’…

petang tu sambung kerja tapi rasa letih sangat.so ckp kat suami yg sgt2 tak larat nak balik sendiri so nak tunggu je dia balik sekali.selingan; fyi,start me 36wks, suami sangat lah kebizian, tiap hari balik lepas isya’.disebabkan tak larat nak tunggu, balik sendiri naik lrt+taxi tiap hari.tapi hari tu mmg nak jalan pun tak larat.so tunggu je la suami siap kerja…

alhamdulillah tunggu tak lama.kul 6.30pm mcm tu suami dtg amik kat lobi.elok masuk kereta je, mula rasa sakit mcm period pain yg kejap2 tuh.tp time tu in denial.bgtau hubby tapi nak sedap kan hati, ckp kat dia ‘braxton hicks je ni..jap lg okay lah…’

dah sampai jln semarak tu suami tanya larat ke nak masak atau nak singgah makan dulu.so we decided to eat kat gerai tepi tasik.along the way ni sakit tu datang dan pergi.lepas dah decide tu, sakit dtg balik.so ckp dgn suami balik terus je la.nanti order la pizza ke hape ke.but I told hubby i want to tapau air kelapa muda(yg buah) kat gerai area tasik tuh.ok lepas tu sakit tu pergi balik.masa ni tgh jem kat jln semarak so sempat la tukar decision byk kali hahahha.elok bbrp minit lepastu, sakit dtg lg.ok terus ckp kat suami ‘takyahla saya tak larat sangat kita balik je lah’ hihi.pening kepala suami melayan karenah isteri…

little that we know that the intermittent pain is THE contractions…our son trying to tell us that e’s ready to meet the world, subhanallah!:)

as mentioned in my previous post, i start to time my pain/contractions once i arrived home.masa tu dah maghrib.bgtau suami yg mungkin masanya dah sampai dan decide nak tgk berapa jarak antara tiap kontraksi.sah la konsisten timing nya.masa tu jarak 10-15minit.tak sedap hati punya pasal,bgtau suami kita pegi emergency la mlm ni.

jadi dah tau bakal di admit mlm tu, cepat2 capai towel dan mandi puas2 dan syampoo rambut etc.lepastu potong kuku, lipat2 baju, kemas rumah, dan mula pack utk pantang kat shah alam.hubby pulak masak maggi spesel as dinner.buat semua2 tu dlm keadaan sakit yg dtg dan pergi…

sempat separuh jalan je packing utk pantang.suami suh stop buat keje dia kata nnt kalau konfem beranak nnt dia sambungkan pack.packing utk g hospital mmg dah ready since 2wks before so xrisau sgt…

setel semua dlm kul 11pm.ingat lg masa tu kitorang sangat2 letih dan mengantuk.so i told hubby ‘saya nak tido jap lah.nanti 11.30pm kita siap2 pegi hospital…’.suami ok kan je.tapi belum sempat nak lelap mata,dgr bunyi something from my v and tetiba air yg suam2 keluar dari my v nonstop.gush of water!my water broke!dahla masa tu atas katil kan haha.tried not to be panicked terus siap2.i dah tak gerak dah sebab taknak air kuar lg byk.so hubby tolong amikkan baju n tudung.main sarung je jubah n tudung ariani tuh.kalau tak silap suami turun dulu hntr barang kat kereta.sambil tu i smsed abah,mak,kaklong n angah…

suami bagi tuala la sub kepit kat celah kangkang sbb takut meleleh kan.hah takde maknanya.air tu mcm air terjun dah.banjir air ketuban dari katil smpi ke pintu rumah.tuala pun lencun…kat kereta suami dah lapik kan dgn newspaper siap2.mmg pasrah je.jubah pun dah basah sgt2…

otw nak pi prince court boleh pulak jalan tun razak tu jem.padahal dah midnite tuh.rupanya satu lane tutup sebab depa duk potong pokok ka baiki jalan ka apa tah.mak siyes tak ingat sbb masa tu pk anak je dlm perut tu takut lemas huhu

sampai2 kat emergency, suami papah i masuk.jalan masa tu mmg kepit2 la haha.kepit tuala yg dah lencun.tapi kalau takde tuala tu mmg lg laju kot air tu keluar huhu.staff PCMC nampak je, terus sorong wheelchair.dia interview sket2.then terus call labour room.lawak sbb time tu ada patient lain kat kaunter.dia dok ckp goodluck.yg lain2 tu usha2 baju i yg dah basah huhu

masuk2 labour room misi bagi baju n pad.and then suruh baring.dia prepare apa yg patut few minutes after that dia masuk bilik cakap nak buat ve(seluk/cek bukaan).haha berdebar weih sebab ni antara perkara yg manggerunkan dalam proses kelahiran hoho.first time dlm hidup kena seluk was not that bad.maybe sebab dlm kepala dah prepare for the worse.ai bajet dia seluk pakai 2jari tp suami ckp dia nmpk yg keluar lima2 jari.maknanya mmg satu tangan tgn masuk.tp mmg masa kena seluk tu dlm hati ckp ‘woiiiiiii macam tu keeee??’ haha.so anyways, masa tu dah 3cm.woottt!!mak happy gila ok sbb dah 3cm dan dah nak beranak.kalau ikut pembacaan/study anak first adalah 1cm tiap sejam.masa tu kul 12midnite.so bajet dlm lepas subuh konfirm baby kuar(yakin je kan)…

tapi salah tekaan ku……. (to be continued sbb entri ni dah panjang benor)

p/s : my lil miracle is one month today, alhamdulillah 🙂