Monthly Archives: November 2013

europe trip – London Sightseeing

hari kami berjalan-jalan kat London cuaca agak basah.hujan sekejap2.maklumlah baru mula autumn…

destinasi pertama kami adalah High Kensington Palace & the garden. kat sini ramai matsaleh walk their dogs.so agak saspen sebab diorg main lepas je anjing berlari2 huhu.kami spend lama jgk kat sini sebab taman kat istana ni besar sangat.’aaqil sedap tidur dalam ergo hihi.inilah istana nye.alkisahnya ni la tempat permaisuri dulu2 tinggal.kira moyang2 prince charles…hehe

20131113-224129.jpg Kensington Palace
masa nak patah balik hujan dah mula renyai2.so kitorang berjalan cepat2 ke underground terdekat sebab nak ke Wesminster!

hari tu kan amik gambar night view.ni amik gambar siang pulak.Big Ben, Houses of Parliament, Westmister Abbey…

20131113-223009.jpg Big Ben

20131113-223031.jpg Westminster Abbey

20131113-223040.jpg View from Westminster Abbey

lepastu kitorang jalan ke London Eye.dah beli tiket online.tinggal nak collect je kat kaunter.senang sangat!kalau tak silap 26pound/pax untuk River Cruise & London Eye package 🙂

lepas collect tix lapik perut jap makan roti sambal bilis.yums

alhamdulillah tak ramai orang so kitorang q tak lama pun untuk both rides.memang rezeki kitorang masa dlm cruise tu hujan agak lebat sikit so tak terasa sangat.interesting tau cruise ni sebab dia macam kaver the whole city of London.sekali harung la hehe

20131113-223056.jpg ‘aaqil nangis nak lari2 dalam ferry ughh

turun cruise baru kitorang naik London Eye.kapsul dia besar gila ‘aaqil seronok lari2 panjat2 bench hehe

20131113-223107.jpg ‘aaqil on London Eye

20131113-223129.jpg the capsul

20131113-223144.jpg inside the capsul
habis semua tu kitorang carik pulak masjid terdekat.seb baik ada wifi kat bangunan depan london eye tu.so jumpa yang paling dkt adalah kat Euston.salu dkt dgn masjid ada halal restaurant so leh early dinner terus 🙂

oh sebelum tu kitorang pegi Tower of London & Tower Bridge!jumpa sorang malaysian chinese yg dah migrate canada almost 30yrs but can speak fluent malay!dia yg tolong amikkan gambar hehe

20131113-223157.jpg Tower of London

20131113-223209.jpg Tower Bridge

pastu kitorang p Euston untuk jama ta’khir & makan.hoi sedap gila makanan kat sini.kitorang siap tapau untuk bfast esoknya.burger best, nasi pun best.gurau dgn husben kalau i mengidam mknn ni camne sape nak pi tapau kat Euston hahaha

its already dark and we head back to our apartment!kena packing bagai sebab esoknya our train to Paris!!

:’)

europe trip – Manchester (Old Trafford)

pagi ahad lepas subuh terus bersiap2.almaklumlah toilet ada satu je tapi ada 5org nak mandi solat bersiap bagai huhu

kul 8+ baru siap semua dan keluarlah kami berjalan ke Paddington station.jauh gak le kena jalan sebab kami pi yang National rail punya.line kaler pink kalau tak silap.kat Kings Cross St Pancrass kena tukar ke line hitam untuk ke London Euston station

Euston station ni besar macam KL sentral sikit.kat sinilah kitorang collect tiket train ke Manchester Airport yang dibeli online.harga one way per person adalah GBP39

oh btw sebenarnya boleh juga naik sampai Manchester Piccadily tapi sebab dah plan nak sewa kereta untuk move around Manchester so kena amik yang sampai airport ie dekat dengan Car Rental Village :’)

20131108-092028.jpg at London Euston

the train departed at 9.10am sharp.jangan main2 ok train system kat europe ni punctual so janganlah lambat.even satu minit pon nanti ada lah adegan drama nangis2 gaduh2 dengan pakgad huhu

nama keretapi yang kitorang naik ni VirginTrains.terkejut sebab rupanya tiket kitorang naik coach 1st Class.i think that was the only available tix left sbb book pun few days before huhu…alhamdulillah memang selesa gila.tak tidur pun anyway sebab excited hehe.we were also given complimentary breakfast & drinks.’aaqil seronok sangat naik choot chooot.suka suh orang bawak dia pegi coach2 lain sebab nak bukak pintu auto in between coach tu hehe sabarjelah

20131108-092125.jpg inside the coach

20131108-092213.jpg the train cafe

the journey took 2.5 hours with one change at Winslow.sampai Manchester kul 11.30am gitu hujan masih turun.berlari2 amik bas untuk perhi Car Rental village.dalam 10mins perjalanan…

kitorang survey la harga sewa kereta rata2 GBP100+ per day.kat Hertz, Europcar etc fuhh.sebab memang takde yang sewakan half day so kena bayar fullday charge.akhirnya kitorang jumpa good bargain kat Sixt!dia offer GBP64 plus dpt carseat lagi hehe alhamdulillah.yang lawak tu kitorg siap cakap let us discuss first.samada nak proceed kereta sewa atau naik tren je pi old Trafford.
adik aku yg muhsin tu kalau muka saspen takleh sorok.sampai mamat Sixt tu berapa kali mai datang kat kitorg ofer carseat pastu dtg lagi sekali bgtau its raining now i think u have to take this car.haha pandai mamat tu ngayat.so akhirnya bersetuju untuk proceed w rental car :’)

20131108-092245.jpg at car rental village

we were given a very nice sparkling new Ford ok.just nice utk kitorang ber5.siap dengan built in GPS.kat uk ni gps dia kita key-in poskod nnt dia boleh carik destinasi.cuma tak exact sangat la.haha tu yang kitorg sampai kat belakang stadium instead hehe

20131108-092330.jpg model carseat haha

20131108-092408.jpg otw to Old Trafford

senang jugak jalannya.tak sampai setengah jam sampai Old Trafford.masa tu dah kul 2pm.sampai2 eksaited gila amik gambar bagai even masa tu still hujan sikit2…pastu baru masuk beli tiket Old Trafford Stadium&Museum Tour.harga GBP18/head.sedang elok je sebab kitorang dapat tour kul 2.30pm :’)

sementara tunggu stadium tour kitorg jalan2 dalam muzium.ada sejarah sejak awal penubuhan ManU sampailah sekarang.zaman david beckham, alex ferguson haha tu je lah yg aku kenal pon.layannn

walaupun im not a big fan of football or ManU for that matter, i can still feel the ‘aura’ when i entered the stadium.dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa, memang feel gila tengok stadium tu depan mata.biasa tgk match dalam tv kan.suka la komen rumput cantik haha kata tak reti tgk bola kan.tapi memang cantik rumput dia haha.stadium Old Trafford ni memang dijaga rapi.bersih gila luar dalam.padahal hampir tiap minggu dipenuhi beribu2 orang tapi nampak macam baru je.

tourist guide ni pun pandai le buat lawak so tour tu memang tak terasa pun sejam setengah.kitorang dibawa ke segenap pelosok stadium.dari VIP seats, changing room, reporters room, press conf room, cafe for players n vip, tunnel tempat players keluar sebelum main, memang habis semua tempat dia bawak.BEST GILA!!!!worth every penny hehe alhamdulillah

20131108-092453.jpg the ticket and lanyard

20131108-092512.jpg the tour

20131108-092524.jpg us sitting on the VIP seats

20131108-092539.jpg five of us

20131108-092606.jpg hahaha dah lama tak buat ni
destinasi terakhir adalah kedai merchandise la kan.kitorang semua dapat cert menandakan pernah pegi old Trafford tour.husband beli jersey and few souvenirs utk kwn2 dia.kitorang semua pau husben ku sorang satu baju kih3 thanks sayanggg

lama gak la kat kedai tu.’aaqil siap main kejar2 bola dlm kedai tu.seronok sgt dia.maklumlah half of the tour tu dia tidoq haha

dalam kul 4 gitu kitorang gerak balik.oh sebelum tu amik gambar lagi la kan kat entrance hehehe

off we went to find a mosque.bagus tau gps kereta ni sebab boleh find the nearest mosque.tak sampai 10mins pun dari Old Trafford.tak ingat nama masjidnya tapi terletak kat kawasan perumahan.memang kalau tak tanya memang taktau tu masjid.masa kitorang sampai tu nampak bertutup bergrill bagai.pastu ada sorang pakcik pakistan ni nampak muhsin dari jauh berlari-lari anak ke muhsin.so dia tolong bukakkan pintu utk kitorang solat.alhamdulillah.masjid ni 2 tingkat.besar jgk la.sebab manchester ni ramai muslim.oh kedai makan halal pun senang nak jumpa.kalau dalam 10 tu ada la 2-3 yg halal.bestttt

20131108-092645.jpg depan masjid.kawasan rumah orang je
settle solat, gila masa tu lapar sangatttttt.ye la lapik perut snickers je sebelum tour.dalam tren pagi tu makan sandwich je…

so kitorang carik la restoran yang muhsin kata kawan dia rekemen.restoran Aljazeera namanya.nasi arab woooottt

20131108-092723.jpg sebenarnya semua tengah kelaparan tu haha muka kontrol
hoi sedap gila makanan dia.dah lah portion besar macam pak arab yg nak makan.harga 5pound je satu set.murah la kan sebab 5ringgit kot makan macam portion 2org…

‘aaqil pun suka sebab nasi berperisa.kitorang makan sampai macam nak tercekik2 sebab duk kejar time train balik London kul 7.06pm.masa tgh makan tu dah kul 6pm!mana nak hantar kereta balik ke owner lagi.pastu nak patah balik Manchester airport nak amik train huhuhu

so kitorang split kat situ.muhsin & sofiyyah balik sheffield & leicester sendiri, kitorang bertiga je yg pulangkan kereta.masa tu dah kul 6.30pm ok!sedih juga mak ternangis masa salam peluk2 adik2 ku yang tabah tinggal di negara britain ni huhuhu

so kitorg gerak.kul 6.45pm still pusing2 taktau mana arah sebab gps tu tak bagi exact location.last2 stop kat stesen minyak, tanya orang.baru nampak jln kebenaran hahaha

sampai2 kat car rental village kitorang pulangkan kunci semua, and mintak owner tu hantar kitorang ke train station terus.mat saleh tu dengar je train kitorg in less than 10mins, terus dia suruh masuk2 we have to hurry up kekdahnya hahaha cemas ok.kan dah kata kat uk ni jgn main2 dgn public transport.its a serious biz!

mak aih memang susah rupanya jalan nak pi stesen pun.mau dekat 10 roundabout.perghh.tapi mat saleh tu baik gila dalam pada drive macam halilintar tu boleh lagi buat lawak so kitorang kurang cemas la hahaha

sampai2 tu ada dlm 5mins sebelum train nak jalan.alhamdulillah!!!lega gila rasa huhu.memang drama betul ok.iols rasa macam amazing race sangats dgn bwk si kenit tu lagi huhu

20131108-092812.jpg lepas semput cemas-cemas
dalam kul 10+ tu sampai London Euston.amik underground berjalan balik ke apartment, kul 11 baru sampai fuhhhhhhh what a long tiring and fun day indeed!!!

esoknya hari jalan2 London yayyyyyyyyyy