Tips tambah selera anak!

Saya masih ingat lagi masa ‘Aaqil 6 ke 11 bulan dia sangat-sangat suka makan. Bila dia suka makan, kita pun seronok nak buat food dia, apatah lagi nak menyuap dia makan. Memang best sangat! Ye lah being the first time mom, saya memang ikut buku (by the book) hihi. Saya ikut 4 days rule masa awal-awal perkenalkan makanan solid untuk ‘Aaqil. Epal, avocado, labu, pisang, etc lepastu mix and match.

hari pertama introduce solid

hari pertama introduce solid

Masuk 5 bulan saya campurkan dengan rolled oat, nasi dan seangkatan. Kemudian baru perkenalkan protein seperti ayam, ikanbilis, ikan. Makanan seperti seafood, telur dan yang berpotensi beri alahan saya lambatkan dulu. Bila ‘Aaqil dah masuk umur 10 ke 11 bulan baru saya mula beri dia dalam kuantiti yang sedikit. Kalau ok takde naik alergi dan eczema baru saya teruskan beri. Alhamdulillah ‘Aaqil takde alahan sampai sekarang…

seronok bagi dia makan. happppy je :)

seronok bagi dia makan. happppy je 🙂

Bila umur dia masuk setahun, dia dah pandai mengunyah jadi saya stopkan bagi porridge. Kami cuba beri dia makan nasi dan lauk dengan saiz kecil tapi dia tak berapa nak. Saya rasa down kejap sebab selama ni kan dia makan banyak, tiba-tiba dia slow down. Badan pun makin susut dan jarang buang air besar. Yelah sebab takde solid pun nak hasilkan ta*ik. Mujur masa tu saya memang dah mula cuti tanpa gaji jadi kalau sakit pun takpe saya memang ada 24 jam dengan dia. Cuma ye lah ibubapa mana yang tak risau kan. Tapi saya faham inilah growth spurt namanya. Anak dah nak membesar. Petanda dia bukan lagi bayi yang kena makan bubur. Jadi saya kena bijak bermain dengan menu agar dia nak makan. Alhamdulillah lama-lama dia dah boleh terima makanan seperti kami makan. Tetapi sangat memilih. Kalau nasi berlaukkan kicap dan telur dia memang makan banyak. Bagi saya takpelah..asalkan dia makan. Hinggalah ada sorang kawan tegur kata tak elok bagi kicap selalu sangat sebab kan kicap tu makanan yg diperam. Saya tukar strategi pulak. Dah tak bagi makan kicap tapi bagi nasi goreng telur atau nasi yg ada perisa spt nasi ayam, nasi lemak. Sikit-sikit saya tak allow kicap melainkan kami memang makan lauk kicap ayam atau kicap daging memang takleh elak la kan. Lepas tu dia makan apa lauk yang kami makan. Ikan pun dia suka.

Masuk umur dia setahun setengah, saya mula beri ‘Aaqil freshmilk dan tambahkan 1 sudu kecil Mealshakes. Alhamdulillah dia tak menolak. Malah nak tolong saya bancuh lagi alahai so sweet. Sebagai permulaan saya beri 2 hari sekali sahaja. Memang nampak perubahan pada selera makan dia. Asik ajak ummi pergi dapur. Makan pun bertambah-tambah.

20140528-135549-50149940.jpg
Bezanya kali ni saya dah tak berapa risau dia tak makan sayur dan protein kerana saya tau Mealshakes dapat membantu menampung kekurangan zat dlm menu ‘Aaqil. Bila makan banyak, alhamdulillah berak pun setiap hari WITHOUT FAIL! Tahu tak bila anak berak tu salah satu kegembiraan dan kebahagiaan buat ibubapa. Mealshakes ni antara kebaikannya adalah ia mempunyai fibre atau serat yang membantu melancarkan pencernaan kanak-kanak. Takdelah sembelit atau najis keras. Kalau sukar nak membuang, dikhuatiri celah punggung anak akan melecet dan semakin sukar untuk membuang di sesi seterusnya. Kita yang tengok ni pun kesian huuu..

MEALSHAKES membantu anak saya!

MEALSHAKES membantu tingkatkan selera anak saya!

Jadi bagi saya Mealshakes sangat membantu anak saya baik dari segi pemakanan mahupun pembuangan air besar setiap hari 🙂

Saya simpulkan perkara yang sangat merunsingkan ibubapa adalah apabila anak,
1. Tidak lalu makan
2. Makan tetapi memilih
3. Hanya makan nasi dan kuah tanpa lauk dan sayur
4. Makan junkfood
5. Sukar untuk buang air besar/ kurang kerap
6. Sering jatuh sakit

Anda harus tahu yang 6 perkara ini berkait. Bila anak tak lalu makan, kurang solid atau serat dalam badan yang membantu menghasilkan najis. Bila tidak buang air besar setiap hari, najis/toksik terkumpul dalam usus/badan yang memudahkan anak-anak jatuh sakit. Kurang zat seperti protein dan karbohidrat juga punca permasalahan anak sering jatuh sakit dan tidak aktif.

Mari berikan anak-anak kita Mealshakes sebagai makanan tambahan mereka. BUKAN tak perlu makan langsung ya. Tetapi agar selera mereka bertambah dan seterusnya membesar dengan sihat dan aktif! Hubungi saya untuk pesanan dan konsultasi!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*