Bisnes vs Makan Gaji

Disclaimer : Ini bukan pendapat bias kerana saya sedang ‘menyarung kedua-dua kasut’. Harap maklum.

Seronok tau bisnes Shaklee ni kerana sangat menguji ketahanan dan kesabaran diri. Ramai yang ingat bisnes ni adalah bisnes PALING SENANG DI DUNIA sebab modal RM65 je lepastu semua buat online je lepastu ramai dah jadi jutawan goyang kaki blabla… Tapi tak ramai yang tau sebenarnya sama sukarnya dengan bisnes yang bermodalkan RM20,000 mahupun RM200,000. Sebab lumrahnya perniagaan ni sama sahaja. Apa usaha yang anda letak, itulah yang anda dapat…

Contohnya kalau kerja makan gaji, kita malas ke kita rajin ke hujung bulan gaji tetap masuk kan. Walaupun kita malas nak buat kerja seminggu, mengular ke atau buat tapi dengan berat hati atau buat sambil komplen, ia takkan efek langsung kat gaji hujung bulan tu.

Tapi berbeza dengan perniagaan sendiri. Katalah seminggu tu mood down gila malas nak promosi atau tak buat apa2 yang menambah nilai, maka zero lah pendapatannya. Memang bisnes tu takkan ke mana-mana bermaksud tiadalah income yang best di hujung bulan.

Semalam sambil saya memandu pulang dari kerja saya terfikir mengapa ada hadith yang menyebut 9 daripada 10 sumber rezeki datang dari PERNIAGAAN. Berikut adalah apa yang terlintas di fikiran saya,

  1. Islam menggalakkan umatnya sentiasa menjadi RAJIN. Saya tak katakan orang yang makan gaji ni tak rajin (helo saya pun sekarang sedang makan gaji. ayah saya dulu sara kami sekeluarga dengan makan gaji. suami saya pun sara saya guna duit makan gaji) tetapi kita cenderung untuk menjadi selesa dan PASRAH dengan apa pun yang terjadi kepada nasib kita sebagai pekerja dan perkara di luar kawalan kita contohnya polisi syarikat, untung rugi syarikat, rekod prestasi tahunan dan sebagainya. Apabila kita sampai mode pasrah maka kita akan terima seadanya (sayalah tu)
  2. Keuntungan jangka masa panjang. Kebanyakan perniagaan perlukan 2 ke 4 tahun untuk betul-betul stabil. Ada yang hingga 10 tahun untuk akhirnya kita menjadi bos besar, bergantung kepada modal dan kompleksiti sesebuah perniagaan tersebut. Tempoh ‘struggle’ ni lah yang tak ramai mampu nak lalui. Tetapi jika dilihat kepada jangka masa panjang, hanya perniagaan yang akan dapat memberi pulangan pasif kepada seseorang. Pasif ini bermaksud anda sudah ada empayar sendiri dan anda sudah kurang aktiviti secara literal dan lebih kepada pengurusan di peringkat atasan. CEO lah maksudnya. Tugasan tak banyak tetapi TANGGUNGJAWAB dan AURA semakin besar kerana sudah mempunyai empayar yang memerlukan anda sebagai tunggak.
  3. Meningkatkan imej orang Islam di mata masyarakat. Sudah tentu kita nak melihat masyarakat seislam kita kaya dan berjaya kan. Jika teman berbeza agama sudah lama pilih perniagaan sebagai cabang utama mengapa tidak kita? Mungkin kerana kita sudah SELESA atau pun takut nak struggle di beberapa tahun terawal (sayalah juga tu).

Oleh kerana itu saya mula menjinakkan diri dalam bidang bisnes ini melalui Shaklee. Saya sedar yang mood saya dengan kerja 9to5 turun naik. Tapi dalam bisnes Shaklee saya banyak belajar mengenal diri sendiri, banyak belajar mengenal banyak benda yang sebelum ni saya tak dapat pelajari dalam kerja hakiki saya, alhamdulillah. Saya belajar untuk menjadi lebih positif dan berfikiran terbuka. Moga jodoh saya panjang dalam bisnes ini agar saya dapat menjadi mentor kepada lebih ramai orang dan mengemudi empayar saya sendiri suatu hari nanti, inshaallah :’) Mohon doa semua hihi

p/s : ini semua pendapat peribadi saya, tiada kena mengena dengan orang yang saya pernah kenali ataupun tidak, wallahua’lam.

.Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC  

2 thoughts on “Bisnes vs Makan Gaji

  1. zuriatie

    dear my frens….

    may you success in whatever you do.. pray for me too…insyaAllah a bussineswoman some day…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.