pengalaman berLASIK

Haaa inilah sebabnya saya berkaca mata ke ofis dan kemana-mana sahaja aritu. Biasanya pakai contact lenses sebab saya mmg jenis yang rimas pakai spek huhu. Antara syarat untuk buat lasik adalah kena off-contact lens sekurang-kurangnya 10hari sebelum lasik…

Untuk mereka yang berminat membuat prosedur ni, saya ingin kongsikan la pengalaman saya sendiri hihi. Ok anda kena tahu yang lasik ni ada 2 part, pertama kena cek kesesuaian mata, kedua, prosedur lasik tu sendiri.

Saya tak pasti di klinik lain, tapi di Prince Court/PCMC, setiap part tu memerlukan satu hari penuh. Ramai patientnya. Berikut detail untuk setiap hari tersebut…

Hari 1
Beberapa ujian akan dilakukan ke atas mata. Kat PCMC dipanggil ‘Eye Assesment Test’. Total ada 17 ujian yang anda perlu lulus sebelum anda diputuskan berjaya atau tidak untuk teruskan lasik. Antara ujiannya adalah,
– Ujian power mata asas
– Ukur ketebalan kornea
– Pemeriksaan saraf mata
– Ujian power mata(detail) : macam nak buat spek tu
– Pemeriksaan keadaan belakang bebola mata samada ada bengkak dsbg
– Uji tekanan mata
– Uji eye dryness

Dalam beberapa ujian kat atas ni nurse akan titiskan 3 jenis eye-drop utk besarkan mata. Dan utk bius sekali. Haa masa ni mata memang blur sikit walaupun pakai spek. Pastu pening dan kurang selesa sikit. Tapi lepas 4 jam gitu mata ok la balik. Just untuk test mata je.20140609-111322-40402341.jpg

Pembantu doctor akan ceritakan secara detail apa mengapa bagaimana lasik ni dilakukan, just to educate the patient. I rasa interesting sangat sebab baru I tau apa lasik ni sebenarnya. Dulu ingatkan just laser2 pastu setel hihi.20140609-111323-40403119.jpg

Kornea mata mestilah cukup tebal untuk menjalani lasik. Contohnya walaupun seseorang itu power dia 1400, tapi kornea dia tebal. Maka dia boleh buat full lasik. Jika tak cukup tebal mungkin partial je boleh dibuat. Masa saya buat ujian ketebalan kornea tu nurse ada kata kornea saya agak nipis. Memang pasrah je la sebab kalau tak lepas nak buat lasik nak wat camne kan.

20140609-121934-44374817.jpg Tapi lepas dibuat calculation, mata saya lulus sebab power mata saya dikira agak rendah (200-400), alhamdulillah..

Hari 2
Inilah hari lasik!! Sehari sebelum tu dia akan bagi eyedrop untuk kecikkan bola mata. Pastu takleh pakai mekap, deodorant, perfume etc. Nurse akan cek bila mata kita dah dikira betul-betul bersedia then boleh prep.20140609-111323-40403511.jpg

Having our lunch. My last picture with glasses ;p

Masa saya masuk ‘OT’ tu Prof Muhaya baru nak mulakan lasik dengan sorang patient ni. Prof suh saya tengok omg omg. Ya allah takutnya masa ni. Sebab saya sebolehnya taknak tahu apa yang terjadi tak sangka pulak memang stail PCMC ni kita kena tgk patient sebelum punya prosedur. Ada 2 mesin. Mesin pertama suction, 30secs tiap mata. Jangan risau takut mata berkelip sebab dia akan selotape mata kita kasi bukak je haha…

Setel yang tu pergi pulak ke mesin ke-2. Yang ni pulak Prof bukak lapisan luar kornea, kemudian laser 20secs pastu tutup balik. Masa ni bau cam hangit2 sikit heh.
Pastu setel! Tak sampai 5 minit pun keseluruhan prosedur… Tapi ye lah sebab tgk orang kena buat kan memang saspen. I siap ckp dgn Prof, “adoiii beranak lagi senang…” kahkah

Jangan risau sebab memang tak sakit sebab sebelum tu dia akan bagi bius dlm bentuk eyedrop so tak rasa pape. Cuma lepas prosedur tu kena makan ubat painkiller la sebab takut bila bius habis rasa pedih2 sikit.

Buat dengan Prof Muhaya ni rasa tenang je. Sebab dia akan berbual dengan kita. Sambil tu dia akan berzikir dan cakap “subhanallah sangat tenang sangat bagus…sikit lagi…haa setell dahhh…”. Yang paling saya tersentuh masa kat mesin ke2 tu, masa sedang laser tu Prof baca doa “ya allah jadikan lah (nama) isteri mithali, ibu yang baik, anak yang baik. Mati dlm husnulkhatimah. Dimasukkan kedlm syurga”…tersebak pulak huu. Kuaminkan je. Prof suh kit abaca al-Ikhlas dalam hati.photo 2

Few minutes after lasik. Mata blur sebenarnya tu. ‘Aaqil baru bangun tidur dan mengamuk ummi hilang tadi carik tak jumpa

Lepas lasik, mata masih blur lagi, mata kena pakai spek hitam yang disediakan dlm pakej. Lepas 3-4jam baru cerah mata hihi best sangattt. Cuma mata masih kering dan tak berapa selesa lagi. So balik dari spital kena orang drivekan.20140609-111324-40404429.jpg

Ada 2 jenis eye-drop yg kena letak 4x tiap hari selama seminggu. Lepastu ada eye lubricant yg macam eye-mo tu utk pakai sebulan sebab mata akan mudah kering awal-awal ni…yang kecik tu, dpt 2 kotak ada 20pcs tiap kotak.20140609-111325-40405598.jpg

Thanks husband dan ‘Aaqil yang sudi teman saya 2 hari tu hihi. Memang letih menunggu sebab patient ramai sangat. Yg sekali dgn saya hari yg sama lasik tu ada lebih 20org kot. Saya patient no 17 dah petang kul 3 cemtu huuu20140609-111321-40401320.jpg

Tak sangka lepas 20 tahun kerabunan dapat balik clear vision subhanallah.
Moga info ini dapat bantu uols yang bercadang nak buat lasik. Inshaallah 🙂

18 thoughts on “pengalaman berLASIK

  1. Sweet Tooth

    Thanks for this entry kausar, memang plan nak buat LASIK. Cuma nak tanya… LASIK ni hanya utk org yg power more than 200 ke? coz power i belah kanan 150 je…
    and satu soklan lagi, kalo x keberatan, bleh bagitau how much cost buat kat PCMC ya… TQ

  2. qasehnya rania

    alhamdulillah..
    seriau tapi tahu betapa tenangnya kan bila bsama dr muhaya.. penuh dgn aura positif.teringin jga nak buat lasik.. sbb pernah gagal temuduga penolong penguasa penjara KX27 disebabkan mata yg rabun teruk.huhuhu.. nangis tau msa tu.
    tapi mcm takut2 je..
    berapa kosnya ye?

  3. kau5ar Post author

    ST : takde limit minimum pun… 150 inshaallah boleh lasik n takde masalah untuk kornea.nanti buat asesment tu dia akan terangkan.

    total procedure ni rm6990. untuk day 1 byr rm605 dulu pastu kalau mata ok and boleh proceed bayar balance 🙂

    Rania : aah tak rasa takut pun inshaallah sebab prof pun tenang je sambil zikir2 n pujuk2 heheh. kos kat atas ni. tapi untuk umur 33yrs below. lebih drp tu mebi lain rate…

  4. kau5ar Post author

    syakira : di prince court med centre, jln kia peng, kl. leh call 0321600000 untuk appoinment

  5. kau5ar Post author

    puteri kasih : alhamdulillah tenang je. nak panik pun segan dpn prof haha

    iza : dah beribu orang buat inshaallah ok je. simple procedure 😉

  6. aima

    nasib tak nangis masa lasik tu haaaaaishhhh… beranak lg senang sebab tak nampak huhu..kalau kita tengok mungkin rasa ngeri kot huuu

  7. khairul izwan

    As salam Kausar,

    Saya juga ada masalah kornea nipis. Check di Optimax, diorg kata tak sesuai untuk lasik. tapi sy nak try dptkan second opinion dr PCMC @ Prof Dr Muhaya. Boleh tau berapa ketebalan kornea kausar??

  8. anyeraz

    Sebelum you decide nak buat dgn prof, you ada survey other place like optimax or vista? i dah buat eye assesment kat PCMC tapi baru dpt tahu kat optimax ada life time warranty.. So terasa macam nak pergi tanya second opinion di optimax pula….Errmm… So far hows your eye sight now ? Ada mengalami masalah kekeringan?

  9. kau5ar Post author

    salam zareyna. oh i tak survey pun. sebab most of my frens buat kat pcmc so i terus p sana. so far SGT BEST. maklumlah perasaan bangun tidur terus cerah bijik mata hehehe. Kering tu only first few wks. now dah ok sesangat 🙂

  10. hamba allah

    My friend did it on 21/11/20.. prescription was 900+,His vision is not good so far, night vision is worse with all glare, starbust andhaloes..Its really affect his life, his spouse, family, friends..Dia betul2 berpesan agar kisahnya dijadikan iktibar.MasyaAllah.Berpesan-pesanlah demi kebaikan.

  11. excelview?

    Did lasik in excelview midvalley. Vision is not sharp with dry eyes.Night vision is so bad will all the haloes and starbust. Depress…

    Hasil lasik tidak dijamin. Ade risiko pandangan akan kabur dan tidak bole dibetulkan dengan cermin mata. Tolong sebarkan kebenaran. Kerana ada yang sudah menderita. Saya tidak dapat ape2 keuntungan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*