Monthly Archives: July 2014

Salam Aidilfitri dari Admin

Alhamdulillah lebaran tiba lagi. Kami ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andainya ada entri kami yang mengguris hati pembaca. Maaf Zahir Batin 🙂

Moga kita bertemu lagi dengan Ramadhan. Amiin

20140805-083727-31047054.jpg
Persediaan Syawal kami agak sederhana tahun ni. Baju raya saya pun sempat beli sepasang je sebab banyak lagi baju kenduri la tempah saje suka2 la, baru pakai sekali hihi. Baju anak pun banyak yang orang bagi baru muat nak pakai tahun ni hehe. Alhamdulillah. Kuih raya banyak beli kerepek saje. Sebab family saya tak layan sangat biskut raya. Takut last2 biskut lemau tak bermakan sampai ke hujung Syawal hehe

Dalam pada kemeriahan Syawal, mari kita,
• panjangkan doa kita kepada saudara kita di Palestin
• teruskan amalan Ramadhan kita agar istiqamah
• sambung puasa enam Syawal

Salam EidFitr!!! ❤️❤️❤️

Ingin Sertai Keluarga Jutawan?

Bercerita mengenai keluarga besar Shaklee saya membuatkan saya sangat-sangat teruja! Mana taknya, saya berada di bawah susur galur Jutawan yang diketuai oleh seorang jutawan muslimah! Dan di bawah beliau ada beberapa lagi muslimah hebat yang sudah pun bergelar jutawan. Beliau adalah Master Shareeza atau lebih dikenali sebagai PM Cery Mamafaiz. PM tu adalah rank beliau sekarang iaitu Presidential Master.
Berikut adalah susur galur kumpulan saya,
STYLo (Supervisor Kausar) – LiSA (Master Aishah) – Puteri&Friends (Master Puteri) – Supermommies (Master Azlin) – Jutawan (PM Cery)

Haaa nampak tak aura Masters disitu. Saya dipimpin oleh 4 orang Masters di atas saya. Untuk pengetahuan anda yang masih hijau dengan dunia Shaklee, Master atau Master Coordinator ni merupakan rank tertinggi dalam business Shaklee ini. Mereka telah melalui rank-rank berikut sebelum selesa bergelar Masters,
Distributor – Supervisor – Senior Supervisor – Coordinator – Senior Coordinator – Key Coordinator – Senior Key Coordinator – Master Coordinator
So PM Cery ni bawah dia kalau tak silap saya ada 47 orang Master Coordinators! Itulah yang membuatkan PM Cery ni berada di rank yang lagi atas. Dan setakat National Conference tempoh hari, ada 3 orang lagi Presidential Master yang dilahirkan di bawah kumpulan Jutawan di bawah PM Cery. Subhanallah saya amat berbangga melihat rakan seagama kita berada di pencapaian ini. Bangga juga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini alhamdulillah…
Bercerita mengenai kumpulan setakat ‘granny’ saya yakni PAF (Puteri&Friends) dan ‘mommy’ saya LiSA (Leaders in Shaklee with Aishah), kami diberikan panduan yang berterusan melalui coaching mingguan secara online, penyertaan di dalam fb secret group di mana kami diajar etika berbisnes, bagaimana untuk kekal di dalam bisnes ini dan sebagainya.
Kelas secara face to face juga diadakan sebulan sekali yang dinamakan Start Bright Series(SBS) yang EKSKLUSIF untuk mereka di bawah PAF sahaja. Baru-baru ini ada satu lagi kelas yang diadakan untuk warga LiSA pula iaitu Blogging for Millionaires(BFM) yang dilancarkan pada bulan lepas! Saya telah hadiri kelas ini dan sangat pernuh informasi. Selama ni saya cuma berblog secara ‘tanpa-hala-tuju’, tetapi setelah hadiri kelas BFM ni, baru saya nampak kepentingan trafik, blogwalk, SEO dsbg.
Kalau tak silap saya banyak lagi perancangan yang telah dirangka untuk kami di bawah susur galur PAF dan LiSA agar kami terus bergerak ke depan atas landasan yang betul.
Di sini saya ingin tawarkan 3 tempat kosong untuk sertai bisnes Shaklee di bawah STYLo yang melayakkan anda sertai apa jua aktiviti yang dijalankan oleh keluarga besar Shaklee kami dan semestinya personal touch dari Master Coordinators sendiri 🙂 Hubungi saya untuk keterangan lanjut, hanya RM75 (termasuk RM10 untuk kos penghantaran kit keahlian) untuk daftar keahlian Shaklee, tiada caj tersembunyi ;p

Bawah ni koleksi gambar-gambar aktiviti biz Shaklee kami untuk tatapan anda.  photo 2 photo 3 photo 4   photo 5 Btw, kami TIADA MESYUARAT LEWAT MALAM. Aktiviti kebanyakannya di anjurkan hujung minggu, dlm 2-3 jam sahaja.

Jom berbisnes Shaklee! 🙂

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Tolak Tambah

Dunia dan ujian.

Kehidupan orang lain sentiasa kelihatan lebih bahagia dari kehidupan kita. The grass is always greener on the other side. Sebab kita tak nampak ujian yang ditimpa ke atas orang lain. Kita hanya nampak yang best je. Macamtulah fitrah manusia yang sebolehnya impikan kehidupan yang perfect tanpa masalah, bed of roses, segalanya ikut perancangan kita. Plan je jadi.

Allahuakbar tiada seorang pun yang memiliki kehidupan yang perfect. Saya amat tersentuh dengan perkongsian Neelofa berkenaan penghijrahan beliau. So humbled with what she has gone through prior to penghijrahan. Antara yang bagi saya amat menarik adalah apabila Neelofa kata betapa dia dah ada segalanya yang dia nak in life tapi ada satu kekosongan yang belum terisi. Bagaimana media portray kehidupan selebriti itu sempurna, cantik bijak berbakat berharta populariti tetapi pasti Allah TAKKAN BERIKAN SEMUA. Allah uji Neelofa dengan keresahan.

Saya cuba kaitkan dengan diri saya. Betapa saya amat risau jika perjalanan hidup saya perfect kerana saya tau akan datang sesuatu yang menguji. Ada suatu ketika saya rasakan saya dah ada segalanya, I have a loving husband, a son, supportive family, good friends. Bila perjalanan hidup kita tersangat teratur kadang membuatkan saya terdetik apalah ujian yang bakal menimpa saya/keluarga. See saya diuji dengan ‘keresahan’. Hukum alam kan. Bila hujan pelangi akan datang. Bila panas hujan pulak mai. Segalanya akan Allah tambah tolak dalam hidup kita.

Banyak momen dalam hidup saya berkisar tentang tolak tambah. Allah ambil nyawa ibu mertua, Allah beri kami berita gembira kehamilan. Allah beri kami ‘Aaqil, masa tu jugalah Allah takdirkan suami bertugas/tinggal di luar Malaysia. Allah beri saya handphone baru, Dia takdirkan hp lama saya (yang masih elok) hilang. Banyak lagi kejadian kecil tolak tambah yang buat saya berfikir untuk tidak terlalu taksub dengan nikmat dariNya dan banyak muhasabah. Segala pemberian nikmat, ‘penarikan’ nikmat adalah hak mutlak Allah.

Sekadar coretan sebagai peringatan buat diri. Jangan terlalu resah terhadap kesenangan orang lain kerana kita taktau apa yang dia sedang atau telah lalui seiring dengan kesenangan yang Allah beri pada dia. Hatta seorang itu berpendapatan 6 angka sebulan, jutawan, hidup serba lengkap, anak cukup sepasang, tapi little that we know what they been through. Satu nikmat yang kita tak tahu adalah – KETENANGAN HATI. Fizikalnya kita nampak kesenangan orang tapi siapa tahu dia sebenarnya tak tenang dan sentiasa resah. Siapa tahu ketenangan yang kita miliki sekarang adalah sebenarnya nikmat yang (kalau orang tau) semua orang nak jugak.

Kita sebagai hambaNya yang kerdil perlu banyak berdoa dan beristighfar agar dikurniakan kekuatan untuk menghadapi ujian nikmat dan musibah. Sesungguhnya ujian nikmat itu sangat-sangat besar TETAPI halus. Kita sukar nak nampak ia sebagai ujian, berbanding bila kita didatangi musibah. Zikir dan istighfar sahaja penguat jiwa kita.

Bersempena 10 hari terakhir Ramadhan, marilah kita perkuatkan hubungan kita dengan Allah agar Dia berikan kita yang terbaik, dikurniakan kesabaran, menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur. Moga ia menjadi titik tolak perubahan dalam diri kita.

Be thankful, Be happy now, Be happy here 🙂 given

“SYUKUR itu lebih sukar daripada SABAR”

P/S : Saya taktau kenapa saya amat terkesan dan ‘cemburu’ dengan Neelofa yang diberikan hidayah yang mungkin kita memang dah lama berhijab ni pun tak dapat lalui. Sebab dia cari, maka Allah beri. Kan?

Wallahua’lam…

Tips Elak ‘Sagging Face’

Minggu lepas saya sempat menonton rancangan realiti Giuliana&Bill. Episod berkenaan Giu yang sangat risaukan muka dia yang dah mula aging. So dia berkira-kiralah nak buat pembedahan plastik. Dia pun pergi la jumpa plastic surgeon ni. Surgeon duk belek muka Giu pastu cakap pasal 3 faktor utama mengapa orang tu boleh kelihatan tua (aging),

1. Garis kedutan (wrinkles)
2. Kulit kendur (dropping/sagging face)
3. Pigmentasi (pigmentation)

Ini mengikut ingatan saya lah hihi. Kata doktor tu lagi tak lain dan tak bukan, punca ketiga-tiga kejadian ngeri ini adalah berpunca dari KEKURANGAN KOLAGEN dalam badan. Dalam kes ni, pada kulit la kan. Jadi kita tinggalkan kejap kisah Giu tu tadi dan saya just nak share melalui pembacaan saya.skin-sagging-aging

Saya nak bercerita mengenai faktor yang kedua tu, DROPPING/SAGGING FACE. Sebab orang dah biasa sangat cerita pasal kedutan (no 1). Kalau anda perasan, sesetengah orang kita boleh tau dia sudah menjangkau 40-an (contohnya) kerana faktor ini. Kulit mungkin masih belum ada pigmentasi, garis halus pun tak banyak. Tapi dah boleh nampak aging tu.

Sagging Face ini asalnya berpunca dari kehilangan kolagen, elastisiti dan ketegangan otot disebabkan umur yang semakin meningkat. Bukan sahaja disebabkan penuaan, malah bila muka terlalu kerap terdedah dgn cahaya UV juga boleh mempercepatkan proses peleraian ikatan tisu di dalam kulit. Masa kita muda remaja dulu, lemak di bahagian muka kita terbahagi sama rata, ada cheeckbone sikit, dagu runcing, kawasan mata, mulut, pipi semuanya sekata dan kelihatan tegang. Apabila umur semakin lanjut, lemak kita hilang ‘volume’, mula berkumpul, memberat ke bawah, jadi bahagian yang dulunya tegang mungkin jadi ‘runtuh’, yang licin dan tegang menjadi kasar dan ‘jatuh’. So lemak-lemak tu lebih suka berkumpul ke bahagian 2nd lower of our face, bahagian bawah dagu. Haaa begitulah serba ringkas mengenai fenomena Sagging Face yang berpunca dari kekurangan kolagen…

Bila kolagen dan elastisiti ni merudum, bukan sahaja kulit makin kurang firm malah ia menjadi MENIPIS! Haaa percaya ke tidok. Inilah yang menyebabkan kulit mengalami discoloration dan jerawat dikalangan orang tua. Luka pun mudah sangat terjadi sbb kulit makin tipis. Sesetengah orang boleh terjadi kurang kolagen dan elastisiti ni disebabkan kekurangan vitamin. Contohnya Vit C, SANGAT PENTING dalam kesihatan dan pembentukan kolagen. Tanpa Vit C, pembentukan kolagen akan terbantut.

Tapi matsaleh ni simple je, kalau jadi macam ni, mereka akan opt for laser, botox, facelift atau kalau banyak duit lagi akan pergi buat pembedahan plastik. Jarang sekali mereka ‘repair’ secara semulajadi. Ciptaan Allah dah benar-benar sempurna. Tu yang bila dia tarik kulit muka tang kening, tang mulut, tegang dia lain macam kan. Muka nampak terik je. Kalau botox pulak hingga menyukarkan seseorang tu membuka mulut nak bercakap. Sebab kepakaran manusia sangat terhad. Kos plastic surgery pun boleh tahan… USD7000 untuk bayar doktor sahaja. Belum kos prosedur lagi. Total boleh jadi RM60k!!

So macam kita-kita ni eloklah guna kaedah natural je. Contohnya,
1. Banyakkan minum air masak
2. Kurangkan merokok atau minuman keras (nauzubillah)
3. Elakkan pengurangan berat badan secara drastik
4. Regenerasi kulit – pergi spa, pengelupasan kulit etc
5. Tinggikan muka semasa tidur
6. Sapukan sunscreen sebelum keluar
7. Ambil Vitamin C dengan cukup!

Jomlah kita go for natural. Selamat, inshaallah berkesan walaupun makan masa yang lama sedikit berbanding pembedahan plastik. At least muka nampaklah glowing secara natural kan. VIVIXKOLAGENSRVITCDari Shaklee pula saya sarankan anda pilih set Shaklee Collagen Powder + Sustained Release VitC Plus + Vivix! ATAU 3 kotak Shaklee Collagen Powder untuk bekalan kolagen selama 6minggu.

Kombinasi produk ni bagi saya sangat bagus untuk age gracefully bukan sahaja dari segi penampilan, malah dari segi kesihatan seseorang yang bakal melalui usia emas 🙂

Klik SINI untuk membeli COLLAGEN POWDER sekarang!
Klik SINI untuk membeli SR VITA-C PLUS sekarang!
Klik SINI untuk membeli VIVIX sekarang!

Hubungi saya untuk membeli produk di atas secara set untuk dapatkan keahlian PERCUMA!!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

‘Aaqil Putus Susu, Akhirnya!

Alhamdulillah akhirnya tamat episod menyusukan ‘Aaqil yang kini berusia hampir 2 tahun setengah. Haaa lambatkan putus susu. Memang agak sukar sebenarnya. Sukar bagi saya, sukar bagi ‘Aaqil…

Apa yang membuatkan saya nekad nak wean ‘Aaqil adalah sebab dia dah mula kuat mengempeng dari sebelum ni. Dulu at least bila mata dah lelap tu dia akan stop. Tapi sekarang taknak lepas2. Malah kalau saya masukkan jari sebab nak bagi dia ‘lepas’kan saya makin kuat dia gigit!! Dah la gigi taring dia tajam. Kadang2 sampai nangis saya dibuatnya… Lagi satu faktor adalah sebab dia dah besar. Cukup besar untuk faham apa itu MALU. So saya nekad untuk wean disebabkan faktor ini. Saya tak la sesayu masa awal-awal dia cecah 2 tahun dulu hihi

Strategi? Saya gunakan limau nipis. Mujarab sangat sampai dia cakap uwekkk pastu termenung panjang. Haha. Mungkin sebab pelik kenapa masam sangat. Sekali tu je lepastu terus dia dah taknak dah sebab masih teringat rasa masam tu. Saya akan ingat tarikh ini, 29 Jun 2014 , bersamaan 1 Ramadhan 1435H sebagai tarikh bersejarah saya berjaya wean ‘Aaqil. Ya, bagi saya ia satu pencapaian seorang ummi. Alhamdulillah Allah beri keizinan 🙂

Bunyi macam mudahkan? Oh silalah baca post-wean withdrawal Muhammad ‘Aaqil iskkk. Malam pertama tanpa susu ummi adalah sangat horrorrrr. ‘Aaqil dah taktau nak lelap sendiri tanpa mengempeng. Untuk pengetahuan semua, sejak saya bercuti tanpa gaji, ‘Aaqil dah tak minum botol sebab dia minum memang directfeed dengan saya. Kalaupun dia minum freshmilk dia akan minum melalui botol berstraw. Kami cuba nak introduce semula botol berputing masa saya kembali bekerja Januari lepas tapi gagal. Sebab dia kekok.

Jadi bayangkanlah malam-malam dia takleh minum botol. So malam first tu memang dia tak keruan. Dia tau dia taknak susu ummi. Ummi pun kena strong takleh menyerah kalah dengan kesayuan dia. Dia mintak lori, milo, vitagen, air kosong, traktor, macam-macam…Saya turun dekat 10x duk amik barang yang dia mintak. Baring kul 11pm kul 2pagi tak tidur lagi buat request pelik2 diselang seli dengan rengekan. isk. Rutin ni berulang setiap malam selama hampir seminggu. Ada beberapa malam ‘Aaqil terpaksa tidur dengan mak abah sebab nak bagi saya tidur sbb esoknya kerja…

Seminggu lepas tu, weekend, saya nak bagi ‘Aaqil tidur petang. ‘Aaqil ‘ajar’ saya step by step macamana nak tidurkan dia macam ticer dia kat skool tidurkan dia! Subhanallah, amaze sgt. Dia mintak ‘susu ticer’ maksudnya freshmilk dalam botol straw yg dibawa ke skool dia. Dia baring mengiring dan minum lepastu mintak ummi peluk. Tepuk sampai tidur. Memang menjadi! Cuma sekarang ni kena tambah dengan ‘bedtime story’ sebelum dia betul-betul lena. Alhamdulillah. Lepas ni ummi kena kumpul dan hafal banyak2 bedtime story. Bila ‘Aaqil dah fasih cakap nanti boleh ajar doa dan surah ringkas inshaallah… Sekarang ni ‘Aaqil dah kurang bangun tgh malam. Kalau bangun pun, bila tepuk dia akan lelap balik.

Withdrawal untuk saya pulak dah tentu saya sedih dan stres awal-awal tu. Hampir giveup sebab penat layan permintaan dia sebelum tidur. Semua serba tak kena. Letih pun sama sebab tak cukup tidur. Jadi zombie pegi ofis. Lagi-lagi bulan puasa, kalau tidur kul 2pg bgn kul 5 nak sahur berapa jam je dapat tidur. Engorge is another thing. Lasts for almost a week. Sampai leaking2 susu. Bengkak yg sakit macam zaman berpantang dulu huhu. Lepas seminggu dah ok…

Whatever it is, I will treasure every moment of breastfeeding. Dan saya berdoa agar saya dikurniakan peluang lagi untuk menyusukan anak-anak saya selepas ini, amin.

e-SELL Aplikasi Terbaru Shaklee

*STICKY POST! Scroll down for more entries!*

Saya rasa ramai yang sedia maklum berkenaan e-sell yang memudahkan pengguna Shaklee untuk membuat pembelian produk dan transaksi wang yang lebih selamat dan terjamin.

Jika sebelum ni anda perlu berhubung dengan pengedar/SID untuk mendapatkan maklumat harga produk, pembayaran melalui akaun bank SID dan sebagainya, kini dengan e-sell semua dah short cut. Hanya perlu klik pada link pembelian dan anda akan terus dibawa ke laman pembelian dan lakukan transaksi secara sendiri!!
photo (6)

Berikut adalah senarai produk dan SET pilihan saya yang anda boleh shopping melalui e-sell. Saya juga telah letakkan link ini di bahagian sidebar wesite ini untuk memudahkan pengunjung membeli-belah produk Shaklee!
Vivix
Collagen Powder
Phytocol-ST
Nutriferon – Immune Booster
Omega Guard
Set Mighty 3 Gems
Set Kanak-Kanak Bijak
Set Subur Optimum
Set Subur Isteri
Set Subur Suami
Set Hamil Optimum
Set Hamil Budget
Set Bersalin Optimum
Set Breastfeeding Optimum
Set Breastfeeding Budget
Set Breastfeeding – Slimming
Set Slimming I
Set Slimming II
Set Slimming Budget
Set Sakit Sendi
Prosante (Kesihatan Rambut)

Saya akan tambahkan lagi link dari masa ke semasa untuk memudahkan pelanggan serta pengunjung kau5ar.com. Kini segala-galanya dihujung jari!

Jika anda sebarang pertanyaan atau lebih berminat untuk membuat pembelian melalui saya, tiada masalah. Saya sentiasa sedia membantu anda 😉

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC 

Kolagen dan Usia

Produk Shaklee Collagen Powder merupakan antara produk terawal yang saya gunakan setelah saya mendaftar sebagai ahli Shaklee! Tahukah anda apabila seseorang tu mencecah umur 25 tahun, kandungan kolagen akan berkurang dan semakin umur meningkat, kadar pengurangan kolagen semakin meningkat. Inilah penyebab kulit semakin kering, kehadiran garis-garis halus terutama di bahagian mata dan muka, pigmentasi, keguguran rambut, dan kuku yang mudah pecah serta patah.

Yesss kolagen ni bukan sahaja penting untuk kulit, malah untuk rambut, kuku dan sendi juga. Faktor usia dan penuaan akan memberi kesan kepada kandungan kolagen dalam badan. So caranya hanyalah dengan mengganti atau topup kolagen tu agar kita dapat kembalikan keremajaan kulit serta sel badan kita. Haaa

Ramai daripada kita semakin menginjak dewasa, semakin prihatin terhadap penampilan TETAPI lebih pentingkan penggunaan kosmetik ataupun produk kecantikan contohnya SK*II, La*Mer dan sebagainya yang kita perlu sapukan di bahagian luar kulit. Tapi bagaimana dengan dalaman kita? Yang bagusnya kita ambil produk yang tackle masalah tu dari dalam (seperti Shaklee Collagen Powder ini) adalah kita baiki struktur kulit kita semula dengan back to basic, baiki dari ‘akar umbi’.

struktur-kulit1

Zaman sekolah dulu kita ada belajar tentang lapisan kulit epidermis – dermis – hypodermis? Tahukah anda yang Shaklee Collagen Powder ini molekulnya sangat kecil yang membolehkan ia menembusi dari dalam badan kita (apabila diminum) hingga dapat diserap ke bahagian DERMIS kulit! Maksudnya korang bayangkan bila minum kolagen ni kan, segala kolagen tu akan direpair dari bahagian akar lagi. Ini yang dikatakan baiki dari dalam-ke-luar dan bukan luar-ke-dalam seperti penggunaan produk kecantikan.

Image

Banyak produk kolagen di pasaran jadi kenapa perlu pilih Shaklee Collagen Powder?
Penting ya untuk kita tahu keaslian suatu produk kolagen. Lagi ringan jisim molekul, lagi mudah ia diserap ke dalam badan. Jisim molekul Shaklee Collagen Powder ini kira-kira 1000 dalton sahaja, membuatkan ia ringan dan berkesan. Ia juga tidak dicampur dengan apa-apa perisa menjadikan molekulnya kekal di jisim yang rendah!

Sebab itu saya pilih Shaklee Collagen Powder sebagai produk terawal untuk digunakan selepas bergelar ahli Shaklee! Produk kolagen yang premium!

Boleh order di SINI!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC 

9 Perkara Mengenai Frankfurt

Dari Paris kami bergerak ke Frankfurt menaiki train. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ikuti ringkasan pengembaraan kami 3 beranak di kota Frankfurt,

1. Frankfurt merupakan sebuah bandar yang agak kecil. Dan tidak sibuk jika dibandingkan dengan London atau Paris. Boleh kaver seluruh Frankfurt kurang dari 2 hari sahaja.

2. Tak banyak tourist attractions di sini. Jadi hari pertama kami cuma ambil train ke pusat bandar dan berjalan-jalan disekitarnya hingga lewat malam. Hari kedua pula kami ambil hop on hop off bus dan berjalan-jalan di sekitar pelusuk Frankfurt.

3. Walaupun bandar yg kecil, tetapi sistem pengangkutan mereka sangat teratur dan tepati masa. Kami tiada masalah untuk ke bandar dsbg. Stesen tram dan bas juga sangat simple dan praktikal. Dimana laluan tram, disitulah laluan bas. Seawal hari pertama kami sudah dapat memahami sistem pengangkutan disini.

4. Makanan halal – amat mudah didapati di pusat bandar, Hauptbahnhof. Ada banyak kedai arab yang menjual kebab, nasi dan sebagainya. Disinilah juga terdapat surau. Mula-mula tu kami sesat juga mencari tapi rupanya surau tu kat 2nd floor dan di bahagian belakang shoplot. Oh kedai makan Malaysia pun ada cuma tak dapat dipastikan kehalalannya kerana ada tulisan cina.

5. Penduduk Frankfurt oh sangat friendlyyyy. Baik kat stesen keretapi mahupun kat tengah bandar. Sangat helpful. Pernah sekali tu kami hadapi masalah nak membeli tiket di mesin tiket dpn apartment. So ada this guy with his kid kat situ tolong kitorang sampai dapat. Dekat 15mins. Ada orang lain yang kat situ pun nampak masalah kitorang pun tolong jugak. Btw they dont speak nor understand English. So that really amaze me how helpful they are!

6. Masa ni musim luruh. Antara London, Paris dan Frankfurt, pemandangan musim luruh di Frankfurt adalah yang paling cantik. Warna daun kat pokok tu boleh nampak tona kaler dari kuning-coklat cair-coklat gelap-hijau. Memang warna yang sangat cerah. Lagi satu masa kami tiba di Frankfurt cuaca tak sejuk sangat, langit cerah biru. Cantik sangattt

7. Kami menyewa di apartmen melalui tempahan di airbnb. Sangat mudah dan harga berpatutan. Apartmen tu dekat gila dengan tram station Giebener Strabe, green line. Lepastu ada market macam ala-ala Giant kat seberang jalan. Memang sangat convenient!

8. Di airport Frankfurt ada surau okeh. Ada bilik utk agama lain jugak. Berasingan. So takde masalah nak solat etc

9. Bahasa german ni susah sikit nak baca berbanding french. Kalau french boleh lagi agak2 nak sebut camne kan. German ni macam kena teka2 sebab ada huruf yang pelik-pelik.

Jom layan gambar… P1030339 P1030404 P1030412 P1030422 P1030425 P1030431 P1030442 P1030445 P1030448 P1030455

Saya rasa itu sahaja yang dapat saya simpulkan mengenai Frankfurt. Very nice small town with friendly people 🙂

Till next trip! #eh

Promosi Julai 2014 : Vivix

Ya, memang sangat best kan? Produk yang sangat PREMIUM keluaran Shaklee kini boleh dibeli di harga promosi – hanya untuk AHLI sahaja ya. Pembelian 6 botol Vivix, anda akan dapat…

1. Keahlian PERCUMA
2. PERCUMA lagi sebotol Vivix
3. Bonus / Rebat tunai RMxxx
4. Dan banyak lagi faedah sebagai ahli Shaklee

photo (5)

Gambar botol Vivix yang telah kosong di rumah saya. Mak abah saya memang pengguna Vivix yang setia 🙂

Saya ingat lagi kali terakhir promosi Vivix seperti ini adalah pada bulan Nov 2013. Masa tu saya macam tak berapa yakin yang akan ada orang nak beli Vivix sebab mindset kata produk ni mahal. Bila masuk minggu kedua tu tiba-tiba ramai pulak yang bertanya dan minggu ke-3, ramai yang mula order. Minggu terakhir sebelum closing tu ada 2 orang rakan yang ingin membeli satu set promosi Vivix ni! Memang betapa orang kadang-kadang tak berkira lansung untuk peruntukkan duit semata-mata untuk lebih sihat. Kalau tak silap saya yang membeli secara borong ni pun bukanlah untuk diri sendiri tetapi untuk ibu ayah dan keluarga terdekat saya rasa. Moga usaha dan sumbangan mereka diberkatiNya. Oh untuk bulan promosi Vivix pada Nov 2013 tu saya berjaya menjual 22 botol Vivix! Alhamdulillah…

Memang betul la orang cakap. Kadang kita ni mindset nak negatif je. Rasa produk ni mahal la, orang takde yang mampu nak beli lah. Tapi sangkaan tu benar2 meleset bila melihatkan betapa ramainya pelanggan kat luar sana yang berminat nak merasai kebaikan Vivix ni sementara masih dalam promosi. Spread the benefit, spread the love…

Jadi anda jangan tunggu lagi. Hubungi saya untuk dapatkan produk istimewa ini. Alang-alang nak pulang beraya tidak lama lagi, jom hadiahkan keluarga di kampung Vivix, 4 botol untuk mak, ayah, mak mertua dan pak mertua. Lagi 3 botol stok untuk anda suami-isteri. Sebotol tu ada 150ml, hanya 5ml(1tsp) sahaja sehari dah mencukupi. Jadi sebotol tu tahan sebulan tau! Boleh hirup ataupun bancuh dengan air – saya dan mak abah saya gemar hirup sahaja. Asli gitu 🙂

Untuk tempahan (sebotol) Vivix secara terus, sila klik sini.

Salam Ramadhan dari saya ❤️

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC