Monthly Archives: September 2014

Teknik ‘Brainwash’ Anak

Gitu tajuk taknak kalah lol. Silalah baca sampai habis ye ;p

Paling saspen lepas ada anak adalah bila kena travel outstation. Alhamdulillah the first 2 oustations urusan membawa ‘Aaqil bersama dipermudahkan.

Yang pertama pergi ke Labuan seminggu (link). Masa ni umur baru 5bln gitu.
Kali kedua ada offshore site visit di Miri. Bulan Mac lepas. Nasib baik daytrip je ke offshore. Bolehlah nak bawak ‘Aaqil sekali. Kalau bermalam kat laut memang tak dapat la kan huhu.
Bawak ‘Aaqil sebab masa tu dia masih fully breastfeed. Tq makndak ikut and tolong babysit ‘Aaqil 🙂

Continue reading

Produk Shaklee Bukan Ubat!

Saya nak bercerita mengenai perbezaan SUPLEMEN dan UBAT ni dalam konteks yang berbeza yang saya harap lebih ramai yang faham dan tidak konfius. Baca hingga habis tawww :’)

Salah satu disclaimer produk Shaklee yang perlu anda tahu adalah “Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.”

Sebaliknya Shaklee adalah produk suplemen yakni makanan tambahan untuk cukupkan nutrien yang kurang dalam badan kita yang boleh menyebabkan kita hadapi penyakit. Secara ringkasnya, suplemen ni berfungsi ‘merawat’ punca asal kepada permasalahan kita. Saya kalau dengan pelanggan saya selalu akan kaitkan suplemen ni dengan kualiti hidup.

Kualiti hidup ni penting sebagai kelancaran kita untuk menjalani hidup kita seharian tanpa rasa rendah diri, tanpa rasa penat, tanpa rasa tak best…contohnya sembelit & muka berjerawat adalah antara yang mengganggu kualiti hidup. Sakit, tak selesa, rendah diri, dsbg. Yang INI suplemen boleh bantu! Bukan UBAT!
Bukan sembuhkan ya. Tetapi dapat beri kualiti hidup yang diinginkan, tak semestinya penyakit sahaja.

Contohnya anda alami masalah sembelit. Itu bukan penyakit. Tetapi Ostematrix dapat membantu melembutkan najis agar lancar sistem pencernaan.
Satu lagi contoh adalah anda ada masalah jerawat batu. Itu juga bukan penyakit. Maka saya akan sarankan anda ambil ESP secara konsisten kerana ia dapat membantu tubuh kita hasilkan sel-sel baru yg membaikpulih jerawat dan parut jerawat.

Biasanya permasalahan ini anda tak akan pergi jumpa doktor kan. Doktor pun pening tak tahu nak bagi ubat apa hihi. Inilah yang dimaksudkan perbaiki KUALITI HIDUP dan automatik keyakinan diri juga.

Tetapi ada juga produk Shaklee yang alhamdulillah dpt perbaiki KUALITI HIDUP pesakit gout, kanser, kencing manis, sakit jantung dsbg. Tengok, saya takkan gunakan istilah SEMBUHKAN sebab sememangnya ia membantu para pesakit ini menjalani kehidupan yang lebih bermakna melalui pengambilan suplemen Shaklee!

Saya sedar dalam kehidupan seharian kita tak kiralah sebagai pelajar, pekerja di ofis, surirumah, pesara dsbg pasti ada masalah2 berkaitan kualiti hidup yang inshaallah boleh diselesaikan oleh suplemen Shaklee.

Apalagi, hubungi saya dan nyatakan kualiti hidup yang anda inginkan dan harapkan daripada pengambilan suplemen Shaklee.

Moga artikel ini dapat mencerahkan mata anda berkenaan perbezaan SUPLEMEN dan UBAT 🙂

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

10 Fakta Menarik Tentang Kolagen

FAKTA 1
Pada usia 35 tahun pembentukan kolagen dalam tubuh kita terhenti sepenuhnya. Ada satu lagi artikel yang saya baca kata sejak umur 30 tahun lagi. Oleh sbb itu pada usia 30 keatas ni proses penuaan menjadi lebih cepat ie kulit kering, garis halus, dan masalah kesihatan mulalah menjelmakan diri eg mata rabun, sakit lutut, dsbg. Orang selalu ingat kolagen ni untuk kulit je kan. Tapi sebenarnya ia sangat penting untuk sendi, tulang, otot mata, dan organ lain dlm badan.
Maksudnyakan korang, SUPLEMEN kolagen amatlah diperlukan terutamanya apabila umur anda sudah menjangkau 30-an. Takkan nak tunggu 35tahun kan…
Payung sebelum hujan, kolagen sebelum kedutan.

FAKTA 2
Tadi kita bercerita mengenai penghasilan kolagen yang akan terhenti pada umur kita 35tahun. Apa ada hal sebab kan kolagen kat dalam badan ni masih ada.
Tahukah anda umur 25 tahun kolagen sedia ada itu akan menyusut sebanyak 1.5% setiap tahun. Umur 40 tahun pula susut 30% setiap tahun. Umur 60 tahun susut 50% pula setiap tahun. Hanya dengan suplemen kolagen sahaja kita dapat replenish balik kolagen yang menyusut itu.
Sebab tu kita lihat wajah kita selepas 30-an makin ketara penuaan tu dari tahun ke tahun. Makin sukar nak disorok oleh mekap.

FAKTA 3
Satu lagi fakta yang best. Kolagen & kalsium ni sama pentingnya untuk tulang. Sebab apa tau, kolagen berfungsi sebagai ‘pelekat’ tulang supaya sendi kita bersatu. Dengan pengambilan kolagen secara konsisten, ia dapat menguatkan tulang dan mencegah tulang dari rapuh. Kesihatan tulang dapat terjaga dengan baik hingga usia tua — Osteoporosis yang menjadi musuh bagi tulang juga dapat dicegah!
Imagine dengan pengambilan kolagen dari kualiti terbaik, anda dapat faedah 10 dalam 1 : kulit, kuku, rambut, sendi, tulang, mata, etc

FAKTA 4
Kolagen ni seakan-akan filling di bawah kulit kita yang buatkan kulit kita jadi tegang, ‘penuh’ dan macam kulit baby.
Macam kulit atok nenek kita yang dah 80-an, kulit mereka seakan dah tiada isi. Ni lah antara puncanya.
Mustahil sangat nak dapat balik macam kulit bak telur dikupas hanya dengan ambil kolagen. Kalau mana-mana jenama yang claim boleh tu sebenaqnya ia suatu tektik marketing yang agak kurang jujur. Melainkan si pengguna (baca : duta) memang genetiknya kulit flawless pori kecil tak perlu camera360.
Ada satu eksperimen mudah nak tau tahap kolagen kita, ia dipanggil ‘snap back’. Caranya – cubit di bahagian lengan atau belakang tapak tangan atau bahagian muka dan lihat samada kulit tu kembali kepada asal serta merta atau tidak. Jika masa diambil lebih dari beberapa saat, ia bermaksud bahagian tersebut sudah hilang kolagen & elastisiti!

FAKTA 5
Apa kaitan sinaran matahari dengan kolagen? Haa jangan taktau sinar UVA boleh tembus lapisan bawah kulit dan serang kolagen&elastin yang boleh menyebabkan penuaan berlaku awal dari waktunya. UVB pulak attack bahagian atas kulit secara direct yg boleh sebabkan sunburn tu.
Baru tau kan sinar UV ada A dan B hihi
Sebabtu kalau pilih moisturizer kena pakai yang ada SPF. Nak pilih SPF pun kena studi jugak SPF15 ke 57 ke 38 ke 100 ke.

FAKTA 6
Penyusutan dan ketiadaan kolagen akan menjurus kepada kekasaran & kekenduran pada kulit.di.seluruh.anggota.badan.oh.this.is.scary.

FAKTA 7
Lapisan bawah kulit kita ni namanya dermis. Bahagian ni dibina oleh sejenis protein yg dinamakan KOLAGEN. Kolagen ni bertindak macam scaffolding untuk menampung perkembangan sel dan saluran darah dalam kulit. Jadi kolagen ni macam kerangka atau tiang yang mengukuhkan kulit kita. Bayangkan rumah tanpa tiang, bayangkan bangunan tanpa cerucuk, bayangkan tingkap tanpa frame.
Bayangkan………

FAKTA 8
Antara tips pemilihan kolagen yang terbaik adalah berat molekul yang rendah agar ia boleh tembusi lapisan dermis kulit kita. Unit dia dikira dalam Dalton (Da). Tadi saya ada buat research beberapa kolagen jenama terkenal yang berada di pasaran dan ini penemuan saya,
Collagen jenama N : 3000 Da
Collagen jenama B : 3000 Da
Collagen jenama E : 1500 Da
Shaklee Collagen Powder : 1000 Da :):)

FAKTA 9
Ok nak share tentang kaitan Vitamin C & pembentukan kolagen. Vit C ni perlu untuk menjaga STRUKTUR KOLAGEN yang dibentuk. Apa jua kolagen yg kita ambil, pastikan ia mengandungi Vit C ya!
Sebab tu orang suntik kolagen, suntik Vit C sebab berkait. Apapun, kajian membuktikan pengambilan secara oral lebih berkesan berbanding suntikan kerana penyerapan lebih mantap.

FAKTA 10 tipspilihkolagen

Jika anda menepati ciri-ciri ‘calon’ yang sudah tiba masa untuk mengambil suplemen kolagen, pilihlah Shaklee Collagen Powder! Bukan sahaja ia premium, bersih dan selamat, malah ia dijual pada harga promosi SEPANJANG SEPTEMBER 2014! SCP

Hubungi saya untuk pertanyaan dan order!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

HANGAT : Tips Memilih Jenis Bisnes

Rentetan daripada entri INI, saya nak berkongsilah mengapa pemilihan jenis bisnes tu penting untuk pastikan kita terus konsisten.

KENALPASTI DIRI SENDIRI
Jika anda masih bekerja makan gaji yang terikat dengan masa ofis, maka pilihlah jenis perniagaan yang anda boleh handle mengikut kemampuan masa anda. Semestinya membuka restoran adalah antara option yang tidak sesuai kerana anda terikat dengan waktu pejabat dsbg.

MODAL YANG RENDAH
Memilih perniagaan yang bermodal tinggi adalah antara kesilapan yang kita paling taknak lakukan. Lebih-lebih lagi jika ini merupakan pengalaman pertama kali anda berbisnes. Bayangkan anda laburkan modal hingga enam angka untuk membuka suatu perniagaan, jika pulangan bersih setiap bulan hanyalah 4angka, berapa tahun/dekad baru anda dapat pulang balik modal? Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan limitkan modal untuk bisnes pertama anda sekitar 3 atau 4 angka sahaja. Jika sudah menjangkau 5 angka, anda mestilah seorang yang sudah lengkap ilmu berbisnes, mentor ada kiri kanan depan belakang kerana bisnes adalah suatu yang sangat serius.

MINAT DAN HOBI
Seboleh mungkin, jadikan bisnes ini bukan sesuatu yang membebankan, yang mendatangkan stress. Buat sesuatu yang kita minat dan membuatkan kita teruja setiap hari. Contohnya macam saya sangat minat memasak. Tapi bab mengemas selepas memasak tu saya tak berapa minat, suka outsource kat orang lain. So bidang pemakanan memang tak sesuai untuk saya (buat masa ini – modal rendah). Lagi satu saya tak minat buka lipat gantung (ulangrutin ini jika buka bazar dsbg) gosok ukur baju tudung. Maka bidang jual baju tudung memang bukan passion saya. Mesti setiap hari saya rasa tertekan nak teruskan bisnes. Haha. Jadi, penting untuk tidak ikut trend semasa, pilihlah ikut kemampuan dan minat diri.

SIMPANAN STOK/LEBIHAN
Ini lagi satu yang saya lemah. Saya selalu tengok hotel atau restoran terutama sewaktu bufet ramadhan, pasti akan ada pembaziran sebab dah masuk waktu isya'(terawih) pun kambing golek baru suku yang terusik. Atau di RNR melihat makanan dari pagi membawa ke malam seperti tak luak. Belum kira bab hygiene lagi. Memang agak menggerunkan bab pembaziran ni. Lainlah kalau katering, kita memang sediakan ikut pax jadi kebarangkalian membazir itu kurang berbanding buffet.

MENTOR BISNES
Tak kiralah modal bisnes anda serendah RM100 hatta RM10000 sekalipun, pastikan anda tidak bergerak sendiri. Ya, memang anda KERJA SENDIRI tapi bisnes tanpa networking adalah umpama katak di bawah tempurung. Syok sendiri hihi. Mentor ni biasanya mereka yang merasai jatuh bangun bisnes dalam bidang yang sama kita pilih. Mereka ni dah banyak ilmu dan ilmu ni lah yang kita kena korek. Pada zahirnya bisnes ni memang nampak yang indah je eg kereta besar, orang puji, hidup selesa, tak terikat waktu kerja dsbg. Tapi hanya mereka yang tahu kisah disebalik kesenangan tersebut. Kadang-kadang dari merekalah kita dapat kekuatan untuk terus berbisnes inshaallah.

Saya rasa setakat itu tips yang saya nak kongsi. Bagi saya, saya amat selesa dengan bisnes Shaklee yang saya jalani sekarang kerana,
1. Modal RM65
2. Tak perlu simpan stok. Beli apabila pembeli perlukan
3. Segalanya online, dari pendaftaran, pembelian, transaksi hinggalah coaching perihal bisnes. Pengeposan oleh Shaklee sendiri. Nak pos sendiri pun boleh
4. Mentor yang sentiasa ada untuk guide dan kongsi tips
5. Sesuai dengan nature kerja saya yang 9to5 kerana order saya uruskan melalui whatsapp dan SMS
6. Saya enjoy buat bisnes ini kerana saya bukan sahaja dapat menambah nilai kesihatan pelanggan saya malah dapat menambah nilai pendapatan bulanan saya

Alhamdulillah. Moga anda juga akan ditemukan dengan bisnes yang bersesuaian dengan anda. Pokoknya, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.

Wallahualam

Berpesan-pesanlah Kita

Masa bulan puasa lepas saya ada mendengar satu tazkirah di ikimdotfm. Sedang bincang isu MH17, ustaz tu kaitkan musibah kehilangan orang tersayang dengan 10 malam terakhir Ramadhan.

Kata ustaz, mesti semua orang akan cakap yelah ustaz tak rasa apa yang kami (keluarga mangsa MH17) rasa ustaz bolehlah nasihat itu ini. Kemudian ustaz tu bacakan surah Al-Asr dan maksudnya,
Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah al-‘Asr; 1-3). Surah yang kita baca tiap hari masa zaman sekolah. Dan juga tiap kali dlm solat sebab surah paling pendek.
Tafsir ayat ini adalah kita sesama insan berhak untuk berpesan kepada kebenaran atau kesabaran walau dlm apa jua situasi kedua belah pihak. Maksudnya bukan kita perlu jadi baik baru nasihat kawan kita. Tapi kita berpesan agar kita juga mengingati diri kita sendiri. Err paham ke?

Lepas saya dengar tazkirah ni, saya terus mcm, okay lepas ni kalau saya dapat ilmu baru saya akan kongsikan dengan semua biarpun orang mungkin akan katakan “eleh dia ni cakap je lebih padahal…”. Dan persepsi saya juga berubah terhadap orang yang mengingatkan saya berbuat baik atau banyakkan bersabar (walau dia tak melalui apa yang saya rasa) kerana ayat dalam surah Al-Asr tersebut. Sebab kalau kita nak tunggu sampai semua orang ALAMI MACAM KITA atau LEBIH BAIK DARI KITA memang masa tu takkan sampai. Kadang-kadang kita terlalu nak menjaga hati seseorang sampai kita lupa ada benda kita perlu sangat kongsikan.

Sedikit selingan hihi. Jujurnya saya sebagai pengedar suplemen tak terlepas dari kadangkala merasakan kulit saya ni belum cukup cantik untuk saya promosikan set kecantikan. Tapi saya masih mahu berkongsi info dengan orang lain maka saya tetap akan kongsi biar apapun kata orang nanti, ewah. Berpesan-pesan kepada kebaikan.

Moga lepas ni kita takkan ‘teragak-agak’ untuk bagi nasihat atau berkongsi ilmu/informasi yang kita ada untuk kebaikan orang lain walaupun sebenarnya itu adalah peringatan untuk DIRI SENDIRI. Dan kalau orang tegur kita marilah ambil secara positif dan berlapang dada. Inshaallah!

Wallahua’lam

Via WordPress

Tentang Penyusutan Kolagen

Saya pernah bercerita mengenai kolagen di sini. Saya ada buat pembacaan tambahan yang bagi saya input yang sangat menarik untuk dikongsikan!punca-kulit-berkedut

Tahukah anda yang kira-kira 25-35% daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya. Ayat mudahnya adalah kolagen ni merupakan sejenis protein dalam badan. Kedutan dan garis halus yang terjadi pada wajah kita contohnya adalah berpunca dari kekurangan protein yang dinamakan KOLAGEN tu.

Seawal usia 35 tahun pembentukan kolagen dalam tubuh kita terhenti sepenuhnya. Ada satu lagi artikel yang saya baca kata sejak umur 30 tahun lagi. Oleh sbb itu pada usia 30 keatas ni proses penuaan menjadi lebih cepat ie kulit kering, garis halus, dan masalah kesihatan mulalah menjelmakan diri eg mata rabun, sakit lutut, dsbg. Orang selalu ingat kolagen ni untuk kulit je kan. Tapi sebenarnya ia sangat penting untuk sendi, tulang, otot mata, dan organ lain dlm badan.
Maksudnyakan korang, SUPLEMEN kolagen amatlah diperlukan terutamanya apabila umur anda sudah menjangkau 30-an. Bila dah jadi pengedar Shaklee ni barulh saya buka mata sikit berkenaan kepentingan kolagen. Masa beberapa tahun dulu saya memang tak faham kenapa sana sini orang bercakap pasal kolagen haha. Better late than never ye tak.

Mungkin ada yang cakap “takpelah kolagen dah stop terbentuk umur 35tahun. ada lagi ni yang tinggal dalam badan. cukup agaknya sampai bergelar warga emas nanti..”
Oh anda mesti bertambah terkejut dengan fakta seterusnya ini : ketika umur 25 tahun hakikatnya kolagen sedia ada itu menyusut sebanyak 1.5% setiap tahun. Umur 40 tahun pula susut 30% setiap tahun. Umur 60 tahun susut 50% pula setiap tahun. Jadi mana mungkin anda menidakkan keperluan suplemen kolagen diambil setiap hari untuk memastikan kulit, rambut, kuku, sendi dsbg kekal di umur 20-an.

Sebab tu kita lihat wajah kita selepas 30-an makin ketara penuaan tu dari tahun ke tahun. Walaupun secara zahirnya tak ketara, tapi tuan badan je yang tau betul tak. Makin lama tempoh masa depan cermin sebab dok belek muka hihi.

Jika azam tahun 2014 anda adalah untuk kelihatan lebih muda ataupun mahu kurangkan mekap tebal, maka sangatlah sesuai dengan PROMOSI SEPTEMBER 2014 iaitu Shaklee Collagen Powder beli 6 percuma 1!! Anda beli satu set promo ni terus dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA! Saya yakin dengan pengambilan satu set ini secara konsisten dan berterusan, menjelang 2015, anda mungkin kelihatan lebih muda dari anda ketika Januari 2014 yang lepas.

Nak cuba? Hubungi saya sekarang!!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC