Daily Archives: September 7, 2014

HANGAT : Tips Memilih Jenis Bisnes

Rentetan daripada entri INI, saya nak berkongsilah mengapa pemilihan jenis bisnes tu penting untuk pastikan kita terus konsisten.

KENALPASTI DIRI SENDIRI
Jika anda masih bekerja makan gaji yang terikat dengan masa ofis, maka pilihlah jenis perniagaan yang anda boleh handle mengikut kemampuan masa anda. Semestinya membuka restoran adalah antara option yang tidak sesuai kerana anda terikat dengan waktu pejabat dsbg.

MODAL YANG RENDAH
Memilih perniagaan yang bermodal tinggi adalah antara kesilapan yang kita paling taknak lakukan. Lebih-lebih lagi jika ini merupakan pengalaman pertama kali anda berbisnes. Bayangkan anda laburkan modal hingga enam angka untuk membuka suatu perniagaan, jika pulangan bersih setiap bulan hanyalah 4angka, berapa tahun/dekad baru anda dapat pulang balik modal? Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan limitkan modal untuk bisnes pertama anda sekitar 3 atau 4 angka sahaja. Jika sudah menjangkau 5 angka, anda mestilah seorang yang sudah lengkap ilmu berbisnes, mentor ada kiri kanan depan belakang kerana bisnes adalah suatu yang sangat serius.

MINAT DAN HOBI
Seboleh mungkin, jadikan bisnes ini bukan sesuatu yang membebankan, yang mendatangkan stress. Buat sesuatu yang kita minat dan membuatkan kita teruja setiap hari. Contohnya macam saya sangat minat memasak. Tapi bab mengemas selepas memasak tu saya tak berapa minat, suka outsource kat orang lain. So bidang pemakanan memang tak sesuai untuk saya (buat masa ini – modal rendah). Lagi satu saya tak minat buka lipat gantung (ulangrutin ini jika buka bazar dsbg) gosok ukur baju tudung. Maka bidang jual baju tudung memang bukan passion saya. Mesti setiap hari saya rasa tertekan nak teruskan bisnes. Haha. Jadi, penting untuk tidak ikut trend semasa, pilihlah ikut kemampuan dan minat diri.

SIMPANAN STOK/LEBIHAN
Ini lagi satu yang saya lemah. Saya selalu tengok hotel atau restoran terutama sewaktu bufet ramadhan, pasti akan ada pembaziran sebab dah masuk waktu isya'(terawih) pun kambing golek baru suku yang terusik. Atau di RNR melihat makanan dari pagi membawa ke malam seperti tak luak. Belum kira bab hygiene lagi. Memang agak menggerunkan bab pembaziran ni. Lainlah kalau katering, kita memang sediakan ikut pax jadi kebarangkalian membazir itu kurang berbanding buffet.

MENTOR BISNES
Tak kiralah modal bisnes anda serendah RM100 hatta RM10000 sekalipun, pastikan anda tidak bergerak sendiri. Ya, memang anda KERJA SENDIRI tapi bisnes tanpa networking adalah umpama katak di bawah tempurung. Syok sendiri hihi. Mentor ni biasanya mereka yang merasai jatuh bangun bisnes dalam bidang yang sama kita pilih. Mereka ni dah banyak ilmu dan ilmu ni lah yang kita kena korek. Pada zahirnya bisnes ni memang nampak yang indah je eg kereta besar, orang puji, hidup selesa, tak terikat waktu kerja dsbg. Tapi hanya mereka yang tahu kisah disebalik kesenangan tersebut. Kadang-kadang dari merekalah kita dapat kekuatan untuk terus berbisnes inshaallah.

Saya rasa setakat itu tips yang saya nak kongsi. Bagi saya, saya amat selesa dengan bisnes Shaklee yang saya jalani sekarang kerana,
1. Modal RM65
2. Tak perlu simpan stok. Beli apabila pembeli perlukan
3. Segalanya online, dari pendaftaran, pembelian, transaksi hinggalah coaching perihal bisnes. Pengeposan oleh Shaklee sendiri. Nak pos sendiri pun boleh
4. Mentor yang sentiasa ada untuk guide dan kongsi tips
5. Sesuai dengan nature kerja saya yang 9to5 kerana order saya uruskan melalui whatsapp dan SMS
6. Saya enjoy buat bisnes ini kerana saya bukan sahaja dapat menambah nilai kesihatan pelanggan saya malah dapat menambah nilai pendapatan bulanan saya

Alhamdulillah. Moga anda juga akan ditemukan dengan bisnes yang bersesuaian dengan anda. Pokoknya, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.

Wallahualam