Ashgabat 2014/2015 – Down Memory Lane

Ok as most of you know, we visited Ashgabat during year end holidays. So much fun. Kami memang plan 2 minggu cuti akhir tahun (xmas – new yr) tapi asalnya taktau nak pergi mana. So what I did was I gave my husband proposal of places to go. Ada 4 ke 5 option tak silap. Very high level schedule lah. Nak tengok budget. Maka salah satu option itu dipilih dan alhamdulillah MEMANG TERBAIKKKK.

Basically itinerary trip kami berpandukan ini;

3 malam di Ashbagat
3 malam di Abu Dhabi
3 malam di Dubai
3 malam di Ashgabat

Dah susun tu, barulah book hotel dsbg. Penjimatan trip kali ini adalah pada ‘hotel 10bintang’ di Ashgabat sebab duk rumah sendiri. Katalah hotel RM500/night. Dah jimat RM3000 disitu. Dan itu antara sebab option ni dipilih. Option lain2 tu kalau rezeki murah inshaallah di bawa ke depan..

Sebelum ke Ashgabat saya dah siapkan list kat suami nak pi mana nak makan apa. Takdelah best sangat Ashgabat ni tapi certain food dia memang tak dapat dilupakan hihi. Contohnya Shashlik, Lule, Lavash, Sutlac dan Lentil soup. Memang for the win extrabomberdelarocioussesangatsssss

Nak bercerita pasal ‘Aaqil pulak, sepanjang 2 minggu ni dia happy sangat. Kalau bangun pagi tu memang tak nangis pun sebab happy ummi walid cuti dan dia takyah bangun pegi skool. Atau mungkin sebab duk ‘rumah walid’ kat Ashgabat. I don’t think he remembers. Tapi dia tau ni rumah walid sebab selalu kalau skype dengan walid, walid akan tolong mainkan toys dia kat sana. Ada sekotak toys ‘Aaqil yang kami tak bawak balik Malaysia so itulah yang my husband main utk dia. Few wks sebelum fly tu memang dah bagitau dia nanti ‘Aaqil naik aeroplane, gi rumah walid ada toys. So bila sampai Ashgabat tu dia happy kembang kempis hidung sebab nak bertentang mata dengan toys yang walid dia selalu ‘tolong’ main tu. Hiihi

Lawak sebab tak sampai hati tengok ‘Aaqil happy sangat. So after 1st week kat sana, I told my husband “Takleh jadi ni. Saya takut ‘Aaqil ingat kita akan selama-lamanya macam ni. Rasanya kita kena bagitau dialah reality sebenar”. Drama tak uols. So 2nd week tu kitorang tiap hari akan cakap kat dia nanti kena balik rumah atok wan, ummi walid kena work, ‘Aaqil kena pergi skool. Kadang dia nak kadangg dia taknak. Nak ummi walid cutiiiiiii. Yo lah nak oi… bajet cicit Trump sangat ko kan nak bercuti tiap hari…*nangis*

Part paling best percutian kali ini adalah sebab we got to do so many things!!! Beberapa hari sebelum saya finalize iteneraries tu saya ada terbaca somewhere “selalu kalau orang pergi bercuti patutnya utk berehat2. Tapi certain orang pergi bercuti balik tu makin penat,..”.. Jadi disebabkan kami memangg sangat perlukan cuti ni utk de-stress dari kerja di ofis dan nak quality time with each other, maka tu yang buat jadual macam kat atas tu. Hari-hari di Ashgabat memang utk bersantai2 marathon tv series dan masak2 untuk suami dan anak. Alhamdulillah…balik Malaysia rasa re-fresh sangat. Puas hati sebab hari-hari kualitas bersama tersayang. Balik Malaysia tu homesick jap dgn suami sebab dah kembali ke rutin asal. Balik ofis je amikkk kerja berderet tak sempat dah nak fefeeling tu yang entri pun baru nak lancarkan hari ni. Gituww

Ok jom layan gambar Ashgabat versi Down Memory Lane…

1. ‘Aaqil seolah-olah baru first time naik aeroplane. Segala-galanya dia kagum. Hihi
IMG_2989.JPG

2. Ummi dan ‘Aaqil selfie depan ofis walid. Krismas tree banyak disepanjang jalan (lihat belakang kami)
IMG_3050.JPG

3. Ada budak happy jejak kasih dgn toys lama dia
IMG_3096.JPG

4. Menikmati makanan di Merdem. Lentil soup dah selesai dimakan
IMG_3148.JPG

5. ‘Aaqil depan Bitarap127. Building rumah walid
IMG_3033.JPG

6. Dulu tiap hari sabtu main buaian kat sini. Playground Merdem
IMG_3165.JPG

7. The famous Shashlik (grilled lamb cutlet) dan Lule (ala2 meatball ayam tapi 100x ganda sedap dan juicy). Dibakar menggunakan kayu pokok anggur. Tiap kali suami balik Msia mesti tapau ni utk kami…dappp
IMG_3102.JPG

8. Sutlac aka rice pudding. Berebut dengan ‘Aaqil. Walid tak brp suka dessert (alhamdulillah ;p)
IMG_3153.JPG

 
9. Ini pulak namanya lavash. Lamb kebab. Selalu tapau ni kalau lepas pergi Ruski bazar (pasar) hari Sabtu lepastu malas nak masak hihi
IMG_3199.JPG

10. Merasalah ummi nak bergambar jugak kat sini. Dah senja ni sementara tunggu van. Lepas teman walid potong rambut kat Ruski bazaar
IMG_3181.JPG

11. Airport baru!! Besar dan cantik. Dari dulu macam sedih je. Apapun scene berebut troli luggage tetap ada. Ni masa nak fly ke Dubai IMG_3215.JPG

Trip kali ni tak bawak kamera pun. Harapkan smartfon dan smartgopro sajew. Moga insof utk print gambar2 ni atau dibuat photobook agar tidak hilang huuu. Nanti I cite pasal aktiviti kami di Dubai dan Abu Dhabi pulak ya! Muahciked!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.