Monthly Archives: February 2015

Quick Trip to Dungun!

Percutian yang pendek tapi sangat seronok. Ahaks. 

4 hari 3 malam je tapi rasa macam tak puas. Antaranya sebab tak sempat jumpa sata dan makan lempeng nyior. Boleh tak? Hehe. Dan juga tak sempat terjun laut.

Ke Dungun ni sebab memenuhi jemputan kenduri adik kpd kakngah (my SIL). Alang-alang tu berkonvoi lah dengan mak abah dan adik2…

Kat sini ada banyak homestayyyyy. Selang 10 meter ada homestay. Serius memang toksah risau bab tempat tinggal kalau plan nak bercuti kat sini.

Bandar Dungun ni tak sesibuk Kuala Terengganu. Kita ni kalau cuti-cuti Malaysia ofkoslah tak lain dan tak bukan nak jalan-jalan cari makan ye tak.

Continue reading

Masjid Ter’Mahal’ di Dunia

Hajat di hati nak menatap masjid ni di waktu terang dan malam. Maka buat plan untuk mai lepas asar supaya boleh solat jama’ ta’khir zohor-asar dan kemudian boleh jama’ taqdim maghrib-isya’. Namun tak berkesempatan. Masa sampai tu dah pun masuk Maghrib, dan dah gelap. Sobs…. DCIM102GOPRO ada 4 sets of those, membentuk kawasan 4segi seperti padang bola ditengah2

Continue reading

9 Langkah Langsaikan Pinjaman Rumah!

Seperti yang saya pernah janji, saya nak share step by step untuk jelaskan hutang pinjaman rumah. Ni juga untuk rujukan saya di masa akan dating inshaAllah. Sebenarnya saya memang tak terbayang akan settlekan loan rumah saya seawal ini. Ternyata perancangan Allah itu yang terbaik. Saya perlu jelaskan keseluruhan loan rumah saya untuk membolehkan saya membuat loan untuk property ke-2 saya.

Sedikit latarbelakang mengenai rumah ini,
Tahun beli : 2007
Tahun dapat kunci : 2009
Tahun dpt strata title : 2013
Pinjaman dari : Ambank Berhad
Tempoh pinjaman : 30 tahun

Jom selusuri 9 langkah untuk loan settlement rumah anda,

Continue reading

Resepi Bubur Butir Nangka

Macam dah berkurun kan tak blog pasal masak memasak hihi. Tapi saya rasa resepi ni worth sharing sebab seronok dibuat dan sedap dimakan. Berbaloiii
Saya tak pernah tau kewujudan bubur ni sebab mak memang tak pernah masak. Tak pernah jumpa kat kedai ke rumah orang ke. First time saya makan bubur ni masa Ramadhan tahun 2013, majlis iftar potluck kat Ashgabat. Memula macam tak berani nak makan sebab i mmg tau tak suka bubur chacha. Rupa dia kan macam bubur chacha kan dgn kaler2 etc. Bila dah start makan tak boleh benti camnoooo. Sedap sangat!! Tq Kak Zana sebab memperkenalkanku kepada makanan ini. Gituw sangat! Haha

Ok jom kita tgk camne nak buat bubur yang sedap ni, zasssss!

Continue reading