Resepi Bubur Butir Nangka

Macam dah berkurun kan tak blog pasal masak memasak hihi. Tapi saya rasa resepi ni worth sharing sebab seronok dibuat dan sedap dimakan. Berbaloiii
Saya tak pernah tau kewujudan bubur ni sebab mak memang tak pernah masak. Tak pernah jumpa kat kedai ke rumah orang ke. First time saya makan bubur ni masa Ramadhan tahun 2013, majlis iftar potluck kat Ashgabat. Memula macam tak berani nak makan sebab i mmg tau tak suka bubur chacha. Rupa dia kan macam bubur chacha kan dgn kaler2 etc. Bila dah start makan tak boleh benti camnoooo. Sedap sangat!! Tq Kak Zana sebab memperkenalkanku kepada makanan ini. Gituw sangat! Haha

Ok jom kita tgk camne nak buat bubur yang sedap ni, zasssss!

Bahan A
1 cawan tepung pulut
1/3 cawan air masak
1tsp air kapur
Pewarna merah, kuning, hijau

Bahan B
200ml santan pekat (santan kotak je senang uols ;p)
300ml air
1″ gula melaka
1 senduk (~5tbsp) gula pasir
Daun pandan
1tsp garam
2tbsp sagu
1 tin jagung manis (air dia takyah)

Kaedah penyediaan :
1. Untuk Bahan A, mix kan air, tepung pulut dan air kapur sampai teksturnya boleh digentel dan dibentuk. Bila dah ok, bahagikan 3 utk letak kaler tiap satu. Saya pilih kaler traffic light hihi

(null)
2. Didihkan air. Bila dah mendidih, mulalah gentel tepung tadi terjunkan dalam air. Satu persatu. Jangan gentel siap2 sebab ia senang melekat antara satu sama lain. Konsep dia sama macam buat onde-onde. Bila dah timbul, baru angkat keluar.
3. Angkat ‘butir nangka’ ini dan letak dalam air supaya ia tak melekat2. Buat sampai semua adunan tadi habis.

(null)

4. Ok sambil tu boleh buat Bahan B pulak. Renihkan santan, air, gula melaka, daun pandan dan garam. Rendam sagu dalam air panas kasi kembang.

(null)
5. Bila gula melaka dah hancur sikit, masukkan sagu, gula pasir, jagung & butir nangka. Biar renih sampai semua gula larut dan sagu tu cantik.
6. Siap! Sedap dimakan bila dah sejuk. Panas2 tak feel.

Hihi simple je kan. Basically macam masak bubur jagung je cuma ada extra effort kat butir nangka tu. Tapi memang berbaloi tau gentel2 tu sebab feeling bila kunyah butir nangka tu memang tak dapat di explenkan. Ahaks.

(null)
Inilah hasilnya! I can eat this all day long #okayoverclaimdisitu

(null)
Wayang je ni sebab ‘Aaqil makan jagung je haha

Selamat mencoba!!

2 thoughts on “Resepi Bubur Butir Nangka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*