Daily Archives: May 5, 2015

Tentang Mata ‘Aaqil

Tak ramai yang perasan saya kongsikan mengenai mata ‘Aaqil. Pernah sekali dalam blog, sekali dlm instagram/fb. Jadi bila saya kongsi yang ‘Aaqil jalani prosedur utk mata dia, agak ramai yang terkejut. Ada rakan yg siap mohon maaf sebab ignorance. Hehe. Jujurnya, being a protective mom, I don’t want to even mention on his eyes condition. What more to post the pic of his squint eyes! Kalau saya post gambar ‘Aaqil saya akan pastikan mata dia kelihatan ok. Yes, overprotective mom alert ;p

Tapi disebabkan agak sukar nak jumpa blog yg menceritakan tentang Intermittent Moderate Exotropia ni maka saya kira mungkin saya boleh start the ball rolling. Meh la saya nak cerita serba sedikit berkenaan kondisi mata ‘Aaqil ya.

FullSizeRender15

APA? Intermittent Moderate Exotropia. Kalau bahasa biasanya adalah juling air yang kadang2 ada. Paling ketara ketika dia ngantuk atau sedang focus fikir sesuatu. Nnt mata dia akan nampak lari sikit. Ala-ala lazy eye sikit.

IMG_7529

Buat eye-patching selama 2 bulan, sehari sejam. Alhamdulillah Aaqil strong boy. Ummi yg seriau time nak cabut plaster huu

BILA? Sejak umur ‘Aaqil 2 tahun. Mula-mula tu ingat biasa je. Sebab adik beradik n kazen saya pun ada je yang juling air ni. Ala retis macam Rita Rudaini dan Paris Hilton tu antara contoh la. Kan tak
obvious sgt kan. Cuma bila Dr Suhaib (my brother) tgk, maka beliau pun concern dan sarankan kami jumpa pakar sebab takut nanti mata ‘Aaqil ‘penat’ dan nnt ada power(mata) lepastu kena pakai spek huhu

 

BAGAIMANA? Setelah beberapa pertemuan dengan Dr Azura(PCMC) dan Ms Shereen(Sunway Med Ctr) dan juga latihan eye-patching sepanjang 2014/2015, maka mengikut results2 Dr Azura nasihatkan kami untuk ‘Aaqil jalani prosedur Bilateral Lateral Rectus Recession(BLRR). BLRR ni secara mudah nak fahamnya adalah otot mata yang lemah akan di’ekjas’ mengikut ukuran kejulingan untuk alignment. Jadi doctor akan potong sikit bahagian tepi mata (yg putih) kemudian otot dibetulkan dan kemudian doctor akan jahit semula untuk tutup.

KENAPA? Mesti ada yang tertanya2 kenapa sampai kena operate. Bukannya sakit pun mata tu. Kesian budak kecik2 dah kena masuk OT, bius, drip etc. Ya betul, memang mata dia tak sakit. Tapi hujah doctor tu yang kami ambil kira. Dan kebetulan husband saya memang plan nak balik cuti KL seminggu. So kami pun slot in untuk surgery. Setelah diambilkira faktor2 bawah ini, maka kami pun proceeeeed…

1. Genap setahun sudah kami ‘buy time’ untuk beri tempoh mata tu ok sendiri. Mac 2014 – Mac 2015.
2. Mata ‘Aaqil tak menunjukkan progress walaupun dah buy time dan sudah buat latihan eye-patching. Quote dari Dr Azura, “we are losing it” ;(
3. Mata ‘Aaqil masih respon kepada 3D image. Maknanya dia nampak 3D. Doctor nasihatkan agar prosedur BLRR tu dibuat sementara ada 3D. Takut lagi lambat, 3D pun dia tak leh nampak nanti
4. Kalau pesakit dewasa, boleh lagi ‘buy time’ sebab mereka pandai buat exercise mata sendiri. Dulu doctor pernah ajar saya buat exercise mata tu, tapi ‘Aaqil taknak buat sama ;p
5. Untuk jangka masa panjang, supaya tiada rasa rendah diri dengan rakan sebaya (diejek/dipulau dsbg)

Ok BLRR ni ambil masa kurang sejam je. ‘Aaqil kena full GA. Yang sayu dan kelakarnya adalah ‘Aaqil tak tau pun apa yang bakal terjadi daripada admission sampailah dia dah pakai baju OT dan dibawa ke OT. Dia cuma tanya “kita nak gi mana ni ummi” dan dia taknak baring atas katil yang ditolak tu. Walid la yang teman dia kat OT dan pujuk2 sampai la bius dah jalan. Huhu meraung jugakla masa nak bagi gas tu sebab dia takmo baring.

Maka tibalah tempoh yang paling mencabar antara semua, THE POST-SURGERY ordeals! Boleh saya katakan 48jam yang pertama adalah yang paling mencabar. Bermula daripada ‘Aaqil sedar dari bius, hinggalah menahan dari dia tonyoh mata, hinggalah momen nak titiskan ubat dia. If you can go through this 48hrs(oh well you have to), the rest of the weeks will be easier.

What to expect?
UBAT :
1. PCM (oral – elak demam) , Day 1 sahaja
2. Maxitrol eyedrop (setiap 4jam) Day 1-30. Yang ni utk elak scarring/parut
3. Maxitrol ointment (sekali sehari, sebelum tidur) Day 1-30. Yang ni utk elak radang/infection (mata merah)IMG_7211

FullSizeRender16

ni beberapa jam selepas keluar OT. still monyok…

Day 1
Sedar dari OT, ‘Aaqil agak meracau sedikit sebab dia rimas wayar kat kaki (utk BP) dan tangan (utk drip). Lepas habis meracau nak dekat sejam, sebab penat pun ya jugak, kami tidurkan dia balik untuk dia rehat. Lama jugak, lepas 4-5 jam baru dia bangun. The eyes will be reddish, especially the stitches area. First time nak buka mata memang susah. Dia asik nak gosok mata dia jadi kami kena pegang tangan dia dan elak dari dia tonyoh mata dia kat badan kami. Slow talk dan pujuk sikit. Baru dia nak buka mata. Tu pun kecik je.
As advised by Dr Azura, this is the time for us to allow ‘Aaqil to watch TV or play iPad so that he’ll keep his eyes open and also to distract him from pain/discomfort. ‘Aaqil cakap ada tulang dalam mata dia – ye lah imagine la kalau bulu mata kita masuk mata apa rasanya huhu. Inikan pula benang jahitan. Mata akan berair dan bertaik mata. Kena sentiasa lap2 mata dia agar selesa. Makan alhamdulillah tak perlu pantang. Tidur je la tak nyenyak sebab dia ‘ek’ sikit je mesti nak tgk dia gosok mata ke tak. Tepuk-tepuk supaya dia tidur balik.

Day 2
Lebih kurang sama macam Day 1. Cuma ‘Aaqil dah berani turun daripada katil dan berjalan keluar bilik, pergi playground dgn along angah dia, boleh nak lap badan dia dan tukar baju. Masa Day 1 dia tak berganjak dari katil huhu. Usik badan nak lap2 pun tak bagi. Macam trauma sikit. So alhamdulillah dah setel down sikit, cuma masih ada air mata dan taik mata sekali sekala. Kena lap selalu.

Day 3 – Day 5
Mata dah semakin kurang merah, alhamdulillah. Tandanya antibiotic (ointment) dah nampak kesan. Aktiviti pun dah macam-macam. Dah bawak makan luar, pi main lego, pi shopping malls, makan pun dah kembali selera. Cuma ada naik ketumbit sikit kat mata kiri. Tapi by Day 7 tu dah susut.

FullSizeRender17

Day 8 – takde rupa budak baru lepas seminggu surgery kan hihi. syukurrr

Day 7 – Day 30
Basically by Day 7, his eyes both pinkish, he can do his daily routine. Oh ya, cuma takleh mandi swimming pool for the next 2months.

So minggu pertama Walid jaga. 2nd week atok wan jaga. Cabaran seterusnya adalah nak bagi ‘Aaqil ke skool dan masa yg sama kena ajar ticer dia letakkan ubat sebab ada lagi beberapa minggu untuk apply ubat titik tu setiap 4jam.

Thank you Allah for the strengths. Thank you kat family yang banyak bg support dan semangat. May Allah ease our journey inshaallah…