Daily Archives: May 15, 2015

Alkisah Padang Pasiaq

Balik dari Abu Dhabi, kitorang jalan-jalan Dubai pula. Hmm cakap pasal desert safari ni, sejak pertama kali nak ke Dubai saya memang teringin nak pi padang pasir naik unta. Haha. Tapi masa tu ‘Aaqil masih dikira baby lagi dan atas nasihat rakan-rakan, maka terpaksa lupakan hasrat. Lagipun masa tu summer, jadi dah la panas, takde kerja nak pi berjemur kat padang pasir.

Maka semasa lawatan singkat bulan 12 aritu, kitorang selitkanlah Desert Safari trip ni kat itenerary. ‘Aaqil pun dah cukup besar. Cuaca winter pun nyaman2 gitu. Winter kat Dubai ni kalau belah siang dia sejuk macam kat Genting Cameron camtu. Kalau malam kena pakai cardigan sikit. So time safari ni just nice la.

Agak impromptu jugak. Dah email kat tour agent seminggu sebelum ke Dubai tapi takde reply. Pastu teringat yang kat Dubai Mall ada booth kecik tour agent utk Desert Safari ni jadi kitorang pegi sana je book sehari sebelum. Ada banyak tau pakej… dari separuh hari, pagi sampai malam, atau bermalam kat padang pasir. Harga utk kami 3 beranak tak silap AED500, untuk Morning Desert Safari incl pick up, dune bashing, camel ride.

Dah nama pun morning, kul 8.30am FWD dah terpacak kat hotel nak pick up kami. Berperang la jugak nak siapkan ‘Aaqil pagi2 buta huhu. Otw ke desert tu pegi hotel lagi satu nak pick up lagi satu family. Tourist dari German 4 beranak. Perjalanan dari downtown Dubai ke padang pasir ambil masa lebih kurang 40minit ke satu jam.

FullSizeRender55

Quad-Biking

Sampai kat sana, ada stop over untuk Quad Bike ride bagi yang berminat. Kena bayar extra la kalau nak. Lepas setengah jam, pi Dune Bashing pulak.

FullSizeRender57

Hello Unta!

Ok. Dune Bashing tu menyeronokkan hanya pada 5minit pertama. Lepas tu saya rasa nak muntah pening loya segala macam ada haha! ‘Aaqil pulak konfius. Dia tanya “Ummi kita nak pergi mana ni?” sebab FWD tu dah macam orang gila turun naik bukit pasir sampai dah nak tergolek. Alhamdulillah dia ok. Malah dia lebih ok dari ummi kahkah. Bila dah berhenti dan parking dan dibenerkan keluar tu saya panjatkan kesyukuran tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana LIKE FINALLY I CAN TAKE PHOTO OF THE DESERT padahallll haha.

FullSizeRender56

Rasanya unta ni dah biasa selfie. Lawan tokey sangattt

Kemudian kami teruskan perjalanan ke suatu kawasan yang ada khemah2 kecil. Oh kat sinilah ada bbq dinner dan belly dancing di sebelah malam. Tapi kami kat sini untuk Camel Ride! Ada dalam 2 ekor tak silap. So kitorang pun naik la. Selalu tengok gambar je kan. Ni dapat naik dan jalan2 dgn unta hihi jakun weols. ‘Aaqil redhaa je.

Selesai tu, ada yang nak sambung sand boarding. Bayar lain lah. Lepastu semua dihantar pulang ke hotel masing-masing.

Oh ya. Kalau ada chance, pergilah padang pasir ni masa sunset. Mesti lagi cantik. Kitorang jadual nak cukup syarat je bawak ‘Aaqil (dan ummi) jumpa unta maka ambillah pakej paling short and sweet gituw. Hihi.

DCIM102GOPRO

Ooo tak habis lagi cerita Dubai. Tercicir cerita Dubai Miracle Garden dan Global Village. Yang tu kita letak gambar je lah ye. Latersss