Daily Archives: May 26, 2015

Kenduri Kahwin Contoh

Hihi gitu tajuk.

Alhamdulillah hujung minggu yg lepas, my BIL, Khairul Asraf selamat bergelar suami. Majlis berlangsung di Kulim, Kedah hometown biras baru saya, Wanee:) Nikah Sabtu dan kenduri keesokan harinya.

Satu yang sangat menarik perhatian saya adalah kedua-dua majlis diadakan dengan sangat sederhana. Selepas majlis nikah di masjid, ada jamuan di rumah pengantin perempuan untuk keluarga kami. Very small scale. Kawan-kawan pengantin pun takde. Lauk pun homemade.

FullSizeRender60

Selepas nikah. Incik suami dan baby Awliya tiada dalam gambar…

Esoknya pulak kenduri berlangsung di Dewan Bandaran Kulim. Ketibaan kami diraikan dengan kompang kemudian selawat oleh sekumpulan pelajar tahfiz(kalau tak silap la sebab berjubah putih dan berserban/kopiah). Sepanjang majlis ada nasyid dari kumpulan yang sama. Tiada majlis tepung tawar dan merenjis kerana tiada pelamin. Atas pentas tu tempat makan beradab dan satu lg sudut ada kek pengantin.

Lepas makan, pengantin potong kek sendiri2. Oh ya dj atau pengacara majlis juga tiada. Jadi aturcara just go with the flow. Simple sangat. Best pulak tgk.

Mesti wonder kan kat mana amik gambar dengan pengantin sebab takde pelamin. Hehe. Ambil gambar bawah pentas je. Kadang bila nak pengantin duduk, tarik kerusi dari meja makan tu dan amik gambar. Haha comel je.

Overall majlis ni sangat simple. Takde protokol. Tapi kami dari pihak pengantin lelaki tetap rasa diraikan. Zaman sekarang ni susah nak jumpa yang simple gini hehe.

FullSizeRender62

‘Aaqil dan Ummi makan kenduri paklang Asraf

FullSizeRender63

Kami berdua dengan Raja Sehari

FullSizeRender64

Family Iboi + Family BokBak

FullSizeRender61

Rombongan berarak nak masuk dewan, ‘Aaqil tetiba nak jalan ke arah vespa. So janji dgn dia lepas kenduri kita pergi kat vespa. Hihi

It might not be applicable to all, but modesty is still the best kan? May Allah bless their marriage till jannah. Amiin

p/s : balik Taiping/Baling kali ni berdua dengan ‘Aaqil tumpang adik ipar dari Shah Alam. Alhamdulillah ‘Aaqil behave je walaupun ada tantrum selang 6jam haha boleh gitu