Crabby Crab Crab Crab

Penangan tengok ig haniszalikha duk jilat jari makan kat Crab Factory : Original Louisiana Boil, terus ku tag encik suami. Maka tertunailah hasrat di hati nak makan kat situ masa suami balik cuti aritu he he.
FullSizeRender22

Saya imagine kedai dia besar macam Chilis ke KFC ke. Tapi hakikatnya kedai dia kecik je, kat rumah kedai biasa, boleh isi max 30pax je kot. Small scale. So kalau tak buat reservation, kena lah q kat luar kedai yg sebelahnya ada 7E dan juga Guardian hihu. Kebetulan kami tunggu tak sampai 15mins, alhamdulillah.

Rambang mata ok tengok menu dia. Lobsters, crabs, scallops, prawns, Japanese snails, yabbies, mussles, octopus and so much more. And most of these are fresh and ALIVE inside the aquarium hehe. Tapi jangan rambang mata sangat ye sebab harga dia akan terus jadikan anda pandai buat keputusan haha tak rasa nak order semua T_T. So kami pilih ;

1. Yabbies – rupa dan rasa dia macam udang kacuk ngan lobster hehe
2. Crab – tak pasti nama dia sebab not in the menu. Kebetulan malam tu ada offer ketam yg diterbangkan fresh dari Paris. So we had a good deal on that hihi

FullSizeRender23

‘Aaqil tengah buat silap mata dgn harapan dpt makan free

Lepas pilih main menu, boleh pilih sos! Inilah yang I tunggu2 sebab review cik haniszalikha ituh. So terus putuskan nak sos Southern Bang (pedasssss) utk ketam dan Garlic utk yabbies’. Mind you, they serve in plastic bag tau, like literally, jadi kalau ada anak kecik kenalah amik 2 plastic bags. Satu pedas satu tak pedas. Macamtew. Side dishes eg corn, potatoes, mushrooms, sausages. Yerp, no salads. No pasta for dinner menu.

The verdict?
1. For seafood lovers, go for it!
2. The Southern Bang sauce is TO DIE FOR. Menjilat jari. Pedas menepati perut nogoghi ku. Nora bagi 5bintanggg
3. Bit overpriced la. Makan hotel pun murah lagi lol. Ada satu set ni, nama dia Big Bang Theory ke hape, harga almost RM1k utk 8-12pax. Haha go figure. Kalau nak ikutkan, rasa macam ketam or udang kita beli kat pasar je. Maybe (just MAYBE) sebab semua tu diterbangkan dari Louisiana. Nak kena cek birth cert binatang2 itu hmpph.
4. No kids menu. Kalau ada anak kecik susah sikit nak cari menu yg sesuai. Kitorg ingat ada pasta. Rupanya pasta ada time lunch je. So ‘Aaqil makan sausage n jagung. Nasib baik dia berselera. Siap cicah2 kat dlm plastic hehe.
5. Very messy. Guna tangan kiri kanan. So kalau nak bwk baby kena makan bergilir. Errr kalau ada baby makan mana2 pun kena bergilir kot eh hehe

FullSizeRender24

Macam sedih pulak tengok gambar ni sebab makan takde pinggan, kutip dari plastik. Btw ni Day 8 post surgery ‘Aaqil.

Overall rating saya bagi 6/10.

Akhir kata, jangan lupa sediakan ubat gatal untuk mereka yang eczema dan lecithin utk mereka yang berkolestrol tinggi.
FullSizeRender25

P/s : Jangan risau alas meja tu memang alas plastik pakai buang. Hehe

One thought on “Crabby Crab Crab Crab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.