Monthly Archives: July 2015

Alkisah ‘Aaqil dan Potty-Train

So ‘Aaqil reached another big milestone; DIAPER-LESS. Yay! Alhamdulillah.

Jujurnya tersangatlah malas nak potty train ‘Aaqil sebab tak ready nak melayan bocor atau kencing malam atau kencing merata. Oh well excuses lol. Sampai sekarang umur dia dah 3thn stgh dah pun. So I said to myself…nantilah akhir tahun cuti panjang sikit atau masa Walid dia dah balik for good baru kita potty train ‘Aaqil.

Then one day I came back from office, I would say rahmat of the 1st day of 10 Malam Terakhir Ramadhan, ‘Aaqil was not wearing diaper and he said he didn’t want to wear diaper anymore, ever. Part of me was happy but boy was.i.nervous. coz I was not ready just yet haha! Ummi ummi… anak yang volunteer sabar jelah. But later that night I still put him on diaper just for terawikh sebab susah kan kat masjid. Sampai2 je masjid, ‘Aaqil dah terkepit2 nak gi toilet. So cakap kat dia kencing je lah kan ada pampers. Haha. Dia kata nak kat toilet jugak. So pusinglah satu masjid negeri tu carik toilet. So terlepas Isya’ dan terawikh 2 rakaat haha.

Malam tu pulak banyak kali dia ingatkan supaya belikan dia ‘seluar kecik’. Takut Ummi lupa hehe. Esoknya barulah tau kisah sebenar di sebalik kenapa takmo pakai pampers dah haha…. IMG_8693

Lepas 3 hari bangun pagi pampers kering dan ke toilet nak mandi kencing dengan banyaknya, maka saya decide utk off kan pampers di waktu malam juga. Yup within less than a week, ‘Aaqil is fully diapers-free! Alhamdulillah.

Tips potty train saya pun tak reti nak kongsi sebab ‘Aaqil ni dah dikira lewat banding dgn kanak-kanak lain yang umur 2 tahun dah start potty train kan. Cuma faedah kalau potty train di usia ‘lewat’ ni adalah anak cepat faham dan tangkap maka cepatlah settle inshaallah. Lagi tips;

1. Belikan seluar kecik(or spender as we call it ;p) ikut design yg anak kita nak. Mcm boys ada spiderman, batman, cars, Thomas. Girls pulak ada hello kitty, princess, frozen etc. Supaya semangat sikit hehe. Masa ‘Aaqil awal-awal tu saya belikan design Thomas&Friends. Lepas tu atok wan dia belikan yg movie Cars tu. Eksaited dia nak pilih pakai yg mana hehe.

2. Beberapa hari pertama tu kena ingatkan untuk pergi toilet selang sejam. Terutama sebelum keluar rumah, sebelum berjalan jauh dan sebelum tidur. Lama-lama dia sendiri akan mintak nak pergi toilet. Macam ‘Aaqil adalah insiden ‘terbocor’(this is normal) 3x. Sekali tu kencing malam – ni kes malam2 kat kampong sejuk dan dia minum susu banyak sblm tidur. Lagi 2x tu dia cakap Ummi dah basahhh… pasrah la mengelapp..

3. Jangan tanya ‘nak kencing ke?’. Tapi bawak je lah pergi toliet terus sebab kadang mereka ni tahan taknak kencing sebab lapar #truestory ataupun sebab nak main.

4. Standby pampers dalam kereta atau dalam handbag sehelai JUST IN CASE tak ketemu toilet atau trefik jem melampau.

5. Bagi reward jika dah berjaya milestone tertentu. Yang ni pernah plan nak buat (biasalah PLAN nak potty train tu ada lama dah ;p) tapi sebab ‘Aaqil alhamdulillah awal settle jadi ummi tak sempat pun bagi reward. Huhu nanti kena jugak bagi ni

6. Kerjasama dari pasangan tu penting. Terutama bila nak bergilir teman anak ke toilet. Terutama public toilet T_T. ‘Aaqil ni kadang kat mall pun nak yakyak. Adoyai. Rumah orang toksah cakap la. Setiap rumah (raya rumah orang) dia nak visit toilet hehe. Kadang tu sikit je kencing dia tapi mungkin perasaan nak kencing tu rasa nak gi toilet je. Takpelah looking at the bright side, asalkan tak terkencing dlm seluar ;p

Bagi saya, potty train ni kita buat bila ibubapa dan anak dah bersedia. Paling penting, anak dah bersedia. Tanda-tanda dah bersedia adalah; dah boleh cakap maka boleh bagitau nak kencing/yakyak, bila bgn tidur pampers dia kering dan boleh faham/terima arahan. Ada juga yang buat ikut fasa. Siang tak pakai diaper tapi malam pakai. Pun boleh juga. Sebab bocor kat tilam memang lagi parah huhu.

Tak tau kebetulan atau apa. Ramadhan 2014 ‘Aaqil putus susu. Ramadhan 2015 ‘Aaqil putus pampers. Hehe

Berkat Ramadhan…

Alhamdulillah <3