Daily Archives: April 13, 2016

Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 2

Bagi saya dan suami ini merupakan umrah pertama dan dipanggil umrah wajib. Maksudnya umrah ni takboleh dibuat dihadiahkan/diniatkan utk orang lain. Dah setel yang ini baru boleh umrah utk orang. Kalau ikut kursus yg saya pergi tu,1. Hadiahkan untuk mereka yang telah meninggal dunia ataupun mereka yg sakit tenat yakni memang tak dapat la buat sendiri. Paling afdhal hadiah untuk parents.

2. Untuk satu umrah tu boleh hadiah untuk sekali ramai. Lepas tahallul tu, lafazkan dengan ini saya hadiahkan umrah ini untuk xxxxxx kerana Allah taala.

Ok so anywayyyy. Dah siap breakfast semua kami pun turun ke lobi dengan group kami. Mutawif kami namanya Ustaz Abd Rahman, asal Indonesia dah berpuluh tahun tinggal di sana. Dari hotel ke Masjidil Haram boleh berjalan kaki sahaja tak sampai 50meter. So niat kan dah setel masa kat miqat kan. Berjalan lah kami ke Kaabah untuk mulakan rukun ke-2, TAWAF tujuh pusingan keliling Kaabah.

Pertama kali nampak Kaabah, rasa naik bulu roma. Sampai masa menaip ni pun rasa bergenang airmata. Perasaan yang tak sama macam nampak Eiffel, Big Ben, Disneyland. Rasa yang lebih hebat dari itu. Kami baca doa yang ada dlm buku panduan Umrah – – – doa melihat Kaabah. Kami dibawa mutawif untuk melakukan tawaf. Bermula dari penjuru Hajarul Aswad, keliling 7 pusingan. jemaah sangat ramai jadi kami kena pegang each other. Walid pulak dukung ‘Aaqil. Plan asal nak pimpin ‘Aaqil kat tengah tapi subhanallah ramainya manusia, suami kena dukung juga ‘Aaqil. Kena pastikan bahu kiri menghadap Kaabah. Kalau terpaling, kena repeat pusingan tersebut. Sebabtu susah sikit kalau pimpin tangan anak sebab katalah terlepas, kita takleh toleh ke belakang dsbg. Bacaan pula terpulang masing2. Tapi untuk pertama kali ni kami ikut mutawif. Mutawif ikut doa dalam buku panduan umrah. Sepanjang tawaf kena dalam keadaan berwudhu’. So kalau terlepas angin tu kena la keluar, berwudhu’ dan repeat pusingan tersebut. Purata nak complete tawaf dalam pace yang normal adalah satu jam. Kami mula tawaf kalau tak silap jam. Oh ya, di penjuru ke 3, dinamakan penjuru Yamani yakni penjuru sebelum Hajarul Aswad, menurut riwayat ada beribu-ribu malaikat yang mengaminkan doa. Maka bila lalu kat sini, doalah apa2 yang dihajatkan paling utama mohon diampunkan dosa diajuhkan dari Neraka dan diberi kebahagiaan hidup dunia akhirat. Bila sampai ke pusingan baru, lambaikan tangan ke Hajarul Aswad dan beristilam (kucup tangan dan lafaz bismillahiallahuakbarwalillahilhamd).

Alhamdulillah habiiiis je 7 pusingan kami minum air zamzam sambil memandang Kaabah. Kemudian tunaikan solat sunat tawaf. ‘Aaqil alhamdulillah suka sangat dengan ‘aktiviti’ ni. Enjoy sesangat esp bab istilam dan minum air zamzam hehehe.

Next rukun — SAI’E! Dari kawasan Kaabah nak ke bukit Safa dalam beberapa minit sahaja berjalan kaki. Tak terasa pun sebab lalu kawasan masjid je. Haaa ni pun ‘Aaqil berdukung. Mula2 tu nak la berjalan. Paling fav dia masa kena lari anak kat lampu hijau hehe. Last2 suami kena juga dukung dia. Cian jetlag pun tak habis lagi ye nak 😉 Permulaan Sai’e adalah berdiri atas bukit mengadap Kaabah dan baca doa. Kemudian mulalah berjalan dari Safa ke Marwah. 7x jadi mula di Safa, berakhir di Marwah. Sai’e ni tak perlu berwudhu’ pun. Dan tiada syarat spesifik so just jalan seperti biasa ke arah hadapan. Jangan mengundur pulak hiks.
Selesai Sai’e, baca doa lagi dan di bukit Marwah tu, lakukan Tahallul, rukun yang terakhir. Tahallul tu apa? Gunting rambut 3 helai sambil pegang rambut tu, baca doa dan gunting. Biasanya mutawif buatkan yang Jemaah lelaki dan kemudian yg family/spouse lelaki guntingkan rambut yang perempuan. Maka selesailah UMRAH WAJIB kami yang pertama!! Moga Allah terima ibadah dan doa kami. So basically nak completekan satu umrah dalam 2 jam sahaja minus niat di miqat. Sebab kami mula tawaf dalam jam 11pg. Selesai Tahallul jam 1pm camtu. Kejap je. Yang terasa lama tu sebab dari niat kat miqat sampai nak ke tawaf tu makan masa hamper 12jam atas urusan imigresen, perjalanan ke hotel, makan2 dsbg. Umrah yang seterusnya kami bermiqat di tempat yang lebih dekat dgn Masjidilharam jadi kalau keluar jam 9pg, mungkin 3-4 jam lepastu dah boleh settle Umrah 🙂

Apapun, tersangat rasa bersyukur atas rezeki yg Allah berikan sepanjang kami beribadah di sana. Rezeki kesihatan kerana alhamdulillah paling teruk pun batuk je takde yg demam dsbg , rezeki kelapangan masa kerana kami pergi tu kerja di ofis slow down sebab baru habis appraisal hihi, Allah beri rezeki lebih sikit untuk stay di hotel yang dekat dgn Masjidilharam. Jadi segalanya mudah ie nak ke toilet yg selesa, nak ulang alik solat Jemaah tiap waktu, nak balik makan, mall pun kat bawah je kalau nak beli apa2, dan paling utama rezeki dapat bawa my parents sekali at least sekali seumur hidup mereka dan ketika mereka masih sihat dan kuat. All praise is due to Allah. ALHAMDULILLAH.
Meh kongsi beberapa gambar kami ketika di sana 🙂
  
Dataran Masjidilharam

 
 
Solat berjemaah pertama kali di MasjidilHaram bersama mak tercinta <3

 
Atok, wan & ‘Aaqil berlatarbelakangkan ZamZam tower

  
  
View from our room. ‘Aaqil suka makan n lukis2 sambil tgk orang tawaf hehe

  
   
Esoknya pagi2 kami ada ziarah luar Mekah ie Jabal Rahmah, Jabal Thur, Jabal Nur, Mina, Arafah dan sekaligus bermiqat di Masjid Ja’ronah (jarak 20mins naik bas) untuk umrah yang ke-2. Umrah yang ketiga pula miqat di Masjid Hudaibiyah (jarak 30mins naik bas).

Ok2… nanti saya sambung lagi ya hehe