Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 1

Tahukah anda perasaan rindu kepada Haramain tu sukar digambarkan. Alangkan belum sampai pun boleh rasa rindu, inikan pula bila dah jejak kaki ke sana. Saya ambil masa berbulan untuk hilangkan rasa rindu yg kuat tu. Perasaan tu macam jadi sebak bila teringat, tiap kali solat nak bayangkan kaabah depan mata, that kind of feeling. Yang buat bertambah sebak sebab mungkin saya ke sana dgn mak abah, orang yg paling saya sayang dan betapa bahagia bila mereka dapat ikut ke sana sekali 🙂  
Plan asal nak pergi bulan Nov. Tapi memandangkan suami tak dapat bercuti, so postpone la sebulan. Alhamdulillah tarikh utk Disember tu still ada cuma masuk Mekah dahulu. Tak ramai kenalan dan family saya yang berpakaian ihram dari Malaysia jadi saspen juga. TIPS, jika kita rasa mudah maka akan mudahlah ia. Allah menurut sangkaan hambaNya kan. Jadi think positive je jangan fikir susah etc.  

Siapa sangka kami para Jemaah diuji seawal kami di KLIA! Flite sepatutnya jam 10pagi. Lepastu masa taklimat kat KLIA, diberitakan yang flite tunda ke 12tghari. Ok la takpe lagi. Lagi sejam nak fly tu, kami pun pergi ke boarding gate. Masuk dalam kapalterbang. Tapi tak fly2. Kami diminta turun dari flite dan rupanya kapalterbang tu ada masalah teknikal. Fuh menguji kesabaran jugak. Cuma mujur masih di Malaysia. Sebab kami ada dengar ujian kat imigresen Jeddah lagi seksa. Ni macam intro la kira huhu. 

Tak lama kemudian pegawai TH kata flight bakal berlepas jam 8 malam. Ya, 8 MALAM. Masa tu baru pukul 2ptg mcmtu. MAS sebagai ganti akan beri kupon lunch, hotel untuk mandi2 rehat2 dan dinner. So para Jemaah ni pun berpusu la ke restoran utk pakai kupon lunch tu. Tak silap kat Burger King dgn satu kedai noodle ni je boleh redeem lunch. Punyalah ramai beratur. Sebab kiranya satu flight tu kan.

Lepas lunch, naik bas ke hotel (area Sepang), amik kunci bilik, mandi2 dan dinner. Kesian tgk muka masing2 macam letih berpusing2 dlm negara sendiri. Hihi. Yang lawak tu kami hantar la gambar dah sampai bilik hotel kat whatsapp group family. Mereka ingat kami dah sampai Mekah dah. Ha ha. ‘Aaqil pun bila sampai hotel tu dia kata ummi kita dah sampai Dubai ke. Pulokkk T_T

  
Alhamdulillah akhirnya kami berlepas juga jam 8malam ke Jeddah. Penantian yang sangat menguji. Permulaan ibadah umrah kami yang sangat menarik dan sukar dilupakan.

Sepanjang atas flight saya tgk tak ramai Jemaah yang bukak inflight entertainment hihi. Mungkin sebab penat sgt menunggu dari Subuh, nak isya’ baru boleh naik plane masing2 dah terlelap. Ada yang ulangkaji rukun umrah dan doa2. Termasuklah saya. ‘Aaqil Alhamdulillah happy je. Dia sorang je yang tgk movie gamaknya. Dalam gelap lak tu haha. Makan pun elok. Lepas tu tidur. 2 jam sebelum mendarat, ketua agama TH (ustaz) buat taklimat sikit. Ingatkan Jemaah terutama muslimin (sebab tak boleh pakai pakaian berjahit/tutup kepala etc) untuk berpakaian ihram dan baca bersama niat ihram. Jika anda masuk Mekah dahulu, miqat adalah di Qarnul Manazil yakni 1-2jam sebelum mendarat di Jeddah. TIPS, kalau Jemaah lelaki tu takpe je nak pakai ihram belah bawah sahaja kemudian jubah diluar. Sebelum niat ihram, kena cabut la apa yg patut kemudian pakai ihram belah atas.
Tak dapat dinafikan lepas niat ihram tu debaran dia lain macam. Bermulalah pantang larang ihram hingga lah lengkap rukun umrah. Niat – Tawaf – Sai’e – Tahallul – Tertib. Kalau perempuan debar dia lebih kepada rambut yg gugur/tercabut. Saya ni pulak ada habit pelik suka cabut rambut dan Tarik rambut gugur. So memang kena bertahan la rambut gatal ke apa. TIPS adalah jangan cari rambut gugur kat baju ke inner ke serkup ke. Atau garu/sikat rambut beriya.

Touch down dalam kul 12tghmalam waktu Jeddah. Macam zombie masing2. Beza tau touchdown pergi cuti2 dgn touchdown Umrah. Rasa rendah diri sangat dpt jejak kaki ke Jeddah. Baru airport ni wei. Lagi bertambah sayu ni sebab masing2 berpakaian putih bersih nak menjadi tetamu Allah.
  
Dekat 5 jam jugak tunggu nak clear imigresen. Jeddah airport ni takde sistem yang teratur. Line q pun takde. Jadi ikut dan je lah. Masa flight kitorang sampai tu ada lagi 2-3 flight lagi serentak. ‘Aaqil alhamdulillah tak meragam sebab dah puas tidur agaknya.
Ambil beg semua dan naik bas untuk ke Tanah Haram, Makkatul Mukarramah. Perjalanan mengambil masa sejam lebih kurang. Sempat singgah Subuh di masjid tepi jalan. Oh bila mutawwif tu announce je “Kita dah masuk Tanah Haram…” perasaan sebak tu sukar digambarkan.
 Rasa macam mimpi jadi kenyataan dapat jejak tempat di mana Rasulullah pernah suatu ketika dahulu terima wahyu dan berdakwah, tempat dimana Islam bermula, perit jerih perjuangan Rasul dan sahabat membangunkan Islam. Masa sampai tu fajar baru menyinsing. Kami terus ke Hotel Movenpick, check in bilik, makan breakfast dan kemudian turun ke lobi untuk Umrah yang pertama :):)

Bersambung…

2 thoughts on “Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 1

  1. kausar

    TQ SweetTooth rajin jenguk blog ni hehe. moga perkongsian ini ada manfaatnya 🙂 memang rindu tak pernah padam pada haramain ;(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.