Monthly Archives: May 2016

Sakura Hanami

Alhamdulillah we experienced the magnificent view of sakura during our visit to Japan last March!

Saya pakai hashtag #krashkozzjapan kat ig sebab imagine kitorang pergi Osaka-Kyoto-Tokyo dalam masa 6 hari! Selain dari nak merasa naik shinkansen, tujuan utama ke sini mestilah nak sakura viewing(hanami) hihi.

Gambar iPhone tak secantik Samsung tapi jadilah kan daripada takde ;p

1. Shirakawa-Minami Dori   Ni tgh kelaparan mencari ramen halal dalam hujan renyai2.  Hihi. Dekat dgn restoran tu, Gion Naritaya, ramen sedap, yakiniku sedap, wagyu beef sedap, chicken karage sedap. Haih. 

Ni masa dah kenyang perut senang hati. Tepi tu ada sungai omg cantik gila pls?

2. Kyoto Imperial Park   Elok sampai je sini, hujan turun dengan lebatnya. Setengah jam jugak berteduh kat salah satu shrine.
  Masa ni Kyoto baru nak bloom sakura nya. So dalam sebesar2 park tu tak banyak sakura tree yg fullbloom. So ramai kerumun pokok sakura ni. Comel je

3. Sagano Romantic Train
  

4. Shinjuku Gyoen Park
Park ni dalam 5-10minit jalan kaki dari JR Shinjuku station. Kalau nak solat, boleh singgah kat Takashimaya Square Mall, dlm 5minit je jalan dari park. Ada musolla kecik kat situ.
    Sambil suami hantar ‘Aaqil yakyak, saya selfie jap. Kitorang sempat berpiknik makan roti Gardenia cicah kuah Brahims kat sini. Berlapikkan disposable raincoat #sebabtujeyangada #seriustaktipu

5. Ueno Park
 Ini adalah tempat yg paling best kalau nak sakura hanami/viewing. Melaut-laut sakuranya. Sama macam pengunjungnya. Masa kitorang pergi tu agak sesak dengan manusia. Tapi berbaloi sesangat sebab foc je takyah bayar. Dalam park ni jugak ada Ueno Zoo tapi kitorang tak pergi la. Lokasi pun senang sebab dekat je dgn stesen Ueno (JR Yamanote line). 

Istimewanya Sakura ni dia bloom kejaaaap je. Lepastu ada jadual dia. Kalau seantero Jepun tu, ada date bloom utk setiap prefecture(bandar). Tempoh antara Mac-Apr.  

 So kalau uols nak tgk Sakura, pastikan cek dulu kalendar Sakura sebelum beli tiket atau sebelum siapkan itenerari. 

Goodluck! ?