JR Pass dan Shinkansen

Salah satu tarikan Jepun sudah semestinya bullet train atau dipanggil shinkansen. Kalau ke Jepun tapi tak naik shinkansen ni macam kira kena datang balik lah kira nya. Tak cukup syarat ye. Hihi.  

Ada 2 jenis shinkansen ni. Hikari dan Nozomi. Nozomi ni yang paling laju. Kalau Osaka-Tokyo tu makan masa 3 jam. Hikari mungkin ambil masa 3.5 jam.

 
Cuma, Nozomi ni kena beli single ticket. Tak boleh pakai JR Pass. Satu trip Osaka-Tokyo tu dalam RM500 bila diconvert. Haaaa. Kalau pergi balik mau RM1k. Per adult tau!

  So apa tu JR Pass? Pass yg layak dibeli oleh tourist sahaja. Org local takleh pakai. Maka kena beli siap2 kat negara masing2. Macam saya, beli kat Isetan KLCC. Ada kaunter JTB kat level 2 tak silap. Beli tiket, dia akan bagi macam kat atas ni. Bila dah sampai Jepun, kena pergi kaunter JR untuk tukar kepada JR Pass yg sebenar.

   
Haa ni lah dia JR Pass nya. Kalau untuk yang 7-day pass, harga 29100yen/adult. Untuk kanak2 6 tahun ke bawah FOC dgn syarat, takleh amik seat. Kalau train tak full bolehla amik seat. Pandai2la. 

Oh boleh juga reserve seat. Topup dlm 8000yen tak silap per trip. Gerabak reserved seat juga lain daripada yg free seating. 

Selain boleh pakai utk naik shinkansen (Hikari), JR Pass ni jugak boleh pakai utk naik apa2 tren atau bas di bwh nama JR line. So kalau return trip ke epot pun boleh jugak. All in. Kena tau la mana line boleh pakai JR Pass mana yg tak boleh. 

Cuma tunjuk je pass ni (bahagian tarikh tu. Mcm kitorg punya tu expired 2/4/2016) selagi dalam date tu bolehla pakai. Activate kad bila korang betul2 nak pakai. Sebab once tukar jd JR Pass, boleh pakai 7hari seterusnya sahaja. Kena plan itinerary elok2 supaya sempat kaver area yg pakai JR Pass seoptimum mungkin. 

Tapi misal kata awk nak datang Jepun tapi nak jenjalan kat Tokyo sahaja atau Osaka sahaja atau Sapporo sahaja maka tak berbaloi lah amik JR Pass ni. Sebab yg costly nya adalah shinkansen tu. Yakni tren yg menghubungkan bandar2 dalam Jepun. Ada juga JR West pass, Jr East pass. Bila nak mai Jepun yg memang kita tau mahal ni tskkk maka kena rancang nak pakai pass mana yg paling menjimatkan. Both itenerary dan juga kos.

Oh jadual untuk train2 ni boleh tgk kat hyperdia.com. Tanya je org JTB kat Isetan KLCC tu inshaallah dia boleh tolong jwb segala kemusykilan. Tiket Dianeyland dan Universal Studios Japan pun boleh beli terus kat sini. Confirm admission! Sila jgn beli kat entrance park sebab takut kalau tgh peak diorg tak bg masuk. Beli kat JTB senang.  Kalau subway pulak tak boleh pakai JR Pass. So kena beli tiket setiap trip. Mcm lrt kita la. Tiket macam gambar diatas. Range harga dlm 110-300yen  per adult bergantung kepada distance. Kids half price tak silap. 
Mesin beli tiket kadang2 in Japanese. So kena la pandai2 cuit org local mintak tolong. Jangan risau orang Jepun sangat bersopan dan sangat baikkkk. Pernah sekali tu dekat kul 11pm. Kitorang menggagau nak bali tiket tapi tak fhm mcmane. So nmpk sorang akak Jepun ni tgh bkejar nk ke tren. Kitorg tahan la dia jap sbb takut terlepas last tren. Dia pun tolong dengan tenangnya walaupun i know dia tgh rushing takut terlepas jugak. Siap senyum lagi takde pun mcm eh sebokla korang ni aku nak cepat. Takde. So berjayalah kami beli tiket subway ketika itu hehe.

Pengalaman kat Jepun memang jauh beza dari pergi Europe ke Middle East ke. Gi Jepun ni rasa macam tak puas seminggu. Kena pergi 2 minggu ke. Boleh g Mt Fuji. Boleh jalan lama sikit kat Tokyo. Kalau tanya saya, saya paling suka Kyoto ie juga dipanggil Japan historic town. Sebab rasa macam calm je. Tak hectic sgt. Dan spicy ramen nya sangat sedap huwaaa. Nah gambar  

 

One thought on “JR Pass dan Shinkansen

  1. eliotest

    Hello, I’m Eliot Estes.
    Welcome to my about page. I started writing in high school after a creative writing assignment for my English teacher. I did creative writing for a while before I thought about doing something else.
    I had always loved doing research assignments because I’m passionate about learning. When you combine writing ability with a love of learning, academic writing only makes sense as a job.
    I’m passionate about helping the students of the future in their school career. When they get too busy, I am there to help.

    Eliot – Writing Expert – Hesperialovesbooks Company

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.