Monthly Archives: September 2016

Half Way There

In any pregnancy, this is one of the most long awaited and exciting moment — feeling your baby move 🙂 

Masa ‘Aaqil dulu ingat lagi first time rasa “dubb” kat dalam tu masa raya puasa, kat Baling. Masa tu dlm 20-21wks pregnant. Terkejut sebab ehhhhhh. Lepas tu asik tunggu je next kick hehe.

Kali ni dia rasa mild2 je start dari 17wks. Macam bubble gitu. Tak reti pulak identify significant kick. Mungkin sebab bukan 1st pregnancy so kita cepat notice perubahan dalam rahim. Sekarang pun rasa ala2 gelombang. Dan paling obvious malam2 lepas dinner ❤️ 

Alhamdulillah. Moga anak ummi membesar dengan sihat dan kuat dan sempurna segalanya, selamat hingga fullterm, amiin.

Now dah nak masuk 21wks. Will be going for detailed scan end of this month. Nervous pulak rasa. 

Mual2 dah takde. Tapi alahai on off pulak tonsil bengkak, batuk selsema sakit tekak. Doktor bagi antibiotik tapi takmau makan sebab tak berani bila google(well google kata semua xleh). Dont wanna risk anything so i prefer to go natural heal. Tho i still take small dose of pcm sebab kadang dah tak tahan sangat melepek sian kat ‘Aaqil. Ada sekali tu sampai demam panas so pasrah telan pcm. Antibiotik tu i ganti dengan makan Garlic Complex Shaklee. Alhamdulillah 2hari bengkak tonsil surut. Tu yg paling best utk substitute pcm. Thumbs up! Cuma batuk selsema ni bertahan je pantang la air sejuk jap, minum air panas air suam atau honey lemon je. Asalkan tak demam kita tunggu je la dia heal sendiri. Inshaallah…

Selera makan kali ni tak macam masa 1st dulu. Tak mampu lagi nak makan banyak gila. Selera ada tapi masih portion biasa. Terkejut pabila kenyang sebelum waktunya. Eh eh seperti kaciwa pula hehehhehe. Tingin la nak makan lunch dinner lepastu lapar lagi boleh makan desert tapi nan ado. Takpe asalkan baby sihat je ummi ok. Nanti bfeed kita makan banyak2 k ;p

Lagi nak bebel pasal penyakit malas. Saya pregnancy #2 adalah malas. Tapi malas tu takleh dilayan. Oh kalau boleh dilayan memang bahaya. Mujur suami jauh jadi penyakit malas tu tidak terlalu berleluasa dan semakin parah lol. Pastu suka tido lajak2. Padahal belum 3rd tri lagi. Kemon kemon. Alkisah nak tido puas2 nanti nak kena jaga baby tgh malam. Cant imagine those having babies back to back with toddlers some more. Where you guys (i mean mommies) get your energy huh? 

Yang kelakar tu sejak 1st tri dah panic  attack. Buat jadual pagi sampai malam ie mandikan anak2, basuh botol2, basuh bpump, aaqil nak kena makan, baby nak susu, ummi bfeed ni kelaparan kena masak sedap2, siapkan barang skool/nurseri. Mana nak basuh baju sidai baju. Dulu masa ‘Aaqil baby duk umah mak. Mak siap masak, so tinggal melahap makan je. baju pun tinggal lipat je mak n adik2 dah tlg basuh jemur. Sobs. I was so lucky and blessed!

Baby bump? Masih boleh sorok. Masih boleh pakai baju n blouse n skirt prepregnancy. Seluar kije ada 2 helai je masih boleh pakai. Jeans dah kena pakai button extension. I foresee next month kena shopping (yay!) for maternity pants and nursing blouses. Inshaallah…

Ok lah sekian bebelan pabila kerajinan menaip itu datang. Sebagai tatapan di masa depan. Gitew. Till next post.

Tata