Monthly Archives: March 2017

Aqiqah ‘Arfaan

Settling down at our rented house in Kota Kinabalu alhamdulillah…will blog about it later.

Anyway been wanting to post about aqiqah ceremony we did for ‘Arfaan few weeks back but din get the time to write.

Plan nak buat aqiqah tapi venue tu tricky sikit sebab rumah kami apartment tak dapat nak bg tetamu ramai dtg dan selesa. Parking pun lagi satu hal. Masa ‘Aaqil dulu aqiqah buat masa dia 2bln kat kg suami di Baling, Kedah. So utk ‘Arfaan plan buat kat area sini je. Jadi venue terbaik adalah rumah my parents la hihi. Tarikh yg dipilih pula adalah pada 11 Mac 2017, hari Sabtu 🙂

Dalam 2minggu tu cari katerer, kanopi, katerer kambing aqiqah. Sebab jemputan tak la macam kenduri kahwin, jadi buat hi-tea sahaja. Dan menu pun ringan2. 

Jemputan dalam 150pax. Dari kalangan family, jiran2 mak abah, kawan2 kitorang. Jemput makan2 je takde cukur jambul buaian atau doorgift. Sekadar melahirkan tanda syukur atas kelahiran anak kedua kami dan kata abah utk memperkenalkan ‘Arfaan kepada semua.

Alkisah baju ‘Arfaan ni lagi 3 hari nak kenduri baru order kat ig. Hehe. Nasib baik semoat sampai dan muat!

All 4 of us ❤

Alhamdulillah majlis berjalam lancar walaupun ambil gambar ikut dan je. Mana sempat. Takde gambar makanan dan kambing golek huwaaa. Apapun makanan semua sedang elok tak byk berlebih dan tepat jam 6pm tu air dan kambing habis. Maksudnya semua tetamu inshaallah dapat merasa kambing aqiqah…

Menu hari tu;

  • Kambing golek + mashed potatoes + coleslaw
  • Soto nasi impit
  • Bihun goreng
  • Kuih yg macam2 ie talam ubi, karipap, tako, koci, roti sarang lebah
  • Buah tembikai, nangka madu, honeydew
  • Air sirap pandan
  • Teh tarik

Memang marvellous alhamdulillah. Katering pun amik restoran belakang rumah mak abah hehe. Senang apape hal. 

Rezeki ‘Arfaan ramai tetamu yg bagu hadiah dan duit. Nnt kita simpan tabung haji ok sayang…

Terima kasih tak terhingga utk family yg banyak membantu semasa dan selepas kenduri. Yg sposor kuih2 dan juadah. Terutama mak abah yg ‘sponsor’ venue. Hehe. Hanya Allah dapat membalas…❤

Lapan Tahun

Alhamdulillah hari ni 13 Mac 2017 genap 8 tahun usia perkahwinan kami ❤

Kejap je rasa. So many things happened in 8yrs. Every marriage has its fair share of challenges and ours is included. Perkahwinan tu takkan selamanya happy. Ada ujian. Airmata kadang2 yg teman. Tapi percayalah Allah tu Maha Mengetahui. Dia tau tahap kesabaran kita. Sebab tu lain pasangan lain ujiannya. Takleh lari. Mana ada perkahwinan yg indah 365 hari setahun. Kan.

Apapun, kena sentiasa syukur. Ada suami yg penyayang. Yang masih sihat tubuh badan. Yang masih terima kita walau fizikal dan emosi kita tak macam masa mula2 kahwin dulu hehe. 

Alhamdulillah 8yrs and now we have 2 boys. ‘Aaqil dan ‘Arfaan. Ada orang kahwin 10 tahun, masih lagi mencuba utk dptkan zuriat. Moga Allah beri kami kesabaran utk membesarkan amanah Allah ini. 

Alkisah pagi tadi tgh duduk2 kat ruang tamu, wish kat suami happy anniv. Lepastu dia kata eh hari ni brp haribulan (tgk fon). Eh aah la. Lepastu episod saya merajuk 5 minit. Sambil ckp ni baru 8tahun yang oiiii…takkan dah lupa. Eh memang geram la kan.

Petang td tiba2 ada orang call ckp nak deliver bunga. Haha! Rupanya suami buat2 lupa pagi tadi. Dia dah order bunga since semalam lagi. Awww thanks sayang for the thot. Hehe Btw nama bunga ni One In A Million. Nampak tak ros putih tengah2 tu. geddit? 😝😘   #cryariver #fortherecord #incasethiscardwentmissing 

Told him sorry i dont have present for you this year. Oh no, silap, thats your present (sambil tunjuk ‘Arfaan yg tengah tidur). Lol

Thank you husband for the great 8yrs. For all the love, the sacrifice, the PATIENCE. I cant promise to make you happy all the time (oh well) but I pray that Allah will protect our marriage from any harm, any bad things and we’ll be together in Jannah, amiiin

I love you ❤

Of Hearing Test

Newborn Hearing Screening test adalah salah satu ujian yg akan dijalankan kpd baby yg lahir di Prince Court. Ingat lagi masa ‘Aaqil dulu neves sesangat tatau kenapa tapi alhamdulillah ‘Aaqil pass. Biasalah first time parents apa yg tak neves kan huhu

Sama juga masa ‘Arfaan. Neves jugak. Especially bila perasan masa first day dia lahir tu dia tak terkejut2 sgt. Bunyi pintu bukak tutup pun dia tidur nyenyak. Kazen2 dtg buat bising lompat2 pun dia tidur tak heran.

Hari ke-2, staff PCMC ada 2 org dtg nak buat hearing test. Bawak test device. Dulu 2012 dia bawak baby gi tempat lain. Kali ni dia buat terus kat bilik wad.

Masa tu ‘Arfaan tidur. Memang masa terbaik utk buat test ni ketika baby tidur, dalam bilik yg sangat senyap. So staff ni pun masukkan la device ni kat telinga kiri. Failed! Re-test, also failed. Kat telinga kanan pun sama. Dua2 staff ni muka concern sesangat. Mungkin sebab jarang dapat result fail kan. 

Oh muka ummi takyah cerita la. Mmg rasa macam nak nangis time tu jugak. Husben takde masa tu keluar lunch tak silap.

“Err kenapa ye..”

“Dua2 telinga mcm tak respon. Bunyi sampai ke koklea tapi takde respon”

“So mcmane ya..”

“Jadi kena repeat test lagi seminggu. Nanti kami advise sebelum discaj…”

“Tapi sebab apa ya. Normal ke result fail”

“Normal je. Kadang2 sebab air ketuban ada lagi dalam telinga belum kering lagi…”

So ummi ditinggalkan dengan penuh tanda tanya. Dan ofkoslah sedihhh sangat. Terus google huhu. Hearing impairment or deaf on babies. Reason? Premature (tidak), ada keturunan yg ada masalah pendengaran (tidak), low Apgar Score (arfaan 9/10, so tidak) etc… cuma ada satu tu yg mungkin ada related iaitu ibu masa mengandung ada ambil certain antibiotik atau ubat. Terus flashback aritu ada ambil antibiotik sbb ear infection. Pastu amik ubat sebab demam. Blamed myself the whole time. 

Googled every hour. Hearing aid. Earpiece. Cochlea implant. Special schools. Got nothing to do at the hospital, postdelivery so u get how crazy i was thinking of our baby’s future and he’s not even a week old. Huhu. Bila masa senyap betul2, kadang2 i saje tutup pintu toilet kuat sikit nak tgk ‘Arfaan ada terkejut tak. Bila dia tidur nyenyak, i purposedly make some noise near his ears. But negative. And it got me worried even more.

We discharged on the 5th and our next appointment with the Audiologist and paed was on the 14th. Masa discaj Dr Anthony kata failure rate utk test ni 50% sebab tu tak byk hospital keen utk buat screening ni for newborn. Tapi bagus utk buat for babies so that we know his hearing condition and impairment if any. 

The whole 9 days was not easy either. Aktiviti menguji pendengaran anak diteruskan di rumah. Dan nampak dia respon kalau pintu tertutup dgn kuat, bunyi motor atau lori kat luar etc. So i was certain that he can hear but perhaps the audiologist nanti will come out of hearing level i suppose??? Ye lah, contoh dia boleh dgr bunyi kuat tapi bukan bunyi perlahan. So aktiviti menguji pendengaran anak bertukar kepada uji dgn suara halus atau freq lebih rendah. Sabor je la. The struggle was real. The worry was no joke 😭 tapi rasanya i je beriya. Husbandku lebih tenang…huhu

On the 14th (12 days old) we went to PCMC and met the audiologist, En Iqbal. Test sama je. Device pun sama. Kejap je tak sampai beberapa minit, device tu keluarkan ‘bunyi PASS’, ie bunyi yg berbeza dari first test. Ya Allah upon hearing the sound came out from the device, i beamed with joy. Alhamdulillah his hearing both ears are fine, nothing to worry the audiologist said. 

Kemungkinan keputusan FAIL masa first time adalah,

1. Terlalu awal. Baby baru umur 2 hari

2. Ada cecair dalam salur telinga yg block masa ujian dijalankan eg amniotic fluid. Jadi tak accurate.

Saja berkongsi kisah ni supaya mana2 parents yg lalui peristiwa yg sama supaya tidak terlalu risau sebab ia adalah normal. Saya ada baca forum tu, anak dia 2nd test pun fail tapi bila umur sebulan, repeat test baru pass. So ITS NORMAL. Terutama utk parents yg deliver baby kat PCMC la sebab memang baby kena lalui test ni. Tak sure utk hospital lain.

Moga perkongsian ini bermanfaat!

One Month

‘Arfaan dah sebulan Jumaat lepas, 3 Mac alhamdulillah…


Berat dah 4.4kg! Ummi timbang pakai penimbang kat rumah ni je hihi. Ummi timbang pastu dukung ‘Arfaan pulak, pastu tolak2 dpt la berat ‘Arfaan ;p faham ke 😆

  • Dah tak pakai bedung dah. Rimas. Kalau bedung tu meneran2 mintak keluar hehe
  • Muka masih merah baby. Terutama kalau tgh nangis atau menggeliat. Merah padam muka tu adeh
  • Susu tiap 1-2jam. Tukar diapers pun
  • Efi (confinement lady) kami ajar diaper change cuci kat sink je pakai air suam. Takyah berkapas bagai nnt asik nak beli kapas je hihi
  • Tidur nak berdodoi. Tak berani lagi nak kasi tidur meniarap
  • Tak tidur pun nak berdodoi/berdukung 😅
  • Kuning ada lg sikit huhu. Ummi skrg mkn kurma nk kasi kuning cpt reda. Tadi pun dah mula mandi pakai air kucai. Try je la apape tips

As advised by his paed Dr Anthony, we’ll go straight to 2months checkup and jabs. Tak perlu checkup sebulan. So okayy. 

Will be hosting his aqiqah this coming weekend at my parents house. Moga lancar semuanya. Amiiin

Of 4th Trimester

Hehe. Maksudnya berpantang, post natal. 

Alhamdulillah dilancarkan urusan kelahiran. Balik rumah, sambung dgn berpantang. Rasanya sebulan baru rasa betul2 settle down dengan baby dan sakit dan emosi. Dan bentuk badan asal ?

Jaundice. Masa discaj ada tanya kat nurse takde bilirubin reading ke. Nurse kata doc tak amik reading sebab baby tak nampak kuning. Kami discaj hari ke-3 delivery. Hari ke-5, nurse Klinik Kesihatan Setapak datang melawat. Kena advise bwk baby amik darah sebab kuning tu nmpk ketara.  So kami akur, esoknya bawak hahh tudiaa reading 205! (Tahap kena duk bwh lampu adalah 275). Normal reading adalah 85. Tapi reading lebih 200 tu i was saspen jugak. Doctor KK kata kena monitor reading pattern sampai hari ke-14 sebab ni tempoh kritikal yg boleh efek otak baby. Esoknya gi lagi reading dah 183. Few days after 150. Last week 133. Begitulah menurun sampai dah nak sebulan ni baru nmpk kuning tu tak obvious sgt. Sama macam ‘Aaqil dulu. Dah hbs pantang baru free from jaundice. Ingatkan ‘Arfaan takdpt sbb sama darah O dgn ummi rupanya ada jgk huhu. Treatment sama je, kena kerap menyusu dan kuning akan hilang dgn kerapnya kencing+berak. 

Ruam. Ni ‘Arfaan ada kat muka sejak lahir. Macam jerawat kecik. Tiap hari makin byk. Kat area mata hilang, naik kat leher. Leher hilang, naik kat tangan. Horror jgk tgk. See. Mcm very sensitive skin kan. I still blame the half boiled eggs the nite before delivery. Adeh. Tapi yelah benda nak jadi kan. Balik rumah, tambah dgn kejap panas kejap ekon pun ya jgk. Masa discaj doc bagi ubat sapu Fucidin dan ubat utk letak dlm air mandi. Neves kan bangun2 pagi esok tu tgk kat kepala ada gini. Iskk. Tiap hari dok belek kulit anak. Huhu. Alhamdulillah lepas 2wks camtu xnmpk dah jerawat tu.

Kulit mengelupas. Apa yg ummi makan dan tak makan masa pegnen yg buat ‘Arfaan dpt masalah kaitan kulit ni. So atas nasihat doc, lepas mandi kena sapu dgn baby oil atau losyen supaya kulit baby sentiasa lembap. Pun lepas 2wks baru ok. Alhamdulillah.

Nappy rash. Ni stat dari minggu ke-2 kot. Masa ‘Aaqil dulu dari kat hospital memang pakai cotton dan air utk cuci his bum2. Takde prob ni. Tapi skrg ni taktau la pcmc tukar prosedur ke jimat kos ke sebab sejak baby day one nurse pakai wet wipes utk cuci. Awal2 ok je. Lepas seminggu tu tiap kali diaper change ‘Arfaan menjerit2 bila lap especially kat celah bonts. Sian sgt dia. Tgk2 dah merah melecet siap ada gerutu lagi. Alahai sian. Sejak tu, kitorg tukar kepada kapas dan air suam, dan sapu sudocrem setiap kali tukar.  Lepas 2mggu gitu pakai Sudocrem, nmpk slow sgt nak hilang merah. So ummi sejenis kurang sabar maka pakailah Earth Mama. I swear by this product since ‘Aaqil eczema dulu. Mana ada rashes ke apa sapu ni je terus baik. After a week tukar ke earth mama, alhamdulillah terus ok. Cuma mungkin lepas habis pantang baru berani nak pakai wipes utk diaper change. Mmg lagi senang pakai wipes terutama kalau travelling kan. So sementara tak kuar memana ni bertabah la dgn cotton+air. Baby pun lagi selesa… ni reminder utk next baby ya haha ie no wet wipes for super newborn babies. 

Rasanya semua baby lain2 cabaran masa dalam hari. So nota2 kat atas ni bolehlah utk prevention di masa depan hehe

Ummi pun diduga jugak. Bengkak susu, sembelit, buasir. Alhamdulillah kali ni takde baby blues macam dulu. Ada la kot satu malam tu macam sebak tgk ‘Aaqil sbb kitorg kan berkepit berdua for so many years. Now ada orang ketiga hehe. Sejak ada ‘Arfaan dah kurang borak2 dgn dia. Yelah, walid lg byk masa dengan dia. So slow2 dapat dah rutin tu dan dapat borak2 dgn dia sambil peluk2 dia. Biasalah kot sindrom dapat anak no-2 ?

Bengkak susu. Alhamdulillah ‘Arfaan dapat menyusu seawal jam pertama lahir. Tak silap stgh jam lepas lahir, dia dah dpt bfeed dan terus pandai latch. Dan dia pun nangis bila lapar takdelah tidur je. First week ok demand n supply. Masuk 2nd week tu start dah bengkak susu. Fuh stres jugak. Nak pump tapi takde let down. So susu stuck. So bila baby susu sebelah, tandem sebelah lagi. Lepas beberapa hari baru ok. Kena pump at least 2x sehari baru susu stable. Now alhamdulillah dah ok cuma kadang overflow so ‘Arfaan jap2 lepas sbb takleh cope susu laju sgt. Pelan2 kayuh ye dikk…

Sembelit/Buasir. Mimpi ngeri bertandang lagi. 1st week ok. 2nd week dia mula. Adoi. Masa discaj ada dapat ubat minum Duphalac tu ie utk soften stool. Kat hospital tiap malam nurse bagi. Balik rumah je konfiden tak minum. Lagipun tiap meal mmg makan buah dan minum air banyak. So 2nd week tu mulalah episod duk dalam toilet berjam2 sampai nak nangis rasa. Nasib baik ubt bengkak masa pregnant dulu simpan lagi. So makan tu, minum Duphalac, makan oste. Seminggu jugak baru slow2 okay. Alhamdulillah. Pengajaran la lenkali jgn tinggal ubat doktor huhu…

Food craving. Haha ni taktau kenapa. Dugaan jugak ni. Alkisah momentum makan macam2 masa pegnen terbawa2 lepas deliver. Imagine tiap kali bwk baby p KK lalu kat gerai tepi2 tu mata buntang je tgk ada jual kuih apa. Scroll ig nampak orang pi makan mcm2 semua teringin. Ada satu hari ni tak tahan, pi order LactoMomma cookies sebab nak makan sedap punya pasal.  Depa claim milkbooster tapi sejak dulu saya memang tak lut dgn milkbooster so alhamdulillah kalau tidak bengkak2 makan ni adeh. Bagus biskut ni sbb dlm pantang boleh makan sebab takde telur dalam ingredients nya. Yang pecan tu sedap. Tapi mahal ya ampun. Dah hbs makan tu takde dah teringin lol. Masalah sebenar saya adalah sweet tooth. Suka benda manis. Dan sejuk. Asik teringat kat aiskrim n teh o ais dan frappe. Notty sangat pantang kali ni. Blame the instagram. Oh ya time2 cemni la FluffKL buat pop up bagai kan. Oh sgt la kejam. Tapi mak sabar. Tunggu lah 44 hari nanti makin panjang list ni?

Ala kulli hal, im forever grateful that i have my husband by my side the whole time. Dan confinement lady yg dtg tiap hari uruskan rumah baby semua. So im not too overwhelmed with these challenges. Malam2 kena berjaga pun rasa tak se stress dulu. Sebab gilir ngan husben. Tukar pampers pun most of the time husben yg buat. 

Alhamdulillah. Moga Allah mudahkan,lancarkan penjagaan baby lepas2 ni. I have to slowly cope with housechores and babycare. Lepasni bila dah habis cuti nak kena adapt dgn rutin tiap hari pulak. 

I just want to enjoy every moment raising my kids. May Allah bless amiin…