Of 4th Trimester

Hehe. Maksudnya berpantang, post natal. 

Alhamdulillah dilancarkan urusan kelahiran. Balik rumah, sambung dgn berpantang. Rasanya sebulan baru rasa betul2 settle down dengan baby dan sakit dan emosi. Dan bentuk badan asal ?

Jaundice. Masa discaj ada tanya kat nurse takde bilirubin reading ke. Nurse kata doc tak amik reading sebab baby tak nampak kuning. Kami discaj hari ke-3 delivery. Hari ke-5, nurse Klinik Kesihatan Setapak datang melawat. Kena advise bwk baby amik darah sebab kuning tu nmpk ketara.  So kami akur, esoknya bawak hahh tudiaa reading 205! (Tahap kena duk bwh lampu adalah 275). Normal reading adalah 85. Tapi reading lebih 200 tu i was saspen jugak. Doctor KK kata kena monitor reading pattern sampai hari ke-14 sebab ni tempoh kritikal yg boleh efek otak baby. Esoknya gi lagi reading dah 183. Few days after 150. Last week 133. Begitulah menurun sampai dah nak sebulan ni baru nmpk kuning tu tak obvious sgt. Sama macam ‘Aaqil dulu. Dah hbs pantang baru free from jaundice. Ingatkan ‘Arfaan takdpt sbb sama darah O dgn ummi rupanya ada jgk huhu. Treatment sama je, kena kerap menyusu dan kuning akan hilang dgn kerapnya kencing+berak. 

Ruam. Ni ‘Arfaan ada kat muka sejak lahir. Macam jerawat kecik. Tiap hari makin byk. Kat area mata hilang, naik kat leher. Leher hilang, naik kat tangan. Horror jgk tgk. See. Mcm very sensitive skin kan. I still blame the half boiled eggs the nite before delivery. Adeh. Tapi yelah benda nak jadi kan. Balik rumah, tambah dgn kejap panas kejap ekon pun ya jgk. Masa discaj doc bagi ubat sapu Fucidin dan ubat utk letak dlm air mandi. Neves kan bangun2 pagi esok tu tgk kat kepala ada gini. Iskk. Tiap hari dok belek kulit anak. Huhu. Alhamdulillah lepas 2wks camtu xnmpk dah jerawat tu.

Kulit mengelupas. Apa yg ummi makan dan tak makan masa pegnen yg buat ‘Arfaan dpt masalah kaitan kulit ni. So atas nasihat doc, lepas mandi kena sapu dgn baby oil atau losyen supaya kulit baby sentiasa lembap. Pun lepas 2wks baru ok. Alhamdulillah.

Nappy rash. Ni stat dari minggu ke-2 kot. Masa ‘Aaqil dulu dari kat hospital memang pakai cotton dan air utk cuci his bum2. Takde prob ni. Tapi skrg ni taktau la pcmc tukar prosedur ke jimat kos ke sebab sejak baby day one nurse pakai wet wipes utk cuci. Awal2 ok je. Lepas seminggu tu tiap kali diaper change ‘Arfaan menjerit2 bila lap especially kat celah bonts. Sian sgt dia. Tgk2 dah merah melecet siap ada gerutu lagi. Alahai sian. Sejak tu, kitorg tukar kepada kapas dan air suam, dan sapu sudocrem setiap kali tukar.  Lepas 2mggu gitu pakai Sudocrem, nmpk slow sgt nak hilang merah. So ummi sejenis kurang sabar maka pakailah Earth Mama. I swear by this product since ‘Aaqil eczema dulu. Mana ada rashes ke apa sapu ni je terus baik. After a week tukar ke earth mama, alhamdulillah terus ok. Cuma mungkin lepas habis pantang baru berani nak pakai wipes utk diaper change. Mmg lagi senang pakai wipes terutama kalau travelling kan. So sementara tak kuar memana ni bertabah la dgn cotton+air. Baby pun lagi selesa… ni reminder utk next baby ya haha ie no wet wipes for super newborn babies. 

Rasanya semua baby lain2 cabaran masa dalam hari. So nota2 kat atas ni bolehlah utk prevention di masa depan hehe

Ummi pun diduga jugak. Bengkak susu, sembelit, buasir. Alhamdulillah kali ni takde baby blues macam dulu. Ada la kot satu malam tu macam sebak tgk ‘Aaqil sbb kitorg kan berkepit berdua for so many years. Now ada orang ketiga hehe. Sejak ada ‘Arfaan dah kurang borak2 dgn dia. Yelah, walid lg byk masa dengan dia. So slow2 dapat dah rutin tu dan dapat borak2 dgn dia sambil peluk2 dia. Biasalah kot sindrom dapat anak no-2 ?

Bengkak susu. Alhamdulillah ‘Arfaan dapat menyusu seawal jam pertama lahir. Tak silap stgh jam lepas lahir, dia dah dpt bfeed dan terus pandai latch. Dan dia pun nangis bila lapar takdelah tidur je. First week ok demand n supply. Masuk 2nd week tu start dah bengkak susu. Fuh stres jugak. Nak pump tapi takde let down. So susu stuck. So bila baby susu sebelah, tandem sebelah lagi. Lepas beberapa hari baru ok. Kena pump at least 2x sehari baru susu stable. Now alhamdulillah dah ok cuma kadang overflow so ‘Arfaan jap2 lepas sbb takleh cope susu laju sgt. Pelan2 kayuh ye dikk…

Sembelit/Buasir. Mimpi ngeri bertandang lagi. 1st week ok. 2nd week dia mula. Adoi. Masa discaj ada dapat ubat minum Duphalac tu ie utk soften stool. Kat hospital tiap malam nurse bagi. Balik rumah je konfiden tak minum. Lagipun tiap meal mmg makan buah dan minum air banyak. So 2nd week tu mulalah episod duk dalam toilet berjam2 sampai nak nangis rasa. Nasib baik ubt bengkak masa pregnant dulu simpan lagi. So makan tu, minum Duphalac, makan oste. Seminggu jugak baru slow2 okay. Alhamdulillah. Pengajaran la lenkali jgn tinggal ubat doktor huhu…

Food craving. Haha ni taktau kenapa. Dugaan jugak ni. Alkisah momentum makan macam2 masa pegnen terbawa2 lepas deliver. Imagine tiap kali bwk baby p KK lalu kat gerai tepi2 tu mata buntang je tgk ada jual kuih apa. Scroll ig nampak orang pi makan mcm2 semua teringin. Ada satu hari ni tak tahan, pi order LactoMomma cookies sebab nak makan sedap punya pasal.  Depa claim milkbooster tapi sejak dulu saya memang tak lut dgn milkbooster so alhamdulillah kalau tidak bengkak2 makan ni adeh. Bagus biskut ni sbb dlm pantang boleh makan sebab takde telur dalam ingredients nya. Yang pecan tu sedap. Tapi mahal ya ampun. Dah hbs makan tu takde dah teringin lol. Masalah sebenar saya adalah sweet tooth. Suka benda manis. Dan sejuk. Asik teringat kat aiskrim n teh o ais dan frappe. Notty sangat pantang kali ni. Blame the instagram. Oh ya time2 cemni la FluffKL buat pop up bagai kan. Oh sgt la kejam. Tapi mak sabar. Tunggu lah 44 hari nanti makin panjang list ni?

Ala kulli hal, im forever grateful that i have my husband by my side the whole time. Dan confinement lady yg dtg tiap hari uruskan rumah baby semua. So im not too overwhelmed with these challenges. Malam2 kena berjaga pun rasa tak se stress dulu. Sebab gilir ngan husben. Tukar pampers pun most of the time husben yg buat. 

Alhamdulillah. Moga Allah mudahkan,lancarkan penjagaan baby lepas2 ni. I have to slowly cope with housechores and babycare. Lepasni bila dah habis cuti nak kena adapt dgn rutin tiap hari pulak. 

I just want to enjoy every moment raising my kids. May Allah bless amiin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.