Daily Archives: April 14, 2017

Ten Weeks

Alhamdulillah hari ini Jumaat yg mulia, ‘Arfaan dah pun 10minggu.  Haha trend sekarang kan flatlay semua benda termasuklah anak. Lagi 10 tahun tgk gambar ni sure dah out of trend LOL

  • dah rajin senyum. Suka cooing. Kalau dia tgh senyap, kita tenung mata dia. Lama2 nnt dia sengih dan ajak kita agah dia. Gelak2 sampai sedu. Pastu dah. Hehhe
  • Kalau burp, lepas tu nnt keluar muak. Masa first 2mths takde pulak muak. Pastu suka leleh airliur sampai basah2 mitten or baju org
  • Siang2 dia akan tidur lama lepas mandi pagi dan mandi petang. Masa ni mmg deepsleep. Time ni la ummi nak mandi ke wat kije umah ke layan tv series ke. Eh
  • Dah injek vaksin 1-2bln. Alhamdulillah tak demam. Cuma cranky sikit je malam. Dan dedar sikit. Bf kerap sikit esok paginya dah ok. Inshaallah lagi 2mggu amik rota dan pneumococcal pulak
  • Ummi perasan adik ni bf tak sekuat abg. Sbbtu berat pun manja2 je naik haha. Apapun asalkan anak ummi sihat k
  • Kalau dia cranky atau mcm taktau nak apa semua dah bagi, amik minyak yuyi tu sapu kat tapak kaki pastu massage dia. Pergh tak sampai seminit  senyap pastu siap mengagah2 lagi. Fav tu kena massage. Dpt tips ni pun dari Efi.
  • Sekarang bangun sekali je tgh malam. Pastu subuh bgn lg sekali. Nak susu n tukar diaper je
  • Yakyak pun dah 1-2x je sehari. Cuma kuantitinya masyaallah. Boleh tahap bocor sampai baju pun kena tukar hoho Ni masa checkup n vaksin at 8wks kat Gleneagles KK. Dgn Dr Fauziah. Berat 5.16kg, panjang 58cm. Alhamdulillah  Ni pulak masa kita ‘Aaqil dan ‘Arfaan teman Ummi checkup postnatal dgn Dr Seri. Alhamdulillah semuanya A-ok 🙂

Sayu pulak nak masuk keje bila hari2 duk ulit si kenit ni. Huhu. Bertabahlah ummi yaaa

Alkisah Berpantang

Perasaan teringin nak ada confinement lady aka penjaga pantang ni dah lama ada. So elok masuk 2nd trimester aritu terus mencari CL dgn gigihnya. Tanya2 kawan, carik kat instagram, bloghopping.

Dapat few contacts. So lepas tanya2 pakej dan compare harga, maka Nov 2016 (3bln sdlm edd) pun dapat lock dgn Datin Rina, owner ig @fazrina_postnatalcare. Basically my criteria,

  • Boleh ulang alik ie tak tinggal sekali
  • Testimonial bagus
  • Tak perlu nak ambil atau hantar ie transportation all in masuk dlm pakej

Kalau ikut pakej yg agen ni bagi mmg best. Sebab ada 3 pilihan – stay in, ulang alik (halfday) atau ulangalik(fullday). We took the last option. Datang kul 9pg balik jam 4pm. Sbb book tu masa 2016, so dapat la harga 2016. Kalau tak silap tahun ni harga dah naik huhu. Tapi memang CL ni kena book awal. At least 3bln sblm due. Kalau yg CL sendirian berhad tu lagi kena awal sebab dia sorang2 je gerak takde orang bwh dia.

So pantang kali ni memang rasa teratur sikit. Dan kalau kena berjaga malam pun taklah stress bgn pagi tu sebab ada orang yg amik baby kat katil(ummi sambung tidur lg sejam gitu) utk mandikan. Lepastu ada org basuh sidai lipat baju. Ada orang masak kemas dapur. 

Isnin – Khamis : mandi herba, urut, tungku

Jumaat : mandi herba, tangas, tungku

Sabtu : mandi herba, tangas, scrub badan, tungku

Ahad : mandi herba, tungku

Bengkung everyday. Camtulah jadual tiap hari dan badan rasa ringan sangat. Dont know how to explain ringan but yeah. Walaupun iols tak brp suka badan berminyak2 dgn minyak urut tu kan tapi takpe bak kata Hanis Zalikha, berpantang ni adalah a gift to women. A GIFT okayhh. Sebab u dont have to do anything, kena pamper je urut. Tinggal bfeed baby je. Tukar diapers pun CL ni buatkan kadang2. Logika nya berpantang dgn betul ni adalah sebab badan kita ni dah go through lots of changes for the past 9mths pregnancy. Lepas deliver baby, badan tu bukan boleh buat mcm biasa. Kena ‘repair’ dulu mana patut. Tu yg ada urut tungku tangas bengkung.

CL ku namanya Efi. Alhamdulillah Efi serasi sgt dengan kitorang. Baik orangnya. Tak pernah selama 28 hari tu tgk dia moody ke stress ke kecik ati ke. Walaupun kdg saya ni takmo pakai pilis, tak bg lumur minyak yuyi kat baby, ada hari taknak bengkung sbb buasir, makan sesaje lambat2 sbb tgk tv dan sebagainya. Dia selalu cakap “akak kalau ada apa2 tak puas hati akak cakap kat saya terus ya.” Husben pun suka dgn kerja Efi. Siap hari2 suruh tanya Efi nak tak jadi maid kitorg lepas ni. Bila dah stat kerja. So tiap kali time urut tu borak2 cucuk jarum sikit2. Tapi dia insist nak balik Indo bln 4 sebab dah 3 tahun tak jumpa anak2 dia. Dia dah takleh kerja jauh dari anak lepas ni. Tapi dia bg cadangan la eg kawan dia ada yg free, suh tny Datin Rina tu etcetc.  Imagine we used to not liking the idea of having a maid (stranger) in our house but having Efi around make us changed our mind. Gitu je la cite ‘amik maid’ ni sampai situ je. Tak terpk lagi nak bayar agent buat permit utk betul2 amik maid kat rumah huhu

Macam ni lah tiap hari petang2 Efi tolong lipat baju. Laundry walid n ‘Aaqil pun dia buatkan..

‘Arfaan pun tiap hari kena tuam and tungku lepas mandi taw ❤Kiri tu batu sungai yg dibakar atas api kemudian diletakkan daun pisang, dan dibakut dgn towel. Ataupun batu tungku namanya. Tuam satu badan lepas sesi urut untuk lancarkan aliran darah. Kanan pula air rebusan herba dalam periuk. Wapnya lah utk tangas. Kita pakai jubah masuk tangan semua, periuk ni masuk dlm jubah. Kasi wap keluar. 20-30mins. Lepastu bila scrub memang tanggal daki2 inshaallah… scrub kelapa parut atau serbuk kopi. Nyums haha

Lauk pantang fav. Kalau Efi masak ni memang tak sabar nak makan. Ni dia close up. Kentang bilis goreng rangup2 w daun limau purut, bwg2 dan serai hiris. Nyumm. Husben n ‘Aaqil pun suka! Lauk ayam kampung. Sayur. Buah dan air suam wajibbb

Biasanya petang sebelum Efi balik tu dia akan siapkan lauk malam, rebuskan air herba utk mandi petang dan mandikan ‘Arfaan lagi sekali. So malam tu boleh rilek2 (hehe dari siang pun rilek2). Husben je la kena masak tambah lauk utk dia n ‘Aaqil. 

Alhamdulillah dipermudahkan pantang kali ni. Masa awal2 pregnan aritu stres jugak pk nak pantang mana nak duk mana sape nak hantar ambil ‘Aaqil kat skool etc. So husben nekad amik unpaid leave for 1.5months (tq sayang) dan amik CL utk pantang. Alhamdulillah….

Oh kepada sesiapa yg berminat nak ambil CL dr Pn Rina, boleh visit ig dia kat atas tu. inshaallah fast response if nak tanya apa2. CL under dia pun ada dlm 25org. Doa la byk2 dpt CL yg serasi. Sebab lain org lain expectation kan. Kalau boleh time oantang ni la nak bertenang setenangnya. Takmo la CL tu jd penyebab stress hehe. 

Entri sebagai kenangan di kemudian hari. Hehe