Daily Archives: April 17, 2017

Jalan Sulaman

Kalau datang KK jangan lupa masukkan dlm itenerari sesi makan2. Hehe. Kata orang sini seafood sedap dan murah. Tapi entri ni saya nak share apa yg anda boleh jumpa di Jalan Sulaman, Tuaran.

Sepanjang Jalan Sulaman ni, ada berderet gerai yg jual Lokan Panggang! Ada la dalam berbelas2 gerai. Menu sama je. Lokan panggang, air kelapa bakar, puding kelapa, jagung bakar. Sesuai gi waktu petang sebab tak byk jual menu berat2 kalu nak mkn lunch etc. Kitorg gi pun kul 2-3pm cmtu.

Lokan ni dijual dlm 3 saiz ie kecil, sederhana, besar. Bukan saiz lokan tapi bilangan yg byk ke sikit. Aritu kami 4 beranak order, 2 set lokan panggang – satu M, satu L. Hehe. Dihidang dengan sos cili spesel. Rasa lokan ni lebih kurang macam kerang dan seangkatannya. emmm dappp

Mula2 order sederhana je. Lepas habis tu, order saiz besar pulak. Ni saiz sederhana ada dlm 25pcs kot rm18. All 4 of us. Alahai senyum tu padahal peluh macam air terjun panas sangat hari tu sebab elok kitorg balik je hujan lebat sesangat!

Lepastu air kelapa muda rasa biasa je mcm dijual kat mana2. Yg istimewa nya adalah air kelapa bakar. Kelapa muda dibakar sampai hitam belah luar. Sedap sangat air kelapa suam2 rasa lemak2 mcm santan sikit. Taktau camne nak explen tapi memang sedap bila air tu lalu kat tekak. Hehe

Pastu ‘Aaqil makan puding kelapa dlm cawan dgn mee goreng. Lapar ye anakku.

Last but not least yg paling faveret ku antara semua adalah puding kelapa dalam kelapa!   Sedap sangat! Tgh panas makan jelly tu sejuk2. Harga RM5 utk mcm ni. Yg biasa harga separuh.

Total makan santai2 camni dlm rm50+ tak silap. Lokan tu saje RM30 kot. Tapi berbaloi la sedap susah nak jumpa (ke?).

So kalau uols mai KK sewa keta pastu dtg sini ok. Taxi or uber takut tak berbaloi lak sebab stgh jam jgk dari KK city. Kalu sewa kereta bolehlah lajak pergi tempat lain makan seafood ke tgk sunset ke gi Imago ke heheh…