Sunday Adventure

So we came to our last Sunday in KK. Huhu. Means next Sunday we’ll be in KL and it’ll be my last Sunday before I go back to office.   Phew. 3 months vacation almost over. Sigh sigh.

So as promised by mr husband, we went to Rumah Terbalik. Sebenarnya boleh je nak singgah otw ke Kundasang dulu tapi tak sempat. Kat sini jugak ada 3D Museum. Tiket utk masuk both dlm RM30/adult.

Bertolak dari rumah pun lepas Zuhr. Sebab kepenatan (ke?) sports event tadika ‘Aaqil the day before. Lepastu ‘Arfaan macam meragam sikit sebab tak yakyak dah lebih sehari. Hadui

Sampai dlm kul 2pm. Siap2 bf and tukar diapers ‘Arfaan dalam kereta. Baby selesa, tak cranky, kita pun selesa n tak risau nak berjalan. Tempat public biasanya tak baby friendly so mmg kereta je la tempat paling selesa. Siap ekon lagi 😅

Rumah Terbalik

Sebenarnya rumah ni kecil je. Ada 2 bilik, 1 toilet, dapur, hall, beranda. Tour pun tak sampai setengah jam. Sebab tak dibenarkan ambil gambar kat dalam tu. ‘Aaqil la teruja sebab kipas kat lantai, mesin basuh kat bumbung etcetc haha

Happy dapat gi Rumah Terbalik 😂🙂

Masuk ikut pintu kanan tu, dan keluar kat pintu kiri. Kejap je. Tapi kat luar tu ada tempat bergambar macam kat bawah ni…
‘Aaqil eksaited nak tengok hasil posing dia. Jadi spiderman. Hhehehe. Tu yg ikut je org suh pose gitu gini.

3D Museum


Ni yang paling ‘Aaqil suka. Semua dia nak try posing. Rasa kelakar pun ada tgk dia excited semacam. Lepas amik gambar terus dia nak tgk…”wah macam betul la ummi!” Haha alahai anakku…

Balik tu asik berzikir nak pergi lagi sini best sangat. Sama best mcm Legoland. Hah gitu 😱🤣

Alhamdulillah anak ummi happy. ‘Arfaan pulak tidooooooooooooooooo je. Tak meragam lansung. Goodboy sangat. Walaupun cuaca panas litlit hari tu huhu…

Jambatan Tamparuli

Lepas solat ‘Asar, kitorang pi cari Jambatan Tamparuli pulak. Dalam 5-10mins je dari Rumah Terbalik. Kebetulan elok kitorang sampai tu dah redup2 nak sunset. So husben pun apalagi terbangkan la drone kesayangan…

The view was magnificent subhanallah… These are all #nofilter pictures. Only using my phone… ‘Aaqil mula2 excited nak naik jambatan tak takut la apa la. Tapi bila jambatan dah mula mendaki dan dia rasa bergoyang2, terus nangis dan mintak nak dukung. Alahai. ‘Arfaan sambung tidur zzzzzzz 😆. Jangan risau jambatan sangat kukuh walaupun bergoyang. Siap ada jaring kat bawah kalau2 ada barang jatuh.

We spent almost half an hour up there. Tak jalan sampai hujung pun sebab memang nak tgk view je. Panjang jambatan ni lebih kurang 100mtr. Hujung lagi satu tu ada pekan Tamparuli. Mula2 ingat nak park sana. Tapi byk anjing berkeliaran so better not.

Admin edit:

#WeWereHere #JambatanTamparuli Teaser clip #phantom4 #dji #sonyvegas #aerialview #hd #aerialvideography

A post shared by Khairul Akmal (@khairulakmal) on

Alhamdulillah for the experience. Thanks to husband for bringing us here. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge