Author Archives: kau5ar

Ketuk-ketuk Ramadhan

Tahun ni tahun ke-4 kami puasa berjauhan.  Tahun ke-2 husben Ramadhan di KK. And me? hmmmmmmmmmmm. Moga dipermudahkan…

So mengikut pengalaman yg lepas, keadaan trafik kat KK bulan Ramadhan sama je macam kat KL. Sian husben nak masak tak sempat. Tapau kat bazar pun jem lagi dgn juadah bazar tak macam kat kl. So kebetulan duk KK cuti ni lama sikit so masakkan siap2 lauk Ramadhan untuk suami nanti…

Taklah variety sangat. Kari ayam, masak lemak cili api daging, kurma ayam dan sambal ikanbilis. So dia tinggal masak nasi n topup je lauk sayur ie potong timun ke goreng telur ke…

Hasil bersilat kat dapur 4 hari berturut, dapatlah 13 paket lauk. Nanti rotate2 la ye yang. Tu kira utk weekdays je buka sahur sebab iols tau wiken dia balik kl 😇😇 cukuplah utk 3wks sebab lepastu nak rayaaaaaaa

So kita yg puasa kat KL ni peciterrrrrr hahaha. Nnt la pk yg pasti kul 4 kita zasss balik amik anak2 😆😆

Sunday Adventure

So we came to our last Sunday in KK. Huhu. Means next Sunday we’ll be in KL and it’ll be my last Sunday before I go back to office.   Phew. 3 months vacation almost over. Sigh sigh.

So as promised by mr husband, we went to Rumah Terbalik. Sebenarnya boleh je nak singgah otw ke Kundasang dulu tapi tak sempat. Kat sini jugak ada 3D Museum. Tiket utk masuk both dlm RM30/adult.

Bertolak dari rumah pun lepas Zuhr. Sebab kepenatan (ke?) sports event tadika ‘Aaqil the day before. Lepastu ‘Arfaan macam meragam sikit sebab tak yakyak dah lebih sehari. Hadui

Sampai dlm kul 2pm. Siap2 bf and tukar diapers ‘Arfaan dalam kereta. Baby selesa, tak cranky, kita pun selesa n tak risau nak berjalan. Tempat public biasanya tak baby friendly so mmg kereta je la tempat paling selesa. Siap ekon lagi 😅

Rumah Terbalik

Sebenarnya rumah ni kecil je. Ada 2 bilik, 1 toilet, dapur, hall, beranda. Tour pun tak sampai setengah jam. Sebab tak dibenarkan ambil gambar kat dalam tu. ‘Aaqil la teruja sebab kipas kat lantai, mesin basuh kat bumbung etcetc haha

Happy dapat gi Rumah Terbalik 😂🙂

Masuk ikut pintu kanan tu, dan keluar kat pintu kiri. Kejap je. Tapi kat luar tu ada tempat bergambar macam kat bawah ni…
‘Aaqil eksaited nak tengok hasil posing dia. Jadi spiderman. Hhehehe. Tu yg ikut je org suh pose gitu gini.

3D Museum


Ni yang paling ‘Aaqil suka. Semua dia nak try posing. Rasa kelakar pun ada tgk dia excited semacam. Lepas amik gambar terus dia nak tgk…”wah macam betul la ummi!” Haha alahai anakku…

Balik tu asik berzikir nak pergi lagi sini best sangat. Sama best mcm Legoland. Hah gitu 😱🤣

Alhamdulillah anak ummi happy. ‘Arfaan pulak tidooooooooooooooooo je. Tak meragam lansung. Goodboy sangat. Walaupun cuaca panas litlit hari tu huhu…

Jambatan Tamparuli

Lepas solat ‘Asar, kitorang pi cari Jambatan Tamparuli pulak. Dalam 5-10mins je dari Rumah Terbalik. Kebetulan elok kitorang sampai tu dah redup2 nak sunset. So husben pun apalagi terbangkan la drone kesayangan…

The view was magnificent subhanallah… These are all #nofilter pictures. Only using my phone… ‘Aaqil mula2 excited nak naik jambatan tak takut la apa la. Tapi bila jambatan dah mula mendaki dan dia rasa bergoyang2, terus nangis dan mintak nak dukung. Alahai. ‘Arfaan sambung tidur zzzzzzz 😆. Jangan risau jambatan sangat kukuh walaupun bergoyang. Siap ada jaring kat bawah kalau2 ada barang jatuh.

We spent almost half an hour up there. Tak jalan sampai hujung pun sebab memang nak tgk view je. Panjang jambatan ni lebih kurang 100mtr. Hujung lagi satu tu ada pekan Tamparuli. Mula2 ingat nak park sana. Tapi byk anjing berkeliaran so better not.

Admin edit:

#WeWereHere #JambatanTamparuli Teaser clip #phantom4 #dji #sonyvegas #aerialview #hd #aerialvideography

A post shared by Khairul Akmal (@khairulakmal) on

Alhamdulillah for the experience. Thanks to husband for bringing us here. Hehe

Kokol Hill

Kalau ke KK atau Sabah, orang tak akan miss pergi Kundasang. Tapi (rasanya) ramai yang taktau kewujudan Bukit Kokol ni. Infact, kalau uols nak jalan2 KK tapi masa terhad, tak dapat pergi Kundasang, boleh ganti naik bukit Kokol.

Sebab?

  • View yg cantik. Boleh nampak both view Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu. 
  • Hanya 30km je dari KK city centre incl 10km jalan daki bukit
  • Ada resort yg sangat cantik dan selesa
  • Udara nyaman dan dingin

Walaupun takde kandang lembu dan ladang teh/strawberi mcm Kundasang, tapi oklah kan daripada takde. Kalau limited masa kat KK mmg elok naik bukit Kokol je. Half day boleh balik dah hehe

Tapi kami overnight kat resort atas ni namanya Kokol Haven Resort. So naisss

Our room comes w free breakfast for 2 😋 Tapi bukan buffet style. Made to order w few selections Ni pulak dinner. Not inclusive tapi ok la. A bit pricey tho. Tapi sebab takde restoran lain dan malas nak drive mencari so settle mkn kat resort je. Staf resort ni cakap bilik Pibabasan ni yang paling cantik kalau nak tgk sunset. Plus ni corner room. Masa kitorang booking, mmg terus cakap nak bilik ni sbb colleague husben rekemen. So kalau uols nak gi, cakap nak bilik Pibabasan, 3rd floor Main Resort. Husben siap main drone dia kat balcony tu sempena sunset. Ni view bandar Kota Kinabalu. Baru lepas hujan lebat. Jap lagi baru matahari keluar dari awan kemudian terbenam 🌞☀️ bangunan kanan tu adalah Rose Villa. Boleh tgk rate dia kat website Kokol Haven Resort. See through toilet. Just we like it. Haha tipu. Nasib baik ada blind utk kaver lol The spacious room! Kalau anak ramai pun boleh amik bilik ni cuma kena topup mattress… The other side of the room. Feeling2 sangat bilik ni tau. 
Yang takleh lupa adalah drama masa mandikan ‘Arfaan. Sebab takde bathtub. Sinki pulak kecik. So berpindah2 dari sink ke shower. Lepastu ekjas air panas tak dpt2 jadikan suam. ‘Arfaan nangis teruk sgt sampai satu tahap tu dia sejuk sgt kot sampai terjegil mata dia nangis high pitch. Ya Allah masa tu lemah smgt ummi. Terus balut ngan towel and pakaikam baju. Lepas dah pakai baju semua dia senyum2 rasa lega gila. Adoi. 

Pastu time 2d1n ni la ‘Aaqil sakit gigi, ‘Arfaan 2hari tak yakyak, walid sakit perut berangin. Nasib baik tiga2 mild je taklah sampai kena gi klinik. Balik tu barulah semua sakit settle. Apakah? 

Oh ya, kalau nak masuk resort utk tgk pemandangan je kena fee RM10/adult. Tapi kalau stay sini tak perlu byr entrance fee. So jangan lupa ok masukkan bukit Kokol dalam itenerari anda! #iklantakberbayar

Of Milk Collector

Did I tell you I love love this thing? Sangat convenient especially untuk buat stok susu masa cuti bersalin.

Peneman setiap hari, at least 3x sehari. 7oz Bmilk liners by JingleJungle, marker pen and THE milk collector!

Masa zaman bf ‘Aaqil takde milk collector. Jadi memang sepenuhnya pakai pump biasa utk buat stok susu sebelum masuk kerja. I used Medela FS tapi tak difreestylekan masa tu jadi macam agak stress tiap kali nak pump huhu. Asik pk je cukup ke tak. Lagipun first time kan nak tinggalkan anak jd asik risau stok tak cukup plus ‘Aaqil mmg kuat menyusu.

So bila tau pregnant last year, rajin la alert dgn gajet bfeeding yg latest. One of the gadget that I look fwd to use was the milk collector. Kalau tak silap 1st brand (ori) adalah Hakka. Lepastu byk la brand lain muncul dan harga lagi murah. Hakka ori dlm RM80 gitu kot. But I got mine (cant remember the brand name) from fabmom dlm RM35 masa YES last year. 

This time around I have 3mths maternity leave (thank u company!) so got ample time utk buat stok susu. Brought my Avent manual to KK as well just incase. Mula2 tu switch2 la kejap pakai pump kejap pakai MC tu. Masuk 2nd week pakai MC je tiap kali. 

Tips : setiap kali bfeed baby, especially time engorged, susukan baby sebelah dan letak MC lagi sebelah. Sebab memang sedia maklum bahawa baby la yg terbaik utk bagi susu let down. Let down tu adalah bila u rasa susu tu macam air terjun keluar. Dan sangat rugi kalau biarkan sebelah lagi letdown begitu sahaja masa tgh susukan baby. MC ni design dia lembut macam silikon so memang flexible dan tak sakit. Yang Hakka tak silap ada tempat stand dan penutup sekali. Yg i beli tu seketul gitu je. So lepas pump kena cepat2 masuk dlm plastik utk chill and freeze. Supaya hygiene.  

Tu lah stok lepas almost sebulan. Saya tak pump tiap feeding. Dalam 3x je sehari sebab taknak bg signal demand tinggi nanti asik2 nak kena pump atau selalu engorge – tak selesa. Selalunya pagi pump 2x dan malam 1x. Tak pk lagi camane nak bawak balik KL. Mungkin kena pinjam icebox ofismate husben kot. Dan moga2 selamat sampai dan kekal beku ya tskkk.

Bagi saya tentang stok susu ni kita takleh compare ngan orang lain. Sebab demand baby lain2. Ada baby minum byk ada yg minum sikit. So berpada2lah jgn sbb tgk orang pump sampai ada deepfreezer penuh, kita pun nak camtu jgk sampai stress2. My 2 cents.

Macam ‘Aaqil dulu kena tinggalkan 18oz average tiap hari time i pi ofis. ‘Arfaan mcm tak berapa kuat susu mcm ‘Aaqil. So once dah tau ‘Arfaan minum byk mana nanti boleh la ekjas sikit mana patut. Stok ni pun rasanya utk topup masa Ramadhan nnt huhu sebab masa tu dia baru 4-5bln… 

Ummi walid kena banyak doa supaya rezeki ‘Arfaan cukup sampai 2tahun. Agak risau juga sebab ‘Aaqil dulu ummi pump sampai umur setahun je. Lepastu duk Ashgabat setahun direct feeding je. Lepas 2yrs dah tak bfeed siang, ngempeng malam je…

May Allah ease this breastfeeding journey amiiiin….

Jalan Sulaman

Kalau datang KK jangan lupa masukkan dlm itenerari sesi makan2. Hehe. Kata orang sini seafood sedap dan murah. Tapi entri ni saya nak share apa yg anda boleh jumpa di Jalan Sulaman, Tuaran.

Sepanjang Jalan Sulaman ni, ada berderet gerai yg jual Lokan Panggang! Ada la dalam berbelas2 gerai. Menu sama je. Lokan panggang, air kelapa bakar, puding kelapa, jagung bakar. Sesuai gi waktu petang sebab tak byk jual menu berat2 kalu nak mkn lunch etc. Kitorg gi pun kul 2-3pm cmtu.

Lokan ni dijual dlm 3 saiz ie kecil, sederhana, besar. Bukan saiz lokan tapi bilangan yg byk ke sikit. Aritu kami 4 beranak order, 2 set lokan panggang – satu M, satu L. Hehe. Dihidang dengan sos cili spesel. Rasa lokan ni lebih kurang macam kerang dan seangkatannya. emmm dappp

Mula2 order sederhana je. Lepas habis tu, order saiz besar pulak. Ni saiz sederhana ada dlm 25pcs kot rm18. All 4 of us. Alahai senyum tu padahal peluh macam air terjun panas sangat hari tu sebab elok kitorg balik je hujan lebat sesangat!

Lepastu air kelapa muda rasa biasa je mcm dijual kat mana2. Yg istimewa nya adalah air kelapa bakar. Kelapa muda dibakar sampai hitam belah luar. Sedap sangat air kelapa suam2 rasa lemak2 mcm santan sikit. Taktau camne nak explen tapi memang sedap bila air tu lalu kat tekak. Hehe

Pastu ‘Aaqil makan puding kelapa dlm cawan dgn mee goreng. Lapar ye anakku.

Last but not least yg paling faveret ku antara semua adalah puding kelapa dalam kelapa!   Sedap sangat! Tgh panas makan jelly tu sejuk2. Harga RM5 utk mcm ni. Yg biasa harga separuh.

Total makan santai2 camni dlm rm50+ tak silap. Lokan tu saje RM30 kot. Tapi berbaloi la sedap susah nak jumpa (ke?).

So kalau uols mai KK sewa keta pastu dtg sini ok. Taxi or uber takut tak berbaloi lak sebab stgh jam jgk dari KK city. Kalu sewa kereta bolehlah lajak pergi tempat lain makan seafood ke tgk sunset ke gi Imago ke heheh…

Ten Weeks

Alhamdulillah hari ini Jumaat yg mulia, ‘Arfaan dah pun 10minggu.  Haha trend sekarang kan flatlay semua benda termasuklah anak. Lagi 10 tahun tgk gambar ni sure dah out of trend LOL

  • dah rajin senyum. Suka cooing. Kalau dia tgh senyap, kita tenung mata dia. Lama2 nnt dia sengih dan ajak kita agah dia. Gelak2 sampai sedu. Pastu dah. Hehhe
  • Kalau burp, lepas tu nnt keluar muak. Masa first 2mths takde pulak muak. Pastu suka leleh airliur sampai basah2 mitten or baju org
  • Siang2 dia akan tidur lama lepas mandi pagi dan mandi petang. Masa ni mmg deepsleep. Time ni la ummi nak mandi ke wat kije umah ke layan tv series ke. Eh
  • Dah injek vaksin 1-2bln. Alhamdulillah tak demam. Cuma cranky sikit je malam. Dan dedar sikit. Bf kerap sikit esok paginya dah ok. Inshaallah lagi 2mggu amik rota dan pneumococcal pulak
  • Ummi perasan adik ni bf tak sekuat abg. Sbbtu berat pun manja2 je naik haha. Apapun asalkan anak ummi sihat k
  • Kalau dia cranky atau mcm taktau nak apa semua dah bagi, amik minyak yuyi tu sapu kat tapak kaki pastu massage dia. Pergh tak sampai seminit  senyap pastu siap mengagah2 lagi. Fav tu kena massage. Dpt tips ni pun dari Efi.
  • Sekarang bangun sekali je tgh malam. Pastu subuh bgn lg sekali. Nak susu n tukar diaper je
  • Yakyak pun dah 1-2x je sehari. Cuma kuantitinya masyaallah. Boleh tahap bocor sampai baju pun kena tukar hoho Ni masa checkup n vaksin at 8wks kat Gleneagles KK. Dgn Dr Fauziah. Berat 5.16kg, panjang 58cm. Alhamdulillah  Ni pulak masa kita ‘Aaqil dan ‘Arfaan teman Ummi checkup postnatal dgn Dr Seri. Alhamdulillah semuanya A-ok 🙂

Sayu pulak nak masuk keje bila hari2 duk ulit si kenit ni. Huhu. Bertabahlah ummi yaaa

Alkisah Berpantang

Perasaan teringin nak ada confinement lady aka penjaga pantang ni dah lama ada. So elok masuk 2nd trimester aritu terus mencari CL dgn gigihnya. Tanya2 kawan, carik kat instagram, bloghopping.

Dapat few contacts. So lepas tanya2 pakej dan compare harga, maka Nov 2016 (3bln sdlm edd) pun dapat lock dgn Datin Rina, owner ig @fazrina_postnatalcare. Basically my criteria,

  • Boleh ulang alik ie tak tinggal sekali
  • Testimonial bagus
  • Tak perlu nak ambil atau hantar ie transportation all in masuk dlm pakej

Kalau ikut pakej yg agen ni bagi mmg best. Sebab ada 3 pilihan – stay in, ulang alik (halfday) atau ulangalik(fullday). We took the last option. Datang kul 9pg balik jam 4pm. Sbb book tu masa 2016, so dapat la harga 2016. Kalau tak silap tahun ni harga dah naik huhu. Tapi memang CL ni kena book awal. At least 3bln sblm due. Kalau yg CL sendirian berhad tu lagi kena awal sebab dia sorang2 je gerak takde orang bwh dia.

So pantang kali ni memang rasa teratur sikit. Dan kalau kena berjaga malam pun taklah stress bgn pagi tu sebab ada orang yg amik baby kat katil(ummi sambung tidur lg sejam gitu) utk mandikan. Lepastu ada org basuh sidai lipat baju. Ada orang masak kemas dapur. 

Isnin – Khamis : mandi herba, urut, tungku

Jumaat : mandi herba, tangas, tungku

Sabtu : mandi herba, tangas, scrub badan, tungku

Ahad : mandi herba, tungku

Bengkung everyday. Camtulah jadual tiap hari dan badan rasa ringan sangat. Dont know how to explain ringan but yeah. Walaupun iols tak brp suka badan berminyak2 dgn minyak urut tu kan tapi takpe bak kata Hanis Zalikha, berpantang ni adalah a gift to women. A GIFT okayhh. Sebab u dont have to do anything, kena pamper je urut. Tinggal bfeed baby je. Tukar diapers pun CL ni buatkan kadang2. Logika nya berpantang dgn betul ni adalah sebab badan kita ni dah go through lots of changes for the past 9mths pregnancy. Lepas deliver baby, badan tu bukan boleh buat mcm biasa. Kena ‘repair’ dulu mana patut. Tu yg ada urut tungku tangas bengkung.

CL ku namanya Efi. Alhamdulillah Efi serasi sgt dengan kitorang. Baik orangnya. Tak pernah selama 28 hari tu tgk dia moody ke stress ke kecik ati ke. Walaupun kdg saya ni takmo pakai pilis, tak bg lumur minyak yuyi kat baby, ada hari taknak bengkung sbb buasir, makan sesaje lambat2 sbb tgk tv dan sebagainya. Dia selalu cakap “akak kalau ada apa2 tak puas hati akak cakap kat saya terus ya.” Husben pun suka dgn kerja Efi. Siap hari2 suruh tanya Efi nak tak jadi maid kitorg lepas ni. Bila dah stat kerja. So tiap kali time urut tu borak2 cucuk jarum sikit2. Tapi dia insist nak balik Indo bln 4 sebab dah 3 tahun tak jumpa anak2 dia. Dia dah takleh kerja jauh dari anak lepas ni. Tapi dia bg cadangan la eg kawan dia ada yg free, suh tny Datin Rina tu etcetc.  Imagine we used to not liking the idea of having a maid (stranger) in our house but having Efi around make us changed our mind. Gitu je la cite ‘amik maid’ ni sampai situ je. Tak terpk lagi nak bayar agent buat permit utk betul2 amik maid kat rumah huhu

Macam ni lah tiap hari petang2 Efi tolong lipat baju. Laundry walid n ‘Aaqil pun dia buatkan..

‘Arfaan pun tiap hari kena tuam and tungku lepas mandi taw ❤Kiri tu batu sungai yg dibakar atas api kemudian diletakkan daun pisang, dan dibakut dgn towel. Ataupun batu tungku namanya. Tuam satu badan lepas sesi urut untuk lancarkan aliran darah. Kanan pula air rebusan herba dalam periuk. Wapnya lah utk tangas. Kita pakai jubah masuk tangan semua, periuk ni masuk dlm jubah. Kasi wap keluar. 20-30mins. Lepastu bila scrub memang tanggal daki2 inshaallah… scrub kelapa parut atau serbuk kopi. Nyums haha

Lauk pantang fav. Kalau Efi masak ni memang tak sabar nak makan. Ni dia close up. Kentang bilis goreng rangup2 w daun limau purut, bwg2 dan serai hiris. Nyumm. Husben n ‘Aaqil pun suka! Lauk ayam kampung. Sayur. Buah dan air suam wajibbb

Biasanya petang sebelum Efi balik tu dia akan siapkan lauk malam, rebuskan air herba utk mandi petang dan mandikan ‘Arfaan lagi sekali. So malam tu boleh rilek2 (hehe dari siang pun rilek2). Husben je la kena masak tambah lauk utk dia n ‘Aaqil. 

Alhamdulillah dipermudahkan pantang kali ni. Masa awal2 pregnan aritu stres jugak pk nak pantang mana nak duk mana sape nak hantar ambil ‘Aaqil kat skool etc. So husben nekad amik unpaid leave for 1.5months (tq sayang) dan amik CL utk pantang. Alhamdulillah….

Oh kepada sesiapa yg berminat nak ambil CL dr Pn Rina, boleh visit ig dia kat atas tu. inshaallah fast response if nak tanya apa2. CL under dia pun ada dlm 25org. Doa la byk2 dpt CL yg serasi. Sebab lain org lain expectation kan. Kalau boleh time oantang ni la nak bertenang setenangnya. Takmo la CL tu jd penyebab stress hehe. 

Entri sebagai kenangan di kemudian hari. Hehe

Hello KK!

So here we are in KK. Short ‘vacation’ before I go back to the office. Post confinement I have another 1.5months so why not we follow walid to KK kan haha. Kuasser mak nak duk KL sorang2.

Its also ‘Arfaan’s new experience of jetsetting! I mean, on a flight. Duh. And ‘Aaqil’s hundreds times (ok tipu tapi lucky u son kecik2 dah merata).  He was only 44days young 😱

The advantage of KK-KL-KK every weekend, husband is now a GOLD Enrich member. So we got to enjoy golden lounge every trip 😍 Free fooooooood and of course, comfort while waiting to board. Alhamdulillah… ‘Arfaan sleeping with walid while ummi having lunch. ‘Aaqil flying like a pro 💁 doing his own thanggg hihi Now back to ummi so that walid can have his lunch pulak. Gitu lah bila tak dpt seat bassinet. Huhu. Baju dah bertukar sebab baju tadi kena yakyak bocor adui Hello Kota Kinabalu we are so ready for you!!! 😍❤

I’ll resume to work early May so end of this month we’ll be back in KL. ‘Aaqil on the other hand having tough time to understand this – there’ll be only me, him and adik in KL and walid still in KK after this. Well he enjoys this phase (all 4ofus together) very much. I hope he’ll understand. Soon. 

Brotherly Love

‘Aaqil has been the only child for 5 yrs! He never had to share his toys. He never had to share his stuff. And more importantly he never had to share his Ummi & Walid. Hehe

Did i tell you that he never liked babies. Ok rephrase. He didnt have feelings for babies. Kalau jumpa little cousins he wont play with em or even notice their existance (lol). He’ll do his thing. Dia pernah cakap;

“‘Aaqil suka kawan yg lagi besar dari ‘Aaqil”

“‘Aaqil nak sayang baby ummi (adik) je bukan baby lain..” when i was pregnant with ‘Arfaan.

The whole 9 months he was beyond happy waiting for the arrival of his ‘friend’. He would kiss my tummy. Talk to the baby. And even has plan for the baby when the baby is out he he

Their first photo as brothers ❤ 03/02/2017.
The first few weeks was quite tough. He was like fighting for attention. Tiba2 tak boleh gi toilet sendiri. Tiba2 nak teman selalu(dalam rumah). Tiba2 nak ummi suap makan. Semua yg clingy lah. Dah macam bukan dia yang sgt independent sebenarnya. And boy I was stressed out bcoz of this. Long before i realized that it is just a new big brother who has been the only child for 5yrs, going through a new phase, wanting for attention.

Day by day I can see that his love for ‘Arfaan grows. Especially during his ‘ponteng’ days from skool. He’ll help me with diaper changing, tengok ‘Arfaan mandi, singing lullaby to him, keep ‘Arfaan company when im taking my (short and sweet) bath/cooking/doing housechores. And the list goes on. Though he always ask “ummi, kenapa baby tak terus besar” or “ummi, kenapa baby besar lambat sangat”…  #facepalm. 

When he came back from his 1st day of school here, I can see that he misses ‘Arfaan even more. He would kiss all over ‘Arfaan and talks to him using soft voice. And it was very spontaneous! ‘Arfaan on the other hand, now very expressive, would respond to him with his cheeky smile. Awwwwhh 😍 

Sometimes I wonder whether is there any jealousy or inferiority involved since obviously my attention will be more to the baby. So to avoid that, I’d make an effort to give the same attention if not more. Contoh “lepas adik tidur ummi tidurkan ‘Aaqil ok” atau “nanti lepas ummi susukan baby ummi lukis utk ‘Aaqil ya…” I hope slowly and surely he’ll get used to having ‘other sibling’ in the house he he

Moga ‘Aaqil akan jadi abang yang baik, penyayang, melindungi adik2nya dan menjadi contoh yg baik buat mereka. Dan semoga tiada rasa cemburu rasa iri rasa yang negatif antara kamu, hanya rasa kasih dan hormat inshaallah…

 I love you so much my boys ❤

Aqiqah ‘Arfaan

Settling down at our rented house in Kota Kinabalu alhamdulillah…will blog about it later.

Anyway been wanting to post about aqiqah ceremony we did for ‘Arfaan few weeks back but din get the time to write.

Plan nak buat aqiqah tapi venue tu tricky sikit sebab rumah kami apartment tak dapat nak bg tetamu ramai dtg dan selesa. Parking pun lagi satu hal. Masa ‘Aaqil dulu aqiqah buat masa dia 2bln kat kg suami di Baling, Kedah. So utk ‘Arfaan plan buat kat area sini je. Jadi venue terbaik adalah rumah my parents la hihi. Tarikh yg dipilih pula adalah pada 11 Mac 2017, hari Sabtu 🙂

Dalam 2minggu tu cari katerer, kanopi, katerer kambing aqiqah. Sebab jemputan tak la macam kenduri kahwin, jadi buat hi-tea sahaja. Dan menu pun ringan2. 

Jemputan dalam 150pax. Dari kalangan family, jiran2 mak abah, kawan2 kitorang. Jemput makan2 je takde cukur jambul buaian atau doorgift. Sekadar melahirkan tanda syukur atas kelahiran anak kedua kami dan kata abah utk memperkenalkan ‘Arfaan kepada semua.

Alkisah baju ‘Arfaan ni lagi 3 hari nak kenduri baru order kat ig. Hehe. Nasib baik semoat sampai dan muat!

All 4 of us ❤

Alhamdulillah majlis berjalam lancar walaupun ambil gambar ikut dan je. Mana sempat. Takde gambar makanan dan kambing golek huwaaa. Apapun makanan semua sedang elok tak byk berlebih dan tepat jam 6pm tu air dan kambing habis. Maksudnya semua tetamu inshaallah dapat merasa kambing aqiqah…

Menu hari tu;

  • Kambing golek + mashed potatoes + coleslaw
  • Soto nasi impit
  • Bihun goreng
  • Kuih yg macam2 ie talam ubi, karipap, tako, koci, roti sarang lebah
  • Buah tembikai, nangka madu, honeydew
  • Air sirap pandan
  • Teh tarik

Memang marvellous alhamdulillah. Katering pun amik restoran belakang rumah mak abah hehe. Senang apape hal. 

Rezeki ‘Arfaan ramai tetamu yg bagu hadiah dan duit. Nnt kita simpan tabung haji ok sayang…

Terima kasih tak terhingga utk family yg banyak membantu semasa dan selepas kenduri. Yg sposor kuih2 dan juadah. Terutama mak abah yg ‘sponsor’ venue. Hehe. Hanya Allah dapat membalas…❤