Category Archives: Love

Sakura Hanami

Alhamdulillah we experienced the magnificent view of sakura during our visit to Japan last March!

Saya pakai hashtag #krashkozzjapan kat ig sebab imagine kitorang pergi Osaka-Kyoto-Tokyo dalam masa 6 hari! Selain dari nak merasa naik shinkansen, tujuan utama ke sini mestilah nak sakura viewing(hanami) hihi.

Gambar iPhone tak secantik Samsung tapi jadilah kan daripada takde ;p

1. Shirakawa-Minami Dori   Ni tgh kelaparan mencari ramen halal dalam hujan renyai2.  Hihi. Dekat dgn restoran tu, Gion Naritaya, ramen sedap, yakiniku sedap, wagyu beef sedap, chicken karage sedap. Haih. 

Ni masa dah kenyang perut senang hati. Tepi tu ada sungai omg cantik gila pls?

2. Kyoto Imperial Park   Elok sampai je sini, hujan turun dengan lebatnya. Setengah jam jugak berteduh kat salah satu shrine.
  Masa ni Kyoto baru nak bloom sakura nya. So dalam sebesar2 park tu tak banyak sakura tree yg fullbloom. So ramai kerumun pokok sakura ni. Comel je

3. Sagano Romantic Train
  

4. Shinjuku Gyoen Park
Park ni dalam 5-10minit jalan kaki dari JR Shinjuku station. Kalau nak solat, boleh singgah kat Takashimaya Square Mall, dlm 5minit je jalan dari park. Ada musolla kecik kat situ.
    Sambil suami hantar ‘Aaqil yakyak, saya selfie jap. Kitorang sempat berpiknik makan roti Gardenia cicah kuah Brahims kat sini. Berlapikkan disposable raincoat #sebabtujeyangada #seriustaktipu

5. Ueno Park
 Ini adalah tempat yg paling best kalau nak sakura hanami/viewing. Melaut-laut sakuranya. Sama macam pengunjungnya. Masa kitorang pergi tu agak sesak dengan manusia. Tapi berbaloi sesangat sebab foc je takyah bayar. Dalam park ni jugak ada Ueno Zoo tapi kitorang tak pergi la. Lokasi pun senang sebab dekat je dgn stesen Ueno (JR Yamanote line). 

Istimewanya Sakura ni dia bloom kejaaaap je. Lepastu ada jadual dia. Kalau seantero Jepun tu, ada date bloom utk setiap prefecture(bandar). Tempoh antara Mac-Apr.  

 So kalau uols nak tgk Sakura, pastikan cek dulu kalendar Sakura sebelum beli tiket atau sebelum siapkan itenerari. 

Goodluck! ?

Nak Baby

Lama dah tak cite pasal ‘Aaqil. Dah 4 tahun dah pun Januari lepas. Oh panjang akal sangat. Sekarang ni dalam pada semua benda nak buat sendiri, ada lagi rengek “nak ummmiiii..” dia tu. Dah boleh mandi sendiri, cebok yakyak sendiri, buat susu sendiri, basuh pinggan mangkuk periuk pun nak buat sendiri. Kadang stress sebab bila dia buat sure tertumpah la, terbanjir air la, becak la toilet. Hmm. So kena very close monitoring lagi.

Sooo memandangkan dah fefeeling besar, sejak beberapa minggu lepas ‘Aaqil suruh panggil dia ‘abang’ hashtagnoimnotpregnantyet. Haha. Lepastu asik sebut nak baby ummi nak baby ‘Aaqil. Maksudnya nak adik lah. Sebab dia memang nampak boring la main sorang2. Walid pun takde. Ummi asik buat housechores (macam bz sgt). Pastu bila balik rumah atok wan dia Nampak la dia seronok ramai orang dan kazen. Dia selalu cakap ‘Aaqil suka ramai-ramai… T_T
So semalam dia repeat lagi nak baby. Alang-alang Ummi pun tanya lah,

Me : ‘Aaqil nak baby berapa orang?

‘Aaqil : Nak tiga lah ummi. Nak one 4yrs old, one 4yrs old, one 3yrs old.

Haha! Siyes ni main order je kan. Pagi tadi pun tanya soalan sama jawapan tetap sama ie 2 org 4yrs old, sorang 3yrs old. LOL!  

 Moga Allah perkenankan doa ‘Aaqil ummi dan walid untuk dapat baby yang ramai ya. Amiiinnnnnn

Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 2

Bagi saya dan suami ini merupakan umrah pertama dan dipanggil umrah wajib. Maksudnya umrah ni takboleh dibuat dihadiahkan/diniatkan utk orang lain. Dah setel yang ini baru boleh umrah utk orang. Kalau ikut kursus yg saya pergi tu,1. Hadiahkan untuk mereka yang telah meninggal dunia ataupun mereka yg sakit tenat yakni memang tak dapat la buat sendiri. Paling afdhal hadiah untuk parents.

2. Untuk satu umrah tu boleh hadiah untuk sekali ramai. Lepas tahallul tu, lafazkan dengan ini saya hadiahkan umrah ini untuk xxxxxx kerana Allah taala.

Ok so anywayyyy. Dah siap breakfast semua kami pun turun ke lobi dengan group kami. Mutawif kami namanya Ustaz Abd Rahman, asal Indonesia dah berpuluh tahun tinggal di sana. Dari hotel ke Masjidil Haram boleh berjalan kaki sahaja tak sampai 50meter. So niat kan dah setel masa kat miqat kan. Berjalan lah kami ke Kaabah untuk mulakan rukun ke-2, TAWAF tujuh pusingan keliling Kaabah.

Pertama kali nampak Kaabah, rasa naik bulu roma. Sampai masa menaip ni pun rasa bergenang airmata. Perasaan yang tak sama macam nampak Eiffel, Big Ben, Disneyland. Rasa yang lebih hebat dari itu. Kami baca doa yang ada dlm buku panduan Umrah – – – doa melihat Kaabah. Kami dibawa mutawif untuk melakukan tawaf. Bermula dari penjuru Hajarul Aswad, keliling 7 pusingan. jemaah sangat ramai jadi kami kena pegang each other. Walid pulak dukung ‘Aaqil. Plan asal nak pimpin ‘Aaqil kat tengah tapi subhanallah ramainya manusia, suami kena dukung juga ‘Aaqil. Kena pastikan bahu kiri menghadap Kaabah. Kalau terpaling, kena repeat pusingan tersebut. Sebabtu susah sikit kalau pimpin tangan anak sebab katalah terlepas, kita takleh toleh ke belakang dsbg. Bacaan pula terpulang masing2. Tapi untuk pertama kali ni kami ikut mutawif. Mutawif ikut doa dalam buku panduan umrah. Sepanjang tawaf kena dalam keadaan berwudhu’. So kalau terlepas angin tu kena la keluar, berwudhu’ dan repeat pusingan tersebut. Purata nak complete tawaf dalam pace yang normal adalah satu jam. Kami mula tawaf kalau tak silap jam. Oh ya, di penjuru ke 3, dinamakan penjuru Yamani yakni penjuru sebelum Hajarul Aswad, menurut riwayat ada beribu-ribu malaikat yang mengaminkan doa. Maka bila lalu kat sini, doalah apa2 yang dihajatkan paling utama mohon diampunkan dosa diajuhkan dari Neraka dan diberi kebahagiaan hidup dunia akhirat. Bila sampai ke pusingan baru, lambaikan tangan ke Hajarul Aswad dan beristilam (kucup tangan dan lafaz bismillahiallahuakbarwalillahilhamd).

Alhamdulillah habiiiis je 7 pusingan kami minum air zamzam sambil memandang Kaabah. Kemudian tunaikan solat sunat tawaf. ‘Aaqil alhamdulillah suka sangat dengan ‘aktiviti’ ni. Enjoy sesangat esp bab istilam dan minum air zamzam hehehe.

Next rukun — SAI’E! Dari kawasan Kaabah nak ke bukit Safa dalam beberapa minit sahaja berjalan kaki. Tak terasa pun sebab lalu kawasan masjid je. Haaa ni pun ‘Aaqil berdukung. Mula2 tu nak la berjalan. Paling fav dia masa kena lari anak kat lampu hijau hehe. Last2 suami kena juga dukung dia. Cian jetlag pun tak habis lagi ye nak 😉 Permulaan Sai’e adalah berdiri atas bukit mengadap Kaabah dan baca doa. Kemudian mulalah berjalan dari Safa ke Marwah. 7x jadi mula di Safa, berakhir di Marwah. Sai’e ni tak perlu berwudhu’ pun. Dan tiada syarat spesifik so just jalan seperti biasa ke arah hadapan. Jangan mengundur pulak hiks.
Selesai Sai’e, baca doa lagi dan di bukit Marwah tu, lakukan Tahallul, rukun yang terakhir. Tahallul tu apa? Gunting rambut 3 helai sambil pegang rambut tu, baca doa dan gunting. Biasanya mutawif buatkan yang Jemaah lelaki dan kemudian yg family/spouse lelaki guntingkan rambut yang perempuan. Maka selesailah UMRAH WAJIB kami yang pertama!! Moga Allah terima ibadah dan doa kami. So basically nak completekan satu umrah dalam 2 jam sahaja minus niat di miqat. Sebab kami mula tawaf dalam jam 11pg. Selesai Tahallul jam 1pm camtu. Kejap je. Yang terasa lama tu sebab dari niat kat miqat sampai nak ke tawaf tu makan masa hamper 12jam atas urusan imigresen, perjalanan ke hotel, makan2 dsbg. Umrah yang seterusnya kami bermiqat di tempat yang lebih dekat dgn Masjidilharam jadi kalau keluar jam 9pg, mungkin 3-4 jam lepastu dah boleh settle Umrah 🙂

Apapun, tersangat rasa bersyukur atas rezeki yg Allah berikan sepanjang kami beribadah di sana. Rezeki kesihatan kerana alhamdulillah paling teruk pun batuk je takde yg demam dsbg , rezeki kelapangan masa kerana kami pergi tu kerja di ofis slow down sebab baru habis appraisal hihi, Allah beri rezeki lebih sikit untuk stay di hotel yang dekat dgn Masjidilharam. Jadi segalanya mudah ie nak ke toilet yg selesa, nak ulang alik solat Jemaah tiap waktu, nak balik makan, mall pun kat bawah je kalau nak beli apa2, dan paling utama rezeki dapat bawa my parents sekali at least sekali seumur hidup mereka dan ketika mereka masih sihat dan kuat. All praise is due to Allah. ALHAMDULILLAH.
Meh kongsi beberapa gambar kami ketika di sana 🙂
  
Dataran Masjidilharam

 
 
Solat berjemaah pertama kali di MasjidilHaram bersama mak tercinta <3

 
Atok, wan & ‘Aaqil berlatarbelakangkan ZamZam tower

  
  
View from our room. ‘Aaqil suka makan n lukis2 sambil tgk orang tawaf hehe

  
   
Esoknya pagi2 kami ada ziarah luar Mekah ie Jabal Rahmah, Jabal Thur, Jabal Nur, Mina, Arafah dan sekaligus bermiqat di Masjid Ja’ronah (jarak 20mins naik bas) untuk umrah yang ke-2. Umrah yang ketiga pula miqat di Masjid Hudaibiyah (jarak 30mins naik bas).

Ok2… nanti saya sambung lagi ya hehe

Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 1

Tahukah anda perasaan rindu kepada Haramain tu sukar digambarkan. Alangkan belum sampai pun boleh rasa rindu, inikan pula bila dah jejak kaki ke sana. Saya ambil masa berbulan untuk hilangkan rasa rindu yg kuat tu. Perasaan tu macam jadi sebak bila teringat, tiap kali solat nak bayangkan kaabah depan mata, that kind of feeling. Yang buat bertambah sebak sebab mungkin saya ke sana dgn mak abah, orang yg paling saya sayang dan betapa bahagia bila mereka dapat ikut ke sana sekali 🙂  
Plan asal nak pergi bulan Nov. Tapi memandangkan suami tak dapat bercuti, so postpone la sebulan. Alhamdulillah tarikh utk Disember tu still ada cuma masuk Mekah dahulu. Tak ramai kenalan dan family saya yang berpakaian ihram dari Malaysia jadi saspen juga. TIPS, jika kita rasa mudah maka akan mudahlah ia. Allah menurut sangkaan hambaNya kan. Jadi think positive je jangan fikir susah etc.  

Siapa sangka kami para Jemaah diuji seawal kami di KLIA! Flite sepatutnya jam 10pagi. Lepastu masa taklimat kat KLIA, diberitakan yang flite tunda ke 12tghari. Ok la takpe lagi. Lagi sejam nak fly tu, kami pun pergi ke boarding gate. Masuk dalam kapalterbang. Tapi tak fly2. Kami diminta turun dari flite dan rupanya kapalterbang tu ada masalah teknikal. Fuh menguji kesabaran jugak. Cuma mujur masih di Malaysia. Sebab kami ada dengar ujian kat imigresen Jeddah lagi seksa. Ni macam intro la kira huhu. 

Tak lama kemudian pegawai TH kata flight bakal berlepas jam 8 malam. Ya, 8 MALAM. Masa tu baru pukul 2ptg mcmtu. MAS sebagai ganti akan beri kupon lunch, hotel untuk mandi2 rehat2 dan dinner. So para Jemaah ni pun berpusu la ke restoran utk pakai kupon lunch tu. Tak silap kat Burger King dgn satu kedai noodle ni je boleh redeem lunch. Punyalah ramai beratur. Sebab kiranya satu flight tu kan.

Lepas lunch, naik bas ke hotel (area Sepang), amik kunci bilik, mandi2 dan dinner. Kesian tgk muka masing2 macam letih berpusing2 dlm negara sendiri. Hihi. Yang lawak tu kami hantar la gambar dah sampai bilik hotel kat whatsapp group family. Mereka ingat kami dah sampai Mekah dah. Ha ha. ‘Aaqil pun bila sampai hotel tu dia kata ummi kita dah sampai Dubai ke. Pulokkk T_T

  
Alhamdulillah akhirnya kami berlepas juga jam 8malam ke Jeddah. Penantian yang sangat menguji. Permulaan ibadah umrah kami yang sangat menarik dan sukar dilupakan.

Sepanjang atas flight saya tgk tak ramai Jemaah yang bukak inflight entertainment hihi. Mungkin sebab penat sgt menunggu dari Subuh, nak isya’ baru boleh naik plane masing2 dah terlelap. Ada yang ulangkaji rukun umrah dan doa2. Termasuklah saya. ‘Aaqil Alhamdulillah happy je. Dia sorang je yang tgk movie gamaknya. Dalam gelap lak tu haha. Makan pun elok. Lepas tu tidur. 2 jam sebelum mendarat, ketua agama TH (ustaz) buat taklimat sikit. Ingatkan Jemaah terutama muslimin (sebab tak boleh pakai pakaian berjahit/tutup kepala etc) untuk berpakaian ihram dan baca bersama niat ihram. Jika anda masuk Mekah dahulu, miqat adalah di Qarnul Manazil yakni 1-2jam sebelum mendarat di Jeddah. TIPS, kalau Jemaah lelaki tu takpe je nak pakai ihram belah bawah sahaja kemudian jubah diluar. Sebelum niat ihram, kena cabut la apa yg patut kemudian pakai ihram belah atas.
Tak dapat dinafikan lepas niat ihram tu debaran dia lain macam. Bermulalah pantang larang ihram hingga lah lengkap rukun umrah. Niat – Tawaf – Sai’e – Tahallul – Tertib. Kalau perempuan debar dia lebih kepada rambut yg gugur/tercabut. Saya ni pulak ada habit pelik suka cabut rambut dan Tarik rambut gugur. So memang kena bertahan la rambut gatal ke apa. TIPS adalah jangan cari rambut gugur kat baju ke inner ke serkup ke. Atau garu/sikat rambut beriya.

Touch down dalam kul 12tghmalam waktu Jeddah. Macam zombie masing2. Beza tau touchdown pergi cuti2 dgn touchdown Umrah. Rasa rendah diri sangat dpt jejak kaki ke Jeddah. Baru airport ni wei. Lagi bertambah sayu ni sebab masing2 berpakaian putih bersih nak menjadi tetamu Allah.
  
Dekat 5 jam jugak tunggu nak clear imigresen. Jeddah airport ni takde sistem yang teratur. Line q pun takde. Jadi ikut dan je lah. Masa flight kitorang sampai tu ada lagi 2-3 flight lagi serentak. ‘Aaqil alhamdulillah tak meragam sebab dah puas tidur agaknya.
Ambil beg semua dan naik bas untuk ke Tanah Haram, Makkatul Mukarramah. Perjalanan mengambil masa sejam lebih kurang. Sempat singgah Subuh di masjid tepi jalan. Oh bila mutawwif tu announce je “Kita dah masuk Tanah Haram…” perasaan sebak tu sukar digambarkan.
 Rasa macam mimpi jadi kenyataan dapat jejak tempat di mana Rasulullah pernah suatu ketika dahulu terima wahyu dan berdakwah, tempat dimana Islam bermula, perit jerih perjuangan Rasul dan sahabat membangunkan Islam. Masa sampai tu fajar baru menyinsing. Kami terus ke Hotel Movenpick, check in bilik, makan breakfast dan kemudian turun ke lobi untuk Umrah yang pertama :):)

Bersambung…

Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Ewah!

Ada kawan tanya saya cuti panjang pergi mana. Bila cakap pergi Dubai terus dia kata eh bukan dah banyak kali ke pergi. Saya jawab “aah…sebab suka..”. Haha. Tapi selain daripada sebab suka, tapi sebab tu adalah flight yang paling murah dari Ashgabat. Imagine kami 3 beranak cuma USD300 je return ASB-DXB. Sambal menyelam minum air lah. Janganlah pergi Dubai je. Kena bijak plan supaya dapat pergi ke tempat yang tak pernah pergi juga…

IMG_3252.JPG

Maka kami pun sampai lah di ABU DHABI… Alhamdulillah…

Continue reading

Ashgabat 2014/2015 – Down Memory Lane

Ok as most of you know, we visited Ashgabat during year end holidays. So much fun. Kami memang plan 2 minggu cuti akhir tahun (xmas – new yr) tapi asalnya taktau nak pergi mana. So what I did was I gave my husband proposal of places to go. Ada 4 ke 5 option tak silap. Very high level schedule lah. Nak tengok budget. Maka salah satu option itu dipilih dan alhamdulillah MEMANG TERBAIKKKK.

Basically itinerary trip kami berpandukan ini;

3 malam di Ashbagat
3 malam di Abu Dhabi
3 malam di Dubai
3 malam di Ashgabat

Continue reading

7 Tips Parenting Yang Saya Suka

Its 20’th Jan again! Happy 3rd Birthday anak ummi sayanggggg <3 IMG_4788 May Allah showers you with his love and eternal blessings. Bagi saya, ‘Aaqil ni mudah nak dijaga. Ada la beberapa time yang ya allah geramnyaaaaa. Tapi saya ambil tu sebagai cara Allah ‘sampaikan’ pahala kepada saya (dan mereka disekeliling dia ahaks). Sempena memasuki tahun ke-4 sebagai ibubapa, ada beberapa poin dari artikel parenting(secara random) yang saya nak share dan boleh dijadikan panduan (selain dari from my mom ofkos) untuk  saya terapkan-tapi-kadang2-emosi-menjadikanku-ngelat;

Continue reading

Big Boy ‘Aaqil

Kejap je ‘Aaqil dah pun 2y7m. Rasa macam baru je habis pantang hehe. Sekarang ‘Aaqil dah makin panjang akal. Macam-macam idea dia. Vocab pun dah banyak. Alhamdulillah.

1. Favourite dia adalah transports dan binatang. Lorry, tow-truck, train, bus, car, tractor, basikal, motorsikal, bomba/firetruck etc. Semua tu memang dia kenal dan akan menjerit bila nampak dlm tv atau kalau dlm keta hhee

2. Kartun. ‘Aaqil tak berapa tgk tv sangat. Tapi sekarang ni dia minat Frozen, Thomas&Friends, Chuggington dan ofkos UpinIpin. Ni semua tgk kat iPad je lah. Limit sejam seminggu je maksimum iskk

3. Suka menari dan menyanyi alahai. ikankekek mak iloi iloi, nenek si bongkok tua, letchum uh lala, gummybear(hafal ni step menari) etc. Lepastu suka compose lagu sendiri. Macam certain words tu nanti dia akan jadikan lagu ikut suka dia. Contohnya aritu dia duk main car dia kacau laluan toknyang(my atok) dia nak lalu. So my mom cakapla, ‘Aaqil tepi sikit toknyang nak lalu… Lepastu dia nyanyi “toknyang lalu toknyang lalu” kah kah. Sampai ke hari ni konsisten je kalau tanye dia camne lagu toknyang? Nanti dia nyanyi la lagu tadi hahhaa

4. Vocab dah banyak. Infact dah boleh buat ayat lengkap kadang2 tu (4-5words in one sentence). Antara ‘bahasa’ dia,
– susu ticer : susu yang diletakkan dlm botol biru bwk pi skool
– ‘aaqil punye : dia nak dia punya sendiri. taknak kongsi
– nak air besar, nak peluk besar : nak air banyak, nak peluk kuat2
– nak angkat tangan : nak mandi, bukak baju
– nak bomba : kalau tgh baring dia sebut ni, maknanya dia suruh ummi cerita pasal bomba T_T
– nak air yellow : nak air oren
– nak susu mouse : nak airkotak freshmilk ada gambar mickey mouse
– nak lukis : nak pen
– nak basah : nak kuah banyak2
– nak pintu : nak lalu
– tapi…tapi : tepi…tepi
– nak garu garu : mintak gaulkan nasi dia
– nak horse : nak naik mainan kat mall yang masuk duit syiling tuh

Mungkin bulan depan dah takde dah term2 macamni hihi

5. Boleh terima arahan dan buat. Kena cakap dgn dia slow2, step by step dan kemudian hi-5. Katalah nak pujuk dia mandi sebelum makan, kena cerita kat dia…aaqil buka baju, mandi, bubuh sabun, pakai baju thomas, pastu boleh makan ok? High% ummi! Kalau dia taknak dia akan cakap taknak. Tapi kalau pujukan berjaya dia akan hi-5. Senang ummi atau sesiapa nak kowtim n faham heheh

6. Suka main car merah dia. Tapi stail dia adalah kena make sure ada halangan. Seperti baju yg belum dilipat. baju yang telah dilipat, toys dia. Kalau orang clearkan jalan dia, nnt dia marah. Sebab dia nak lenyek benda2 tu T_T

7. Nak buat semua benda sendiri. Ambil pinggan, cedok nasi dan lauk (termasuk sambal), suap sendiri, tuang air, angkat pinggan bawak ke dapur, buang sisa mknn dlm tong sampah dan letak pinggan dalam sink. Hai la anak ummiii

8. Dah boleh kira 1-10 both english and malay. Good job!

9. Sejak umur ‘Aaqil 2 tahun aritu mata ‘Aaqil macam ada squint sikit. We went for several specialist appointments on his condition. It turns out it is not ‘lazy eye’. Tapi nama simptomnya adalah moderate exotropia. Dia jadi kadang-kadang je bila dia penat atau ngantuk atau tgh fokus berfikir. Mata dia lari sikit. Punca disebabkan muscle mata lemah sikit. Mata kanan je. So back in May we went to meet Dr Azura at PCMC, the ophtamologyst. Then she referred us to Ms Sherene at Sunway MC who’ll measure his ‘squintness’. Kira macam further lagi lah. So we’ll have few more appointments with these ladies before we can finally undergo surgery (if required – depends on his progress). Moga Allah kurniakan yg terbaik utk anak ummi cayang 🙂

Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian dariNya 🙂

photo

‘Aaqil dan cousinnya Izzah, teman rebut toys dan teman gaduh hihi

Cameron Highlands : Of Strawberries, Roses, Butterflies & Tea

Bertolak dari Taiping nak ke Cameron Highlands ni agak-agak nak dekat waktu Asar gak. Saya dan suami memang tak sevey langsung pasal jalan atau duration nak sampai atas jadi bajet dalam sebelum Maghrib mesti dah leh cek in hotel.

Sekaliiiiii

Amikk..2 jam nak sampai Simpang Pulai dan lagi 2 jam jugak nak sampai hotel. Sudahnya sampai pekan Brinchang dalam kul 9pm lebih. Dari pekan Brinchang nak ke hotel ada lah dalam 15minit lagi. Fuh imagine naik jalan yang macam ular kena palu tu dalam keadaan gelap pekat takde lampu. Ish memang doa je banyak2. ‘Aaqil pulak taknak duduk diam. Carseat lagilah tidak kan. So kena pegang je dia huhu. Lagipun dia dah restless kot. Sian lama dalam kereta.

Kami duk kat Strawberry Park Resorts. Hotel ni okay la sebab tak pernah lagi bermalam kat CH seumur hidup jadi tak reti nak compare dengan hotel lain. Cuma agak jauh sikit la kalau nak cari tempat makan. Rasa jauh tu sebab kena tempuhi jalan bersimpang siur tu. The nearest town is Brinchang la kan.photo 2

Satu yang saya suka kat hotel ni adalah Buffet Breakfast dia. Variety sangat dan sedap. Scenery pun cantik. Gambar atas ni kitorang makan kat balcony dia. Angin ala2 masa autumn. Sejuk dingin gitu…

Memang plan nak leisure2 ja trip CH ni. Mana sempat kami pi mana tak kita plan lainkali. So tempat wajib semestinya LADANG TEH, PETIK STRAWBERRY, ROSE GARDEN dan BUTTERFLY PARK (utk ‘Aaqil). Pagi esoknya baru tgk map dan plan iteneraries.

Strawberry Park
Dalam 3km je dari ladang teh BOH. Boleh petik sendiri stroberi secara percuma lepastu dia akan timbang lah. RM40 sekilo tak silap. Tapi memang manis-manis la stroberi dia. Leh petik dan makan terus. Disebabkan kitorang datang masa raya jadi tak ramai orang. Masa petik tu kitorang je ada. Lagipun ada banyak tau tempat nak petik stroberi ni di serata CH. So pilih je nak gi mana. Hehe. ‘Aaqil seronok makan stroberi. “Sedappp. Emm manisss” tu je komen dia haha. Kitorang bawak balik sekilo jugak stroberi. Dapat 3 box camtu.

photo 1 photo 2 photo 3

Butterfly Park
‘Aaqil suka sangat park ni sebab macam mini zoo. Selain rama-rama yang bebas berterbangan, ada ular, kura2, arnab, ayam, itik, insects, ikan, sesui sangat bawak budak2. Lagipun di macam separa outdoor dan tak luas sangat so just nice je tak sempat penat dah habis (makbapak le tew yg penat haha). ‘Aaqil excited sebab semua binatang yang dia nampak tu dia selalu tengok dalam buku je. Atau tv. So jumpa real life happy sangat. Ummi pulak suka cerita arnab dgn kura2 kat dia. So bila dia nampak binatang tu dia macam tersipu2. ‘Aaqil panggil kuwa2 tu turtle. Bolehlaaa hahaha
IMG_7388.JPGIMG_7393.JPG

BOH Tea Plantation Sg Palas
Ni lah tempat wajib org datang CH kunjungi. Dalam Ombak Rindu ada scene Aaron dgn Lisa Surihani bertekak kat sini. Kat CH ada banyak tau ladang teh. Kebetulan kami ternampak exit BOH punya ladang ni dan alhamdulillah mudah je sampai. Nak naik ke atas lagi tu memang lagi almost 10km. Tapi harus diingat tau yang tempat ni tutup hari Isnin sebab KITORANG DAH TERKENA haha. So pegi hari isnin, terstuck kat pakgad. So plan ditunda ke esoknya hari selasa. Amik gambar kat ladang2 je takleh naik sampai Panaromic View/ Factory/ Souvenir Shops tu.

IMG_7336.JPGphoto 3photo 4
photo 5

Pit stop kejap tengok macammana serbuk teh diproses daripada daun, minum2 kat observation deck dan selfie lah kan apelagi. I mean like hello? ;p Dah alang2 panjat tinggi2 nak sampai atas kan. Mak letih tau (sedar diri).

Rose Garden
Taman ni saya pernah pergi lebih kurang 8 tahun lepas. Masa tu ros dia mekar berkembang. Warna warni memang cantik. Tapi bila pi aritu rasa macam frust nye lahhh. Boleh kira dengan jari kot ros yang berkembang. Yang lain semua layu. Ada sorang pekerja kat strawberry park tu kata CH dah sebulan tak hujan. Memang masa kitorang kat sana tak sejuk sgt pun. Ekon pun sejuk lagi kot. Bawak jaket utk ‘Aaqil tapi in the end tak pakai pun hihu. Lengang je Rose Garden ni. Sedih jugak kan sebab it used to be so popular. Macam tourist must visit gitu. Dululah..

photo 1 Satu yang saya sarankan kalau anda semua datang kat CH nanti adalah SILALAH MAKAN DAN BAWAK BALIK JAGUNG MANIS DIA. Sedap sangat. Butir jagung dia tak kuning sangat tau. Macam kuning pudar nak ke putih gitu. Tapi manis sangat! Dan rangup. Fresh dipetik dari ladang. Orang selalu cliche bawak balik stroberi, ros, teh kan. Cuba korang try jagung dia serius rasa nak naik lagi semata-mata nak makan jagung dia *pencinta jagung i ni so review jadi macam over sangat padahal tak over pun memang betul*

Cactus Point
Pastu beli kaktus beberapa pot dan pokok bunga untuk mak dan kakngah yang suka gardeing. Kalau anda suka gardening mesti rambang mata tengok pokok kat tempat ni. Cantik sangat. Sejuk mata memandang. Ada dari saiz kecik sampailah saiz besar bonet kereta (untuk beli bawak balik tu lah paling besar kan).

 Kami pulang dengan hati yang gembira dan laundry yang banyak nak ulang jugak tak kira.

Alhamdulillah.

europe trip – Paris (Day 2)

Ok tadaaaa saya bagi kesinambungan daripada entri sebelum ini. Hihi pasrah la kan walaupun basi. Sekadar nota di kemudian hari.

Hari ke-2 di Paris kami berjalan-jalan mengikut itenerary saya masa ke Paris tahun 2009. Cuma kami tak ke Disneyland la sebab masa kami agak suntuk. Sebab nak spend masa kat Disneyland kena seharian. Rugi kalau pergi separuh hari. Lagipun ‘Aaqil pun kecik lagi memang takkan ingat lah memori kalau pi sana. So kami proceed jenjalan je di sekitar Paris dengan hop on hop off metro. Cuaca agak mendung the whole day. Infact separuh hari hujan iskkk. Tips nya jangan pergi masa transition musim sebab akan banyak hujan. Kami pergi masa tu autumn nak tukar ke winter…

Kami memang jenis yang melancong bukan untuk shopping. So LV ke apa ke sila tengok dari luar je ye. Kalau masuk pun cuci mata je. Kahkah. Maka beginilah perjalanan kami di hari tersebut…

Sacre Ceour
Rupa dia ala-ala masjid sikit. Walking distance je dari apartment kitorang kat Montmartre. Masa ni dah mendung dah. Hampir-hampir kitorang sesat sebab punyalah tinggi bukit yang nak didaki tak sampai-sampai. Dah sampai atas, amik gambar lompat-lompat sikit. P1030166 Kami turun guna Funiculaire. Macam tram gitu lah turun ke bawah. Boleh jugak nak jalan turun ikut tangga tapi taknak buang masa. Bayaran tak pasti lah tapi lebih kurang macam nak metro harganya. Tinggi macam bangunan 20 tingkat gitu..

La Defense
Dari stesen Anvers (biru) kami naik hingga ke hujung sekali line kaler kuning. Tak ingat nama stesennnya. Ada satu monumen berbentuk segi empat yang sangat besar. P1030183 Unik sangat bangunan ni. Kalau tak silap ada office kat sini. Technip Paris pun area sini. Masa ni dah renyai sikit. Jadi kami turun ke subway lepak kejap. Subway kat La Defense ni ala2 KL Sentral sikit.

Arc de Triomph
Kalau tengok dari top Eiffel, boleh nampak Arc ni tengah2 kat centre dan ada cabang ke segenap bahagian lain di Paris. Bawah monumen ni ada muzium. P1030197 Paris memang banyak muziummmmm. Haa kat sini kitorang stop jap duduk kat bench fefeeling orang perancis makan senwic yg dah ditapau. Haa masa kat sini hujan dah berhenti alhamdulillah. Lepas amik gambar (lompat2 lagi) kami teruskan perjalanan di sepanjang jalan yang terkenal iaitu,

Champs de Elysse
Yang buat femes ni sebab jalan ni tersangat panjang dan pelbagai kedai berjenama spt Louis Vuitton yang sangat besarrrrr along this road. Kalau tak silap kami masuk kat Zara je kot. Oh dan Tag Heuer hihi. Tu pun sebab hujan hihih. P1030211 Belilah payung sebatang sebab masa ni hujan dah makin lebat

Grand Palais dan Concorde P1030227 Istana dan monumen yang sangat indah. You all boleh jalan kaki atau naik metro untuk sampai ke destinasi ni semua. Sebab memang dekat antara satu sama lain…

Musee du Louvre
Masa kat sini hujan dah lebat sangat. Sedih gak sebab ni antara tempat yang sangat saya nak bergambar. Oh disinilah dikatakan gambar Monalisa disimpan. P1030249 Kami turun ke bawah ‘pyramid’ tu untuk berteduh dari hujan. Orang sangat ramai despite the rain. Kami spend dlm sejam juga disini sebab stuck tak boleh pergi mana2. What an experience…

Grand Mosquee de Paris
Kami singgah makan lunch di area masjid ni dan tunaikan solat jama’ kat sini. Alhamdulillah. Kat area masjid ni juga ada banyak kedai daging mentah yang halal.

Laduree
Macaron yang terkenal tu boleh didapati kat sini. Tak silap metro line hijau. Haha teringin punya pasal maka kami pun menapak ke sini. Jauhnya mak aih sampai nak tercabut kaki. Belilah jugak 6 ketul (sekotak kecil) yang berharga hampir eur40 *nangis*…tapi serius memang sedap. Lain sangat dengan macaron kat tanahair (lupa diri). P1030263 Rasa dia tak manis sangat dan lemak2. My fav is pistachio and rose (baru beli 6 ketul dah ada feveret matilahhh inisemuapoyo kah2). Bila otw back baru tau yg sebenarnya Laduree ni ada je kat Champs Elysse tadi. Perancangan kurang bijak disitu ya.

Notre Damme
Masa ni dah gelap. So pergi takat cukup syarat je. P1030265 Haa dalam ni ada muzium. Dan kat taman tu patut ada burung jinak macam pigeon tapi sebab dah malam mungkin dah pulang ke sarang. Gitu. Kami dinner di restoran yang sama saya pernah makan dengan the girls back in 2009. Restoran Istanbul ape tah… Lepastu shopping souvenir sikit dan pulang ke apartment…

Balik tu dah kul 10 ke 11 malam. Packing untuk ke Frankfurt keesokan harinya. Alhamdulillah ‘Aaqil pun baik je tak cranky. In fact masa dinner tu still aktif lari2 dlm restoran kacau org lain makan hehe…

Till next entry xoxo