Category Archives: Home Sweet Home

Menuai Hasil Kebun!

Bahagianya melihat sayuran yang diternak gemuk. Kemudian dituai beramai-ramai. Memang meriah sangat hihi

IMG_7088

makcik makcik kebun

Inilah rutin masyarakat Jalan Kelubi sejak sebulan yg lepas. Dgn bantuan MBSA, dan sepakat penduduk kejiranan, dapatlah secara rasminya sayuran bayam hijau, bayam merah dan kangkung ni dituai oleh kami dgn total 98kilogram!!!

Yang seronok tu dari pangkat atok nenek sampailah ke anak cucu turun sama nak merewang. Acara dimulakan dengan sarapan secara potluck. Lepas tu satu group menuai tanaman dan satu group lagi timbang dan bungkus untuk diagihkan kepada masyarakah Jalan Kelubi. Ada makcik tu volunteer nak masak kangkung belacan fresh dari ladang sebagai juadah lunch…pergh

IMG_7089

spot my ‘AAQIL!

Lunch ada nasi arab, nasi putih, ayam panggang LOCO, kangkung belacan, sambal tempoyak, sambal belacan dan ikan masin. Memang terangkatttt

Kalau nak ikutkan ada banyak lagi sayuran lain. Sawi, kalian, terung, etc pastu buah2an mcm cermai, mangga dsbg. Memandangkan majority ahli kejiranan kami ni terdiri dari golongan yang sudah bersara, maka sistem gotong royong dan gilir siram pokok dan menjaga tanaman ni telah dibuat. Syoklah jugak tengok semangat kejiranan yang tiba-tiba timbul dgn meriahnya.

‘Aaqil pulak sejak kecik dia suka pergi siram pokok dan kutip siput kat halaman rumah tu. So bila dah ada Kebun Komuniti ni lagilah seronok dia. Ummi kalau balik kerja selalu kena jenguk dulu kat kebun tu ada ‘Aaqil kat situ ke tak. Kadang dgn glove dan topi hijau dia. Tolong cabut sekali sayur. Kadang tu sekadar lari2 antara batas. Untunglah childhood duduk ‘kampung’ atok wan yeeeeee 🙂

Oh ya hasil tanaman tu semua kena timbang dan dilaporkan kepada pihak MBSA sebab fund, air untuk siram pokok, tanah, batas etc semua dari MBSA. Maknanya takde istilah mencuri hasil tanaman la. Katalah kita rasa nak makan sup bayam, petiklah kat kebun lepastu timbang dan bagitau ketua kebun. Untuk direkodkan. Macamtu 🙂

IMG_7087

kanak-kanak pun happy makan kat kebun hehe

Moga usaha ini berterusan dan dapat kumpul saham akhirat kerana berbakti kepada tanah dan menghidupkan semangat kejiranan, amin!

IMG_7086

kelas baja kompos katanya. ahaks!

 

IMG_7085

pekebun import dari seksyen 9 haha

 

IMG_7024

ni lah aktiviti ‘Aaqil petang2. gloves tu dia punya ok

 

FullSizeRender

antara kangkung yg terawal dituaiiii

 

FullSizeRender2

kangkung belacan hasil tanaman kebun komuniti 🙂

 

9 Langkah Langsaikan Pinjaman Rumah!

Seperti yang saya pernah janji, saya nak share step by step untuk jelaskan hutang pinjaman rumah. Ni juga untuk rujukan saya di masa akan dating inshaAllah. Sebenarnya saya memang tak terbayang akan settlekan loan rumah saya seawal ini. Ternyata perancangan Allah itu yang terbaik. Saya perlu jelaskan keseluruhan loan rumah saya untuk membolehkan saya membuat loan untuk property ke-2 saya.

Sedikit latarbelakang mengenai rumah ini,
Tahun beli : 2007
Tahun dapat kunci : 2009
Tahun dpt strata title : 2013
Pinjaman dari : Ambank Berhad
Tempoh pinjaman : 30 tahun

Jom selusuri 9 langkah untuk loan settlement rumah anda,

Continue reading

Ashgabat 2014/2015 – Down Memory Lane

Ok as most of you know, we visited Ashgabat during year end holidays. So much fun. Kami memang plan 2 minggu cuti akhir tahun (xmas – new yr) tapi asalnya taktau nak pergi mana. So what I did was I gave my husband proposal of places to go. Ada 4 ke 5 option tak silap. Very high level schedule lah. Nak tengok budget. Maka salah satu option itu dipilih dan alhamdulillah MEMANG TERBAIKKKK.

Basically itinerary trip kami berpandukan ini;

3 malam di Ashbagat
3 malam di Abu Dhabi
3 malam di Dubai
3 malam di Ashgabat

Continue reading

tentang strata title

surat dah sampai…sebenaqnya ni surat reminder sbb dulu developer pernah hantar tapi ter’ignore’ oleh diriku huhu

20130117-133415.jpg
so alkesah strata title ni pemilik rumah(apartmen/kondo/sewaktu sgnnya) akan dpt lebih kurang 2 tahun lps dpt kunci(kalau pemaju hampeh lg lmbt la dpt)

maka sila bersedia financially,

1. bayaran caj guaman – mortgage (peguam loan)
2. bayaran caj guaman – MOT (peguam pemaju)
3. duti stamp

caj2 kat atas tu bergantung kpd harga property.sama la mcm masa mula2 beli rumah dulu…

contohnya rumah harga almost RM200k, total ketiga-tiga caj diatas adalah hampir2 RM6k…

detail utk pengiraan boleh semak google atau peguam2 anda.heh

untung gila kot jd lawyer.prepare doc gitu2 je dpt bedebuk riban2 huhu…

syawal 2011

tahun ni tahun ketiga kami beraya berdua.inshaallah tahun depan bertiga 😉

rasanya tahun ni raya yg paling hectic sekali.penuh aktiviti terutama tiap hujung minggu…ehehe.despite that, i thank Allah for giving me the strength to complete puasa ramadhan and another 6days puasa enam, syukur alhamdulillah…moga amalan2 ini diterimaNya…

anyways raya pertama sebagai wanita mengandung tak kurang bestnya.especially layanan luar biasa oleh pak2 dan mak sedara kat kg suami.rasa lawak pun ada jugak sebab pantang kita sebut “sedapnyaaa kalau dapat makan….dot3….” haaa memang silapla.dan2 tu jugak depa pi carik.walaupun saya punya fasa mengidam dah lama berlalu.siap bungkuskan utk bawak balik kl lagi.huhu feel blessed.this is one of the things that i’ll missed bout being preggy hoho

syukur jugak selera memang terbaek la time raya.esp bila raya kat baling food maveles ie ketupat palas, lemang, laksa, sambal goreng, petai jeruk.fuhhh nak kata memang tak benti2 makan…


laksaaaaaa 😉


alhamdulillah….Allah dah susun semuanya dan sepanjang raya adalah tempoh ‘honeymoon period’ of pregnancy ie selera dah kembali mengganas, tenaga lebih dari sebelum pregnant dan perut belum begitu sarat…

disebabkan tu, kami dapat juga menunaikan hasrat yg lama ditunda iaitu buat makan2 aka housewarming(padahal duk rumah ni nak dekat 2tahun dah).tahun lepas plan jugak tapi sebab seminggu lepas cuti raya MIL pergi dijemput Ilahi, sepanjang syawal 2010 rumah kami tak sempat ‘beraya’…

alang2 tahun ni yours truly ni tiba2 semangat nak masak bagai, pembawakan budak agaknya…so dapatla buat beberapa sesi makan2.tu pun tiap sesi tu antara 15-20orang je…tapi memang tak buat hari ahad sbb hari ahad hari mengemas!and tak buat openhouse sebab mmg hajat kami nak buat all homecooked food..so kena wat small2 group laa

5 syawal : family shah alam(my family la) lepak dari lunch sampai dinner.siap ada acara mandi swimming pool lagi haha!kira masa ni tgh mood beraya kat kedah lagi, jd juadah yg berjaya dimasak pun ada yg ala2 utara.menu hari tu nasi impit, rendang kari daging, laksa, mihun goreng, moist choc cake.oh lepastu ketupat palas jagung pemberian makcik kat baling..


ikan kembong almost 2kg nak buat laksa siap direbus!

kaklong bwk lasagna,mak bwk rendang dari kampung,angah bawak strawberry cheesecake,adik2 bwk ice-cream.menu malam lak lontong, sambal udang petai, nasi putih, then kakngah buat gulai kulit rambai.perghhh sedap2.rambai tu pun org baling bagi jugak.alhamdulillah…disebabkan raya ke5 ni la baru dapat kumpul fullhouse, maka diadakan juga sesi bergambar dan bersalam2 raya serta bagi duit raya hehhe.happy sangat!

12 syawal : officemate hubby for lunch.ada dkt 20org incl. their spouses n children.menu nasi ayam, nasi impit, kuah lodeh, daging masak hitam dan bubur jagung.terover estimate gamaknya sampai nasi ayam tu leh wat nasi goreng utk dinner esoknya huehuehue.alhamdulillah ramai suka esp the nasi ayam.my hub’s senior punya wife (origin from india) asked for the recipe.he he..hilang penat masak suma hihi.btw boss hubby bawak pulut durian 2 tupperware besar!ok now that reminds me we haven’t return back those tupperwares…

18 syawal : my loong lost coursemate!haha takdela lost tapi susah sungguh nak kumpulkan semua.yg datang pun 4orang je with their hubs and kiddos.tp alhamdulillah makanan cun2 je.menu for that day are nasi lemak, rendang ayam, nasi impit dan bihun sup w cili kicap.boleh tak ada insiden masa masak nasi lemak tu boleh pulak rice cooker tu buat hal coz nasi tu tak masak betul aka mentah!stress gila.setelah dimodify dan dicook semula baru dia ok.phew.drama betul.kesian hubby la esp sbb jadi mangsa kepada kestresan mak buyung sorang ni.emo kat dapur sambil nyumpah2 ricecooker(sambil tutup perut supaya baby tak dengar haha!)…but all in all happy sangat sebab tercapai gak hajat nak ajak those gorgeous ladies to my house…thank u dearests!oo lupa malam tu pulak berkejar balik shah alam for dinner with atok tampin.balik tu sampai kul 1+ setelkan dapur sikit2 coz esoknya nak masak lg for another group of hubby’s friends…

19 syawal : geng2 pipe n utp.paksu&family pun datang jugak.ramai yg datang almost 30pax gak alhamdulillah…haa, kali ni masak tak berapa terasa sangat sebab mula masak awal sikit ie kul 9am.bese kul 10am baru nak basuh ayam bagai haha.tp sebab the day before dah pi pasar n rendang pun dah siap2 masak seekor stgh, so rilek sikit.hubby pi beli lemang kat gerai dkt2 rumah nak tmbh kasi nampak la menu raya hihi.saya pulak masak nasi minyak, kurma daging, salsa, spaghetti bolognese.ok nasi minyak tu pun agak drama jugak sebab seumur hidup tak pernah masak dan tak pernah tgk orang masak haha.lepastu terus2 nak jamu org makan.bila tgk orang makan bertambah2, lega gilaaaa!alhamdulillah…:):)


ni je la gambar yg sempat snap.lebihan nasi minyak, kurma daging dan salsa for brunch esok harinya 😉

nanti rajin i tepek resepi kat sini eh.supaya i pun tak lupa.senang so rugi kalau tak share…ehe.so anyways, elok last guest balik,kitorang berkejar ke papa rich jalan dorasamy sebab ada surprise birthday party utk kazen hubby.otw back singgah raya rumah senior hubby pulak.balik tu pancittt!!sempat simpan semua lauk2 lebih.esok pagi hubby bgn awal sikit tolong basuh pinggan periuk semua….

subhanallah I’m so blessed because my husband is such a helpful one.dia la yg akan pastikan hall n rumah kemas, bervakuum dan bermop, tolong masak n buat air, tolong kemas the aftermath, tolong quality check the food, the cashier(hehe) dan tolong urut kaki n belakang saya after each makan session.tak campur lg tlg tahan all my bebel and emo rollercoaster kat dapur.yeah dramaqueen bila dah preggy can be quite handful when working errr cooking under pressure.haha!i know i can’t thank him enough.thank u dear!

allahua’lam next year boleh ke tak buat macam tu bila dah ada si kecik tp at least takla ralat sgt sbb dah buat this year huhu.hope everyone’s enjoyed the food as much as i enjoyed cooking em…!

ok entri lepas ni nak cite pregnancy updates!

p/s : ni la gaya org dah 6bulan tak apdet blog.taip takde rupa nak berenti

a tribute :)

baru-baru ni, masa dah nak hampir hari ulangtahun perkahwinan, saya terfikir nak senaraikan hadiah2 kahwin yg setakat setahun ni sangat berguna dan digunakan secara optimum…

haaaaa ni senarai nya,

1. periuk nasi – 1 saiz S dan 2 saiz L : ok yg ni mmg tak ingat siapa yang bagi.yang saiz S tu adalah pemakaian kami sehari2.max nasi yg blh dimasak adalah 3 cwn.just nice utk mkn 2org.haaa ricecooker ni lah yang kami bawak ke HK aritu.jauh dia bjalan hehe.yang saiz L tu pulak sangat berguna kalau orang datang.boleh menjamu hingga 10 org dewasa.kool!

2. blender – alhamdulillah dpt 1 je ha ha.seminggu dekat 3x jugak pakai.mainly utk blend cili la of kos kan.tp penah je buat apple juice dan air tembikai kat dlm tu.heh.belasah je ;p (drp Bal PIPE n suami)

pinggan

3. set pinggan mangkuk utk 2 orang – mmg pgunaan paling kerap.ada 2 pinggan, 2 piring dan 2 mangkuk.nice (drp auntie kedai letrik tmpt kami beli mesin basuh,astro dan kipas he he)

4. set sarapan utk 2 org – ada 2 mug, 2 piring dan 2 mangkuk.ni jadi mangkuk lauk dan cawan tiap hari (kat kenduri taiping – drp kawan suami)

5. periuk dua handle saiz M – paling mantopp.pemanasan sekata,ewah.tiap hari masak main dish pakai periuk ni.sayang gila kottt.suka sgtt (tp x ingat sapa bagi huhu)

6. set tupperware ada 6 bekas semuanya.ada 2 saiz, kaler kuning dan hijau.mmg sangat diguna pakai ie letak cili giling, asam jawa, bawang goreng, lebihan2 lauk..(daripada Edi PIPE)

termos

7. electric thermos – mavelesss.ni la sumber air bersih dan air panas dan air minum kami.kami takde cerek atas api.water filter pun xde. (kawan suami rasanya sebab masa kat shahalam takde org bg thermos.frust sbb kalau tak silap kaklong dpt sampai 2 hehe.pastu bsyukur kat taiping dpt jugak.sgt tidak senonoh)

8. set cadar dan comforter (we got 2 sets) – dua2 digunakan extensively.(dari Koy SMIH dan officemate suami)

kipas

9. kipas siling beremote control : sekarang selamat dipasang di bilik beradu kami.menyejukkan malam2 kami.alhamdulillah (dari Rozaina SMIH)

10. dapur ada 2 burner : ni pun best.sgt berjasa esp masa musim raya aritu.tapi sekarang ada kat yard je sebab tak boleh fit kat dapur rumah baru.sob (dari PakDin bapa saudara suami)

11. tudung saji dan bekas tisu : hasil sentuhan tangan tok kat baling.menghiasi meja makan eheh

12. dekat 10 set cadar 🙂 so far kami baru pakai 4 kot…yang lain tu tunggu kang rasa nak tukar selera dan tukar angin heheh

13. oven : oh bjasa sungguh.walaupun dapur kecik dan tak boleh letak secara permanent, tapi sempat la masak mcm2 ie biskut raya, lasagna, mac n cheese,ayam golek(abah rasmikan penggolek hehe), apple crumble etc etc (drp maklong)

14. of course all the jusco vouchers and cash.total of almost 2k.esp daripada office and families and bosses.sweeeet.duit ni kami pakai utk beli barang2 rumah awal2 dulu.very useful!

15. vacuum cleaner – rumah baru ni menangkap habuk.kalau guna penyapu, konfirm habuk terbang dan jatuh balik.maka baru ni kami guna vacuum utk ‘sapu’ satu rumah.wp agak leceh kne cabut plag pasang cabut pasang cabut tapi sgt sukaaaaa! (drp the UM hot gurlss)

16. jam meja – ada 2 satu letak kat tepi katil dalam bilik dan satu lagi sebelah tv.rumah kami takde jam dinding (yet) jadi jam2 ni sangat berguna.besar masing2 pun macam jam dinding.so fit for purpose.love it (drp adikku Sulafa’ dan Bibah+husben)

alhamdulillah.hadiah lain kami dah pakai test.ada yang belum berkesempatan spt deepfryer.hmm.oh oh tapi antara semua tuh ada satuuuuuuuuuuuuuuuuu je hadiah yang kami tak boleh test…………………

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

BAJU BABY!

ye, ada orang bagi hadiah baju baby.hehe.kalau tak silap dulu angah kawen pun ada org bg hadiah ni.takpa,inshaallah doakan kami.wat masa sekarang kena ikut nasihat doktor.tunggu dan lihat shj ye…doakan 🙂

jadi begitulah adanya.sekarang saya lebih senang nak beli hadiah kahwin sebab dah ada pengalaman mengguna hadiah2 kawen.mungkin senarai kat atas ni boleh dijadikan panduan utk kamu2 yang nak buat wedding register(fuh) atau nak beli hadiah kahwin teman2..

dan lepas setahun lamanya, thanks again to all for the presents!!baik yang disebut mahupun tidak.sayang semua.muahhhhhhhhhhh

alkisah pindah rumah

alhamdulillah barang-barang pindahan sudah hampir 80% selesai dikemaskan.semua perabot penting pun sudah dipasang dan disusun.cuma ada la beberapa kotak yang masih belum dikeluarkan isi nya sebab beberapa faktor iaitu granit utk kabinet dapur belum dipasang,barang belum nak dipakai,tak sempat mengemas dan juga kepenatan.pindah rumah memang menyedut semua tenaga yang ada.ni baru dekat.kalau yang berpindah ke negeri berbeza pasti penatnya berkali2 ganda.atau keluarga yang mempunyai anak2…fuh respekla
 
pagi tu seawal jam 8.15pg lori dah sampai.ada seorang ketua dan 3 pekerja.oke lah.awal2 ketua dia tu tengok barang kami, terus je ckp “tak muat ni..”.tapi lepas dah angkat2 tu muat je alhamdulillah.cuma ada beberapa barang kami angkat pakai kereta sebab risaukan keselamatan seperti tv,komp,speaker2,cpu2 suami,baju bajan,barang dalam peti ais,astro dish etc etc.dalam 2 trip jugak angkut barang dalam kereta huhu
 
dalam kul 11pg urusan pindah2 barang selesai.kami pun keluar cari makanan.lapa sungguh sebab tak brekfast kan,hehe.elok sudah tu patah balik ke rumah lama utk cuci2 mana yang patut sebab dah cadang untuk handover kunci kepada tuan rumah semula sebelum tahun baru.balik rumah mengemas rumah sampai ke malam.pasang2 perabot,lap semula lantai rumah,cuci sarung sofa,cadar,susun baju dalam almari semula etc etc.orang langsir pun datang pasang masa nak dekat maghrib.cun2 je timing alhamdulillah.tidur malam tu dalam keadaan yang kepenatan yang amat sangat.satu badan sakit2..
 
pagi ahad kami sangat teruja sebab baru lah faham pengertian morning sun.bukak2 tingkap je nampak sunrise:)wp baru jam 7+ pagi.rumah sebelum ni sunrise n sunset kat tepi rumah(paham ke?).jadi rumah redup je.hehe
 
siap2 sarapan kat keramat(port biasa,gerai roti bom kesukaan suami :P) dan terus ke ikea.tolong bukak ikea kot sebab baru pukul 10am haha.tujuannya nak beli beberapa barang.kemudian ke jusco.dan ke carrefour.ye penuh satu kereta beli barang lagi.macam tak cukup2kan barang yang tak berkemas kat rumah tu haha.jadi balik sambung mengemas lagi dan lagi dan lagi.sampai tak larat nak keluar jadi megi menjadi santapan makan malam.pakai air termos je macam zaman kat uni dulu heheh
 
begitulah sedikit sebanyak pengalaman pertama kami pindah rumah.hari ni dah sambung bekerja semula.fuhh penat pun tak hilang lagi ni.malam ni tengokla kalau larat nak sambung lagi(eh eh boleh pulak ‘kalau larat’ tu :P)
 
jadi dilampirkan dengan entri ini, tips pindah rumah berdasarkan pengalaman kami(random);
 
1. masukkan barang dalam kotak ikut kawasan rumah dan label tiap kotak.jadi nak cari barang nanti pun mudah.contoh : tupperwares – dapur
2. kalau ada barangan kaca atau mudah pecah,sila tambah label “MUDAH PECAH” sebagai langkah berjaga2 baik untuk kita atau yang tukang angkat
3. beberapa minggu sebelum pindah,elakkan daripada memenuhkan peti sejuk dengan barang2,terutamanya freezer.macam kami,sebulan sebelum stock up byk2,lagi seminggu nak pindah barang pun dah susut,masak apa yang ada sahaja.bila hari pindah tu tak la banyak sangat barang2 sejuk dan rosak
4. kalau pindah pagi,pagi2 tu baru keluarkan barang dari dalam peti sejuk dan alih dalam plastik.peti sejuk tu cuci la sikit sebab takut berbau huhu.bila dah sampai,first thing masukkan semula barang2 peti ais sebelum kemas barang lain.inshaallah barang2 takkan rosak 🙂
5. pastikan frame2,barang2 yang perlu extra care, barang2 yang disayangi dan tak boleh diletak dalam kotak kita bawak sendiri sebab khuatir akan pecah,rosak dsbg.sedih sebab ada satu frame hadiah kahwin kami pecah,meja komp suami roboh dan beberapa barang lain calar/terkopek huhu.almari kasut pun separa roboh.our bad
6. kalau almari yg ada pintu dan tidak didismantle tu,pastikan pintu2 di seal untuk elak daripada terbukak ketika proses mengangkat2
7. kalau boleh,biarlah kotak dari kalangan kecik2 tetapi banyak.elakkan dari menggunakan kotak yang besar dan sikit sebab nanti susah semasa proses mengangkat dan kebarangkalian untuk kotak2 bocor sangat tinggi
8. untuk bantal2,bantal2 sofa seelok2nya diletakkan di dalam plastik2 eg plastik hitam untuk preservation.even tilam pun kalau dibalut dengan cadar supaya kalaupun kotor,boleh dibasuh
9. selagi boleh didismantle,dismantle lah ye,untuk kemudahan sejagat 🙂 skru2/washer2 yang terlibat,disimpan di dalam plastik kecil khas,label juga eg skru meja makan,skru almari baju etc etc
10. tikar dan karpet pun digulung dan diikat rapi dengan tali rapia
11. bila semua barang telah dimasukkan ke dalam lori, pastikan barang2 diikat kepada lori dengan betul nak elak daripada barang terjatuh semasa perjalanan ke destinasi
12. bila dah sampai destinasi,terus pasang peti ais/mesin basuh dan pastikan alat2 elektrik masih ok,sebelum bayar orang lori.takut kang dah bayar tengok2 barang rosak tak ke merana u
 
semoga tips ini berguna utk mereka2 yang ingin berpindah randah juga 🙂
 
selamat mencuba! ;P

entri terakhir

esok pagi kami akan meninggalkan rumah sewa yang kami duduki sejak mac lepas.elok 10 bulan duduk sini.macam2 jugak la kejadian yang diingini dan tak diingini berlaku.antaranya,

1. parking kat rumah ni on first come first serve basis.kalau balik awal dapat la park betul2 depan blok.kalau balik sampai kul 12 atau 1-2 pagi jawabnya kena la berjalan jauh dari parking ke rumah.masa bulan pertama ke kedua tinggal kat sini, kami park betul2 bawah rumah.sekali satu pagi tu tengok wiper kereta kami dah patah.kami saspek org yang patahkan tu marah sebab kami parking kat port dia.ish tak baik sungguh.hikmah sebalik tragedi ni adalah kami ganti dengan wiper yang sangat bagus dan tahan sampai sekarang.sangat bagus maksudnya getah dia tu tahan lama dan sapuan sangat bersih.haha

2. pernah beberapa kali paip utama air kat rumah kami ditutup.paip ni dekat ngan meter kat koridor depan rumah.mula2 ingat ada budak2 gatal tangan bukak tutup paip.tapi benda ni berlarutan sampai 2-3 hari konsisten je.tak dapat cari punca.sampaila satu hari ada sorang encik ni datang jumpa kami dan bagitau dia duk rumah bawah dan rumah dia ‘banjir’ sebab air keluar dari dinding.dan dia saspek sebab paip dalam dinding rumah kami bocor dan bila dia tutup paip utama rumah kami rumah abang tu ok.sebelum ni rumah yang kami duduk tu takda orang jadi sebab tu takda masalah.bila kami duduk rumah tu masalah ‘banjir’ tu datang balik.maka akhirnya tuan rumah panggil kontraktor datang pecahkan tiles rumah kami dan tukar paip yg bocor tu.selesai masalah:)

3. kami tempah langsir.sekali masa pasang tu orang tu salah buat yakni pakai kain lain.nasib baik yang kat hall je salah.maka kami pun pi report kat kedai dia dan berlaku sedikit drama swasta.macam korang ni kan jaga standard(ssf) tapi kenapa buat silap jugak.cewah saje buat saspen.lepas sebulan baru dapat ganti balik dengan kain yang diminta.padahal takde masalah sangat pun sebenarnya sebab kitorang tempah pakai 2 kain.yang plain utk bilik2 yang bercorak utk hall.sekali dia buat pakai satu kain je.jadi yang hall tu takda corak.kecoh je kan haha.hak pengguna apa.ehem.jadi sempatla tukar langsir 2 kali walaupun duduk sini 10 bulan je ;p.tapi jujurnya ssf servis memang tiptop.customer servis bgs.pasang langsir track semua tak sampai setengah jam dah siap satu rumah.memang berbaloibaloi.ada lagi satu kedai langsir tu (utk rumah baru kitorang),pasang track pun dekat 2 jam.baru track tu huhu.ok sekian pujian melampau utk ssf

4. masa raya aritu ada la buat beberapa sesi makan2.boleh tak of all time,time masak banyak2 tu la gas habis.dah la tak sampai sejam tetamu (dekat 10 orang) dah nak sampai.sebelum tu dah rasa2 dah sebab pakai tong gas tu dah dekat 6 bulan masa tu.tak pernah tukar.sekali nak jadi kan.nasib baik la sempat siap masak semua.ingat lagi masa gas habis tu kuah soto tak siap,kentang untuk bergedil pun tak goreng lagi,rendang tak letak kerisik lagi,air belum buat,nasi impit belum potong.memang stres la(mcm biasa).tp alhamdulillah lepas gas sampai tu baru lega.yang kelakar tu last2 air dibuat oleh tetamu!(isteri kawan suami).ish memalukan betul dengan dapur selerak etc etc.tapi soto dan rendang dipuji maka lupa kejap la kesah gas tu haha

5. lebih kurang sebulan lepas paip kat sink dapur patah,maka dekat sebulan jugak saya masak menggunakan sinki yang tak berpaip.air keluar ikut dinding.malas nak amik gambar hehe.jadi tempoh masa memasak 50% lebih lama daripada timing biasa (defensif defensif).ekceli dah report kat tuan rumah.lepastu dia hantar sorang mamat ni datang tgk.dia kata nak datang balik tapi sampai la ni tak datang2.aritu ada call tuan rumah lagi sekali tanya bila boleh repair.sambil tu bagitau hajat nak pindah rumah akhir bulan ni.terus akak tuan rumah tu lupa kot nak hantar orang betulkan huhu

cukupla kot lima kat atas ni sebagai kenangan yang lain tu i simpan dalam hati teeheehehe

ok lagi satu,fakta menarik tentang rumah yang akan ditinggalkan ni,
1. angin sangat kuat sebab apartmen ni terletak di kawasan bukit (kata jiran dgn bukit antarabangsa kan).sampai kan malam2 tak bukak kipas pun kena pakai selimut.sejuk ok.kalau malam2 memang dibiarkan sliding door balkoni dibuka sebab nak dapat udara segar

2. kawasan melayu.bukan racist ye.tapi lebih selesa dan surau pun dalam kompaun sahaja wp saya sendiri tak pernah pergi surau tu huhu.azan memang kuat la.tambah pulak tiap apartmen ada surau masing2 jadi azan bersahut2 alhamdulillah

3. saya dan suami TAK PERNAH jumpa tuan rumah ni.selalu berhubung melalui telefon sahaja.masa awal2 masuk dulu pun berurusan dengan ejen

4. rumah ni ke ofis/klcc cuma 20 minit je.kalau jem teruk pun 40 minit dah boleh sampai.kuar rumah kul 7.30 pun leh sampai ofis sebelum kul 8.suka gilaa

5. rumah ni banyak cicak.besar2 lak tu euwwww (ok silap ni fakta tak menarik)

6. selama tinggal sini kami tak pernah sidai baju kat luar walaupun ada balkoni.maklumla takda bibik.sape nak angkat baju kalau hujan masa kami kat ofis.haha.motif libatkan bibik?

dah mcam ejen rumah lak konsepnya.hahah

kesimpulannya,rasa sayang sangat nak tinggalkan rumah ni.disinilah tempat bermula hidup kami sebagai suami isteri.pastu rasa macam banyak je kurang kat rumah baru tu.rasa macam rumah sewa ni menang dalam semua segi.tapi hidup mesti diteruskan.tak sabar nak mencipta kenangan baru kat tempat baru nanti,inshaallah tahun baru, rumah baru, azam baru! (wah gitu)

goodbye ukayperdana,hello setapak!

p/s : nak tgk klcc nye fireworks new year dari balkoni rumah.tu je la yg buat i eksaited nak pindah huhu

oh pindah

packed up

meja,katil,almari semua dah di dismantle.tidur pun kat hall 2-3hari ni.depan tv hik2.sebenarnya ni cuma 50%.kotak2 merata lagi kat rumah.ada lebih kurang 15 of them and counting.dont know whether we can finish it by tonite otherwise need to stay all nite.huhu.esok pukul 8 inshaallah lori datang.dapat rm450 untuk 3tan taktau la murah ke tak tu.tapi asalkan buat kerja bagus dan cekap,saya tak kesah.by the wayy,dapur lama sudah tutup secara rasmi malam semalam dan dapur baru masih cacat jadi mungkin paling awal akan mula beroperasi tahun depan.jadi seminggu juga la tak memasak.dam di dam dam dam 😛

banyak nak buat hujung minggu ni.rasa macam nak je cuti sampai tahun depan haih (“ala kalau tak sibuk pindah pun nak cuti jugak kan…”.shadaplah)

tentang reno

kami ambil masa 2 bulan jugak nak buat keputusan untuk pindah.tah kenapa ada satu hari ni saya kat bintulu,tetiba je saya naaak sangat pindah ke rumah baru tu.tak tau angin apa.mungkin Dia bagi gerak hati untuk saya berfikir sebegitu.hehe.maka saya suarakan pandangan saya kepada suami dan dia pun menyokong cadangan saya.oh tak,sebenarnya dia tunggu saya cakap ‘ya’ sebab dia memang nak pindah sejak hari dapat kunci rumah baru.haha!

ok jadi berikut adalah yang kami buat..

senarai kerja reno

kami senaraikan la apa yang kami nak buat.dari sekecil2 menda,sampai la sebesar2.kami tak beli perabot baru.benda yang kami bakal buat kat rumah tu memang semua orang pun buat.ada la dalam beberapa benda wajib dan benda yang sunat hik2. tips : yang wajib adalah seperti grill, lampu2, kipas2, new wiring/powerpoint, kalau nak letak aircond,suruh hack siap2.dan kalau dinding tu dah kena hack,kenalah rumah tu di cat baru ye.atau boleh je mintak kontraktor tu plaster dan touch up semula

bajet

selesai buat senarai,maka perlulah mengira bajet dan kewangan ye kawan2.dan ketika ini,ada beberapa dalam senarai kat atas tu perlu distrike out kan mengikut keutamaan.mana yang kurang penting harus di tolak tepi dahulu.atau diganti dengan yang baru.tips : sebelum buat bajet,pastikan kita tahu harga semasa supaya bajet tu berguna.kalau bajet melulu takde basis,memang akhirnya nanti kita yang ternganga sebab bajet lari huhuh

timeline/schedule

ada 2 jenis
1. tempoh singkat : ini kalau kita pakai kontraktor yang sama,buat semua kerja.dari buat grill,sampai la ke kabinet dapur.sebab,kita cuma berurusan dengan satu orang je.bawah dia ada team buat wiring, team cat, team plaster siling dsbg.jadi,kita cuma bagi dia skop kerja dan dia akan tetapkan bila dia boleh siapkan semua tu

2. tempoh yang lama : ini sesuai kalau kita bukan nak pindah cepat.macam nak take our own sweet time.dalam hal ni,kita kena bijak susun sequence kerja reno.kontraktor mana masuk dulu.contoh,wiring kena buat dulu, cat last sekali.kalau buat kabinet dapur tak ganggu kerja wiring,bolehla dibuat serentak dsbg.so bila setel satu kontraktor,baru bawak masuk kontraktor utk kerja2 lain.dan seterusnya.sampai la kerja semua siap

cari kontraktor

kami ada berjumpa dekat 10 orang kontraktor.begini kesahnya.ewah

calon #1

jumpa email orang ni kat forum.so emel dia minta quotation.beberapa hari kemudian dia emel saya quotation.dia dapat pelan rumah saya dari internet.barulah saya tau yang kompeni ni buat interior design.masa tu saya rasa harga dia memang mengarut.siap ada caj untuk konsultasi.jadi weekend tu kami jumpa untuk diskusi dan kami pun minta la kurang kan skop dan ekjas quotation tu mana yang patut.kami bagi bajet kami dan mintak dia ekjas.selesai miting, dia pun kata akan email semula dlm 2-3 hari.sampai sekarang tak email2.boleh?

calon #2

uncle ni dia datang 15 minit awal dari kami.janji kul 6,kul 5.45 dah sampai.kami pulak tersekat kat jem.sampai 6.15 camtu.elok sangatlah.sampai tu,bincang sikit2.pastu bila kami kata kami nak pindah akhir tahun ni.terus dia ckp,”uncle bukan apa.uncle cuma nak terus terang.uncle byk job sikalang.takut tak dapat buat.uncle ckp betul2 ni.tapi kalau tahun depan uncle boleh”.kami pun macam kagum sebab uncle ni terus terang.ye la,kalau org tamak,boleh je dia senyapkan kan.tapi kami mintak jugak uncle tu ukur2 dan quote utk kami.tp uncle tu tak email2 pun quotation sampai sekarang.haha!

calon #3

uncle chia ni buat rumah kawan seofis saya yang tengah reno jugak bulan lepas.jadi saya mintak uncle ni datang tengok rumah saya.janji dgn dia hari ahad.sekali datang bawak satu family.dengan isteri dan anak 3 orang.hehe.kata dia “today is family day”.tapi bisnes tetap bisnes.bagus uncle ni.so bincang2, dia pun mula ambil ukuran.anak dia tolong ukur2 sekali.tulis2 conteng2 kat buku dia.dia pun janji nak email quotation selasa tu.hari isnin,uncle ni call dan bagitau dia ada pergi showunit kat area aparment kami(tingkat atas) dan kontraktor kat showunit tu bagi harga jauh lagi murah dari harga yang dia boleh quote.jujur tak?siap kata dia tak sampai hati nak quote saya mahal2 sebab nanti kalau saya borak dengan jiran,saya nye harga paling mahal,dia rasa tak patut.lepas tu,dia sms saya no kontraktor yang kat showunit tu.suruh saya call dan pergi tanya sendiri.saya memang terharu sungguh la dengan uncle ni.jujur betul

calon #4

nama dia patrick.suami saya jumpa dia kat forum kabinet dapur.ramai orang suka dengan hasil kerja dia.maka kami pun panggil dia untuk datang buat ukuran dan quote.boleh tak,dia ukur,lepastu dia kuarkan kertas A4 kosong,pembaris dan pen(baca:bukan pensil) dan mula lukis kabinet dapur kami dlm 2D.dalam masa tak sampai sepuluh minit, dia siap lukis.lima minit lepas tu, dia quote.siap dengan quotation kombinasi table top dan kabinet.wah.kagum2.sebelum balik,sempat dia bagitau yang kalau kami call dia dulu,dia akan bagi diskaun lagi.he he.lukisan dan quotation tadi dia email 2 hari lepas tu.memang superb.tu free of charge tu.baguskan.bisnes punya pasal

calon #5

uncle lim plaster ceiling.kawan suami ada rekemen dia.dia memang buat plaster siling sahaja.datang naik lori je.hehe.ni pun sama.ukur2 dan lukis on the spot.tapi dia pakai pensil la.tak macam patrick tadi.heheh.tak sampai 10 minit dia quote.oh memang berpatutan harganya.sapa2 nak buat plaster siling,kami boleh bagi no dia.quote for free

calon #6

ha yang ni kami tak jumpa pun.saya jumpa no email dia dari internet.so dia email kata hubungi dia kalau nak buat apoinmen.ok lah.satu hari tu saya call dia.nak set apoinmen hari ahad sebab tu je yang kami boleh.kalau hari bekerja takut sampai2 dah malam jadi tak boleh nak ambil ukuran sume(kan rumah baru,lampu pun takde.magrib je rumah tu gelap).dia mcm diam lama jugak.boleh tak dia cakap tak boleh sebab hari ahad ni hari cuti.saya adalah turned-off serta merta.dia adalah bagitahu nak tanya bos dia macamane kalau jumpa kami hari ahad(masalah claim la tu) tapi saya dah tawar hati so cakap takpelah incik.kita set apoinmen lain kali.lepas tu dia ada call beberapa kali tp saya dah tak berminat.bukan apa,saya macam agak pelik.sebab sepatutnya bisnes mana ada cuti.apatah lagi kontraktor kan.ahad memang off day.tp kalau ahad tu adalah masa yg kebanyakan pelanggan boleh jumpa,tak ke dia rugi.kalau 10 pelanggan dia tak nak jumpa,susah beb bisnes nak jalan.hhuhu

calon #7

yang ni pulak berapa kali suami saya cuba setkan apoinmen.akhirnya dapat jugak.dia datang ambil ukuran dan 2-3 hari kemudian,dia email quotation.biasa saja.tak banyak hal

calon #8

kedai kabinet dapur.masuk2 kedai je rasa cam tak dialukan pun.mungkin nampak kami ni macam jalan2 window shopping kot.hik2.so akhirnya ada lah sorang akak ni datang mintak pelan dapur.kami pun bagi.diskas2 sume ie mana nak letak peti sejuk,dapur,table top apa. jadi dia pun kata nanti dia email quotation.boleh tak sepanjang jumpa tu dia tak senyum lansung.saya rasa macam nak keluar cepat dari kedai tu.huhu.oh harga yang dia quote agak mahal maka adalah suka sebab tak perlu deal dengan dia haha

calon #9

ni nama dia ah chai.kontraktor dekat showunit.so kebanyakan rumah kat apartmen kami tu ambil dia sebagai kontraktor.so ada byk unit dia tgh buat dan dia bawa kami pergi tengok.senang nak cari idea.so habis jelajah rumah2rumah orang,kami pun duduk bincang apa nak buat.haha pakcik ni la.dia quote on the spot.tapi macam musykil sebab bila kami cakap nak buat camtu camni,dia tekan2 kalkulator dia lepas tu letak satu figure.macam biar benar.patut buatlah jalan kira supaya kami faham.cth cornice kan.berapa ft x price/ft.ini tak.dia tekan2 pastu tulis final figure.selamba.tapi satu la masalah ah chai ni.dia paling pantangggggggg kalau kita cakap kita nak bawak masuk kontraktor lain.wooo panjang ceramah dia.cth dia buat semua kecuali kabinet dapur sebab kami nak mintak orang lain buat.dekat setengah jam jugak kena sekolah dengan dia.dia tak marah.cuma ayat dia macam”kontraktor tu bkn bagus pun.kalau u bawak dia masuk,kalau anything tak match ke apa u jangan salahkan i” kinda thing.tp uncle ni memang dedikasi.nak jumpa bila2 pun boleh.maklumla dia keja kat bangunan tu pun

calon #10

bukan kontraktor pun.tapi kedai aunty buat langsir.kami mmg dah aim nak ambil dari kedai sebelum ni kami buat langsir.tapi ternampak kedai aunty ni.jadi masuk saja2.so belek2 kain dia.pastu nampak roller blind untuk dapur.maka berminat dan aunty ni terus tanya nak buat langsir ke.so kami pun kata nak buat langsir hall dengan dapur.dia pun conteng2 atas kertas buat kalkulasi dan bagi final harga, ikut kain yang kami suka waktu tu.kami pun cam ok la murah jugak siap bagi free barang lagi.tapi sebab kami ni bukan bertujuan nak lock terus, dan berhajat nak ambil banyak2 quotation dan banding harga,maka kami pun memang bincang sekadar bincang.dekat setengah jam bincang.lepas tu aunty ni keluarkan buku invois dia.”apa alamat rumah u”.kitorang tersedak.”err aunty kami belum lagi nak beli ni.baru tanya2″.aunty tu kata,”takpa.u bg deposit sikit,lepas tu bila u nak pindah kami hantar orang pasang”..”err aunty…”.masa ni saya laga lutut saya dengan suami saya mintak dia pujuk aunty tu”.masa ni muka aunty tu dah kelat “i ada apoinmen sekarang tp i tunggu u.takpe je.u bagi deposit”.kitorang macam,eh ini dah satu paksaan.pastu suami aya kata takpelah kami ada urusan lain dan lainkali kami datang.taktahu dah nak cakap camna lagi.pastu aunty tu cakap “i dah kasi banyak murah u lagi mau pikir.lain kali u datang i tak boleh kasi ini macam punya harga”.ok so what.tetibe saya nyirap.dlm hati.heh.ha time ni la,aunty ni tinggalkan kitorang dan pegi kat depan tanpa kata sori mintak diri apa2.kami terdiam beberapa minit.aunty tu merajuk okkkkk.dan macam marah.kami adalah tak faham.tak pernah jumpa orang sales yang merajuk.kami tak salah.so dia buat macam tu,suami saya mintak maaf dan kami pun keluar dari kedai.aunty tu tak tengok pun kitorang.boleh?kalau saya seorang,saya tak mintak maaf pun.sebab saya tak rasa saya salah huhuh.tapi suami saya ni lembut hati sikit hik2

tu je kot yang teringat.ada banyak lagi jenis orang yang kami jumpa.orang jual ekon,org jual lampu,kipas dsbg.nak cerita satu memang tak habis hehe

bila jadi macam ni,banyak benda saya belajar.masa rancang sebelum ni,memang terfikir,jumpa sorang sudah la.tak payah banding2 harga.takyah buang masa.tapi bila kita jumpa lain orang,kita tambah ilmu kita.kalau nak grill,kena buat emergency door utk bomba,kalau nak letak downlight kena turunkan siling berapa inci,kalau nak cat kena buat berapa lapisan,kalau cat warna gelap makin mahal,kalau nak buat kabinet dapur sinki kena alih bawah sikit,hood hob semua tu.kalau kami jumpa sorang kontraktor terus lock,memang banyak benda kami blur.so jumpa macam2 orang,macam2 diorang cerita.itu ini,kalau buat ni kena buat macam tu dsbg.elok juga pengetahuan ni.untuk masa depan supaya tak kena kelentong dengan kontraktor hehe.pengalaman yang bagi saya amat menarik.walaupun memenatkan dan menensyenkan huhuhhh

lagi satu, sebahagian orang sales ni paling tak suka kalau kita nego harga beriye,tapi last sekali kita tak beli dengan dia.ada orang boleh terima.tapi ada orang agak sensitif.jadi kalau nak nego tu berpada2lah.kalau kita memang dah suka dan nak ambil dia,nego lah sampai nak nangis pun.tapi kalau kita bukan suka sangat atau ada pilihan lain,nego sekali dua cukuplah.then dah2 la tu sebab takut termain dengan emosi orang huhu

lepas tu kita jangan terlalu cepat bond dengan sales assistant.gurau2 semua sebab nanti susah kita nak say no.kita keep it as firm as possible supaya senang nak keluar dari situasi ‘terpaksa beli’

ni ah chai ajar.kalau masuk kedai mana2 jangan tunjuk macam suka gila.macam waaaaaaaahhhh cantiknya sofa niiiiiiiiiiiii.sebab ini akan bagi impresi kat SA tu yang awak memang naaaaaaaaaaaaak sangat sofa tuh.jadi kalau harga tu boleh turun lagi pun dia takkan turunkan sebab dia yakin awak akan amik sofa tu.haha!lepas dia pesan tu,kalau masuk kedai pastu saya excited semacam,nanti suami saya hep!dah2 keep it low.haha!

kalau masa first meeting dengan kontraktor lagi,gaya dia kita macam tak berkenan ie suka bagi alasan,datang lambat,berlagak diva(selalunya ID) maka lupakanlah.cari je kontraktor lain huhuh

hmm begitulah pengalaman kami.taktahula rumah kami tu jadi apa sekarang.kami ambil ah chai jadi kontraktor sebab tengok hasil kerja dia elok.ah chai dah buat sejak isnin lepas.tiap hari call.nak siapkan dalam 2 minggu katanya.semangat.petang ni nak pergi site visit setelah seminggu tinggalkan mereka bekerja.harapnya memuaskan hati huhuh

kabinet dapur pula kami ambil dari patrick inshaallah.mungkin awal bulan depan mula dan tengah bulan boleh datang pasang

kalau semua berjalan lancar,kami kena book tarikh untuk pindah rumah.maklumla apartment.lif pun kena book.takut bertembung dengan orang yang nak pindah pada tarikh yang sama 🙂

ok lah panjang sudah.catatan untuk saya baca di hari tua 😛 sekian