Category Archives: Shaklee

Promosi Shaklee di Bulan Mac

Wooot! Lama dah tak bersiaran dengan Shaklee. Saya masih disini, mengambil orders dari pelanggan setia mahupun teman dan keluarga. Okehhh nak ceritanya bulan ni promosi untuk 3 produk ni tauuu,

SATU

ESP
Minuman protein yang sangat bagus untuk kulit, dan tambah tenaga. Selamat untuk wanita hamil, ibu berpantang, para lelaki. Ewah. Ada beberapa customer saya yang kongsi dengan suami. Suami hijack ESP isteri sampai ngadu kat saya bila lagi boleh dapat stok haha. Ramai yang suka borong time promo ni. Secanister tu boleh tahan 1-2 bulan! Continue reading

Perutusan Januari 2015

Dah lama tak bercerita mengenai perihal Shaklee kan. Ok untuk bulan Januari, ada 2 benda saya nak share. Mana tau anda memang tengah mengsurvey suplemen untuk family or untuk diri sendiri kan. Jom zasssss

PRODUK YANG TELAH KEMBALI DI PASARAN
1. Cinch Tea Energy Mix
Yang ni dah takde stok berbulan-bulan dah rasanya. Alhamdulillah dah ada balik awal bulan ni. Sekotak ada 28 sachet. Mix kan dengan air panas or air sejuk, minum untuk kasi tenaga. Dia konsep macam kopi la. Kalau nak kasi segar, stay up atau taknak ngantuk kat ofis, haa silalah minum ni. Saya personally suka mix Cinch Tea ni dengan Performance Drink, with air sejuk. Sedapp

2. Vita-Lea for Children
Multivitamin untuk kanak-kanak! Boleh dikunyah begitu sahaja. Kalau org dewasa yang tak suka telan tablet pun boleh ambil Vitalea yg ni. Seingat saya masa saya join Shaklee, produk ni dah takde. So setahun lebih jugak stop dijual. Sekarang dah kembali dijual dengan formula yang baru. Harga pun berpatutan. Bulan Januari ni tgh promosi so baik grab cecepat.

PROMOSI HINGGA 31 JANUARI 2015!

1. Alfalfa Complex (Twinpack dan BUY6FREE1)
2. Vivix (BUY6FREE1)
3. Vita-Lea for Children (BUY3FREE1)

Berminat dengan mana2 produk kat atas? Boleh hubungi saya ye untuk keterangan produk dan harga istimewa. Sentiasa bersedia membantu anda inshaallah 🙂

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Produk Shaklee Bukan Ubat!

Saya nak bercerita mengenai perbezaan SUPLEMEN dan UBAT ni dalam konteks yang berbeza yang saya harap lebih ramai yang faham dan tidak konfius. Baca hingga habis tawww :’)

Salah satu disclaimer produk Shaklee yang perlu anda tahu adalah “Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.”

Sebaliknya Shaklee adalah produk suplemen yakni makanan tambahan untuk cukupkan nutrien yang kurang dalam badan kita yang boleh menyebabkan kita hadapi penyakit. Secara ringkasnya, suplemen ni berfungsi ‘merawat’ punca asal kepada permasalahan kita. Saya kalau dengan pelanggan saya selalu akan kaitkan suplemen ni dengan kualiti hidup.

Kualiti hidup ni penting sebagai kelancaran kita untuk menjalani hidup kita seharian tanpa rasa rendah diri, tanpa rasa penat, tanpa rasa tak best…contohnya sembelit & muka berjerawat adalah antara yang mengganggu kualiti hidup. Sakit, tak selesa, rendah diri, dsbg. Yang INI suplemen boleh bantu! Bukan UBAT!
Bukan sembuhkan ya. Tetapi dapat beri kualiti hidup yang diinginkan, tak semestinya penyakit sahaja.

Contohnya anda alami masalah sembelit. Itu bukan penyakit. Tetapi Ostematrix dapat membantu melembutkan najis agar lancar sistem pencernaan.
Satu lagi contoh adalah anda ada masalah jerawat batu. Itu juga bukan penyakit. Maka saya akan sarankan anda ambil ESP secara konsisten kerana ia dapat membantu tubuh kita hasilkan sel-sel baru yg membaikpulih jerawat dan parut jerawat.

Biasanya permasalahan ini anda tak akan pergi jumpa doktor kan. Doktor pun pening tak tahu nak bagi ubat apa hihi. Inilah yang dimaksudkan perbaiki KUALITI HIDUP dan automatik keyakinan diri juga.

Tetapi ada juga produk Shaklee yang alhamdulillah dpt perbaiki KUALITI HIDUP pesakit gout, kanser, kencing manis, sakit jantung dsbg. Tengok, saya takkan gunakan istilah SEMBUHKAN sebab sememangnya ia membantu para pesakit ini menjalani kehidupan yang lebih bermakna melalui pengambilan suplemen Shaklee!

Saya sedar dalam kehidupan seharian kita tak kiralah sebagai pelajar, pekerja di ofis, surirumah, pesara dsbg pasti ada masalah2 berkaitan kualiti hidup yang inshaallah boleh diselesaikan oleh suplemen Shaklee.

Apalagi, hubungi saya dan nyatakan kualiti hidup yang anda inginkan dan harapkan daripada pengambilan suplemen Shaklee.

Moga artikel ini dapat mencerahkan mata anda berkenaan perbezaan SUPLEMEN dan UBAT 🙂

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

10 Fakta Menarik Tentang Kolagen

FAKTA 1
Pada usia 35 tahun pembentukan kolagen dalam tubuh kita terhenti sepenuhnya. Ada satu lagi artikel yang saya baca kata sejak umur 30 tahun lagi. Oleh sbb itu pada usia 30 keatas ni proses penuaan menjadi lebih cepat ie kulit kering, garis halus, dan masalah kesihatan mulalah menjelmakan diri eg mata rabun, sakit lutut, dsbg. Orang selalu ingat kolagen ni untuk kulit je kan. Tapi sebenarnya ia sangat penting untuk sendi, tulang, otot mata, dan organ lain dlm badan.
Maksudnyakan korang, SUPLEMEN kolagen amatlah diperlukan terutamanya apabila umur anda sudah menjangkau 30-an. Takkan nak tunggu 35tahun kan…
Payung sebelum hujan, kolagen sebelum kedutan.

FAKTA 2
Tadi kita bercerita mengenai penghasilan kolagen yang akan terhenti pada umur kita 35tahun. Apa ada hal sebab kan kolagen kat dalam badan ni masih ada.
Tahukah anda umur 25 tahun kolagen sedia ada itu akan menyusut sebanyak 1.5% setiap tahun. Umur 40 tahun pula susut 30% setiap tahun. Umur 60 tahun susut 50% pula setiap tahun. Hanya dengan suplemen kolagen sahaja kita dapat replenish balik kolagen yang menyusut itu.
Sebab tu kita lihat wajah kita selepas 30-an makin ketara penuaan tu dari tahun ke tahun. Makin sukar nak disorok oleh mekap.

FAKTA 3
Satu lagi fakta yang best. Kolagen & kalsium ni sama pentingnya untuk tulang. Sebab apa tau, kolagen berfungsi sebagai ‘pelekat’ tulang supaya sendi kita bersatu. Dengan pengambilan kolagen secara konsisten, ia dapat menguatkan tulang dan mencegah tulang dari rapuh. Kesihatan tulang dapat terjaga dengan baik hingga usia tua — Osteoporosis yang menjadi musuh bagi tulang juga dapat dicegah!
Imagine dengan pengambilan kolagen dari kualiti terbaik, anda dapat faedah 10 dalam 1 : kulit, kuku, rambut, sendi, tulang, mata, etc

FAKTA 4
Kolagen ni seakan-akan filling di bawah kulit kita yang buatkan kulit kita jadi tegang, ‘penuh’ dan macam kulit baby.
Macam kulit atok nenek kita yang dah 80-an, kulit mereka seakan dah tiada isi. Ni lah antara puncanya.
Mustahil sangat nak dapat balik macam kulit bak telur dikupas hanya dengan ambil kolagen. Kalau mana-mana jenama yang claim boleh tu sebenaqnya ia suatu tektik marketing yang agak kurang jujur. Melainkan si pengguna (baca : duta) memang genetiknya kulit flawless pori kecil tak perlu camera360.
Ada satu eksperimen mudah nak tau tahap kolagen kita, ia dipanggil ‘snap back’. Caranya – cubit di bahagian lengan atau belakang tapak tangan atau bahagian muka dan lihat samada kulit tu kembali kepada asal serta merta atau tidak. Jika masa diambil lebih dari beberapa saat, ia bermaksud bahagian tersebut sudah hilang kolagen & elastisiti!

FAKTA 5
Apa kaitan sinaran matahari dengan kolagen? Haa jangan taktau sinar UVA boleh tembus lapisan bawah kulit dan serang kolagen&elastin yang boleh menyebabkan penuaan berlaku awal dari waktunya. UVB pulak attack bahagian atas kulit secara direct yg boleh sebabkan sunburn tu.
Baru tau kan sinar UV ada A dan B hihi
Sebabtu kalau pilih moisturizer kena pakai yang ada SPF. Nak pilih SPF pun kena studi jugak SPF15 ke 57 ke 38 ke 100 ke.

FAKTA 6
Penyusutan dan ketiadaan kolagen akan menjurus kepada kekasaran & kekenduran pada kulit.di.seluruh.anggota.badan.oh.this.is.scary.

FAKTA 7
Lapisan bawah kulit kita ni namanya dermis. Bahagian ni dibina oleh sejenis protein yg dinamakan KOLAGEN. Kolagen ni bertindak macam scaffolding untuk menampung perkembangan sel dan saluran darah dalam kulit. Jadi kolagen ni macam kerangka atau tiang yang mengukuhkan kulit kita. Bayangkan rumah tanpa tiang, bayangkan bangunan tanpa cerucuk, bayangkan tingkap tanpa frame.
Bayangkan………

FAKTA 8
Antara tips pemilihan kolagen yang terbaik adalah berat molekul yang rendah agar ia boleh tembusi lapisan dermis kulit kita. Unit dia dikira dalam Dalton (Da). Tadi saya ada buat research beberapa kolagen jenama terkenal yang berada di pasaran dan ini penemuan saya,
Collagen jenama N : 3000 Da
Collagen jenama B : 3000 Da
Collagen jenama E : 1500 Da
Shaklee Collagen Powder : 1000 Da :):)

FAKTA 9
Ok nak share tentang kaitan Vitamin C & pembentukan kolagen. Vit C ni perlu untuk menjaga STRUKTUR KOLAGEN yang dibentuk. Apa jua kolagen yg kita ambil, pastikan ia mengandungi Vit C ya!
Sebab tu orang suntik kolagen, suntik Vit C sebab berkait. Apapun, kajian membuktikan pengambilan secara oral lebih berkesan berbanding suntikan kerana penyerapan lebih mantap.

FAKTA 10 tipspilihkolagen

Jika anda menepati ciri-ciri ‘calon’ yang sudah tiba masa untuk mengambil suplemen kolagen, pilihlah Shaklee Collagen Powder! Bukan sahaja ia premium, bersih dan selamat, malah ia dijual pada harga promosi SEPANJANG SEPTEMBER 2014! SCP

Hubungi saya untuk pertanyaan dan order!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

HANGAT : Tips Memilih Jenis Bisnes

Rentetan daripada entri INI, saya nak berkongsilah mengapa pemilihan jenis bisnes tu penting untuk pastikan kita terus konsisten.

KENALPASTI DIRI SENDIRI
Jika anda masih bekerja makan gaji yang terikat dengan masa ofis, maka pilihlah jenis perniagaan yang anda boleh handle mengikut kemampuan masa anda. Semestinya membuka restoran adalah antara option yang tidak sesuai kerana anda terikat dengan waktu pejabat dsbg.

MODAL YANG RENDAH
Memilih perniagaan yang bermodal tinggi adalah antara kesilapan yang kita paling taknak lakukan. Lebih-lebih lagi jika ini merupakan pengalaman pertama kali anda berbisnes. Bayangkan anda laburkan modal hingga enam angka untuk membuka suatu perniagaan, jika pulangan bersih setiap bulan hanyalah 4angka, berapa tahun/dekad baru anda dapat pulang balik modal? Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan limitkan modal untuk bisnes pertama anda sekitar 3 atau 4 angka sahaja. Jika sudah menjangkau 5 angka, anda mestilah seorang yang sudah lengkap ilmu berbisnes, mentor ada kiri kanan depan belakang kerana bisnes adalah suatu yang sangat serius.

MINAT DAN HOBI
Seboleh mungkin, jadikan bisnes ini bukan sesuatu yang membebankan, yang mendatangkan stress. Buat sesuatu yang kita minat dan membuatkan kita teruja setiap hari. Contohnya macam saya sangat minat memasak. Tapi bab mengemas selepas memasak tu saya tak berapa minat, suka outsource kat orang lain. So bidang pemakanan memang tak sesuai untuk saya (buat masa ini – modal rendah). Lagi satu saya tak minat buka lipat gantung (ulangrutin ini jika buka bazar dsbg) gosok ukur baju tudung. Maka bidang jual baju tudung memang bukan passion saya. Mesti setiap hari saya rasa tertekan nak teruskan bisnes. Haha. Jadi, penting untuk tidak ikut trend semasa, pilihlah ikut kemampuan dan minat diri.

SIMPANAN STOK/LEBIHAN
Ini lagi satu yang saya lemah. Saya selalu tengok hotel atau restoran terutama sewaktu bufet ramadhan, pasti akan ada pembaziran sebab dah masuk waktu isya'(terawih) pun kambing golek baru suku yang terusik. Atau di RNR melihat makanan dari pagi membawa ke malam seperti tak luak. Belum kira bab hygiene lagi. Memang agak menggerunkan bab pembaziran ni. Lainlah kalau katering, kita memang sediakan ikut pax jadi kebarangkalian membazir itu kurang berbanding buffet.

MENTOR BISNES
Tak kiralah modal bisnes anda serendah RM100 hatta RM10000 sekalipun, pastikan anda tidak bergerak sendiri. Ya, memang anda KERJA SENDIRI tapi bisnes tanpa networking adalah umpama katak di bawah tempurung. Syok sendiri hihi. Mentor ni biasanya mereka yang merasai jatuh bangun bisnes dalam bidang yang sama kita pilih. Mereka ni dah banyak ilmu dan ilmu ni lah yang kita kena korek. Pada zahirnya bisnes ni memang nampak yang indah je eg kereta besar, orang puji, hidup selesa, tak terikat waktu kerja dsbg. Tapi hanya mereka yang tahu kisah disebalik kesenangan tersebut. Kadang-kadang dari merekalah kita dapat kekuatan untuk terus berbisnes inshaallah.

Saya rasa setakat itu tips yang saya nak kongsi. Bagi saya, saya amat selesa dengan bisnes Shaklee yang saya jalani sekarang kerana,
1. Modal RM65
2. Tak perlu simpan stok. Beli apabila pembeli perlukan
3. Segalanya online, dari pendaftaran, pembelian, transaksi hinggalah coaching perihal bisnes. Pengeposan oleh Shaklee sendiri. Nak pos sendiri pun boleh
4. Mentor yang sentiasa ada untuk guide dan kongsi tips
5. Sesuai dengan nature kerja saya yang 9to5 kerana order saya uruskan melalui whatsapp dan SMS
6. Saya enjoy buat bisnes ini kerana saya bukan sahaja dapat menambah nilai kesihatan pelanggan saya malah dapat menambah nilai pendapatan bulanan saya

Alhamdulillah. Moga anda juga akan ditemukan dengan bisnes yang bersesuaian dengan anda. Pokoknya, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.

Wallahualam

Tentang Penyusutan Kolagen

Saya pernah bercerita mengenai kolagen di sini. Saya ada buat pembacaan tambahan yang bagi saya input yang sangat menarik untuk dikongsikan!punca-kulit-berkedut

Tahukah anda yang kira-kira 25-35% daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya. Ayat mudahnya adalah kolagen ni merupakan sejenis protein dalam badan. Kedutan dan garis halus yang terjadi pada wajah kita contohnya adalah berpunca dari kekurangan protein yang dinamakan KOLAGEN tu.

Seawal usia 35 tahun pembentukan kolagen dalam tubuh kita terhenti sepenuhnya. Ada satu lagi artikel yang saya baca kata sejak umur 30 tahun lagi. Oleh sbb itu pada usia 30 keatas ni proses penuaan menjadi lebih cepat ie kulit kering, garis halus, dan masalah kesihatan mulalah menjelmakan diri eg mata rabun, sakit lutut, dsbg. Orang selalu ingat kolagen ni untuk kulit je kan. Tapi sebenarnya ia sangat penting untuk sendi, tulang, otot mata, dan organ lain dlm badan.
Maksudnyakan korang, SUPLEMEN kolagen amatlah diperlukan terutamanya apabila umur anda sudah menjangkau 30-an. Bila dah jadi pengedar Shaklee ni barulh saya buka mata sikit berkenaan kepentingan kolagen. Masa beberapa tahun dulu saya memang tak faham kenapa sana sini orang bercakap pasal kolagen haha. Better late than never ye tak.

Mungkin ada yang cakap “takpelah kolagen dah stop terbentuk umur 35tahun. ada lagi ni yang tinggal dalam badan. cukup agaknya sampai bergelar warga emas nanti..”
Oh anda mesti bertambah terkejut dengan fakta seterusnya ini : ketika umur 25 tahun hakikatnya kolagen sedia ada itu menyusut sebanyak 1.5% setiap tahun. Umur 40 tahun pula susut 30% setiap tahun. Umur 60 tahun susut 50% pula setiap tahun. Jadi mana mungkin anda menidakkan keperluan suplemen kolagen diambil setiap hari untuk memastikan kulit, rambut, kuku, sendi dsbg kekal di umur 20-an.

Sebab tu kita lihat wajah kita selepas 30-an makin ketara penuaan tu dari tahun ke tahun. Walaupun secara zahirnya tak ketara, tapi tuan badan je yang tau betul tak. Makin lama tempoh masa depan cermin sebab dok belek muka hihi.

Jika azam tahun 2014 anda adalah untuk kelihatan lebih muda ataupun mahu kurangkan mekap tebal, maka sangatlah sesuai dengan PROMOSI SEPTEMBER 2014 iaitu Shaklee Collagen Powder beli 6 percuma 1!! Anda beli satu set promo ni terus dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA! Saya yakin dengan pengambilan satu set ini secara konsisten dan berterusan, menjelang 2015, anda mungkin kelihatan lebih muda dari anda ketika Januari 2014 yang lepas.

Nak cuba? Hubungi saya sekarang!!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC 

Starter Pek untuk Keluarga Anda!

Semalam dapat idea ni tgh mandi tak sabar nak share dengan kawan-kawan kat sini.

Saya nak kongsi cara untuk anda dapat FREE MEMBERSHIP Shaklee! Biasanya kombinasi begini kan;

1. Pembelian 2 botol Vivix
2. Pembelian 3 kotak Shaklee Collagen Powder

Tapiiiii yang saya perasan audien blog saya kebanyakannya young parents with toddlers or babies. So kombinasi produk ini sesuai sangat dgn uols.

Bawah ni saya kongsikan kombinasi 4 produk yang ‘semua orang dpt merasa’ hehe! Apa ada dlm set ni,IMG_8812.JPG

1. Vivix untuk ayah : sebab kaum adam ni biasanya susah nak telan tablet. Yang ni just 1tsp je sehari

2. GLA Complex untuk ibu : Memang bagussss utk mana-mana wanita di dunia ini. Kecuali yg pregnant la..

3. Mealshakes untuk anak2 : suplemen terbaik yg ada byk vitamin perlu. Rasa pun sedap. Untuk anak seawal 1.5yrs old

4. Omega Guard untuk semua : ini ayah ibu anak2 semua boleh ambil ikut dos tertentu.

Total keseluruhan pembelian produk-produk ini lebih sikitttt je 200uv (points) dan anda terus layak keahlian PERCUMA. Best kan.

Jom berShaklee utk tambah nilai kesihatan keluarga kita.

Hubungi saya untuk konsultasi dan order!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Pelaburan untuk Kesihatan?

Beberapa hari lepas berborak dengan team projek saya berkenaan beli properties. Beli kat mana harga berapa dsbg. Maklumlah sekarang rata-rata rumah berharga jutaan ringgit jika di kawasan KL ni. Kalau nak murah sikit area Nilai, Serdang, Sepang. Boss saya pun ada dalam ‘diskusi’ tu. Pendapat dia apa tau,

“Baik invest in health daripada rumah besar harta banyak tapi asik sakit, asik masuk hospital…”
“Invest macammana tu boss. Makan suplemen ke?” Hihi
“Workout, jaga makan. Wife i memang faham sangat dengan I. Pagi-pagi breakfast mesti kena ada fruits. Lepastu jus delima yang diperah sendiri. Bagus buah delima ni sebab dia kaya apa tuh…??”
“Antioksidan kan boss”
“Haa antioksidan! Tapi ni perah sendiri la. Memang bagus”
“Mesti boss makan ayam organik kan. RM12 kan sekilo”
“Aah i memang amalkan ayam organik. Selalu beli kat pasar borong….yadayadayada”
“So boss memang tak amik la nasi lemak, benda goreng2..”
“Ambil la. Tapi kontrol..You sekarang umur berapa? Nanti dah start 35 tahun ke atas mulalah asik sakit badan, cepat letih, asik nak tidur awal, takboleh stay up lama2. Beza betul dgn zaman 20’s dulu. You mungkin tak rasa lagi sekarang…tu yang I start invest in health..”

Haa stetmen pertama tu yang paling saya tersentak. Ada betulnya. Kalau nak tau, boss saya ni memang nampak muda dan fit. Umur dia dah mid 40’s but he looks younger than his actual age. Rajin workout, jaga makan, eat clean…TAPI it all comes with money. Takyah pergi jauh, kira je kos nak beli ayam organik selama sebulan. Kalau 20 ekor dah lebih RM200 kan sebulan, untuk ayam saje. DAN mereka yang amalkan ini memang seorang yang berdisiplin tinggi dan tahan godaan makanan sedap (tssskkk)… take care of your body

Jika kita tak mampu untuk tukar lifestyle kepada yang disebut diatas, pilihan yang ada cumalah dengan pengambilan suplemen. Saya tahu kesannnya tak sehebat anda lakukan yang di atas kerana ada sesetengah orang, lagi ambil suplemen lagilah sambil lewa bab jaga makan “Sebab saya ambil suplemen jadi saya tak perlu risau..”

BUT thats the least we can do to our body inshaallah…

Antara SEBAB lain mengapa anda perlu invest in health/buat pelaburan kesihatan;
1. Jika anda seorang perokok ataupun ada suami/ahli keluarga yang merokok
2. History family yang menghidap penyakit diabetis, sakit jantung, kanser dsbg
3. Sudah berumur 30 tahun ke atas
4. Tidak mempunyai insuran kesihatan
5. Sukar/Tak suka jumpa doktor
6. Bekerja di tempat yang terdedah dengan pencemaran
7. Sentiasa tertekan dan tak gembira di tempat kerja
8. Gemar makan makanan yang berkolestrol tinggi, manis-manis

Dan list ni boleh jadi panjang lagi. Pokok pangkalnya, dimana tahap kesihatan kita sekarang? Adakah anda bersedia untuk peruntukkan sekurang-kurangnya 5% dari gaji bulanan anda untuk makan secara sihat atau laburkan untuk pembelian suplemen?

Wallahua’lam. Jomlah sama-sama jaga badan kita, yang Allah sudah amanahkan kepada kita 🙂

5 Sebab Mengapa Saya Pilih SRVP!

Salam cantik semua. Boleh tak gitu hihi.

Sekarang ni musim sakit kan. Sebab tiap hari hujan. Mesti ada yang batuk selsema malah demam bergilir-gilir. Virus tu berpusing-pusing dalam environment kita.
3 hari lepas saya juga diserang sakit tekak dan bersin tanpa henti. Ya Allah betapa tak selesanya. Dalam mesyuarat terpaksa tekup muka sebab takut tersebar virus. Juga sebab tak tahan habuk yang boleh menyebabkan bersin. Mata saya sampai dah jadi macam panda dah disebabkan bersin tanpa henti tu. Badan pun dah start panas, dah nak demam huhu. Tapi disebabkan saya dah niat nak berpuasa ganti maka saya gagahi hari saya dan tak sabar nak balik sebab nak telan ini,

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS Shaklee!photo

Saya sampai je rumah, terus ambil 2 biji SRVP ni, patahkan dan telan. Malam tu saya masih rasa kurang sihat. Saya tidur awal dan fikir kalau masih tak ok saya akan ambil MC esoknya. Atu pergi je kerja nnt telan panadol kasi segar.
Subhanallah! Saya bangun pagi badan saya dah tak sepanas hari sebelumnya dan saya pergi ke ofis dengan sihat dah tak bersin. Alhamdulillah. Siap boleh hadiri 2 jamuan raya syarikat di sebelah petang dan deria rasa saya kembali pulih seperti sedia kala. Syukur sangat 🙂 TAK PERLU PUN PANADOL, KAN.

Harus diingat anda tak boleh expect suplemen ni bertindak sepantas ubat(paracetamol). Kalau ambil panadol kan tak sampai setengah jam dah mula rasa berpeluh dan rasa segar bugar kan. Temperature pun kembali normal. Tapi dengan suplemen, anda perlu sabar. Mungkin beberapa jam baru rasa kesannya pada badan anda. Inshaallah efeknya lebih natural dan tidak membebankan badan kerana tindakannya perlahan sahaja bukan drastik.

Disebabkan pengalaman inilah saya taknak simpan testimonial ni seorang diri. Hihi. Mulai hari ini saya akan amalkan pengambilan Vitamin C ini secara konsisten *ehem* bukan sahaja sebab ia bagus untuk kekal sihat, malah anda tau tak ia sangat bagus untuk kulittttt. Sebab ia terlibat dalam pembinaan kolagen kerana ia membekalkan protein yang penting untuk pembentukan kulit, tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah!

Maksudnya nak sihat, dapat awet muda inshaallah.

Jangan lupa ya patahkan dulu sebelum telan untuk dapatkan kesan yang optimum, mudah diserap oleh sistem badan.

Banyak tau Vitamin C di pasaran. Lihat saja di Guardian atau Watson. Macam-macam ado. TAPI kenapa SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS Shaklee ni lain dari yang lain?? Sebabbb,

1. Keperluan seharian Vitamin C adalah 500mg. SRVP ini memberikan jumlah seperti yang diperlukan oleh badan kita!

2. Seperti namanya, Sustained Release, vitamin C ini dirembeskan secara perlahan dalam badan untuk penyerapan yang efektif. Jadi ia kekal lebih lama dalam badan kita. Bijak kan.

3. Sebiji tablet ni bersamaan dengan Vitamin C yang terdapat didalam 7.5biji buah oren! Kita pun tak larat nak telan oren sebanyak tu dalam satu masa kan?

4. Sebab ia selamat dan berkesan untuk para ibu hamil dan menyusukan yang jatuh sakit dan takleh ambil panadol.

5. Sebab MURAH laaa. Sebotol ni mengandungi 180biji. Jika diambil 2 biji sehari, sebotol ni boleh untuk 3bulan penggunaan! Kalau dibandingkan dengan harga, cuma RM30+ je anda laburkan sebulan tau. Jimat sangat.

Paling utama saya pilih SRVP adalah kerana ia berkesan untuk saya, alhamdulillah. Mungkinkah berkesan juga untuk anda? Tak cuba tak tauuuu

Untuk pembelian, sila klik di SINI!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC